-
Pengenalan
-
Jom selami lagi topik ni...
Langkah 3: Buat kajian
Sebelum memilih saham mana untuk dibeli, anda perlu membuat kajian yang rapi.
Di mana (atau macam mana) nak mula?
Memang boleh pening kepala bila terlalu banyak pilihan syarikat yang sahamnya boleh dibeli di pasaran saham. Berikut beberapa cadangan bagaimana nak mula:
-
Tumpukan kepada industri yang anda kenali atau yang anda percaya sedang berkembang
Cara yang mudah untuk mengenalpasti syarikat yang bagus ialah dengan mencari syarikat dalam industri yang anda kenali. Ataupun, cari syarikat dalam industri yang anda yakin sedang berkembang.
-
Lihat saranan syarikat penyelidikan
Syarikat penyelidikan yang berbeza-beza mungkin memberi saranan yang berlainan untuk syarikat yang sama. Pastikan anda memahami sebab-sebab di sebalik saranan penganalisis supaya anda boleh tentukan syarikat penyelidikan mana yang anda percayai.
-
Baca/ tonton berita perniagaan
Sumber berita tempatan yang popular seperti The Edge Markets dan The Star’s Business section dalam Bahasa Inggeris serta Astro Awani dan Berita Harian dalam Bahasa Malaysia membolehkan anda mengetahui saham yang mana mendapat perhatian dan sedang diperkatakan oleh orang lain. Dengan membaca berita, anda akan mendapat pengetahuan yang luas tentang pasaran saham di Malaysia secara amnya dan pelbagai industri secara khususnya.
-
Jangan terus percaya dengan tip saham yang dikongsi oleh rakan dan ahli keluarga
Buat penilaian secara kritikal tentang apa-apa tip daripada mereka dan tentukan sendiri sama ada saham syarikat yang dicadangkan sememangnya bagus untuk dibeli .