-
Pengenalan
-
Jom selami lagi topik ni...
Langkah 2: Tentukan kategori pelabur yang anda ingin sertai
Contoh strategi pelaburan
Berikut merupakan beberapa strategi pelaburan yang biasa dilihat dalam pembelian ekuiti:
Pelaburan nilai
Pelabur nilai boleh dianggap sebagai pemburu saham murah. Mereka mencari syarikat yang bagus tapi dikurang nilai oleh pasaran, khususnya syarikat yang berdagang pada gandaan yang rendah (gandaan maksudnya nisbah pelaburan seperti nisbah harga/pendapatan) berbanding purata industri dan purata sejarah. Pelabur nilai mendapat keuntungan dengan cara menjual saham mereka pada harga yang lebih tinggi apabila nilai syarikat tersebut kembali kepada aras yang sepatutnya.
Penting untuk anda membuat kajian dengan teliti. Pelaburan nilai melibatkan pencarian syarikat yang terkurang nilai, bukan syarikat yang harga sahamnya murah.
Pelaburan pertumbuhan
Pelabur pertumbuhan mencari syarikat yang mempunyai prospek pertumbuhan yang sangat besar. Mereka sedia membayar harga yang tinggi dan mengorbankan dividen untuk memiliki saham dalam syarikat yang melaburkan semula keuntungan bagi membiayai pertumbuhan akan datang. Keuntungan mereka datang daripada pemilikan saham yang tinggi nilainya dalam syarikat yang telah berkembang pesat, berbanding dengan waktu mereka mula melabur dalam syarikat itu dahulu.
Pelaburan kadar hasil
Pelabur kadar hasil mencari syarikat yang membayar dividen yang tinggi. Mereka mendapat keuntungan melalui penerimaan dividen yang stabil daripada saham mereka, di samping mengaut keuntungan daripada sebarang tambah nilai modal. Berikut beberapa contoh saham dividen yang disenaraikan di Bursa.
Pendekatan ini membolehkan anda mendapat pulangan yang stabil dan tetap daripada pelaburan anda. Anda juga tak perlukan modal yang banyak untuk memulakan pelaburan jenis ini.