• Laman Utama
  • Tentang Kami
  • Panduan kami

    Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

    Merancang Belanjawan

    Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

    Simpanan & Pelaburan

    Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

    Menguruskan Hutang

    Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

    Membeli Kenderaan

    Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

    Membeli Rumah

    Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

    Insurans

    Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

    Persaraan

    All Guides Icon

    Semua Panduan

  • Panduan kami
    • Merancang Belanjawan
    • Simpanan & Pelaburan
    • Membeli Rumah
    • Membeli Kenderaan
    • Menguruskan Hutang
    • Insurans
    • Persaraan
  • Kalkulator
  • Blog
  • Ambil Kuiz
    • English
    • Bahasa Malaysia
    Ada pertanyaan?
    hello@multiply.org.my
    DaftarLog masuk
    MultiplyMultiply
    • Laman Utama
    • Tentang Kami
    • Panduan kami

      Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

      Merancang Belanjawan

      Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

      Simpanan & Pelaburan

      Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

      Menguruskan Hutang

      Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

      Membeli Kenderaan

      Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

      Membeli Rumah

      Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

      Insurans

      Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

      Persaraan

      All Guides Icon

      Semua Panduan

    • Panduan kami
      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Membeli Rumah
      • Membeli Kenderaan
      • Menguruskan Hutang
      • Insurans
      • Persaraan
    • Kalkulator
    • Blog
    • Ambil Kuiz

      Simpanan & Pelaburan

      Apakah Penipuan Macau?

      • Dihasil oleh Multiply
      • Kategori Simpanan & Pelaburan, Blog
      • Tarikh Mei 24, 2021
      What Is a Macau Scam? 1 - Multiply - Saving & Investing, Blog

      Ketahui Bagaimana Penipuan Macau Berlaku, Cara Mengelaknya dan Tindakan yang Perlu Diambil Jika Anda Telah Tertipu

      Pernah tak anda terima panggilan telefon daripada seseorang yang mengatakan anda telah melanggar undang-undang? Adakah mereka meminta anda membuat apa-apa bayaran sebagai cara untuk menyelesaikan masalah? Atau mungkin anda kenal seseorang yang pernah ditipu oleh panggilan telefon sebegini dan kehilangan semua wang simpanan mereka? 

      Kalau anda atau seseorang yang anda kenal pernah menerima panggilan sebegini, anda mungkin antara ribuan rakyat Malaysia yang pernah menjadi sasaran penipuan Macau. Tahun ini sahaja, Polis Diraja Malaysia telah menyiasat lebih daripada 4,000 kes yang ada kaitan dengan penipuan Macau! 

      Bagaimana penipuan Macau dilakukan? 

      Penipuan Macau dipercayai berasal dari Macau, dari situlah ia mendapat namanya. Tetapi jangan salah anggap, kerana penipuan ini banyak berlaku juga di Malaysia. 

      Dalam penipuan Macau, penipu akan menelefon mangsa dan mendakwa mereka daripada sebuah organisasi tertentu seperti polis, kerajaan atau bank. Penipu akan memberitahu mangsa bahawa mangsa terlibat dalam sesuatu jenayah atau telah melanggar undang-undang, dan meminta mangsa agar membuat bayaran tertentu supaya tidak ditimpa lebih banyak masalah. 

      Dalam kebanyakan kes, mangsa penipuan tidak akan mendapat wang mereka kembali. Berjuta-juta ringgit dicuri dan lesap setiap tahun akibat penipuan Macau ini. Dalam sesetengah kes, mangsa kerugian sehingga RM2 juta.

      Siapakah sasaran penipuan Macau?

      Kebanyakan mangsa penipuan Macau ialah warga emas yang kurang pengetahuan berkaitan teknologi. Namun begitu, terdapat juga segelintir mangsa yang muda. Jadi, tanpa mengira umur, kita perlu sentiasa berwaspada terhadap penipuan sebegini.

      Apakah jenis-jenis penipuan Macau yang wujud?

      Terdapat pelbagai jenis penipuan Macau, dan empat jenis penipuan yang paling biasa berlaku adalah seperti berikut:

      • Polis/pegawai kerajaan:

      Dalam penipuan Macau yang lazim berlaku, pemanggil menyamar sebagai pegawai polis/pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Pemanggil akan memberitahu mangsa bahawa mangsa disyaki terlibat dalam kegiatan jenayah atau telah menyalahi undang-undang percukaian. Untuk mengukuhkan dakwaan mereka, mereka akan memaklumkan bahawa nama, nombor myKad dan nombor akaun bank mangsa sudah dikaitkan dengan kesalahan ini.

      Kemudian mereka akan meminta mangsa membuat bayaran dalam jangka masa yang singkat (kononnya bayaran pemprosesan) untuk mengelakkan mereka daripada diheret ke mahkamah. 

      • Pegawai bank:

      Penipu berlakon sebagai pegawai bank dan mendakwa mangsa tidak membayar bil kad kredit mereka. 

      Penipu memberitahu mangsa supaya menghubungi penipu lain yang akan menyamar sebagai pegawai Bank Negara Malaysia dan akan membuatkan penipuan tersebut nampak realistik. Mangsa diberitahu supaya memindahkan wang kepada pemanggil, jika tidak mangsa akan disenarai hitam atau akaun bank mereka akan dibekukan.

      • Cabutan bertuah:

      Penipu memberitahu mangsa bahawa mereka telah memenangi cabutan bertuah. Mangsa akan diminta untuk membuat bayaran pemprosesan untuk menebus hadiah.

      • Penculik palsu:

      Penipu memberitahu mangsa bahawa ahli keluarga mangsa telah diculik dan mereka harus membayar wang tebusan. Telefon dihulurkan kepada seseorang yang sedang menjerit, yang sebenarnya hanya berpura-pura berlakon menjadi ahli keluarga yang diculik.

      Mengapa orang terpedaya dengan penipuan Macau?

      Penipu menggunakan sistem Suara melalui Protokol Internet (VoIP) supaya nombor telefon yang tertera kelihatan seolah-olah daripada organisasi yang mereka wakili. 

      Bagaimana anda boleh tahu jika anda sedang ditipu? 

      • Pegawai polis atau pegawai kerajaan menelefon anda untuk meminta bayaran.
        Biasanya, pihak polis atau agensi kerajaan akan menghantar surat berdaftar ke alamat rumah anda. Kemudian, anda perlu menjalani proses tertentu yang akan melibatkan penyiasatan dan kehadiran anda ke mahkamah. Oleh itu, jika ada sesiapa yang menelefon anda dan mengaku sebagai anggota polis atau pegawai kerajaan, besar kemungkinan mereka itu penipu!
      • Anda diminta membuat pindahan wang kepada akaun bank yang tidak diketahui.
        Organisasi rasmi seperti polis, agensi kerajaan dan bank tidak akan meminta orang ramai membuat pindahan wang kepada akaun bank yang tidak diketahui dan tidak berkaitan dengan organisasi mereka.
      • "Pegawai bank" menelefon anda dan meminta anda mengesahkan nombor akaun, bertanya soalan keselamatan anda, atau meminta anda menukarkan nombor PIN atau memindahkan wang.
        Walaupun anda pernah berkomunikasi dengan bank anda tentang maklumat sedemikian sebelum ini, anda harus sedar bahawa itu lazimnya akan berlaku apabila anda yang menghubungi pihak bank, bukan sebaliknya. 
      • Anda menerima e-mel daripada LHDN yang meminta nombor akaun bank anda..
        LHDN boleh mendapatkan maklumat akaun bank anda melalui Borang Nyata Cukai Pendapatan pembayar cukai. Jadi, hanya penipu sahaja yang akan membuat panggilan kepada anda untuk meminta nombor akaun bank anda.

      Apakah yang harus anda buat apabila mendapat panggilan daripada penipu? 

      • JANGAN buat pindahan wang ke akaun pihak ketiga atau individu.
      • JANGAN kongsi maklumat peribadi anda melalui panggilan telefon. Ini termasuk nombor MyKad/akaun bank, kata laluan ATM/perbankan dalam talian, dan nombor TAC bank anda, kecuali anda betul-betul pasti anda sedang bercakap dengan siapa.
      • Tamatkan panggilan dan hubungi organisasi yang disebut oleh pemanggil untuk mengesahkan cerita mereka. Jangan buat panggilan ke nombor telefon yang diberikan oleh pemanggil, kerana dikhuatiri nombor itu akan disambungkan kepada rakan mereka. Buat carian nombor telefon organisasi berkenaan dalam talian, dan hubungi nombor tersebut untuk membuat pemeriksaan.
      • Sentiasa bertanya soalan sekiranya anda tidak memahami kehendak pemanggil dan periksa kesahihan maklumat yang diberikan oleh pemanggil.
      • Semak sama ada surat-menyurat yang diterima daripada LHDN adalah betul:
        • Anda boleh menghubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau nombor telefon cawangan LHDN yang tertera dalam surat.
        • Semak kepada siapa anda diminta membuat bayaran tersebut. Bayaran sepatutnya hanya dbuat kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri atau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

      Apakah yang boleh anda lakukan sekiranya telah ditipu?

      • Buat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (alamat: Ibu Pejabat, Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, 50560 Kuala Lumpur). Anda boleh juga menghubungi polis di:
        • No. Tel.: 03-2266 2222
        • E-mel: rmp@rmp.gov.my
      • Laporkan penipuan kepada agensi penguatkuasaan yang berkaitan
        • Sekiranya penipu mendakwa mereka mewakili LHDN, buat laporan kepada LHDN. Anda boleh menghubungi Hasil Care Line di talian 03- 8911 1000.
        • Untuk melaporkan penipuan kewangan, hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan Bank Negara BNMTelelink di talian 1-300-88-5465 (1-300-88-LINK). Anda juga boleh menghantar e-mel kepada Bank Negara Malaysia di bnmtelelink@bnm.gov.my
      • Simpan semua rekod dan dokumen yang berkaitan dengan penipuan dan transaksi sebagai bahan bukti, termasuk tentang orang-orang yang berurusan dengan anda.

      Malangnya, terdapat ramai penipu di luar sana yang cuba mencuri wang hasil penat lelah kita. Oleh itu, sentiasalah berwaspada dan jangan terlalu mudah percaya dengan panggilan yang anda terima daripada orang yang tidak dikenali. 

      Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penipuan-penipuan dan bagaimana untuk menjauhinya, rujuk kiriman ini tentang jenis penipuan yang biasa berlaku sejak bermulanya pandemik COVID-19. 

      Kongsikannya:


      Admin bar avatar
      Multiply
      The Multiply Admin

      Sebelumnya

      Memilih Pelan Caruman Sukarela KWSP yang Betul untuk Diri Anda
      Mei 24, 2021

      Seterusnya

      How I Avoided Bankruptcy - Part 1
      Mei 24, 2021

      Anda Mungkin Berminat

      where-can-i-get-help-if-i-am-struggling-financially
      Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan jika saya menghadapi cabaran kewangan?
      13 Februari, 2023
      125811587_l (2)
      Panduan Pemula untuk Kripto di Malaysia
      24 Ogos, 2022
      inflasi
      Bagaimana Anda Boleh Respon Kepada Inflasi?
      21 Julai, 2022

      Cari

      Artikel Terkini

      Ready for Malaysia's Budget 2023? 3 - Multiply - Planning & Budgeting
      Anda dah sedia untuk Bajet 2023?
      22Feb2023
      Where can I get help if I'm struggling financially? 5 - Multiply - Blog, Planning & Budgeting, Saving & Investing
      Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan jika saya menghadapi cabaran kewangan?
      13Feb2023
      Want to grow your savings? 7 - Multiply - Planning & Budgeting
      Nak kembangkan simpanan anda?
      01Dis2022

      KATEGORI PANDUAN

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
        • ETF
        • Unit Amanah
        • Saham
        • Asas Pelaburan
        • Deposit Tetap
        • Simpanan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan
      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan

      Peringkat hidup

      • Pelajar
      • Keluarga
      • Pekerja Dewasa
      • Pesara

      Panduan terkini

      5 Perkara untuk Diselidik Sebelum Melabur dalam Saham sesebuah Syarikat

      5 Perkara untuk Diselidik Sebelum Melabur dalam Saham sesebuah Syarikat

      Free
      What you need to know about ‘Buy Now, Pay Later’ plans

      Apa yang anda perlu tahu tentang pelan 'Beli Sekarang, Bayar Kemudian'

      Free
      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang E-Wallet?

      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang E-Wallet?

      Free

      Jangan ketinggalan, sertai senarai mel kami!

      newsletter-subscribe-multiply

      logo-multiply-learn-investing-for-free

      hello@multiply.org.my

      Maklumat

      • Laman Utama
      • Blog
      • Tentang Kami
      • Hubungi

      Kategori

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan

      Kategori

      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan
      • Semua Panduan

      Instagram Feed

      Ready to simplify your finances and achieve financ Ready to simplify your finances and achieve financial independence? 🔥💰 Swipe to learn more about the FIRE concept as part of our Multiply Simplifies series. Discover how you can retire early and live the life you want by following these simple steps.#FIRE #retirement #multiplysimplifies #financialfreedom #financialindependence #financemadesimple #financialliteracy #financialeducation #multiplymalaysia #malaysia
      EPF savings will always be enough for my retiremen EPF savings will always be enough for my retirement - do you think this is a fact or a myth? 🤔Check out our reel to find out the answer, and the recommended retirement savings amount you should have! 🏦#mythbusters #mythbusting #mythbustingmonday #retirement #retirementplanning #retirementsavings #retire #epf #kwsp #personalfinance #malaysia #financialliteracy
      Money talk made simple! 🤑 Introducing Multiply Money talk made simple! 🤑 Introducing Multiply Simplifies - your one-stop destination for all things finance! 💰💸 From budgeting to savings, we've got you covered. Today its about EPF, also known as KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja).Follow us for weekly bite-sized explanations that make financial concepts & elements easy to understand. #multiplysimplifies #financemadesimple #moneytalk #financialliteracy #financialeducation #kewangan #financemalaysia #epf #kwsp #personalfinance #multiplymalaysia #malaysia
      Anda rasa simpanan persaraan penting atau tak untu Anda rasa simpanan persaraan penting atau tak untuk suri rumah? 🤔 Tonton reel ini, biar kami jelaskan, dan beritahu pendapat anda di ruangan komen di bawah!👇#mythbustingmonday #multiplymalaysia #celikkewangan #pendidikankewangan #surirumah #wanitaperlutahu #duit #kewangan #wanita #isayang #kwsp

      Multiply by Creador Foundation.

      • Privasi
      • Terma
      • Peta laman

      Facebook Google

      Log masuk dengan akaun laman anda

      3 + 3 =

      Lupa kata laluan anda?

      Belum jadi ahli? Daftar sekarang

      Daftar akaun baru

      nine − 4 =

      Anda seorang ahli? Log masuk sekarang

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Apa gaya perbelanjaan anda?

      Menguruskan perbelanjaan boleh jadi sesuatu yang rumit. Cuba beritahu kami bagaimana anda membelanjakan wang dan kami boleh bantu anda mencari jalan bagaimana untuk berbelanja dengan lebih baik!

      1. Bagaimana anda memperoleh pendapatan?
      2. Bagaimana pengurusan kewangan anda sebelum COVID-19 melanda?
      3. Bagaimana COVID-19 telah memberi kesan kepada perbelanjaan anda secara keseluruhannya?
      4. Bagaimana perintah kawalan pergerakan (PKP/PKPB) telah memberi kesan kepada penggunaan kad kredit anda?
      5. Jika anda menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN), bagaimana anda menggunakannya?
      6. Jika anda mengambil wang daripada akaun KWSP anda dalam tempoh PKP/PKPB (di bawah i-Lestari), bagaimana anda menggunakannya?
      7. Moratorium pinjaman berguna untuk saya kerana:
      8. Musim percutian sudah dekat. Apa perancangan anda untuk aktiviti beli-belah hujung tahun?
      9. Anda sudah rancang belanjawan anda untuk tahun 2021?
      10. Bagaimana anda membuat persediaan kewangan untuk tahun 2021?
      11. Bagaimana anda rasa anda akan menguruskan wang anda pada tahun 2021?
      12. Apa yang anda perlukan untuk mempertingkatkan kewangan anda pada tahun 2021?
      13. Untuk tahun 2021, matlamat kewangan utama saya ialah untuk:
      14. Untuk tahun 2021, aspek kewangan yang paling membimbangkan saya ialah:
      15. Untuk tahun 2021, aspek kewangan peribadi yang mana yang anda ingin pelajari dengan lebih lanjut?
      clock.png

      Time is Up!

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Ambil kuiz kami!



      Apakah personaliti kewangan Anda?

      Terbaru


      Apa gaya perbelanjaan anda?

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Apakah personaliti Kewangan Anda?

      Cuba lihat sama ada anda seorang Boss Duit, Kadet Kewangan atau Budak Baru Belajar dengan mengambil kuiz ini!

      1. Dah nak dekat hujung bulan ni, dalam fikiran anda...
      2. Kalau anda saja-saja nak pergi membeli-belah, adakah anda….
      3. Kereta anda mengalami kemalangan dan anda perlu keluarkan wang sebanyak RM1,000 untuk membaikinya. Anda…
      4. Anda terima penyata kad kredit anda dan anda…
      5. Selepas berbulan-bulan menyimpan (memang betul, sikit -sikit, lama-lama jadi bukit), banyak juga wang yang terkumpul dalam akaun bank anda. Anda kemudiannya
      6. Anda membeli sebuah kereta baru (ya bayangkan saja - Toyota, Proton, atau BMW). Anda mengambil
      7. Anda seorang pelabur. Yang mana anda akan lakukan…
      clock.png

      Time is Up!