-
Pengenalan
-
Perkara yang kita patut tahu
LANGKAH 2 – Macam mana anda memilih antara kereta terpakai dan kereta baharu?
Faktor | Kereta baharu | Kereta terpakai |
Kemudahan membeli | Tak perlu risau tentang keadaan kereta. | Tak pasti keadaan kereta. |
Fi pembelian | Harga kereta merangkumi kesemuanya, penjual akan mengendalikan permohonan pinjaman dan insurans secara percuma. | Harga yang ditawarkan tak termasuk fi pembelian yang berbeza antara setiap penjual. Pastikan anda periksa terlebih dahulu untuk faham secara khusus kos yang dikenakan oleh penjual terhadap anda. |
Kos pembaikan dan penyelengaraan |
Pembaikan utama dalam dua tahun pertama mungkin tidak diperlukan jika model itu boleh dipercayai, lagipun kos pembaikan mungkin termasuk dalam waranti. Penyelengaraan kereta mungkin percuma untuk tempoh yang singkat tetapi lambat laun akan tetap dikenakan. Kos pembaikan bergantung kepada model dan penggunaan. |
Kos pembaikan boleh juga rendah sekiranya model kereta itu boleh dipercayai dan kereta dalam keadaan yang baik. Pembeli boleh menjangkakan kos pembaikan yang lebih tinggi untuk kereta yang lebih lama, tetapi kereta lama juga lebih murah harganya. |
Kerugian dalam nilai pasaran |
Tinggi. Kereta akan kehilangan sehingga 20-30% daripada nilainya dalam tempoh setahun. Bagi sebuah kereta berharga RM80,000, ini bermakna kerugian sebanyak RM 35,000 dalam tempoh 3 tahun. |
Lebih rendah. Memandangkan kejatuhan nilai terbesar sebuah kereta berlaku pada tahun pertama, kos susut nilai sebuah kereta terpakai adalah kurang. Tetapi jumlah yang tepat yang boleh anda jangka akan bergantung kepada harga yang anda bayar untuk kereta itu. |
Premium insurans | Jumlah ini bergantung kepada nilai kereta. | Jumlah ini bergantung kepada nilai kereta. |