Apakah bursa saham?
Bursa saham ialah tempat di mana pelabur membeli dan menjual saham. Para pelabur boleh menjalankan aktiviti jual beli saham dalam waktu dagangan Bursa Malaysia. Bergantung kepada permintaan (bilangan orang yang membeli) dan bekalan (bilangan orang yang menjual), harga saham naik dan turun sepanjang hari. Pelabur membuat keuntungan apabila saham dijual pada harga yang lebih tinggi daripada harga yang dibeli.
Apa yang dijual di bursa saham?
Di Bursa Malaysia, anda boleh melabur dalam (antaranya):
- Syarikat tersenarai awam (seperti yang akan dibincangkan dalam artikel ini)
- Dana Dagangan Bursa (ETF) (untuk tahu lebih lanjut tentang ETF, klik di sini)
- Amanah Pelaburan Hartanah (REIT)
Anda tak boleh beli produk pelaburan seperti unit amanah di bursa saham.