Apa yang perlu saya tahu sebelum melakukan aktiviti jual-beli saham?
Broker yang berbeza-beza mungkin mempunyai antara muka dalam talian (online interface) yang sedikit berlainan antara satu sama lain, tapi mereka tetap berkongsi beberapa ciri yang sama. Ini termasuk butang carian untuk mencari nama syarikat yang anda mahu melabur di dalamnya , penanda saham (stock ticker) yang menatal dari satu sisi ke sisi lain untuk menunjukkan harga pasaran secara langsung, dan juga satu bahagian lain di mana anda boleh membuat tempahan belian atau jualan saham..
Ada beberapa perkara penting yang perlu difahami tentang jual beli saham:
Pertama, saham diniagakan dalam bentuk ‘lot’ iaitu sebanyak 100 lot saham pada satu-satu masa,jadi, kalau harga untuk setiap satu saham ialah RM1 (contoh), anda sebenarnya membeli atau menjual saham dalam gandaan 100.
Kedua, saham hanya diniagakan pada waktu dagangansaja. Di Bursa Malaysia, sesi dagangan berjalan pada hari bekerja (kecuali cuti umum dan lain-lain ‘cuti pasaran’) dan dibahagikan kepada dua sesi: sesi pagi bermula dari 9.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari, dan sesi petang bermula dari 2.30 petang sehingga 4.50 petang.
Akhir sekali, pada platform dagangan anda, anda boleh lihat perkataan “Tempahan Pasaran” dan “Tempahan Had”; Tempahan Pasaran bermaksud anda ingin membeli atau menjual dengan segera, manakala Tempahan Had ialah pilihan lebih canggih yang memberitahu sistem supaya membeli atau menjual hanya apabila harga saham mencapai sasaran yang telah anda tetapkan.
Jika anda berminat untuk belajar lebih lanjut tentang asas pelaburan, klik di sini atau jika anda mahu dapatkan maklumat lanjut tentang cara-cara membeli dan menjual saham klik di sini.