-
Pengenalan
-
Jom selami lagi topik ni...
Nasihat berguna
-
Ketahui had anda
Nasihat ini terpakai dari segi jumlah wang yang anda peruntukkan untuk membeli saham serta pemilihan saham untuk dibeli. Jangan laburkan wang yang anda tak mampu kehilangannya.
-
Jangan ubah rancangan
Anda harus bersedia untuk terus memegang pelaburan anda asalkan anda percaya ia langkah yang betul buat anda. Belajar untuk tapis cakap-cakap orang untuk jangka pendek dan tumpukan kepada membuat keputusan yang bijak berdasarkan kajian dan analisis yang anda lakukan.
-
Pelbagaikan pelaburan anda
Jangan hanya beli saham dalam satu syarikat, dan pastikan anda turut membuat pelaburan lain selain daripada pelaburan saham. Ingat, pelaburan saham sentiasa ada risiko. Pelbagaikan portfolio anda dengan membeli produk pelaburan lain juga, seperti Amanah Saham, KWSP, Dana Dagangan Bursa (ETF) dan unit amanah.