-
Pengenalan
-
Insurans Perubatan
- Apakah insurans perubatan?
- Mengapa ia penting:
- Bila saya patut mendapatkan insurans perubatan?
- Apakah jenis insurans perubatan yang boleh didapati?
- Apa perkara yang perlu dipertimbangkan apabila memilih polisi insurans perubatan?
- Berapa kos yang perlu dibayar?
- Macam mana nak pilih insurans perubatan yang paling sesuai untuk dibeli?
- Perkara-perkara lain yang anda perlu tahu
- Sumber tambahan
Bila saya patut mendapatkan insurans perubatan?
Lebih baik anda beli insurans perubatan semasa anda masih muda dan belum mempunyai apa-apa masalah perubatan. Syarikat insurans biasanya mengecualikan sebarang masalah perubatan sedia ada daripada perlindungan insurans atau mungkin akan mengenakan premium yang lebih tinggi kepada anda.
Secara am, anda patut mendapatkan insurans perubatan setelah mempunyai pekerjaan sepenuh masa dengan gaji bulanan yang tetap.