-
Pengenalan
-
Jom selami lagi topik ni...
- Langkah 1: Tentukan jenis ETF yang berpadanan dengan ketahanan risiko anda
- Langkah 2: Lihat jenis pelaburan (or indeks) yang dijejak oleh ETF
- Langkah 3: Lihat prestasi lampau: apa pulangan yang telah dicapai oleh ETF itu?
- Step 4: Lihat prestasi masa lampau: sejauh mana ETF itu mampu menjejak indeks pendasar? (lebih hampir perbezaannya dengan sifar, lebih baik!)
- Langkah 5: Hati-hati tentang fi pengurusan
- Langkah 6 (Tidak Wajib): Setelah membuat beberapa pilihan berdasarkan langkah 1-5, pastikan Nilai Aset Bersih setiap unit hampir dengan harga pasaran
Langkah 5: Hati-hati tentang fi pengurusan
Walaupun secara amnya fi ETF adalah rendah, fi yang perlu dibayar akan tetap mengurangkan jumlah pulangan anda (seperti yang diterangkan dalam topik unit amanah). Selalunya, fi ETF lebih rendah daripada 0.8%. Kalau anda ingat lagi isi kandungan dalam topik unit amanah, , fi unit amanah lebih tinggi (khususnya ekuiti dan dana imbang) disebabkan adanya kos jualan pendahuluan, fi pengurusan dan kos pertukaran.
Setiap kali anda membeli ETF, anda akan dikenakan fi broker oleh akaun perdagangan/broker saham anda. Fi broker minimum (tak kira apa saiz pelaburan) adalah dalam lingkungan RM7 hingga RM12.
Walaupun secara amnya melabur secara konsisten memang bagus, elakkan melabur jumlah yang rendah seperti RM100 setiap kali, kerana anda akan membayar jumlah fi yang sangat tinggi.elakkan melabur jumlah yang rendah seperti RM100 setiap kali, kerana anda akan membayar jumlah fi yang sangat tinggi. Anda perlu mengira kos fi broker sebagai peratusan tertentu daripada pelaburan anda. Contohnya, jika fi broker ialah RM8 dan anda mahu melabur wang sebanyak RM100, ini menjadikan kos pendahuluan: RM8/RM 100*100 = 8%. Fi pendahuluan sebanyak 8% lebih tinggi daripada fi pendahuluan yang selalunya dibayar untuk melabur dalam unit amanah (biasanya sekitar 6%).Anda perlu mengira kos fi broker sebagai peratusan tertentu daripada pelaburan anda. Contohnya, jika fi broker ialah RM8 dan anda mahu melabur wang sebanyak RM100, ini menjadikan kos pendahuluan: RM8/RM 100*100 = 8%. Fi pendahuluan sebanyak 8% lebih tinggi daripada fi pendahuluan yang selalunya dibayar untuk pelaburan unit amanah (biasanya sekitar 6%).
Sebagai panduan ringkas, anda patut melabur sekurang-kurangnya RM 700 setiap kali untuk memastikan kos pembrokeran anda berada di sekitar 1%–2% sahaja, bergantung kepada fi broker yang dikenakan.
Senarai fi ETF
Nama ETF |
Fi |
FBMKLCI-ETF (0820EA) |
0.65% |
CIMB FTSE ASEAN 40 MALAYSIA (0822EA) |
0.08% |
CIMB FTSE China 50 (0823EA) |
0.72% |
TRADEPLUS S&P NEW CHINA TRACKER (0829EB & 0829EA) |
0.59% |
MYETF DOW JONES U.S. TITANS 50 (0827EA) |
0.48% |
MyETF-DJIM25 (0821EA) |
0.49% |
MyETF MSCI Malaysia Islamic Dividend (0824EA) |
0.49% |
MYETF MSCI South East Asia Islamic Dividend (0825EA) |
0.76% |
MyETF Thomson Reuters Asia Pacific Ex-Japan Islamic Agribusiness (0826EA) |
0.85% |
ABFMY1 (0800EA) |
0.23% |
Tradeplus Shariah Gold Tracker (0828EA) |
0.57% |
Sumber: Dikumpul semak daripada laporan Pengurus Dana