-
Pengenalan
-
Insurans Perubatan
- Apakah insurans perubatan?
- Mengapa ia penting:
- Bila saya patut mendapatkan insurans perubatan?
- Apakah jenis insurans perubatan yang boleh didapati?
- Apa perkara yang perlu dipertimbangkan apabila memilih polisi insurans perubatan?
- Berapa kos yang perlu dibayar?
- Macam mana nak pilih insurans perubatan yang paling sesuai untuk dibeli?
- Perkara-perkara lain yang anda perlu tahu
- Sumber tambahan
Perkara-perkara lain yang anda perlu tahu
- Ambil tahu tentang prosedur membuat tuntutan
Anda perlu sentiasa peka dengan prosedur tuntutan penyedia insurans anda. Semak dengan syarikat insurans sama ada rawatan tertentu dilindungi oleh polisi anda. Anda mungkin juga perlu meminta bantuan doktor anda untuk mengisi dan menandatangani borang tuntutan. Ada sesetengah hospital yang membuat perjanjian dengan syarikat insurans anda supaya bil perubatan anda dibayar secara terus oleh mereka kepada pihak hospital.
- Beri maklumat yang tepat apabila mengisi borang
Ada risiko yang polisi anda akan ditamatkan atau dibatalkan jika penyedia insurans anda mendapati ada maklumat yang tidak tepat atau maklumat perubatan penting yang sengaja ditinggalkan (tidak didedahkan) semasa anda mula-mula memberi maklumat kepada pihak mereka.
- Beli insurans anda daripada ejen atau broker insurans yang berlesen
Anda boleh membeli polisi insurans perubatan melalui ejen atau broker insurans yang berlesen. Namun, pastikan anda buat kajian dahulu sebelum membuat keputusan. Jangan hanya bergantung sepenuhnya kepada maklumat yang diberi oleh ejen insurans kerana mereka sedang cuba menjual produk insurans kepada anda untuk mendapat komisen daripada penjualan itu.
Baca artikel kami Nasihat Berguna untuk mendapatkan panduan lanjut.