Siapa yang menguruskan syarikat?
Secara umum, syarikat yang maju ialah syarikat yang diuruskan dengan baik. Sebuah syarikat yang diuruskan dengan baik harus mempunyai pasukan pengurusan yang cekap. Jika sebuah syarikat mempunyai pasukan pengurusan yang cekap, anda boleh berasa yakin bahawa anda melaburkan wang dalam syarikat yang akan dapat menjana keuntungan.
Berikut dua perkara yang anda boleh kaji untuk memahami tahap kecekapan pasukan pengurusan:
- Lihat prestasi mereka – Satu cara ialah untuk melihat prestasi kewangan syarikat sejak 3 hingga 5 tahun yang lepas (lihat bahagian seterusnya tentang prestasi kewangan). Pasukan pengurusan yang baik akan mempunyai rekod prestasi kewangan yang baik.
- Reputasi – Lakukan carian Google tentang Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan sesebuah syarikat dan lihat apa yang diperkatakan tentang mereka. Cari pasukan pengurusan dengan reputasi yang baik dan jauhi pasukan yang menerima banyak komen negatif.