-
Pengenalan
-
Insurans Perubatan
- Apakah insurans perubatan?
- Mengapa ia penting:
- Bila saya patut mendapatkan insurans perubatan?
- Apakah jenis insurans perubatan yang boleh didapati?
- Apa perkara yang perlu dipertimbangkan apabila memilih polisi insurans perubatan?
- Berapa kos yang perlu dibayar?
- Macam mana nak pilih insurans perubatan yang paling sesuai untuk dibeli?
- Perkara-perkara lain yang anda perlu tahu
- Sumber tambahan
Mengapa ia penting:
Rawatan perubatan boleh menelan belanja yang sangat besar dan jika anda ingin mendapatkan rawatan di hospital swasta (manfaatnya yang paling utama ialah masa menunggu yang lebih pendek), anda perlu membayar wang dalam jumlah yang banyak.
Walaupun sistem penjagaan kesihatan awam dibiayai oleh Kerajaan dan boleh didapati pada kos yang lebih rendah, terdapat jenis rawatan atau pembedahan tertentu yang tidak ditanggung sepenuhnya oleh sistem penjagaan kesihatan awam kita.
Jadi, kalau anda tak mempunyai apa-apa insurans kesihatan, tak mustahil anda akan menanggung hutang perubatan yang tinggi jumlahnya,, tanpa melihat jalan keluar macam mana nak melangsaikannya.
Nota: Sesetengah orang mendapat perlindungan insurans melalui pelan berkumpulan di tempat kerja. Anda patut dapatkan segala butiran lengkap tentang polisi insurans di tempat kerja anda dan semak terma yang menjelaskan tentang:
- apa yang akan terjadi kepada polisi insurans itu kalau anda berhenti kerja
- had tahunan di bawah polisi insurans itu
- peluang untuk anda menggunakan skim insurans peribadi bersama-sama dengan polisi insurans berkumpulan majikan anda