-
Pengenalan
-
Apa yang perlu dipertimbangkan apabila membeli insurans
Apa ‘helah’ yang saya patut sedar?
- Semua polisi insurans meletakkan had jumlah yang anda boleh tuntut. Bagi insurans hayat dan insurans perubatan, ia dipanggil had tuntutan tahunan dan had tuntutan seumur hidup (sepanjang tempoh polisi). Anda boleh dapatkan insurans perubatan dengan jumlah perlindungan seumur hidup yang banyak, tetapi ia tak bermanfaat kalau anda mengalami kemalangan teruk dan mendapati anda mempunyai had tuntutan tahunan yang kecil!
Had tahunan dan had seumur hidup seperti yang tertera dalam risalah penyedia insurans “Had Tahunan akan meningkat sebanyak 5% daripada Had Tahunan Permulaan setiap 2 tahun, bermula dari tahun ke-5, untuk 15 tahun akan datang” “Polisi ini tidak mempunyai Had Seumur Hidup, dan Had Tahunannya sehingga RM2 juta!” |
- Kebanyakan polisi, terutamanya polisi insurans perubatan dan polisi insurans kenderaan, juga mempunyai jumlah deduktibel (juga disebut ‘aturan bayaran bersama’ atau ‘jumlah lebihan’). Maksudnya, anda masih perlu bayar suatu jumlah tertentu apabila anda membaiki kereta atau mendapat rawatan, dan syarikat insurans akan menanggung kos selebihnya.
Jumlah deduktibel seperti yang tertera dalam risalah penyedia insurans “Anda perlu menanggung 2% pertama jumlah yang diinsuranskan atau RM400 (yang mana lebih tinggi) untuk setiap tuntutan yang timbul daripada satu transit bagi setiap tuntutan belum bayar” “Kami mempunyai hak untuk memotong RM400 sebagai Lebihan Wajib jika orang yang memandu kereta semasa kejadian tidak dinamakan dalam polisi sebagai Pemandu Yang Dinamakan” |
- Akhir sekali, fasal pengecualian menerangkan perkara-perkara yang tak dilindungi oleh syarikat insurans di bawah polisi. Contohnya, kebanyakan polisi insurans perubatan tak menanggung kos bersalin dan penjagaan ibu baru bersalin.
Fasal pengecualian seperti yang tertera dalam risalah penyedia insurans “Pengecualian umum termasuk alkoholisme, ketagihan dan/atau mabuk yang disebabkan oleh penyalahgunaan alkohol atau penggunaan narkotik atau dadah halusinogenik” “Rawatan uji kaji, termasuk prosedur terapi yang kebolehpercayaannya belum diiktiraf oleh komuniti perubatan antarabangsa” “Terdapat insiden kekacauan awam di Hong Kong. Kami akan menganggap tuntutan yang timbul daripada kekacauan tersebut bagi polisi insurans perjalanan yang dibeli selepas 14 Ogos sebagai “peristiwa yang diketahui”, dan oleh itu ia tidak akan dilindungi. |