Apa faktor-faktor yang memberi kesan kepada harga saham?
SENTIMEN PASARAN: Pasaran saham juga mengalami ‘mood’ yang naik turun. Ada masanya, pelabur sangat optimis dan bersedia membayar harga yang tinggi untuk saham. Ada masanya pasaran merosot dan perniagaan dinilaikan lebih rendah, lalu menyebabkan harga saham jatuh. Yang penting, jangan biarkan ‘mood’ pasaran yang tak menentu mempengaruhi penilaian anda sendiri tentang sesebuah perniagaan. Cara yang paling mudah untuk mengukur sentimen pasaran ialah dengan melihat indeks yang paling menyeluruh, seperti KLCI.Ingat bahawa harga saham akan jatuh dari masa ke masa! index, such as the KLCI.
Ingat bahawa harga saham akan jatuh dari masa ke masa! Kejutan jangka pendek mungkin menyebabkan ramai pelabur panik lantas menjual saham-saham mereka untuk meminimumkan kerugian. Selalunya, pelabur mengambil masa yang lama untuk menebus kembali wang mereka yang hilang. Perubahan harga yang dramatik sukar dijangka untuk jangka pendek, sebab itulah pelaburan saham lebih sesuai untuk pelabur yang menjalankan aktiviti ini untuk jangka panjang. Kejutan jangka pendek mungkin menyebabkan ramai pelabur panik lantas menjual saham-saham mereka untuk meminimumkan kerugian. Selalunya, pelabur mengambil masa yang lama untuk menebus kembali wang mereka yang hilang. Perubahan harga yang dramatik sukar dijangka untuk jangka pendek, sebab itulah pelaburan saham lebih sesuai untuk pelabur yang menjalankan aktiviti ini untuk jangka panjang.
Merentasi satu tempoh yang panjang, harga saham memperlihatkan trend menaik. Seperti yang dapat dilihat di bawah, walaupun ada turun naiknya, indeks KLCI dilihat menaik dengan peredaran masa. Tambahan pula, bukti sejarah menunjukkan bahawa saham menunjukkan prestasi yang lebih tinggi berbanding kebanyakan kelas aset untuk jangka masa panjang.
Walaupun kejatuhan yang dialami oleh pasaran saham secara keseluruhan boleh menjadi agak ketara (contohnya tempoh antara Jan 2007 dan Jan 2008), kita harus ingat trend jangka panjang seperti yang dinyatakan di atas. Jangan bertindak balas secara berlebihan terhadap perubahan jangka pendek pasaran, untuk mengelakkan kerugian yang lebih besar.
PERTUMBUHAN INDUSTRI: Industri yang mengalami pertumbuhan selalunya lebih baik daripada industri yang mengalami kemerosotan. Satu contoh ialah industri filem kamera – setelah fotografi digital diterima ramai, permintaan untuk filem tradisional berkurangan. Anda sebagai seorang pelabur sepatutnya kurang tertarik kepada sebuah industri yang sedang merosot seperti industri filem tradisional.
Industri tertentu, contohnya industri yang melibatkan komoditi, mempunyai ciri yang berbentuk kitaran (cyclical) dan mudah berubah (volatile). Syarikat dalam sektor seperti ini mungkin mengalami lebih banyak naik turun dari segi pendapatan. Sementara itu, kebanyakan syarikat yang menjual barangan pengguna (contohnya Nestle, Proctor and Gamble) mempunyai jenama yang kukuh dan kesetiaan pelanggan yang tinggi, oleh itu prestasi mereka selalunya lebih stabil.
ASAS SYARIKAT: Syarikat dengan rekod pencapaian pendapatan yang stabil serta sejarah pertumbuhan yang baik biasanya lebih menarik perhatian para pelabur. Oleh itu, penilaian harga/pendapatan syarikat seperti ini juga selalunya lebih tinggi.
Lazimnya, syarikat yang dapat berkembang dan mampu mengekalkan pendapatan dan keuntungannya memiliki ciri-ciri tertentu seperti mempunyai produk menarik yang digemari oleh kumpulan pelanggan yang besar, pasukan pengurusan yang cekap, dan rekod prestasi yang jelas dan konsisten.
KEUNTUNGAN: Pelabur biasanya lebih tertarik dengan syarikat yang mencatatkan paras keuntungan yang lebih tinggi. Ukuran keuntungan yang baik ialah pulangan ekuiti (Return on equity, ROE) (Pendapatan Bersih/Jumlah Ekuiti). Baca lebih lanjut di sini untuk memahami bagaimana ROE boleh digunakan untuk menilai sesebuah perniagaan.
TADBIR URUS KORPORAT: Syarikat yang mempunyai tadbir urus korporat yang baik akan memastikan kepentingan pemegang saham mereka sentiasa terjaga. Secara am, keputusan yang diambil oleh syarikat-syarikat ini berjaya mencapai keseimbangan antara keperluan jangka pendek dan keperluan jangka panjang. Mereka juga melantik ahli lembaga pengarah bebas yang dapat memainkan peranan dalam proses semak dan imbang terhadap pengurusan syarikat.
RISIKO: Pelabur akan mengenakan diskaun apabila menilai syarikat yang dianggap lebih berisiko. Syarikat seperti ini selalunya didagangkan pada nisbah harga/pendapatan yang lebih rendah.
Faktor bersama yang perlu kita sentiasa pantau termasuklah risiko terhadap industri, ancaman persaingan, potensi kesan daripada peraturan kerajaan, dan keupayaan syarikat untuk mengikuti perkembangan inovasi teknologi.
⚠ Nota: Sesuatu saham itu tak semestinya mempunyai nilai yang baik atau merupakan satu pelaburan yang baik hanya kerana ia dijual pada harga yang murah. Harga saham boleh jatuh jika pelabur tidak mahukannya lagi akibat prestasi perniagaan yang merosot atau pengurusan syarikat yang lemah. Oleh itu, sangat penting untuk anda membuat kajian sebelum membeli saham! |
Untuk belajar bagaimana nak mula membeli saham, klik di sini.