-
Pengenalan
-
Jom selami lagi topik ni...
Langkah 1: Buat persediaan
Tentukan jumlah wang yang anda sanggup laburkan dalam pasaran saham
Tak ada jawapan yang ‘betul’ atau ‘salah’; anda perlu tentukan jumlah wang yang anda sanggup pertaruhkan. Pastikan anda masih boleh tidur nyenyak walaupun ada kemungkinan anda akan kehilangan wang sebanyak itu.
Agihkan jumlah wang ini untuk melabur dalam beberapa jenis pelaburan
Sepertimana anda tak patut letakkan semua telur dalam satu bakul, begitu jugalah dengan saham! Setelah membuat keputusan tentang jumlah wang yang anda ingin laburkan, tentukan bagaimana amaun tersebut akan diagihkan untuk dilaburkan dalam saham yang berbeza-beza.
Untuk mengelak daripada bertindak mengikut emosi, tetapkan satu tempoh masa jangka panjang dan tentukan harga jualan anda
Dalam membuat keputusan dan memastikan anda tak terpengaruh dengan perubahan jangka pendek harga saham, anda perlu berfikir dalam skala jangka panjang (tempoh lima hingga sepuluh tahun). Sebagai seorang pelabur jangka panjang, anda tak perlu pantau harga saham setiap hari. Jadi, anda akan ada masa untuk memberi tumpuan kepada perkara lain dalam hidup anda!
Anda juga patut nilaikan harga syarikat itu secara kasar, dan hanya jual saham anda apabila harganya mencapai harga tersebut.