-
Pengenalan
-
Jom selami lagi topik ni...
- Bagaimana e-wallet berfungsi?
- Berapa jenis e-wallet yang ada?
- Apakah kegunaan e-wallet?
- Apakah kelebihan dan kekurangan menggunakan e-wallet?
- Sejauh mana e-wallet selamat digunakan?
- Apa lagi yang anda perlu tahu tentang e-wallet?
- Bagaimana untuk memasang dan menggunakan e-wallet?
- Bagaimana anda boleh memaksimumkan penggunaan e-wallet anda?
Apa lagi yang anda perlu tahu tentang e-wallet?
- Had transaksi: Sebagai satu langkah keselamatan, semua e-wallet meletakkan satu had transaksi penggunaan. Had tersebut selalunya dipecahkan kepada had harian, had bulanan, dan had tahunan. Jadi, bergantung kepada e-wallet mana yang anda pilih, ada jumlah maksimum wang yang boleh anda belanjakan. Melainkan jika anda membuat transaksi yang besar melalui e-wallet, kebanyakan daripada kita tidak akan melebihi had maksimum tersebut. Dengan e-wallet tertentu seperti Boost, kebolehan untuk menetapkan had harian dan had bulanan sangat berguna untuk mengelakkan anda berbelanja secara berlebihan.
- Semak tentang dasar pemulangan wang: Dalam kebanyakan kes, wang yang sudah dimasukkan ke dalam e-wallet anda hanya akan dipulangkan kepada bank anda sekiranya anda memilih untuk menutup akaun e-wallet tersebut. Jika tidak, anda perlu belanjakan semua wang yang ada dalam e-wallet anda atau anda boleh pindahkan wang tersebut kepada seorang rakan. Namun, ada juga e-wallet tertentu yang membenarkan anda memindahkan semula wang dalam akaun e-wallet anda ke dalam akaun bank anda. Jadi, apabila memilih e-wallet yang paling sesuai untuk anda gunakan, jangan lupa semak juga tentang dasar pemulangan wang mereka.