-
Pengenalan
-
Jom selami lagi topik ni...
-
Pesanan berguna
- Gunakan laman web perbandingan untuk mencari kad kredit yang paling sesuai untuk anda
- Sebelum anda memohon kad kredit, semak senarai perkara yang patut dibuat dan tak patut dibuat
- Gunakan kad kredit anda dengan bertanggungjawab
- Apa patut anda buat jika anda perlukan bantuan tentang hutang kad kredit?
- Kuiz: Kad Kredit 101
Ringkasan
-
Kad kredit bukan wang percuma
Kad kredit bukan wang percuma, jadi berbelanjalah mengikut kemampuan anda (tak kira apa pun had kredit yang diberikan oleh bank kepada anda!).
-
Kadar faedah kad kredit adalah tinggi
Kad kredit biasanya mengenakan faedah setinggi 15-18% setahun! Jadi, jika anda membeli barang dengan menggunakan kad kredit, pastikan anda langsaikan baki kad kredit anda setiap bulan untuk mengelakkan daripada dikenakan caj ini.
-
Bayar lebih daripada bayaran minimum
Jika anda hanya membuat bayaran minimum kad kredit anda, akhirnya anda akan membayar faedah yang BANYAK.
-
Gunakan kad kredit hanya sebagai pembiayaan jangka pendek
Dengan faedah tahunan yang begitu tinggi, sebaik-baiknya gunakanlah kad kredit untuk barangan yang anda boleh bayar balik sepenuhnya dengan cepat. Untuk pinjaman jangka panjang, pertimbangkan mengambil pinjaman peribadi.
-
Hutang kad kredit boleh menyebabkan anda muflis
Hutang kad kredit merupakan punca muflis yang ke-4 terbesar di Malaysia. Jadi, sangat penting untuk anda menggunakan kad kredit dengan bertanggungjawab.