• Laman Utama
  • Tentang Kami
  • Panduan kami

    Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

    Merancang Belanjawan

    Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

    Simpanan & Pelaburan

    Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

    Menguruskan Hutang

    Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

    Membeli Kenderaan

    Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

    Membeli Rumah

    Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

    Insurans

    Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

    Persaraan

    All Guides Icon

    Semua Panduan

  • Panduan kami
    • Merancang Belanjawan
    • Simpanan & Pelaburan
    • Membeli Rumah
    • Membeli Kenderaan
    • Menguruskan Hutang
    • Insurans
    • Persaraan
  • Kalkulator
  • Blog
  • Ambil Kuiz
    • English
    • Bahasa Malaysia
    Ada pertanyaan?
    hello@multiply.org.my
    DaftarLog masuk
    MultiplyMultiply
    • Laman Utama
    • Tentang Kami
    • Panduan kami

      Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

      Merancang Belanjawan

      Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

      Simpanan & Pelaburan

      Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

      Menguruskan Hutang

      Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

      Membeli Kenderaan

      Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

      Membeli Rumah

      Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

      Insurans

      Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

      Persaraan

      All Guides Icon

      Semua Panduan

    • Panduan kami
      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Membeli Rumah
      • Membeli Kenderaan
      • Menguruskan Hutang
      • Insurans
      • Persaraan
    • Kalkulator
    • Blog
    • Ambil Kuiz

      Menguruskan Hutang

      Apakah Kebankrapan?

      • Dihasil oleh Multiply
      • Kategori Menguruskan Hutang
      • Tarikh Ogos 12, 2020
      What is Bankruptcy? 1 - Multiply - Tackling Debt

      Sejak akhir-akhir ini, kita banyak mendengar tentang masalah pengangguran dan pemotongan gaji dalam berita. Ada kemungkinan kadar kebankrapan pun semakin meningkat, memandangkan ramai orang tak mampu nak buat bayaran pinjaman mereka sekarang ni. Tapi apa sebenarnya kebankrapan dan bagaimana cara ia berlaku?

      Apakah kebankrapan?
      Kebankrapan ialah satu proses undang-undang yang menyebabkan seseorang itu diisytiharkan sebagai bankrap oleh mahkamah apabila dia tak mampu membayar hutangnya. Si pemiutang (iaitu pihak yang telah meminjamkan wang kepada anda secara formal dan berdasarkan undang-undang, seperti bank atau peminjam wang berlesen) boleh menfailkan tindakan kebankrapan terhadap anda di mahkamah jika anda berhutang sebanyak RM100,000 ke atas. Menurut undang-undang, seseorang itu hanya boleh diisytiharkan sebagai bankrap apabila semua syarat berikut telah dipenuhi:

      • Jumlah hutang sekurang-kurangnya RM100,000
      • Hutang telah tak dibayar untuk enam bulan
      • Individu tersebut telah menetap di Malaysia untuk sekurang-kurangnya satu tahun

      Apa yang anda boleh buat untuk melindungi diri daripada menjadi seorang bankrap?
      Kebankrapan boleh dielakkan sekiranya kita mengambil langkah awal. Kalau anda sedar yang anda dah mula terlepas membuat pembayaran atau anda tak mampu nak buat bayaran untuk bulan-bulan yang akan datang, satu langkah permulaan yang anda patut ambil ialah kurangkan perbelanjaan anda. Dengan cara ini, anda akan ada wang lebihan untuk digunakan bagi tujuan pembayaran hutang, walaupun bukan sepenuhnya.

      Kalau anda rasa yang anda masih tak mampu untuk buat pembayaran, berikut merupakan beberapa pilihan lain:

      • Dapatkan bantuan AKPK
        AKPK menyediakan kaunseling kewangan tentang bagaimana anda boleh menguruskan hutang bank anda. Anda patut sertai program pengurusan hutang AKPK yang boleh membantu anda merundingkan semula pinjaman anda dengan bank.
      • Berbincang dengan bank/peminjam wang anda secara terus
        elalunya, pihak bank bersedia untuk berbincang tentang penstrukturan semula bayaran balik pinjaman, yang akan membolehkan anda membuat bayaran bulanan yang lebih rendah, tapi untuk tempoh yang jauh lebih panjang.
      • Jual aset yang anda ada
        Kalau anda ada beberapa aset, anda boleh cuba jual aset anda untuk membayar hutang pinjaman anda.

      Apa yang patut anda buat kalau anda menerima notis kebankrapan?
      Selalunya anda akan diberi sedikit masa (yang tempohnya boleh jadi sesingkat 14 hari) untuk membalas notis daripada mahkamah. Anda boleh lakukan yang berikut:

      • Semasa dalam tempoh
        Anda boleh dapatkan seorang peguam untuk memfailkan sebarang pembetulan. Contohnya, jika jumlah hutang tidak betul atau jika pemiutang sebenarnya tak ada tuntutan terhadap anda.
      • Selepas tempoh
        Tak banyak yang anda boleh buat. Paling baik, anda boleh membuat perjanjian dengan pemiutang anda tentang bila anda boleh membuat pembayaran hutang.

       Apa akan jadi kalau anda diisytiharkan bankrap?

       Aset
      Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) akan mengambil alih semua aset anda untuk dijual dengan tujuan untuk melangsaikan hutang-hutang anda.
      Pekerjaan
      Secara undang-undang, kalau anda telah diisytiharkan bankrap, anda terhalang daripada bekerja dalam beberapa profesion tertentu. Jadi kalau anda seorang doktor, peguam atau akauntan, anda akan kehilangan pekerjaan anda. Selain itu, kalau anda seorang bankrap, anda juga tak boleh jadi pengarah mana-mana syarikat. Maksudnya, kalau anda memiliki sebuah perniagaan, perniagaan itu juga harus anda lepaskan sehingga anda tak lagi memegang status bankrap.
      Kewangan
      Anda terpaksa tutup semua akaun bank anda, dan semua wang dalam akaun bank itu akan diuruskan oleh Jabatan Insolvensi. Anda hanya dibenarkan untuk memiliki satu kad kredit dengan had perbelanjaan sebanyak RM1,000.
      Perjalanan
      Anda tak akan dibenarkan melakukan perjalanan ke luar negara melainkan jika telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Insolvensi.

      Bagaimana untuk keluar daripada kebankrapan?
      Ada tiga cara untuk keluar daripada kebankrapan:

      • Langsaikan hutang anda sepenuhnya
        Kalau anda bayar hutang anda sepenuhnya, semua rekod yang menunjukkan anda pernah bergelar seorang bankrap akan dibuang.
      • Pelepasan daripada kebankrapan oleh mahkamah
        Anda boleh memohon kepada mahkamah untuk mendapatkan pelepasan daripada kebankrapan. Namun, Jabatan Insolvensi perlu menghantar laporan tentang sejauh mana anda telah berkelakuan baik dan memberi kerjasama kepada mereka.
      • Pelepasan daripada kebankrapan oleh JIM
         Selepas lima tahun, anda boleh memohon untuk mendapat pelepasan daripada JIM. Tapi ini bergantung juga kepada kerjasama anda dengan Jabatan Insolvensi. Dalam kes tertentu, anda mungkin perlu kemukakan perjanjian bertulis dengan pemiutang anda yang menunjukkan persetujuan antara kedua-dua pihak tentang terma pembayaran hutang anda.

      Agensi penilaian kredit akan tetap menyimpan rekod kebankrapan anda selama dua tahun daripada tarikh hutang anda dilangsaikan sepenuhnya. Setelah anda bebas daripada status kebankrapan, barulah anda boleh membuat perjalanan ke luar negara dan menggunakan semula akaun bank.

      Apa perkara yang anda perlu peka?

      Anda boleh jadi bankrap tanpa disedari!
      Notis kebankrapan daripada pemiutang selalunya diserahkan dengan tangan. Tapi kalau anda tak dapat dikesan, mereka boleh juga gunakan cara lain seperti menghantar notis kepada alamat terakhir anda atau menyiarkannya dalam ruangan iklan kecil suratkhabar. Jadi, melainkan anda masih memeriksa surat yang dihantar ke alamat lama anda atau anda memang baca ruangan iklan kecil dalam suratkhabar, anda boleh jadi bankrap tanpa anda sedar! Satu cara yang baik untuk mengelakkan ini terjadi ialah dengan sentiasa memastikan pemiutang anda dimaklumkan tentang alamat terkini anda apabila anda berpindah.

       Anda boleh semak status kebankrapan anda dengan MyEG atau anda boleh dapatkan laporan kredit daripada agensi penilaian kredit.

      Kebankrapan ialah satu proses yang memeritkan, bukan saja untuk individu yang terlibat tetapi juga untuk ahli keluarganya. Situasi ini boleh dicegah dengan mengamalkan perbelanjaan yang berhemah dan tabiat meminjam yang sihat. Satu langkah yang patut diambil ialah merangka belanjawan untuk memastikan perbelanjaan anda sentiasa kurang daripada pendapatan anda. Anda boleh baca Panduan Merangka Belanjawan untuk faham lebih lanjut.

      Tag:Menguruskan Hutang

      Kongsikannya:


      Admin bar avatar
      Multiply
      The Multiply Admin

      Sebelumnya

      Moratorium Pinjaman akan Berakhir Tak Lama Lagi – Apa Yang Anda Patut Tahu?
      Ogos 12, 2020

      Seterusnya

      Mari Multiply Terangkan – Apakah KDNK?
      Ogos 19, 2020

      Anda Mungkin Berminat

      Recover-after-pandemicENG
      4 Cara Untuk Memulihkan Kedudukan Kewangan Anda Selepas Pandemik
      8 Februari, 2022
      Flood Relief_Image 1
      Terkesan akibat banjir baru-baru ini? Ini panduan lengkap tentang bantuan dan pelepasan yang bermanfaat untuk anda
      21 Januari, 2022
      whats-the-best-way-to-pay-for-a-motorbike
      Apa Cara Terbaik Membuat Bayaran Untuk Pembelian Motosikal?
      13 Oktober, 2021

      Cari

      Artikel Terkini

      Want to grow your savings? 3 - Multiply - Planning & Budgeting
      Nak kembangkan simpanan anda?
      01Dis2022
      Can You Afford to Retire? 5 - Multiply - Retirement
      Mampukah Anda Untuk Bersara?
      18Okt2022
      A Beginner’s Guide to Crypto in Malaysia 7 - Multiply - Saving & Investing
      Panduan Pemula untuk Kripto di Malaysia
      24Ogo2022

      KATEGORI PANDUAN

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
        • ETF
        • Unit Amanah
        • Saham
        • Asas Pelaburan
        • Deposit Tetap
        • Simpanan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan
      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan

      Peringkat hidup

      • Pelajar
      • Keluarga
      • Pekerja Dewasa
      • Pesara

      Panduan terkini

      5 Perkara untuk Diselidik Sebelum Melabur dalam Saham sesebuah Syarikat

      5 Perkara untuk Diselidik Sebelum Melabur dalam Saham sesebuah Syarikat

      Free
      What you need to know about ‘Buy Now, Pay Later’ plans

      Apa yang anda perlu tahu tentang pelan 'Beli Sekarang, Bayar Kemudian'

      Free
      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang E-Wallet?

      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang E-Wallet?

      Free

      Jangan ketinggalan, sertai senarai mel kami!

      newsletter-subscribe-multiply

      logo-multiply-learn-investing-for-free

      hello@multiply.org.my

      Maklumat

      • Laman Utama
      • Blog
      • Tentang Kami
      • Hubungi

      Kategori

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan

      Kategori

      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan
      • Semua Panduan

      Instagram Feed

      We are looking for people who are eager to make im We are looking for people who are eager to make impact in the nonprofit space. Join our team of dynamic individuals as we have new and exciting projects for Multiply.If you are passionate about uplifting and empowering communities, click the link on bio to find out more about the role.#hiring #multiply #creadorfoundation #malaysia #socialimpact
      We’re looking for people who are eager to create We’re looking for people who are eager to create movements in the social impact space. Join our team of dynamic individuals as we have new and exciting projects for Multiply and more.So if you are passionate about uplifting and empowering communities, click the link on the bio to find out more about the role.#hiring #multiply #creadorfoundation #malaysia #socialimpact
      Want to own a credit card? Here's what you should Want to own a credit card? Here's what you should consider before becoming a credit card user. To learn more check out the link in our bio.
      Faster, easier, cheaper. But you will have to fact Faster, easier, cheaper. But you will have to factor in key aspects of your situation before deciding on a motorcycle.Find out what they are in our latest infographic! Click the link in our bio to check it out.

      Multiply by Creador Foundation.

      • Privasi
      • Terma
      • Peta laman

      Facebook Google

      Log masuk dengan akaun laman anda

      10 + fifteen =

      Lupa kata laluan anda?

      Belum jadi ahli? Daftar sekarang

      Daftar akaun baru

      12 + seventeen =

      Anda seorang ahli? Log masuk sekarang

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Apa gaya perbelanjaan anda?

      Menguruskan perbelanjaan boleh jadi sesuatu yang rumit. Cuba beritahu kami bagaimana anda membelanjakan wang dan kami boleh bantu anda mencari jalan bagaimana untuk berbelanja dengan lebih baik!

      1. Bagaimana anda memperoleh pendapatan?
      2. Bagaimana pengurusan kewangan anda sebelum COVID-19 melanda?
      3. Bagaimana COVID-19 telah memberi kesan kepada perbelanjaan anda secara keseluruhannya?
      4. Bagaimana perintah kawalan pergerakan (PKP/PKPB) telah memberi kesan kepada penggunaan kad kredit anda?
      5. Jika anda menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN), bagaimana anda menggunakannya?
      6. Jika anda mengambil wang daripada akaun KWSP anda dalam tempoh PKP/PKPB (di bawah i-Lestari), bagaimana anda menggunakannya?
      7. Moratorium pinjaman berguna untuk saya kerana:
      8. Musim percutian sudah dekat. Apa perancangan anda untuk aktiviti beli-belah hujung tahun?
      9. Anda sudah rancang belanjawan anda untuk tahun 2021?
      10. Bagaimana anda membuat persediaan kewangan untuk tahun 2021?
      11. Bagaimana anda rasa anda akan menguruskan wang anda pada tahun 2021?
      12. Apa yang anda perlukan untuk mempertingkatkan kewangan anda pada tahun 2021?
      13. Untuk tahun 2021, matlamat kewangan utama saya ialah untuk:
      14. Untuk tahun 2021, aspek kewangan yang paling membimbangkan saya ialah:
      15. Untuk tahun 2021, aspek kewangan peribadi yang mana yang anda ingin pelajari dengan lebih lanjut?
      clock.png

      Time is Up!

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Ambil kuiz kami!



      Apakah personaliti kewangan Anda?

      Terbaru


      Apa gaya perbelanjaan anda?

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Apakah personaliti Kewangan Anda?

      Cuba lihat sama ada anda seorang Boss Duit, Kadet Kewangan atau Budak Baru Belajar dengan mengambil kuiz ini!

      1. Dah nak dekat hujung bulan ni, dalam fikiran anda...
      2. Kalau anda saja-saja nak pergi membeli-belah, adakah anda….
      3. Kereta anda mengalami kemalangan dan anda perlu keluarkan wang sebanyak RM1,000 untuk membaikinya. Anda…
      4. Anda terima penyata kad kredit anda dan anda…
      5. Selepas berbulan-bulan menyimpan (memang betul, sikit -sikit, lama-lama jadi bukit), banyak juga wang yang terkumpul dalam akaun bank anda. Anda kemudiannya
      6. Anda membeli sebuah kereta baru (ya bayangkan saja - Toyota, Proton, atau BMW). Anda mengambil
      7. Anda seorang pelabur. Yang mana anda akan lakukan…
      clock.png

      Time is Up!