• Laman Utama
  • Tentang Kami
  • Panduan kami

    Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

    Merancang Belanjawan

    Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

    Simpanan & Pelaburan

    Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

    Menguruskan Hutang

    Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

    Membeli Kenderaan

    Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

    Membeli Rumah

    Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

    Insurans

    Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

    Persaraan

    All Guides Icon

    Semua Panduan

  • Panduan kami
    • Merancang Belanjawan
    • Simpanan & Pelaburan
    • Membeli Rumah
    • Membeli Kenderaan
    • Menguruskan Hutang
    • Insurans
    • Persaraan
  • Kalkulator
  • Blog
  • Ambil Kuiz
    • English
    • Bahasa Malaysia
    Ada pertanyaan?
    hello@multiply.org.my
    DaftarLog masuk
    MultiplyMultiply
    • Laman Utama
    • Tentang Kami
    • Panduan kami

      Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

      Merancang Belanjawan

      Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

      Simpanan & Pelaburan

      Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

      Menguruskan Hutang

      Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

      Membeli Kenderaan

      Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

      Membeli Rumah

      Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

      Insurans

      Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

      Persaraan

      All Guides Icon

      Semua Panduan

    • Panduan kami
      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Membeli Rumah
      • Membeli Kenderaan
      • Menguruskan Hutang
      • Insurans
      • Persaraan
    • Kalkulator
    • Blog
    • Ambil Kuiz

      Merancang Belanjawan

      Apa Manfaat yang Anda Boleh Dapat daripada Belanjawan 2021?

      • Dihasil oleh Multiply
      • Kategori Merancang Belanjawan
      • Tarikh November 11, 2020
      What Can You Get from Budget 2021? 1 - Multiply - Planning & Budgeting

      Infografik

      What Can You Get from Budget 2021? 3 - Multiply - Planning & Budgeting

      Kerajaan telah mengumumkan Belanjawan 2021 pada 6 November 2020. Dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM322.54 bilion, paling tinggi dalam sejarah negara, mari kita lihat apa manfaat yang boleh didapati oleh rakyat Malaysia seperti anda. 

      Asas belanjawan
      Sebelum kita melihat apa yang boleh anda peroleh daripada Belanjawan 2021, mari kita fahami tentang belanjawan persekutuan. Lebih kurang seperti anda menggunakan belanjawan untuk menguruskan kewangan anda, kerajaan juga merancang belanjawan untuk negara setiap tahun. Belanjawan tahunan diumumkan pada hujung tahun sebelumnya, jadi kita akan tahu bagaimana kerajaan merancang untuk berbelanja bagi tahun berikutnya. 

      Apa manfaat yang ada buat anda?
      Belanjawan 2021 adalah yang terbesar dalam sejarah negara kita, memandangkan kita masih lagi berdepan dengan pandemik Covid-19 yang menyulitkan rakyat Malaysia bukan saja dari segi kesihatan, tetapi juga dari segi kewangan. Untuk membantu kita mengharungi tempoh yang sukar ini, dengan adanya ramai rakyat yang terjejas atau hilang sumber pendapatan, kerajaan akan memberikan bantuan berikut: 

      Bantuan tunai

      • Bantuan tunai sekali beri sebanyak RM500 kepada petugas barisan hadapan perubatan yang memerangi Covid-19
      • Bantuan Prihatin Nasional (BPN) & Bantuan Sara Hidup (BSH) to become Bantuan Prihatin Rakyat dengan pemberian bantuan kewangan berikut:
        • Isi rumah berpendapatan RM2,500 atau kurang 
          • Sehingga seorang anak: RM1,200
          • Dua orang anak atau lebih: RM1,800
        • Isi rumah berpendapatan antara RM2,501-RM4,000
          •  Sehingga seorang anak: RM800
          • Dua orang anak atau lebih: RM1,200
        • Isi rumah berpendapatan antara RM4,001-RM5,000:
          • Sehingga seorang anak: RM500
          • Dua orang anak atau lebih: RM750
        • Individu bujang berpendapatan RM2,500 atau kurang
          • RM350
          • Umur kelayakan diturunkan daripada 40 tahun kepada 21 tahun
      • Kredit e-wallet sekali beri sebanyak RM50 kepada belia berumur 18-20 tahun
      • Bantuan khas sebanyak RM600 kepada penjawat awam Gred 56 dan ke bawah
      • Bantuan khas sebanyak RM300 kepada pesara kerajaan dan golongan veteran tidak berpencen

      Bantuan bukan tunai

      • Kredit telekomunikasi bernilai RM180 setiap seorang kepada individu B40 untuk melanggan Internet atau membantu membeli telefon pintar baharu (butiran belum dikeluarkan)
      • RM1.5 bilion dalam bentuk data percuma daripada syarikat telekomunikasi
      • Komputer riba kepada 150,000 orang pelajar di 500 buah sekolah
      • Kanak-kanak sekolah di bawah Rancangan Makanan Tambahan akan menerima susu setiap hari 
      • Pinjaman bagi pembelian komputer riba untuk pelajar PTPTN menerusi skim BSN MyRinggit-i COMSIS
      • Pas perjalanan bulanan tanpa had untuk penggunaan rel dan bas bernilai RM30 (My30) diperluaskan ke Kuantan dan Pulau Pinang
      • Pas pengangkutan awam bulanan tanpa had berharga RM5 untuk pelajar sekolah Tahun 1 hingga Tingkatan 6 serta orang kurang upaya (OKU) yang menaiki komuter Lembah Klang, komuter utara, tren antara bandar Kuala Lipis dan Tumpat dan tren Sabah di jajaran Beaufort-Tenom
      • E-rebat RM200 untuk membeli penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga buatan Malaysia

      Moratorium bayaran balik

      • Peminjam B40 yang kehilangan pekerjaan dan perusahaan mikro boleh:
        • Menangguhkan pembayaran balik pinjaman selama tiga bulan, atau
        • Membayar 50% pembayaran balik pinjaman selama enam bulan
      • Peminjam M40 lebih mudah memohon bantuan bayaran balik pinjaman dengan hanya membuat pengisytiharan kendiri kehilangan pendapatan kepada bank

      Patut ke anda letak simpanan anda dalam KWSP?

      • Para pekerja boleh memilih mengurangkan caruman KWSP mereka kepada 9% selama 12 bulan bermula Jan 2021
      • Para pekerja yang hilang pekerjaan boleh mengeluarkan sehingga RM500 sebulan selama 12 bulan daripada Akaun 1 bermula Jan 2021, di samping jumlah pengeluaran yang sama daripada Akaun 2 menerusi program i-Lestari sedia ada (KWSP akan mengeluarkan butiran lanjut menjelang 11 Nov 2020)

      PERKESO

      • Tempoh pemberian elaun mencari pekerjaan di bawah Sistem Insurans Pekerjaan dilanjutkan menjadi sembilan bulan berbanding enam bulan sebelum ini. Menerusi skim ini, pekerja yang hilang pekerjaan boleh menuntut elaun daripada PERKESO seperti yang berikut:
        • Bulan pertama: 80% daripada gaji terdahulu
        • Bulan kedua hingga keenam: 50% daripada gaji terdahulu
        • Bulan ketujuh hingga kesembilan 30% daripada gaji terdahulu
      • Perlindungan Skim Bencana Pekerjaan diperluaskan kepada kategori baharu pekerja termasuk penjawat awam di bawah kontrak perkhidmatan dan penunggang penghantaran (delivery riders)

      Pelepasan Cukai

      • Penurunan 1% cukai pendapatan bagi individu berpendapatan RM50,001 sehingga RM70,000 
      • Pelepasan cukai RM8,000 untuk perbelanjaan rawatan perubatan diri, pasangan dan anak untuk penyakit serius, rawatan kesuburan, pemeriksaan perubatan dan vaksinasi. 
      • Pelepasan cukai RM5,000 bagi pasangan kurang upaya
      • Pelepasan cukai RM3,000 untuk caruman dalam Skim Persaraan Swasta dilanjutkan sehingga 2025
      • Pelepasan cukai RM3,000 untuk perbelanjaan berkaitan sukan, surat khabar bercetak dan elektronik
      • Pelepasan cukai RM8,000 untuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional dilanjutkan sehingga 2022
      • Pelepasan cukai individu sebanyak RM1,000 bagi pendidikan termasuk kursus ‘up-skilling’ atau ‘self-enhancement’ yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia 
      • Pengecualian cukai RM20,000 akibat kehilangan pekerjaan, terpakai untuk setiap tahun genap perkhidmatan dengan majikan yang sama atau syarikat dalam kumpulan yang sama, bagi permohonan yang dihantar kepada Talent Corporation Malaysia Bhd dari 1 Jan 2021-31 Dis 2023 

      Bantuan Lain

      Insurans

      • MySalam (insurans) diperluaskan bagi meliputi kos peranti perubatan seperti stent jantung dan prostetik
      • Baucar RM50 bagi membeli produk insurans Perlindungan Tenang termasuk insurans hayat dan kemalangan diri.
      • Pengeluaran daripada Akaun 2 KWSP juga dibenarkan bagi membeli pelan insurans hayat dan penyakit kritikal yang diluluskan (butiran belum dikeluarkan).

      Bulanan kebajikan bulanan untuk golongan rentan

      • RM300 kepada OKU yang tidak berupaya bekerja
      • RM500 bagi penjagaan warga emas serta penjaga OKU dan pesakit kronik terlantar
      • RM450 kepada pekerja OKU
      • RM150 untuk setiap anak berumur tujuh hingga 18 tahun dan RM200 untuk anak berumur enam tahun dan ke bawah daripada keluarga miskin, dengan bantuan maksimum RM1,000 sekeluarga. 

      Pemilikan rumah

      • Pengecualian duti setem sepenuhnya bagi pembeli rumah kediaman pertama bernilai sehingga RM500 ribu sehingga 31 Dis 2025
      • Pengecualian duti setem kepada pembeli asal rumah terbengkalai sehingga 31 Dis 2025
      • RM1 bilion untuk pembiayaan 5,000 buah rumah dalam Skim Rent-to-Own kepada pembeli rumah pertama di bawah Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)
      • Perumahan mampu milik baharu yang terdiri daripada 14,000 rumah kos rendah di bawah Program Perumahan Rakyat dan 3,000 unit Rumah Mesra Rakyat 

      Kesihatan

      • Program imunisasi pneumokokal untuk kanak-kanak
      • Program rawatan Peritoneal Dialysis di rumah 
      • Saringan kanser serviks dan subsidi mamogram kepada wanita yang berisiko tinggi mendapat kanser payudara.

      Anda boleh membaca Belanjawan 2021 yang penuh di sini. Memandangkan Belanjawan baru saja diumumkan, sebahagian butiran bantuan masih belum dikeluarkan misalnya bila dan di mana anda boleh memohon, jadi anda perlu selalu layari blog kami untuk dapatkan maklumat terkini!

      Tag:Merancang Belanjawan

      Kongsikannya:


      Admin bar avatar
      Multiply
      The Multiply Admin

      Sebelumnya

      6 Tip Berpindah Ke Kediaman Sendiri
      November 11, 2020

      Seterusnya

      Lapan Tip Membeli-belah Secara Online
      November 13, 2020

      Anda Mungkin Berminat

      ENG Budget Visuals 1
      Anda dah sedia untuk Bajet 2023?
      22 Februari, 2023
      where-can-i-get-help-if-i-am-struggling-financially
      Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan jika saya menghadapi cabaran kewangan?
      13 Februari, 2023
      Carousel – Budgeting 1-01
      Nak kembangkan simpanan anda?
      1 Disember, 2022

      Cari

      Artikel Terkini

      Ready for Malaysia's Budget 2023? 5 - Multiply - Planning & Budgeting
      Anda dah sedia untuk Bajet 2023?
      22Feb2023
      Where can I get help if I'm struggling financially? 7 - Multiply - Blog, Planning & Budgeting, Saving & Investing
      Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan jika saya menghadapi cabaran kewangan?
      13Feb2023
      Want to grow your savings? 9 - Multiply - Planning & Budgeting
      Nak kembangkan simpanan anda?
      01Dis2022

      KATEGORI PANDUAN

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
        • ETF
        • Unit Amanah
        • Saham
        • Asas Pelaburan
        • Deposit Tetap
        • Simpanan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan
      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan

      Peringkat hidup

      • Pelajar
      • Keluarga
      • Pekerja Dewasa
      • Pesara

      Panduan terkini

      5 Perkara untuk Diselidik Sebelum Melabur dalam Saham sesebuah Syarikat

      5 Perkara untuk Diselidik Sebelum Melabur dalam Saham sesebuah Syarikat

      Free
      What you need to know about ‘Buy Now, Pay Later’ plans

      Apa yang anda perlu tahu tentang pelan 'Beli Sekarang, Bayar Kemudian'

      Free
      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang E-Wallet?

      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang E-Wallet?

      Free

      Jangan ketinggalan, sertai senarai mel kami!

      newsletter-subscribe-multiply

      logo-multiply-learn-investing-for-free

      hello@multiply.org.my

      Maklumat

      • Laman Utama
      • Blog
      • Tentang Kami
      • Hubungi

      Kategori

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan

      Kategori

      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan
      • Semua Panduan

      Instagram Feed

      Ready to simplify your finances and achieve financ Ready to simplify your finances and achieve financial independence? 🔥💰 Swipe to learn more about the FIRE concept as part of our Multiply Simplifies series. Discover how you can retire early and live the life you want by following these simple steps.#FIRE #retirement #multiplysimplifies #financialfreedom #financialindependence #financemadesimple #financialliteracy #financialeducation #multiplymalaysia #malaysia
      EPF savings will always be enough for my retiremen EPF savings will always be enough for my retirement - do you think this is a fact or a myth? 🤔Check out our reel to find out the answer, and the recommended retirement savings amount you should have! 🏦#mythbusters #mythbusting #mythbustingmonday #retirement #retirementplanning #retirementsavings #retire #epf #kwsp #personalfinance #malaysia #financialliteracy
      Money talk made simple! 🤑 Introducing Multiply Money talk made simple! 🤑 Introducing Multiply Simplifies - your one-stop destination for all things finance! 💰💸 From budgeting to savings, we've got you covered. Today its about EPF, also known as KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja).Follow us for weekly bite-sized explanations that make financial concepts & elements easy to understand. #multiplysimplifies #financemadesimple #moneytalk #financialliteracy #financialeducation #kewangan #financemalaysia #epf #kwsp #personalfinance #multiplymalaysia #malaysia
      Anda rasa simpanan persaraan penting atau tak untu Anda rasa simpanan persaraan penting atau tak untuk suri rumah? 🤔 Tonton reel ini, biar kami jelaskan, dan beritahu pendapat anda di ruangan komen di bawah!👇#mythbustingmonday #multiplymalaysia #celikkewangan #pendidikankewangan #surirumah #wanitaperlutahu #duit #kewangan #wanita #isayang #kwsp

      Multiply by Creador Foundation.

      • Privasi
      • Terma
      • Peta laman

      Facebook Google

      Log masuk dengan akaun laman anda

      eighteen + twenty =

      Lupa kata laluan anda?

      Belum jadi ahli? Daftar sekarang

      Daftar akaun baru

      5 × 3 =

      Anda seorang ahli? Log masuk sekarang

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Apa gaya perbelanjaan anda?

      Menguruskan perbelanjaan boleh jadi sesuatu yang rumit. Cuba beritahu kami bagaimana anda membelanjakan wang dan kami boleh bantu anda mencari jalan bagaimana untuk berbelanja dengan lebih baik!

      1. Bagaimana anda memperoleh pendapatan?
      2. Bagaimana pengurusan kewangan anda sebelum COVID-19 melanda?
      3. Bagaimana COVID-19 telah memberi kesan kepada perbelanjaan anda secara keseluruhannya?
      4. Bagaimana perintah kawalan pergerakan (PKP/PKPB) telah memberi kesan kepada penggunaan kad kredit anda?
      5. Jika anda menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN), bagaimana anda menggunakannya?
      6. Jika anda mengambil wang daripada akaun KWSP anda dalam tempoh PKP/PKPB (di bawah i-Lestari), bagaimana anda menggunakannya?
      7. Moratorium pinjaman berguna untuk saya kerana:
      8. Musim percutian sudah dekat. Apa perancangan anda untuk aktiviti beli-belah hujung tahun?
      9. Anda sudah rancang belanjawan anda untuk tahun 2021?
      10. Bagaimana anda membuat persediaan kewangan untuk tahun 2021?
      11. Bagaimana anda rasa anda akan menguruskan wang anda pada tahun 2021?
      12. Apa yang anda perlukan untuk mempertingkatkan kewangan anda pada tahun 2021?
      13. Untuk tahun 2021, matlamat kewangan utama saya ialah untuk:
      14. Untuk tahun 2021, aspek kewangan yang paling membimbangkan saya ialah:
      15. Untuk tahun 2021, aspek kewangan peribadi yang mana yang anda ingin pelajari dengan lebih lanjut?
      clock.png

      Time is Up!

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Ambil kuiz kami!



      Apakah personaliti kewangan Anda?

      Terbaru


      Apa gaya perbelanjaan anda?

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Apakah personaliti Kewangan Anda?

      Cuba lihat sama ada anda seorang Boss Duit, Kadet Kewangan atau Budak Baru Belajar dengan mengambil kuiz ini!

      1. Dah nak dekat hujung bulan ni, dalam fikiran anda...
      2. Kalau anda saja-saja nak pergi membeli-belah, adakah anda….
      3. Kereta anda mengalami kemalangan dan anda perlu keluarkan wang sebanyak RM1,000 untuk membaikinya. Anda…
      4. Anda terima penyata kad kredit anda dan anda…
      5. Selepas berbulan-bulan menyimpan (memang betul, sikit -sikit, lama-lama jadi bukit), banyak juga wang yang terkumpul dalam akaun bank anda. Anda kemudiannya
      6. Anda membeli sebuah kereta baru (ya bayangkan saja - Toyota, Proton, atau BMW). Anda mengambil
      7. Anda seorang pelabur. Yang mana anda akan lakukan…
      clock.png

      Time is Up!