Jadi bagaimana anda nak menilai sesebuah syarikat?
Berikut merupakan dua cara mudah untuk menilai sesebuah syarikat:
Nisbah Harga/Pendapatan (P/E Ratio)
Ada pelabur yang menilai syarikat mengikut nisbah harga/pendapatannya, , iaitu harga terkini syarikat dibahagikan dengan pendapatan tahunannya. Apabila pelabur lebih yakin tentang prestasi masa depan syarikat, mereka lebih bersedia mengeluarkan wang untuk membeli saham syarikat tersebut. Ini menyebabkan syarikat itu mempunyai nisbah harga/pendapatan yang lebih tinggi.
Memandangkan nisbah harga/pendapatan memberi gambaran tentang keyakinan pelabur, ia berbeza daripada satu syarikat ke syarikat yang lain. Syarikat dengan pertumbuhan yang lebih kukuh atau yang beroperasi dalam industri yang stabil selalunya dapat mencapai nisbah harga/pendapatan yang lebih tinggi disebabkan oleh keyakinan pelabur yang lebih kuat terhadap prospek masa depan syarikat tersebut.
Kadar hasil dividen
Walau bagaimanapun, dalam kes tertentu, pelabur mungkin menilai pelaburan mereka dari segi kadar hasil dividen yang boleh diperolehi daripada saham. Kadar hasil dividen dikira dengan mengambil dividen tahunan seunit saham dan dibahagikan dengan harga saham tesebut. Pendek kata, pelabur menginginkan saham yang lebih tinggi kadar hasil dividennya.