• Laman Utama
  • Tentang Kami
  • Panduan kami

    Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

    Merancang Belanjawan

    Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

    Simpanan & Pelaburan

    Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

    Menguruskan Hutang

    Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

    Membeli Kenderaan

    Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

    Membeli Rumah

    Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

    Insurans

    Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

    Persaraan

    All Guides Icon

    Semua Panduan

  • Panduan kami
    • Merancang Belanjawan
    • Simpanan & Pelaburan
    • Membeli Rumah
    • Membeli Kenderaan
    • Menguruskan Hutang
    • Insurans
    • Persaraan
  • Kalkulator
  • Blog
  • Ambil Kuiz
    • English
    • Bahasa Malaysia
    Ada pertanyaan?
    hello@multiply.org.my
    DaftarLog masuk
    MultiplyMultiply
    • Laman Utama
    • Tentang Kami
    • Panduan kami

      Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

      Merancang Belanjawan

      Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

      Simpanan & Pelaburan

      Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

      Menguruskan Hutang

      Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

      Membeli Kenderaan

      Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

      Membeli Rumah

      Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

      Insurans

      Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

      Persaraan

      All Guides Icon

      Semua Panduan

    • Panduan kami
      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Membeli Rumah
      • Membeli Kenderaan
      • Menguruskan Hutang
      • Insurans
      • Persaraan
    • Kalkulator
    • Blog
    • Ambil Kuiz

      Merancang Belanjawan

      Apa Yang Anda Boleh Dapat Daripada Bajet 2022?

      • Dihasil oleh Multiply
      • Kategori Merancang Belanjawan
      • Tarikh November 4, 2021
      What Can You Get From Budget 2022? 1 - Multiply - Planning & Budgeting

      Kerajaan telah mengumumkan Bajet 2022 pada 29 Okt 2021 dan memperuntukkan RM332.1 bilion untuk perbelanjaannya pada tahun depan. Sebahagian daripada wang ini akan digunakan untuk memberi bantuan tunai dan faedah lain kepada rakyat Malaysia. Teruskan membaca untuk mengetahui beberapa manfaat utama yang anda boleh perolehi daripada Bajet 2022!

       

      Bantuan tunai

      Berikutan bantuan tunai Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang diberikan tahun ini, tahun depan kerajaan akan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) untuk kumpulan berikut: 

      Siapa yang boleh mendapatkannya?  Apa yang anda boleh dapat? 
      Isi rumah berpendapatan kurang daripada RM2,500 sebulan dan tiga anak atau lebih RM2,000
      Ibu/bapa tunggal dengan pendapatan bulanan sehingga RM5,000 RM500
      Warga emas RM300
      Individu bujang berpendapatan kurang daripada RM2,500 RM350

      Penjawat awam juga akan diberi bantuan wang tunai khas seperti berikut: 

      Siapa yang boleh mendapatkannya?  Apa yang anda boleh dapat? 
      Penjawat awam Gred 56 dan ke bawah RM700
      Pesara kerajaan RM350

      Bantuan tunai lain yang tersedia di bawah Bajet 2022 termasuk: 

      • RM150 seorang pelajar untuk membeli kelengkapan persekolahan
      • RM100 untuk guru di bawah Kementerian Pendidikan

       

      Skim insurans mampu milik

      Perlindungan Tenang dan mySalam adalah program insurans mampu milik yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk membantu semua rakyat Malaysia mendapatkan perlindungan insurans. Di bawah Bajet 2022, kumpulan B40 yang mendaftar untuk skim insurans mampu milik Perlindungan Tenang boleh mendapatkan baucar RM75 untuk membeli insurans di bawah skim tersebut. Baucar itu juga boleh digunakan untuk membantu membeli insurans motor bagi motosikal 150cc dan ke bawah mulai 1 Jan 2022. 

      Di bawah mySalam, liputan akan diperluaskan kepada penerima BKM. Tuntutan untuk faedah peranti perubatan juga akan dilanjutkan kepada tanggungan penerima mySalam yang layak.

      Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai skim ini, baca blog kami.

       

      Pelepasan cukai dan subsidi

      Untuk membantu rakyat Malaysia mendapat lebih banyak wang tunai di tangan mereka, kerajaan mengumumkan pelepasan cukai dan subsidi termasuk: 

      • Lanjutan pelepasan khas cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 untuk pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet sehingga 31 Disember 2022
      • Lanjutan 100% pengecualian cukai jualan ke atas kereta buatan tempatan dan 50% ke atas kereta import sehingga 30 Jun 2022
      • Pelanjutan pelepasan cukai sehingga RM1,000 untuk cuti tempatan sehingga tahun taksiran 2022
      • Pelepasan cukai RM4,000 untuk caruman KWSP diluaskan untuk meliputi caruman sukarela daripada pekerja gig
      • Subsidi 50% atau sehingga RM150 untuk isi rumah B40 untuk membeli kerusi keselamatan kanak-kanak
      • Pelepasan cukai sehingga RM3,000 untuk yuran yang dibayar kepada pusat asuhan kanak-kanak atau tadika berdaftar sehingga tahun taksiran 2023
      • Pelepasan cukai pendapatan individu yang lebih tinggi untuk yuran kursus peningkatan kemahiran dan peningkatan diri sebanyak RM2,000 sehingga tahun taksiran 2023
      • Pelepasan cukai sehingga RM7,000 untuk kursus dengan mana-mana badan profesional dalam bidang termasuk perakaunan dan kewangan 
      • Kerajaan akan membayar kos penuh cukai jalan kenderaan bermotor untuk kereta persendirian milik OKU

      Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelepasan cukai dan memahami asas pemfailan cukai, baca panduan kami. 

       

      Golongan belia 

      Kerajaan juga mengumumkan beberapa faedah untuk belia, termasuk: 

      • Tablet untuk semua pelajar B40 yang menuntut di institusi pengajian tinggi di bawah program PerantiSiswa Keluarga Malaysia
      • Bantuan pembayaran balik pinjaman PTPTN dari 1 Nov 2021-30 April 2022, meliputi:
      • Assistance of repayment for PTPTN loans from 1 Nov 2021-30 April 2022, covering: 
        • Diskaun 15% ke atas hutang tertunggak untuk pembayaran yang dibuat sepenuhnya
        • Diskaun 12% ke atas hutang tertunggak untuk pembayaran sekurang-kurangnya 50%
        • Diskaun 10% untuk pembayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus

       

      Perancangan dan simpanan persaraan

      Sesetengah rakyat Malaysia mungkin berharap kerajaan membenarkan lebih banyak pengeluaran awal KWSP berikutan skim i-Citra, i-Lestari dan i-Sinar yang diperkenalkan pada 2019 dan 2020. Walaupun tiada lagi skim sedemikian diumumkan dalam Bajet 2022, kerajaan telah mengumumkan beberapa inisiatif berkaitan simpanan persaraan. 

      Inisiatif ini termasuk:

      • Pelanjutan pengurangan kadar caruman KWSP pekerja minimum kepada 9% daripada 11% sehingga Jun 2022
      • Perluasan padanan kerajaan kepada caruman sukarela di bawah skim i-Saraan untuk meliputi mereka yang berumur antara 55 dan 60 tahun (Kerajaan memadankan sekurang-kurangnya 15%, atau sehingga RM250, kepada caruman i-Saraan yang dibuat oleh ahli KWSP) 

      Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perancangan dan simpanan persaraan, baca panduan kami tentang simpanan dalam KWSP atau blog kami tentang simpanan KWSP sukarela.

       

      Insurans pekerjaan

      Memandangkan sebahagian rakyat Malaysia telah kehilangan pekerjaan semasa krisis COVID-19, di bawah Bajet 2022, kerajaan akan meningkatkan faedah daripada PERKESO. PERKESO menyediakan insurans untuk pekerja yang jatuh sakit atau cedera semasa bekerja. 

      Ini termasuk: 

      • Kenaikan pencen bulanan di bawah Skim Keilatan kepada RM550 daripada RM475. Pencen ilat disediakan untuk pekerja yang menjadi terlalu sakit atau hilang upaya untuk bekerja
      • Perlindungan gaji bulanan maksimum yang lebih tinggi kepada RM5,000. (Kadar caruman PERKESO adalah berdasarkan jumlah pendapatan anda setiap bulan. Baca blog kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara PERKESO berfungsi dan apakah faedah yang anda boleh perolehi daripada skim tersebut.)

       

      Bagaimanakah anda boleh mendapatkan manfaat daripada Belanjawan 2022? 

      Kerajaan belum mengumumkan butiran penuh tentang bagaimana manfaat ini akan diberikan, tetapi untuk maklumat lanjut, mohon bantuan tunai sedia ada atau cari bantuan lain, lihat pautan ini. Anda juga boleh klik pautan ini untuk membaca ucapan penuh Bajet 2022 atau lawati halaman ini untuk melihat semua manfaat yang diumumkan.

      Kongsikannya:


      Admin bar avatar
      Multiply
      The Multiply Admin

      Sebelumnya

      Apa Cara Terbaik Membuat Bayaran Untuk Pembelian Motosikal?
      November 4, 2021

      Seterusnya

      3 Pelan Insurans Yang Anda Perlu Dapatkan Sekarang Untuk Lindungi Diri Anda Pada Hari Tua
      November 19, 2021

      Anda Mungkin Berminat

      Carousel – Budgeting 1-01
      Nak kembangkan simpanan anda?
      1 Disember, 2022
      inflasi
      Bagaimana Anda Boleh Respon Kepada Inflasi?
      21 Julai, 2022
      EN Thumbnail
      5 Tip Untuk Dapatkan Kenaikan Gaji
      23 Mei, 2022

      Cari

      Artikel Terkini

      Want to grow your savings? 3 - Multiply - Planning & Budgeting
      Nak kembangkan simpanan anda?
      01Dis2022
      Can You Afford to Retire? 5 - Multiply - Retirement
      Mampukah Anda Untuk Bersara?
      18Okt2022
      A Beginner’s Guide to Crypto in Malaysia 7 - Multiply - Saving & Investing
      Panduan Pemula untuk Kripto di Malaysia
      24Ogo2022

      KATEGORI PANDUAN

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
        • ETF
        • Unit Amanah
        • Saham
        • Asas Pelaburan
        • Deposit Tetap
        • Simpanan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan
      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan

      Peringkat hidup

      • Pelajar
      • Keluarga
      • Pekerja Dewasa
      • Pesara

      Panduan terkini

      5 Perkara untuk Diselidik Sebelum Melabur dalam Saham sesebuah Syarikat

      5 Perkara untuk Diselidik Sebelum Melabur dalam Saham sesebuah Syarikat

      Free
      What you need to know about ‘Buy Now, Pay Later’ plans

      Apa yang anda perlu tahu tentang pelan 'Beli Sekarang, Bayar Kemudian'

      Free
      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang E-Wallet?

      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang E-Wallet?

      Free

      Jangan ketinggalan, sertai senarai mel kami!

      newsletter-subscribe-multiply

      logo-multiply-learn-investing-for-free

      hello@multiply.org.my

      Maklumat

      • Laman Utama
      • Blog
      • Tentang Kami
      • Hubungi

      Kategori

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan

      Kategori

      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan
      • Semua Panduan

      Instagram Feed

      We are looking for people who are eager to make im We are looking for people who are eager to make impact in the nonprofit space. Join our team of dynamic individuals as we have new and exciting projects for Multiply.If you are passionate about uplifting and empowering communities, click the link on bio to find out more about the role.#hiring #multiply #creadorfoundation #malaysia #socialimpact
      We’re looking for people who are eager to create We’re looking for people who are eager to create movements in the social impact space. Join our team of dynamic individuals as we have new and exciting projects for Multiply and more.So if you are passionate about uplifting and empowering communities, click the link on the bio to find out more about the role.#hiring #multiply #creadorfoundation #malaysia #socialimpact
      Want to own a credit card? Here's what you should Want to own a credit card? Here's what you should consider before becoming a credit card user. To learn more check out the link in our bio.
      Faster, easier, cheaper. But you will have to fact Faster, easier, cheaper. But you will have to factor in key aspects of your situation before deciding on a motorcycle.Find out what they are in our latest infographic! Click the link in our bio to check it out.

      Multiply by Creador Foundation.

      • Privasi
      • Terma
      • Peta laman

      Facebook Google

      Log masuk dengan akaun laman anda

      4 × 4 =

      Lupa kata laluan anda?

      Belum jadi ahli? Daftar sekarang

      Daftar akaun baru

      2 × 4 =

      Anda seorang ahli? Log masuk sekarang

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Apa gaya perbelanjaan anda?

      Menguruskan perbelanjaan boleh jadi sesuatu yang rumit. Cuba beritahu kami bagaimana anda membelanjakan wang dan kami boleh bantu anda mencari jalan bagaimana untuk berbelanja dengan lebih baik!

      1. Bagaimana anda memperoleh pendapatan?
      2. Bagaimana pengurusan kewangan anda sebelum COVID-19 melanda?
      3. Bagaimana COVID-19 telah memberi kesan kepada perbelanjaan anda secara keseluruhannya?
      4. Bagaimana perintah kawalan pergerakan (PKP/PKPB) telah memberi kesan kepada penggunaan kad kredit anda?
      5. Jika anda menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN), bagaimana anda menggunakannya?
      6. Jika anda mengambil wang daripada akaun KWSP anda dalam tempoh PKP/PKPB (di bawah i-Lestari), bagaimana anda menggunakannya?
      7. Moratorium pinjaman berguna untuk saya kerana:
      8. Musim percutian sudah dekat. Apa perancangan anda untuk aktiviti beli-belah hujung tahun?
      9. Anda sudah rancang belanjawan anda untuk tahun 2021?
      10. Bagaimana anda membuat persediaan kewangan untuk tahun 2021?
      11. Bagaimana anda rasa anda akan menguruskan wang anda pada tahun 2021?
      12. Apa yang anda perlukan untuk mempertingkatkan kewangan anda pada tahun 2021?
      13. Untuk tahun 2021, matlamat kewangan utama saya ialah untuk:
      14. Untuk tahun 2021, aspek kewangan yang paling membimbangkan saya ialah:
      15. Untuk tahun 2021, aspek kewangan peribadi yang mana yang anda ingin pelajari dengan lebih lanjut?
      clock.png

      Time is Up!

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Ambil kuiz kami!



      Apakah personaliti kewangan Anda?

      Terbaru


      Apa gaya perbelanjaan anda?

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Apakah personaliti Kewangan Anda?

      Cuba lihat sama ada anda seorang Boss Duit, Kadet Kewangan atau Budak Baru Belajar dengan mengambil kuiz ini!

      1. Dah nak dekat hujung bulan ni, dalam fikiran anda...
      2. Kalau anda saja-saja nak pergi membeli-belah, adakah anda….
      3. Kereta anda mengalami kemalangan dan anda perlu keluarkan wang sebanyak RM1,000 untuk membaikinya. Anda…
      4. Anda terima penyata kad kredit anda dan anda…
      5. Selepas berbulan-bulan menyimpan (memang betul, sikit -sikit, lama-lama jadi bukit), banyak juga wang yang terkumpul dalam akaun bank anda. Anda kemudiannya
      6. Anda membeli sebuah kereta baru (ya bayangkan saja - Toyota, Proton, atau BMW). Anda mengambil
      7. Anda seorang pelabur. Yang mana anda akan lakukan…
      clock.png

      Time is Up!