-
Pengenalan
-
Jom selami lagi topik ni...
- Bagaimana e-wallet berfungsi?
- Berapa jenis e-wallet yang ada?
- Apakah kegunaan e-wallet?
- Apakah kelebihan dan kekurangan menggunakan e-wallet?
- Sejauh mana e-wallet selamat digunakan?
- Apa lagi yang anda perlu tahu tentang e-wallet?
- Bagaimana untuk memasang dan menggunakan e-wallet?
- Bagaimana anda boleh memaksimumkan penggunaan e-wallet anda?
Berapa jenis e-wallet yang ada?
Memang ada bermacam-macam e-wallet yang boleh anda pilih, tetapi secara asas, e-wallet terbahagi kepada dua jenis:
-
E-wallet rangkaian tertutup
E-wallet rangkaian tertutup hanya boleh digunakan di kedai yang mengeluarkan e-wallet tersebut dan ia selalunya berkait dengan program kesetiaan (loyalty programme) kedai itu. Jadi, anda hanya boleh mengumpul dan menebus mata ganjaran jika anda menggunakan e-wallet di kedai tersebut. Contohnya, Starbucks ada program kesetiaan yang memberikan anda mata ganjaran jika anda menggunakan e-walletnya untuk membeli minuman di Starbucks, sementara wallet AEON pula, yang hanya boleh digunakan di kedai AEON, membolehkan anda mengumpul mata ganjaran yang kemudian boleh ditukarkan kepada wang tunai.
-
E-wallet rangkaian terbuka
Anda boleh gunakan e-wallet rangkaian terbuka di mana-mana kedai fizikal atau kedai dalam talian yang telah menjalin kerjasama dengan e-wallet yang telah anda pilih itu. Penggunaannya tidak terhad kepada satu kedai sahaja. Syarikat seperti Boost, GrabPay dan Touch ‘n’ Go adalah antara syarikat yang menyediakan e-wallet rangkaian terbuka. Jika sesebuah syarikat e-wallet tidak menjalin kerjasama dengan kedai-kedai tertentu, anda tak boleh gunakan e-wallet syarikat itu di kedai tersebut. Jadi, pastikan anda semak e-wallet mana yang diterima pakai di kedai-kedai yang anda gemar kunjungi dan selalu membuat pembelian.
Jadi, anda patut pilih jenis e-wallet yang mana satu?
Menggunakan e-wallet rangkaian tertutup mungkin akan memberi anda peluang untuk mengumpul lebih banyak mata ganjaran dan menikmati lebih penjimatan. Tetapi wang yang anda masukkan ke dalam e-wallet seperti ini hanya boleh digunakan di satu kedai yang khusus sahaja, maka ini akan mengehadkan akses kepada wang itu. Jadi, anda mungkin akan terdorong untuk membelanjakan lebih wang di kedai tersebut hanya untuk mengumpul mata ganjaran.
Satu strategi yang berkesan ialah dengan menggunakan kedua-dua jenis e-wallet, tetapi wang yang anda masukkan ke dalam e-wallet rangkaian tertutup patut dihadkan kepada jumlah yang anda jangka anda akan belanjakan di kedai itu. Simpanlah wang selebihnya dalam e-wallet rangkaian terbuka yang boleh digunakan di pelbagai jenis kedai.