-
Pengenalan
-
Jom selami lagi topik ni...
Langkah 6: Ketahui bila anda patut jual saham anda
Jangan lupa sesuatu yang memang difahami oleh pelabur yang pakar mahupun yang amatur: Tak ada masa yang “tepat” untuk membeli atau menjual saham, terutamanya jika anda melabur untuk jangka panjang. Anda sepatutnya tidak melakukan jual beli saham secara harian mahupun bulanan.
Berikut beberapa sebab untuk anda pertimbangkan menjual saham anda:
- Anda perlukan wang dengan cepat untuk keperluan kewangan yang serius atau anda ingin memindahkan pelaburan anda kepada aset yang lain.
- Anda tak yakin akan mendapat pulangan yang baik untuk pelaburan anda berdasarkan jangkaan anda tentang pendapatan syarikat pada masa hadapan
-
-
- Boleh jadi anda sudah mencapai sasaran kewangan anda dan anda rasa tiada peluang lagi untuk mendapat pulangan berterusan
- Sebab mengapa anda membeli saham tersebut telah berubah dan tiada lagi alasan yang kukuh untuk terus memegang saham itu.
-