Akaun pembrokeran jenis apa yang patut anda buka?
Terdapat dua jenis akaun pembrokeran yang boleh anda buka, iaitu akaun pendahuluan tunai dan akaun kontra.
Akaun pendahuluan tunai:
Akaun pendahuluan tunai memerlukan anda mendeposit sejumlah wang sebelum membeli mana-mana saham dan ia membataskan pembelian anda mengikut kemampuan anda. Ini dianggap lebih selamat daripada akaun margin atau akaun berkeumpilan (‘leveraged account’) kerana anda hanya akan berbelanja mengikut jumlah wang yang anda ada dan bukannya meminjam wang daripada broker untuk membeli saham yang anda tak mampu beli.
Akaun kontra:
Akaun kontra membolehkan pelabur berdagang tanpa meletakkan wang tunai sebagai pendahuluan. Tapi, ada sesetengah broker yang mengkehendaki pelabur membayar deposit kepada mereka. Apabila membuka akaun kontra, broker anda akan membiayai aktiviti jual-beli anda untuk tempoh 3 hari. Apabila tamat tempoh ini, anda perlu langsaikan jumlah hutang anda. Kalau anda tak jual saham anda dalam tempoh ini, anda hanya berhutang kos saham yang anda beli saja. Kalau anda ada menjual saham, terdapat dua kemungkinan. Kalau mendapat keuntungan, anda boleh nikmati keuntungan itu. Tapi kalau rugi apabila menjual saham, hasil jualan tak akan cukup untuk menampung kos pembelian pada awalnya, jadi anda terpaksa menampung beza kos tersebut.
Lebih baik anda pilih akaun pendahuluan tunai saja.
⚠ Buka akaun tunai dan bukan akaun kontra! Jangan sekali-kali berhutang untuk menjalankan aktiviti pelaburan! |