-
Pengenalan
-
Jom selami lagi topik ni...
- Bagaimana e-wallet berfungsi?
- Berapa jenis e-wallet yang ada?
- Apakah kegunaan e-wallet?
- Apakah kelebihan dan kekurangan menggunakan e-wallet?
- Sejauh mana e-wallet selamat digunakan?
- Apa lagi yang anda perlu tahu tentang e-wallet?
- Bagaimana untuk memasang dan menggunakan e-wallet?
- Bagaimana anda boleh memaksimumkan penggunaan e-wallet anda?
Apakah kegunaan e-wallet?
Membuat bayaran
Secara ringkas, anda boleh membuat pembayaran untuk apa sahaja dengan menggunakan e-wallet, seperti bil, barang dapur, makanan di restoran, petrol, kredit telefon bimbit, dan bermacam-macam lagi.
Ada e-wallet yang mempunyai kelebihan tersendiri. Contohnya, e-wallet Touch ‘n’ Go boleh digunakan untuk membayar tol. Jika anda ada kad Touch ‘n’ Go, anda boleh dapatkan e-wallet Touch ‘n’ Go dan isi semula wang dalam kad Touch ‘n’ Go anda dengan menggunakan e-wallet tersebut. Ini boleh juga dilakukan dengan memasang RFID pada kereta anda.
Selain daripada pembayaran untuk barangan biasa, e-wallet Boost menawarkan akses kepada pelbagai jenis perkhidmatan lain seperti pelaburan dan penyelenggaraan kenderaan. Dengan GrabPay pula, anda boleh gunakan e-wallet ini untuk membayar caj perkhidmatan e-panggilan Grab, memesan makanan melalui Grab, dan lain-lain.
Jadi, bergantung kepada gaya hidup anda, setiap e-wallet akan memberikan anda kelebihan yang berbeza-beza dari segi penggunaan.
Memindahkan Wang
Anda boleh juga memindahkan wang kepada rakan-rakan anda yang juga menggunakan e-wallet. Buat masa sekarang, anda hanya boleh memindahkan wang kepada pengguna e-wallet yang sama.
Ada beberapa cara anda boleh memindahkan wang. Sesetengah e-wallet memerlukan anda memberi akses kepada butiran kenalan dalam telefon bimbit anda. Ini akan membolehkan e-wallet tersebut mengenal pasti kenalan mana yang menggunakan e-wallet yang sama. Selepas itu, anda sudah boleh memindahkan wang kepada kenalan tersebut.
Ada juga beberapa e-wallet yang membenarkan anda memindahkan wang dengan menggunakan satu kod QR. Anda perlu mengimbas e-wallet penerima itu untuk memindahkan wang kepadanya.