• Laman Utama
  • Tentang Kami
  • Panduan kami

    Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

    Merancang Belanjawan

    Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

    Simpanan & Pelaburan

    Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

    Menguruskan Hutang

    Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

    Membeli Kenderaan

    Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

    Membeli Rumah

    Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

    Insurans

    Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

    Persaraan

    All Guides Icon

    Semua Panduan

  • Panduan kami
    • Merancang Belanjawan
    • Simpanan & Pelaburan
    • Membeli Rumah
    • Membeli Kenderaan
    • Menguruskan Hutang
    • Insurans
    • Persaraan
  • Kalkulator
  • Blog
  • Ambil Kuiz
    • English
    • Bahasa Malaysia
    Ada pertanyaan?
    hello@multiply.org.my
    DaftarLog masuk
    MultiplyMultiply
    • Laman Utama
    • Tentang Kami
    • Panduan kami

      Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

      Merancang Belanjawan

      Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

      Simpanan & Pelaburan

      Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

      Menguruskan Hutang

      Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

      Membeli Kenderaan

      Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

      Membeli Rumah

      Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

      Insurans

      Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

      Persaraan

      All Guides Icon

      Semua Panduan

    • Panduan kami
      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Membeli Rumah
      • Membeli Kenderaan
      • Menguruskan Hutang
      • Insurans
      • Persaraan
    • Kalkulator
    • Blog
    • Ambil Kuiz

      Insurans

      Apa Skim Insurans Kerajaan Yang Boleh Anda Dapat?

      • Dihasil oleh Multiply
      • Kategori Insurans, Blog
      • Tarikh April 14, 2021
      What Government Insurance Schemes Can You Get? 1 - Multiply - Insurance, Blog

      Krisis COVID-19 yang melanda telah menjadikan kita lebih sedar tentang kepentingan insurans. Jika anda mengalami penyakit yang serius, rawatan di hospital swasta akan menelan kos perbelanjaan yang tinggi. Walaupun perkhidmatan kesihatan awam lebih murah, ada jenis-jenis rawatan atau pembedahan tertentu yang tidak akan dibiayai oleh kerajaan, jadi dalam kes seperti ini anda masih perlu mengeluarkan wang untuk membayar kos rawatan di klinik atau hospital kerajaan. 

      Walaupun syarikat majikan anda ada menyediakan pelan insurans perubatan, ada kemungkinan anda masih perlu membiayai sebahagian daripada kos rawatan dengan duit anda sendiri. Jadi, kalau anda tidak ada insurans perubatan, anda mungkin terpaksa menanggung beban hutang untuk membiayai kos perubatan. 

      Kalau anda mempunyai keluarga yang bergantung kepada anda dari segi kewangan, anda harus membuat persediaan sekiranya apa-apa yang tak diingini berlaku kepada anda, contohnya jika anda hilang keupayaan untuk bekerja atau meninggal dunia. Untuk mendapatkan perlindungan dalam kes ini, anda perlu mengambil pelan insurans hayat. 

      Tapi macam mana kalau anda tak mampu membeli pelan insurans perubatan atau insurans hayat anda sendiri? Kalau begitu, anda boleh mempertimbangkan untuk mengambil mana-mana pelan insurans yang diperkenalkan oleh kerajaan, iaitu mySalam dan Perlindungan Tenangyang disediakan oleh syarikat-syarikat insurans dan Takaful. 


      Apa sebenarnya skim insurans tersebut? 

      mySalam Perlindungan Tenang
      mySalam ialah skim perubatan Takaful percuma untuk mereka yang mengalami penyakit kritikal. Kini, mySalam diberikan secara automatik kepada penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang tergolong dalam salah satu kategori di bawah:

      • Individu yang sudah berkahwin dan berumur antara 18 hingga 65 tahun.
      • Individu bujang yang berumur antara 40 dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun (RM2,000 sebulan). 
      • Individu kurang upaya yang berumur antara 18 dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun (RM2,000 sebulan).
      Perlindungan Tenang ialah satu skim perlindungan insurans/Takaful yang menyasarkan untuk membantu mereka yang berada dalam kumpulan B40. Jumlah perlindungan bergantung kepada jumlah bayaran premium yang dibuat. 

       


      Bagaimanakah ia berfungsi? 

      mySalam Perlindungan Tenang
      • Kalau anda sudah berdaftar di bawah BSH dan telah menerima bantuan tunai BSH, anda sepatutnya sudah menerima pemberitahuan melalui SMS tentang perlindungan mySalam anda. Jika anda tidak menerima apa-apa pemberitahuan, anda boleh hantarkan e-mel kepada info@mysalam.com.my atau talian bantuan mySalam di 1-300-888-938. 
      • Skim ini hanya boleh digunakan di hospital kerajaan atau hospital universiti dan tentera yang diluluskan. Klik di sini untuk melihat senarai penuh hospital berkenaan. 
      • Hampir kesemua pelan Perlindungan Tenang boleh didapati secara dalam talian sepenuhnya atau melalui mana-mana agen berdaftar. Ada juga bank tertentu seperti Agrobank yang menjual pelan-pelan ini. Anda boleh dapatkan maklumat tentang di mana untuk mendapatkan pelan anda di sini. 
      • Semua pelan di bawah Perlindungan Tenang sepatutnya senang untuk difahami dengan proses tuntutan yang mudah. Selalunya, tuntutan akan diproses dan bayaran akan dibuat dalam masa 5 hari bekerja. 


      Apa jenis perlindungan yang boleh anda dapatkan?

      mySalam Perlindungan Tenang
      • Perlindugan perubatan 
      • mySalam menyediakan bayaran tunai sekali bayar sebanyak RM8,000 sekiranya anda didiagnosis dengan mana-mana 45 penyakit kritikal serta bayaran RM50 sehari sehingga 14 hari setahun jika anda perlu dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan. 
      • Sekarang, pelan ini turut memberi perlindungan untuk COVID-19, jadi jika anda dimasukkan ke hospital, anda boleh membuat tuntutan RM50 sehari sehingga 14 hari. Anda juga boleh membuat tuntutan penyakit kritikal jika anda mengalami komplikasi kesihatan akibat COVID-19 yang membawa kepada mana-mana daripada 45 penyakit kritikal yang dilindungi oleh mySalam. 
      • Insurans hayat

      Jika anda mengambil pelan insurans hayat, tanggungan anda akan menerima sejumlah wang (bergantung kepada nilai perlindungan yang anda ambil) sekiranya anda meninggal dunia atau mengalami kecacatan kekal. 

      Klik di sini untuk mendapatkan senarai penuh pelan insurans hayat di bawah Perlindungan Tenang.

       

      • Takaful Keluarga

      Takaful Keluarga ialah satu pelan insurans patuh Shariah yang membolehkan tanggungan anda menerima sejumlah wang sekiranya anda meninggal dunia atau mengalami kecacatan kekal. 

      Klik di sini untuk melihat senarai penuh Pelan Takaful Keluarga di bawah Perlindungan Tenang.

      Baca panduan ini jika anda ingin faham lebih lanjut tentang Takaful dan perbezaannya dengan insurans konvensional.

       

      • Insurans am

      Pelan insurans am selalunya meliputi perlindungan bagi perkara seperti insurans kebakaran untuk rumah anda. Klik di sini untuk mendapatkan senarai penuh pelan insurans am di bawah Perlindungan Tenang.


      Berapa harga premium/caruman Takaful yang perlu dibayar?

      mySalam Perlindungan Tenang
      Percuma
      • Insurans Nyawa: Bermula daripada RM6 sehingga RM25 sebulan, dengan jumlah perlindungan daripada RM10,000 sehingga RM100,000. 
      • Pelan Takaful Keluarga: Daripada RM39 sehingga RM195 setahun dengan jumlah perlindungan antara RM7,500 dan RM40,000.
      • Insurans am:Lebih kurang RM75 setahun untuk jumlah perlindungan sebanyak RM10,000.


      Apa yang anda perlu tahu

      mySalam Perlindungan Tenang
      • Semak jika nama anda berdaftar sebagai penerima BSH. 
      • Jika anda mahu membuat satu tuntutan, pergi ke portal tuntutan mySalamyang boleh diakses melalui laman web mySalam.Untuk membuat tuntutan bagi penyakit kritikal, doktor anda perlu mengisi satu borang tertentu untuk anda hantar. Jika anda telah dimasukkan ke hospital, anda perlu hantarkan satu borang yang lain. 
      • Jika tuntutan anda diluluskan, anda akan menerima bayaran anda dalam masa dua minggu setelah menghantar semua dokumen berkaitan. Wang tuntutan anda akan dimasukkan ke dalam akaun bank yang sama seperti yang telah didaftarkan untuk skim BSH. Jadi jika butiran bank anda yang didaftarkan untuk skim tersebut belum dikemas kini, jangan lupa untuk berbuat demikian!
      • Di bawah Belanjawan 2021, perlindungan mySalam diperluaskan untuk turut meliputi kos peranti perubatan seperti sten jantung dan prostetik. 
      • Pastikan anda berurusan hanya dengan ejen atau syarikat yang berdaftar. Jika anda berurusan dengan sebuah syarikat, semak pautan yang diberi untuk syarikat insurans hayat dan syarikat insurans am yang berdaftar. Anda boleh juga klik di sini untuk semak apa pelan Takaful yang boleh anda ambil. 
      • Buat perbandingan antara beberapa pelan untuk mengenal pasti pelan yang mana paling sesuai untuk anda, mengikut belanjawan anda. Jika anda ada keluarga yang disara sepenuhnya oleh anda, pastikan anda ambil pelan dengan jumlah perlindungan yang lebih besar. 
      • Namakan salah seorang daripada tanggungan anda sebagai penerima (benefisiari). Jika apa-apa berlaku kepada anda, wang insurans itu akan diterima oleh orang yang anda namakan itu. Pastikan anda maklumkan perkara ini kepada penama yang anda pilih itu! 
      • Minta ejen atau syarikat insurans anda untuk menerangkan hak dan tanggungjawab anda, dan pastikan anda betul-betul memahami penerangan tersebut. 
      • Belajar bagaimana untuk membuat tuntutan, dan ajarkan caranya kepada orang yang anda namakan sebagai penerima (benefisiari). Cara untuk membuat tuntutan berbeza-beza bergantung kepada penyedia insurans/Takaful yang anda ambil pelannya. 
      • Di bawah Belanjawan 2021, bermula 1 April 2021, penerima daripada golongan B40 yang layak boleh mendapatkan baucer bernilai RM50 untuk membeli produk Perlindungan Tenang. Pengecualian duti setem untuk produk Perlindungan Tenang dengan premium tahunan atau nilai caruman sehingga RM100 juga telah dilanjutkan tempohnya sehingga 2025. 

      Walaupun pelan insurans kerajaan akan membantu kalau anda tak mampu membeli pelan insurans biasa/Takaful, harus disedari bahawa perlindungan dan manfaat yang boleh didapati di bawah pelan-pelan ini tidak dapat meyamai perlindungan dan manfaat yang lebih baik di bawah pelan insurans/Takaful yang biasa. Namun, memiliki insurans dengan jumlah perlindungan yang sedikit adalah lebih baik daripada tiada langsung perlindungan. Jadi, kalau anda kurang mampu atau baru sahaja mengambil tahu tentang insurans, cuba lihat sama ada anda layak menyertai mySalam or Perlindungan Tenang supaya anda tetap ada perlindungan perubatan dan kewangan! 

      Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang mySalam, layari https://www.mysalam.com.my/b40/info/?url=main_BMe-mel info@mysalam.com.my atau talian bantuan mySalam di 1-300-888-938. 

      Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang Perlindungan Tenang, layari  www.liam.org.my atau www.malaysiantakaful.org.my. 

      Jika anda ingin belajar lagi tentang insurans, sila baca mana-mana panduan kami di bawah:

      Pengenalan kepada Takaful

      Insurans Perubatan

      Insurans Hayat

      Apa yang perlu dipertimbangkan apabila membeli insurans

      Tag:Insurans

      Kongsikannya:


      Admin bar avatar
      Multiply
      The Multiply Admin

      Sebelumnya

      Ini Cara Mendapatkan Bantuan Tunai Daripada Kerajaan Jika Anda Seorang Muflis
      April 14, 2021

      Seterusnya

      Enam Angka Kewangan Ini Boleh Mengubah Kehidupan Anda. Tahukah Anda Apa Enam Angka Kewangan Ini?
      April 21, 2021

      Anda Mungkin Berminat

      where-can-i-get-help-if-i-am-struggling-financially
      Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan jika saya menghadapi cabaran kewangan?
      13 Februari, 2023
      car-g170fb26f6_1920 (1)
      Patut Ke Anda Ambil Insurans Banjir untuk Kereta Anda?
      13 Januari, 2022
      3-insurance-plans-you-need-to-get-now-to-protect-your-older-self
      3 Pelan Insurans Yang Anda Perlu Dapatkan Sekarang Untuk Lindungi Diri Anda Pada Hari Tua
      19 November, 2021

      Cari

      Artikel Terkini

      2 Initiatives Every Housewife and Married Woman Shouldn’t Ignore
      31Mac2023
      Preparing for Retirement: Do's and Don'ts 3 - Multiply - Retirement
      Persiapan untuk Persaraan - 4 perkara yang perlu anda elakkan kalau nak bersara dengan selesa
      24Mac2023
      Ready for Malaysia's Budget 2023? 5 - Multiply - Planning & Budgeting
      Anda dah sedia untuk Bajet 2023?
      22Feb2023

      KATEGORI PANDUAN

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
        • ETF
        • Unit Amanah
        • Saham
        • Asas Pelaburan
        • Deposit Tetap
        • Simpanan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan
      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan

      Peringkat hidup

      • Pelajar
      • Keluarga
      • Pekerja Dewasa
      • Pesara

      Panduan terkini

      5 Perkara untuk Diselidik Sebelum Melabur dalam Saham sesebuah Syarikat

      5 Perkara untuk Diselidik Sebelum Melabur dalam Saham sesebuah Syarikat

      Free
      What you need to know about ‘Buy Now, Pay Later’ plans

      Apa yang anda perlu tahu tentang pelan 'Beli Sekarang, Bayar Kemudian'

      Free
      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang E-Wallet?

      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang E-Wallet?

      Free

      Jangan ketinggalan, sertai senarai mel kami!

      newsletter-subscribe-multiply

      logo-multiply-learn-investing-for-free

      hello@multiply.org.my

      Maklumat

      • Laman Utama
      • Blog
      • Tentang Kami
      • Hubungi

      Kategori

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan

      Kategori

      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan
      • Semua Panduan

      Instagram Feed

      It's income tax filing season! So, in this week's It's income tax filing season! So, in this week's series of Multiply Simplifies, let's talk about income tax. 😊#incometax #taxseason #taxfiling #malaysiataxfiling #lhdn #tax101 #financialliteracy #financialeducation #personalfinance #multiplymalaysia #malaysia
      Long-term financial security is important to help Long-term financial security is important to help you feel in control of your future. Here are two initiatives every housewife and woman shouldn’t ignore! To learn more about SKSSR & i-Sayang, click on the link in our bio. #socialprotection #retirement #retirementplanning #financialsecurity #women #womenfinance #multiplymalaysia #malaysia #financialliteracy #financialeducation
      Looking for an alternative saving option for your Looking for an alternative saving option for your retirement plan? Private Retirement Schemes (PRS) might just be the answer you're looking for! Learn more about PRS through this week's episode of Multiply Simplifies! 😊 #retirement #retirementsavings #retirementgoals #retire #savings #financialplanning #financialliteracy #financialeducation #personalfinance #multiplymalaysia #malaysia
      Adakah anda percaya bahawa bila anda bersara nanti Adakah anda percaya bahawa bila anda bersara nanti, anda akan bebas daripada tekanan dan kerisauan? Fakta sebenar adalah sebaliknya! Jangan biarkan mitos mengganggu persediaan anda untuk masa depan yang selesa. 👴👵🏝️Layarilah laman web kami untuk ketahui lebih lanjut dan kira jumlah simpanan yang perlu anda mulakan sekarang! #simpananpersaraan #simpanan #persaraan #bersara #perancangankewangan #matlamatpersaraan #pendidikankewangan #kewanganperibadi #multiplymalaysia

      Multiply by Creador Foundation.

      • Privasi
      • Terma
      • Peta laman

      Facebook Google

      Log masuk dengan akaun laman anda

      1 + 3 =

      Lupa kata laluan anda?

      Belum jadi ahli? Daftar sekarang

      Daftar akaun baru

      seven − four =

      Anda seorang ahli? Log masuk sekarang

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Apa gaya perbelanjaan anda?

      Menguruskan perbelanjaan boleh jadi sesuatu yang rumit. Cuba beritahu kami bagaimana anda membelanjakan wang dan kami boleh bantu anda mencari jalan bagaimana untuk berbelanja dengan lebih baik!

      1. Bagaimana anda memperoleh pendapatan?
      2. Bagaimana pengurusan kewangan anda sebelum COVID-19 melanda?
      3. Bagaimana COVID-19 telah memberi kesan kepada perbelanjaan anda secara keseluruhannya?
      4. Bagaimana perintah kawalan pergerakan (PKP/PKPB) telah memberi kesan kepada penggunaan kad kredit anda?
      5. Jika anda menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN), bagaimana anda menggunakannya?
      6. Jika anda mengambil wang daripada akaun KWSP anda dalam tempoh PKP/PKPB (di bawah i-Lestari), bagaimana anda menggunakannya?
      7. Moratorium pinjaman berguna untuk saya kerana:
      8. Musim percutian sudah dekat. Apa perancangan anda untuk aktiviti beli-belah hujung tahun?
      9. Anda sudah rancang belanjawan anda untuk tahun 2021?
      10. Bagaimana anda membuat persediaan kewangan untuk tahun 2021?
      11. Bagaimana anda rasa anda akan menguruskan wang anda pada tahun 2021?
      12. Apa yang anda perlukan untuk mempertingkatkan kewangan anda pada tahun 2021?
      13. Untuk tahun 2021, matlamat kewangan utama saya ialah untuk:
      14. Untuk tahun 2021, aspek kewangan yang paling membimbangkan saya ialah:
      15. Untuk tahun 2021, aspek kewangan peribadi yang mana yang anda ingin pelajari dengan lebih lanjut?
      clock.png

      Time is Up!

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Ambil kuiz kami!



      Apakah personaliti kewangan Anda?

      Terbaru


      Apa gaya perbelanjaan anda?

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Apakah personaliti Kewangan Anda?

      Cuba lihat sama ada anda seorang Boss Duit, Kadet Kewangan atau Budak Baru Belajar dengan mengambil kuiz ini!

      1. Dah nak dekat hujung bulan ni, dalam fikiran anda...
      2. Kalau anda saja-saja nak pergi membeli-belah, adakah anda….
      3. Kereta anda mengalami kemalangan dan anda perlu keluarkan wang sebanyak RM1,000 untuk membaikinya. Anda…
      4. Anda terima penyata kad kredit anda dan anda…
      5. Selepas berbulan-bulan menyimpan (memang betul, sikit -sikit, lama-lama jadi bukit), banyak juga wang yang terkumpul dalam akaun bank anda. Anda kemudiannya
      6. Anda membeli sebuah kereta baru (ya bayangkan saja - Toyota, Proton, atau BMW). Anda mengambil
      7. Anda seorang pelabur. Yang mana anda akan lakukan…
      clock.png

      Time is Up!