• Laman Utama
  • Tentang Kami
  • Panduan kami

    Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

    Merancang Belanjawan

    Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

    Simpanan & Pelaburan

    Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

    Menguruskan Hutang

    Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

    Membeli Kenderaan

    Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

    Membeli Rumah

    Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

    Insurans

    Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

    Persaraan

    All Guides Icon

    Semua Panduan

  • Panduan kami
    • Merancang Belanjawan
    • Simpanan & Pelaburan
    • Membeli Rumah
    • Membeli Kenderaan
    • Menguruskan Hutang
    • Insurans
    • Persaraan
  • Kalkulator
  • Blog
  • Ambil Kuiz
    • English
    • Bahasa Malaysia
    Ada pertanyaan?
    hello@multiply.org.my
    DaftarLog masuk
    MultiplyMultiply
    • Laman Utama
    • Tentang Kami
    • Panduan kami

      Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

      Merancang Belanjawan

      Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

      Simpanan & Pelaburan

      Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

      Menguruskan Hutang

      Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

      Membeli Kenderaan

      Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

      Membeli Rumah

      Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

      Insurans

      Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

      Persaraan

      All Guides Icon

      Semua Panduan

    • Panduan kami
      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Membeli Rumah
      • Membeli Kenderaan
      • Menguruskan Hutang
      • Insurans
      • Persaraan
    • Kalkulator
    • Blog
    • Ambil Kuiz

      Menguruskan Hutang

      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Moratorium Pinjaman Yang Terbaharu

      • Dihasil oleh Multiply
      • Kategori Menguruskan Hutang, Blog
      • Tarikh Julai 12, 2021
      What You Need To Know About the Latest Loan Moratorium 1 - Multiply - Tackling Debt, Blog

      Anda mungkin ada baca berita dan banyak mendengar tentang moratorium pinjaman. Pada mulanya, moratorium pinjaman telah diperkenalkan sebagai pilihan automatik untuk semua peminjam pada bulan April 2020.

      Bagi mereka yang tidak mempunyai simpanan kecemasan, moratorium pinjaman sangat berguna kerana ia memberi kita lebih wang tunai yang boleh digunakan untuk perbelanjaan bulanan termasuk membayar bil. 

      Pada bulan Jun 2021, kerajaan mengumumkan moratorium pinjaman untuk membantu rakyat Malaysia menghadapi PKP terkini. Untuk membantu anda memahami cara moratorium berfungsi dan mempertimbangkan sama ada anda patut mengambilnya, mari kita lihat apa yang telah diumumkan pada 6 Julai 2021 tentang moratorium pinjaman yang terbaharu. 

      Apa yang telah diumumkan?

      Kerajaan telah mengumumkan moratorium pinjaman selama 6 bulan sebagai sebahagian daripada pakej bantuan PEMULIH. Moratorium membolehkan anda menangguhkan pembayaran pinjaman untuk satu tempoh masa yang ditetapkan (tanpa menjejaskan skor kredit anda).

      Siapa boleh ambil moratorium pinjaman?

      Semua peminjam daripada semua kelas pendapatan boleh mengambil moratorium ini. Ia boleh diambil walaupun pendapatan anda tidak terjejas. 

      Tapi, anda perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

      • Pinjaman anda telah diluluskan sebelum 1 Julai 2021.
      • Anda tidak gagal membuat bayaran bulanan untuk lebih daripada 90 hari. BNM telah menasihatkan bahawa jika bayaran tidak dibuat untuk lebih daripada 90 hari, anda patut hubungi AKPK untuk mendapatkan bantuan menguruskan situasi kewangan anda 
      • Tidak ada tindakan kebankrapan yang difailkan terhadap anda. 

      Bagaimana cara memohon moratorium pinjaman?

      1. Semak laman web bank anda untuk mendapatkan maklumat tentang cara memohon. 
      2. Isi borang yang disediakan oleh bank dan terima terma moratorium (anda tak perlu serahkan apa-apa dokumen).
      3. Dalam tempoh 5 hari, bank akan meluluskan permohonan moratorium anda secara automatik. 
      4. Jika pihak bank tidak meluluskan permohonan anda dan anda ingin menfailkan aduan dengan BNM, anda boleh lakukannya di sini atau anda boleh isi borang tinjauan BNM untuk membuat aduan. 

      Apa yang ditawarkan?

      Berikut pilihan yang diberikan oleh bank untuk jenis pinjaman yang biasa diambil seperti pinjaman perumahan, pinjaman peribadi dan pinjaman sewa beli:

      1. Moratorium pinjaman 6 bulan (pembayaran ditangguhkan selama 6 bulan) 
      2. Pengurangan amaun bayaran ansuran bulanan sebanyak 50% untuk 6 bulan (jadi, untuk tempoh 6 bulan, anda hanya perlu bayar separuh daripada amaun ansuran bulanan yang anda biasa bayar, dan baki 50% lagi akan dibayar selepas 6 bulan)

      Bagi kad kredit, anda ada pilihan untuk menukarkan kad kredit anda kepada sebuah pinjaman dengan bayaran balik tetap untuk tempoh 36 bulan pada kadar faedah yang lebih rendah (Contohnya, CIMB menawarkan kadar faedah sebanyak 13% setahun).

      Bagaimana pinjaman anda akan terkesan oleh moratorium pinjaman?

      Jika anda ambil moratorium pinjaman, kos keseluruhan pinjaman anda akan bertambah kerana faedah akan terus dikenakan sepanjang tempoh moratorium. 

      Jenis Pinjaman Apa kesannya terhadap anda?
      Kadar faedah tetap (Sewa beli, pinjaman peribadi dan lain-lain) dan kadar faedah baki berkurangan (Pinjaman perumahan dan lain-lain) Faedah yang anda perlu bayar untuk pinjaman anda akan bertambah. Jadi, jumlah baki pinjaman akan bertambah disebabkan oleh faedah dan anda akan mengambil masa lebih daripada 6 bulan untuk membayarnya.  
      Kad kredit Walaupun kadar faedah bulanan mungkin lebih rendah, tempoh bayaran balik yang lebih panjang bermaksud jumlah keseluruhan faedah yang anda perlu bayar adalah lebih tinggi. 

      PENTING: Pinjaman anda akan terkesan dengan cara yang berbeza-beza bergantung kepada bank anda.

      Bank anda sepatutnya memberikan penerangan yang jelas tentang bagaimana moratorium akan memberi kesan kepada kos dan tempoh pinjaman anda secara keseluruhan. Jadi, pastikan anda dapatkan maklumat ini daripada bank anda sebelum anda bersetuju mengambil moratorium. 

      Penjadualan semula dan penyusunan semula pinjaman

      Selain daripada moratorium pinjaman, bank juga menawarkan bantuan bayaran balik dalam bentuk yang lain. Bantuan diberikan kepada peminjam yang mungkin tidak perlu atau tidak mahu berhenti membuat bayaran balik pinjaman untuk beberapa bulan, tetapi masih perlukan bantuan bayaran balik pinjaman. 

      Ada 2 jenis bantuan bayaran balik:

      1. Penstrukturan semula iaitu apabila anda menukar jenis pinjaman atau kadar faedah yang dikenakan.
      2. Penjadualan semula pinjaman anda iaitu apabila anda menukar amaun bayaran bulanan atau tempoh pinjaman (kadar faedah atau jenis pinjaman tidak berubah). 

      Untuk menstrukturkan semula atau menjadualkan semula pinjaman anda, anda perlu mengunjungi bank anda untuk berbincang tentang pilihan mana yang terbaik untuk anda.

      Pastikan bank anda memberikan penerangan yang lengkap tentang semua perubahan kepada pinjaman anda, contohnya kadar faedah baru, dan tempoh pinjaman.

      Pastikan anda betul-betul faham bagaimana bantuan bayaran balik akan membawa perubahan kepada bayaran balik bulanan dan kos keseluruhan pinjaman anda, sebelum anda menandatangani apa-apa dokumen!

      Patutkah anda ambil moratorium pinjaman yang baru atau dapatkan bantuan bayaran balik pinjaman? 

      Moratorium pinjaman dan bantuan bayaran balik pinjaman sepatutnya dapat membantu anda menguruskan keadaan kewangan anda dalam tempoh PKP. 

      Mengambil moratorium akan membolehkan anda memiliki wang tambahan kerana wang yang sepatutnya digunakan untuk membayar pinjaman boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan bulanan anda yang lain. Jadi jika anda tidak cukup wang sekarang, mengambil moratorium ini akan dapat membantu anda. 

      Jika anda memilih untuk mendapatkan bantuan bayaran balik, pastikan anda hanya panjangkan tempoh pinjaman selama yang perlu sahaja, kerana tempoh pinjaman yang terlalu panjang selalunya bermaksud yang anda akan perlu bayar lebih banyak faedah. 

      Tapi, jika anda berkemampuan dan sudah pun ada simpanan kecemasan, lebih baik anda teruskan membayar pinjaman anda seperti biasa.

      Ingat, jika anda ambil moratorium, anda masih akan dikenakan faedah untuk bulan-bulan yang anda tidak membuat bayaran. Sementara itu, jika anda mengambil bantuan bayaran balik pinjaman, anda mungkin akan mengambil masa yang lebih panjang untuk melangsaikan hutang. 

      Apa yang anda boleh lakukan seterusnya? 

      Jika anda ingin memohon untuk moratorium atau bantuan bayaran balik, ingat langkah-langkah ini:

      • Hubungi bank anda untuk maklumkan yang anda berminat untuk mengambil moratorium/bantuan bayaran balik
      • Tanya 5 soalan berikut kepada bank anda sebelum anda tandatangani apa-apa perjanjian pinjaman yang baru:
      1. Bila saya perlu mula membayar pinjaman saya semula?
      2. Berapa jumlah bayaran balik yang baru?
      3. Pinjaman saya akan dipanjangkan tempohnya untuk berapa lama?
      4. Berapa jumlah keseluruhan faedah yang saya akan perlu bayar?
      5. Apa akan jadi jika pendapatan saya masih terjejas selepas moratorium tamat dan saya masih tak dapat buat pembayaran?

      Setiap bank mungkin ada jawapan yang berlainan untuk soalan-soalan di atas, jadi pastikan anda faham apa terma yang dikenakan sebelum anda menandatangani perjanjian dengan bank. Untuk mendapatkan panduan lebih lanjut tentang moratorium pinjaman atau bantuan bayaran balik, klik di sini.

      Pautan berkaitan:

      Apa Bantuan Kerajaan Yang Anda Boleh Dapat Daripada Pakej PEMULIH?

      Apa Bantuan Yang Anda Boleh Dapat daripada Program Pemerkasa Plus yang diberikan oleh Kerajaan?
      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Skim Pengeluaran Wang KWSP i-Citra

      Kongsikannya:


      Admin bar avatar
      Multiply
      The Multiply Admin

      Sebelumnya

      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Skim Pengeluaran Wang KWSP i-Citra
      Julai 12, 2021

      Seterusnya

      Bagaimana Untuk Melangsaikan Hutang Anda Menggunakan Kaedah Bola Salji Hutang
      Julai 14, 2021

      Anda Mungkin Berminat

      where-can-i-get-help-if-i-am-struggling-financially
      Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan jika saya menghadapi cabaran kewangan?
      13 Februari, 2023
      Recover-after-pandemicENG
      4 Cara Untuk Memulihkan Kedudukan Kewangan Anda Selepas Pandemik
      8 Februari, 2022
      Flood Relief_Image 1
      Terkesan akibat banjir baru-baru ini? Ini panduan lengkap tentang bantuan dan pelepasan yang bermanfaat untuk anda
      21 Januari, 2022

      Cari

      Artikel Terkini

      Ready for Malaysia's Budget 2023? 3 - Multiply - Planning & Budgeting
      Anda dah sedia untuk Bajet 2023?
      22Feb2023
      Where can I get help if I'm struggling financially? 5 - Multiply - Blog, Planning & Budgeting, Saving & Investing
      Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan jika saya menghadapi cabaran kewangan?
      13Feb2023
      Want to grow your savings? 7 - Multiply - Planning & Budgeting
      Nak kembangkan simpanan anda?
      01Dis2022

      KATEGORI PANDUAN

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
        • ETF
        • Unit Amanah
        • Saham
        • Asas Pelaburan
        • Deposit Tetap
        • Simpanan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan
      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan

      Peringkat hidup

      • Pelajar
      • Keluarga
      • Pekerja Dewasa
      • Pesara

      Panduan terkini

      5 Perkara untuk Diselidik Sebelum Melabur dalam Saham sesebuah Syarikat

      5 Perkara untuk Diselidik Sebelum Melabur dalam Saham sesebuah Syarikat

      Free
      What you need to know about ‘Buy Now, Pay Later’ plans

      Apa yang anda perlu tahu tentang pelan 'Beli Sekarang, Bayar Kemudian'

      Free
      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang E-Wallet?

      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang E-Wallet?

      Free

      Jangan ketinggalan, sertai senarai mel kami!

      newsletter-subscribe-multiply

      logo-multiply-learn-investing-for-free

      hello@multiply.org.my

      Maklumat

      • Laman Utama
      • Blog
      • Tentang Kami
      • Hubungi

      Kategori

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan

      Kategori

      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan
      • Semua Panduan

      Instagram Feed

      Ready to simplify your finances and achieve financ Ready to simplify your finances and achieve financial independence? 🔥💰 Swipe to learn more about the FIRE concept as part of our Multiply Simplifies series. Discover how you can retire early and live the life you want by following these simple steps.#FIRE #retirement #multiplysimplifies #financialfreedom #financialindependence #financemadesimple #financialliteracy #financialeducation #multiplymalaysia #malaysia
      EPF savings will always be enough for my retiremen EPF savings will always be enough for my retirement - do you think this is a fact or a myth? 🤔Check out our reel to find out the answer, and the recommended retirement savings amount you should have! 🏦#mythbusters #mythbusting #mythbustingmonday #retirement #retirementplanning #retirementsavings #retire #epf #kwsp #personalfinance #malaysia #financialliteracy
      Money talk made simple! 🤑 Introducing Multiply Money talk made simple! 🤑 Introducing Multiply Simplifies - your one-stop destination for all things finance! 💰💸 From budgeting to savings, we've got you covered. Today its about EPF, also known as KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja).Follow us for weekly bite-sized explanations that make financial concepts & elements easy to understand. #multiplysimplifies #financemadesimple #moneytalk #financialliteracy #financialeducation #kewangan #financemalaysia #epf #kwsp #personalfinance #multiplymalaysia #malaysia
      Anda rasa simpanan persaraan penting atau tak untu Anda rasa simpanan persaraan penting atau tak untuk suri rumah? 🤔 Tonton reel ini, biar kami jelaskan, dan beritahu pendapat anda di ruangan komen di bawah!👇#mythbustingmonday #multiplymalaysia #celikkewangan #pendidikankewangan #surirumah #wanitaperlutahu #duit #kewangan #wanita #isayang #kwsp

      Multiply by Creador Foundation.

      • Privasi
      • Terma
      • Peta laman

      Facebook Google

      Log masuk dengan akaun laman anda

      5 + 7 =

      Lupa kata laluan anda?

      Belum jadi ahli? Daftar sekarang

      Daftar akaun baru

      4 × three =

      Anda seorang ahli? Log masuk sekarang

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Apa gaya perbelanjaan anda?

      Menguruskan perbelanjaan boleh jadi sesuatu yang rumit. Cuba beritahu kami bagaimana anda membelanjakan wang dan kami boleh bantu anda mencari jalan bagaimana untuk berbelanja dengan lebih baik!

      1. Bagaimana anda memperoleh pendapatan?
      2. Bagaimana pengurusan kewangan anda sebelum COVID-19 melanda?
      3. Bagaimana COVID-19 telah memberi kesan kepada perbelanjaan anda secara keseluruhannya?
      4. Bagaimana perintah kawalan pergerakan (PKP/PKPB) telah memberi kesan kepada penggunaan kad kredit anda?
      5. Jika anda menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN), bagaimana anda menggunakannya?
      6. Jika anda mengambil wang daripada akaun KWSP anda dalam tempoh PKP/PKPB (di bawah i-Lestari), bagaimana anda menggunakannya?
      7. Moratorium pinjaman berguna untuk saya kerana:
      8. Musim percutian sudah dekat. Apa perancangan anda untuk aktiviti beli-belah hujung tahun?
      9. Anda sudah rancang belanjawan anda untuk tahun 2021?
      10. Bagaimana anda membuat persediaan kewangan untuk tahun 2021?
      11. Bagaimana anda rasa anda akan menguruskan wang anda pada tahun 2021?
      12. Apa yang anda perlukan untuk mempertingkatkan kewangan anda pada tahun 2021?
      13. Untuk tahun 2021, matlamat kewangan utama saya ialah untuk:
      14. Untuk tahun 2021, aspek kewangan yang paling membimbangkan saya ialah:
      15. Untuk tahun 2021, aspek kewangan peribadi yang mana yang anda ingin pelajari dengan lebih lanjut?
      clock.png

      Time is Up!

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Ambil kuiz kami!



      Apakah personaliti kewangan Anda?

      Terbaru


      Apa gaya perbelanjaan anda?

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Apakah personaliti Kewangan Anda?

      Cuba lihat sama ada anda seorang Boss Duit, Kadet Kewangan atau Budak Baru Belajar dengan mengambil kuiz ini!

      1. Dah nak dekat hujung bulan ni, dalam fikiran anda...
      2. Kalau anda saja-saja nak pergi membeli-belah, adakah anda….
      3. Kereta anda mengalami kemalangan dan anda perlu keluarkan wang sebanyak RM1,000 untuk membaikinya. Anda…
      4. Anda terima penyata kad kredit anda dan anda…
      5. Selepas berbulan-bulan menyimpan (memang betul, sikit -sikit, lama-lama jadi bukit), banyak juga wang yang terkumpul dalam akaun bank anda. Anda kemudiannya
      6. Anda membeli sebuah kereta baru (ya bayangkan saja - Toyota, Proton, atau BMW). Anda mengambil
      7. Anda seorang pelabur. Yang mana anda akan lakukan…
      clock.png

      Time is Up!