-
Pengenalan
-
Jom selami lagi topik ni...
Patut ke anda ambil pelan Takaful?
Kalau anda sukakan idea perkongsian risiko, peluang mendapat wang lebihan dan pematuhan Shariah, anda boleh pertimbangkan mengambil pelan Takaful. Jika tidak, buat perbandingan antara polisi konvensional dan pelan takaful untuk mengenalpasti yang mana satu dapat memberi anda perlindungan yang terbaik dengan jumlah caruman yang anda mampu bayar.
Seperti insurans konvensional, ada beberapa faktor lain yang anda perlu pertimbangkan apabila mengambil bahagian dalam sebuah pelan Takaful. Untuk mendalami topik ini, sila rujuk Panduan kami tentang apa yang perlu dipertimbangkan apabila membeli insurans.