• Laman Utama
  • Tentang Kami
  • Panduan kami

    Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

    Merancang Belanjawan

    Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

    Simpanan & Pelaburan

    Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

    Menguruskan Hutang

    Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

    Membeli Kenderaan

    Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

    Membeli Rumah

    Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

    Insurans

    Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

    Persaraan

    All Guides Icon

    Semua Panduan

  • Panduan kami
    • Merancang Belanjawan
    • Simpanan & Pelaburan
    • Membeli Rumah
    • Membeli Kenderaan
    • Menguruskan Hutang
    • Insurans
    • Persaraan
  • Kalkulator
  • Blog
  • Ambil Kuiz
    • English
    • Bahasa Malaysia
    Ada pertanyaan?
    [email protected]
    DaftarLog masuk
    MultiplyMultiply
    • Laman Utama
    • Tentang Kami
    • Panduan kami

      Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

      Merancang Belanjawan

      Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

      Simpanan & Pelaburan

      Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

      Menguruskan Hutang

      Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

      Membeli Kenderaan

      Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

      Membeli Rumah

      Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

      Insurans

      Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

      Persaraan

      All Guides Icon

      Semua Panduan

    • Panduan kami
      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Membeli Rumah
      • Membeli Kenderaan
      • Menguruskan Hutang
      • Insurans
      • Persaraan
    • Kalkulator
    • Blog
    • Ambil Kuiz

      Simpanan & Pelaburan

      Apakah Penasihat Robo?

      • Dihasil oleh Multiply
      • Kategori Simpanan & Pelaburan
      • Tarikh Disember 16, 2020
      What Are Robo Advisors? 1 - Multiply - Saving & Investing

      Anda mungkin ada mendengar semakin ramai orang bercakap tentang penasihat robo. Penasihat robo merupakan satu lagi cara untuk anda laburkan wang anda dalam talian. Tapi apakah penasihat robo dan bagaimana ia berfungsi? 

      Bagaimanakah ia berfungsi?

      Penasihat robo menggunakan algoritma (kita boleh memahaminya sebagai satu program komputer) yang membantu menguruskan dan membina pelaburan anda. Penasihat robo akan membuat keputusan tentang jenis pelaburan yang akan dibuat berpandukan algoritma tersebut.

      Apabila anda mendaftar, anda perlu mengisi maklumat tertentu tentang matlamat pelaburan yang ingin anda capai. Contoh soalan yang ditanya termasuk tempoh pelaburan anda (jangka pendek atau jangka panjang) dan berapa banyak risiko yang anda mahu ambil (tahap risiko anda). 

      Berdasarkan jawapan yang anda beri, algoritma akan mencadangkan pilihan pelaburan (dipanggil portfolio) yang sesuai dengan anda. Selalunya, portfolio ini terdiri daripada satu gabungan dana bersama (atau dana unit amanah) dan dana dagangan bursa (ETF). Bergantung kepada penasihat robo anda, wang anda mungkin akan dilaburkan di dalam atau di luar negara. Kalau dilaburkan di luar negara, anda turut mengambil risiko kadar pertukaran wang. Maksudnya, jika pelaburan anda dibuat dalam matawang asing, naik turun nilai matawang tersebut akan memberi kesan kepada jumlah keuntungan atau kerugian yang diperoleh daripada pelaburan tersebut. 

      Penasihat robo menggunakan pendekatan pelaburan pasif . Jadi, berlainan daripada unit amanah, tidak ada pengurus pelaburan yang akan menguruskan pelaburan anda secara aktif setiap hari. Sebaliknya, setelah keputusan pelaburan dibuat dengan menggunakan algoritma, pelaburan anda akan dibiarkan dan algoritma akan terus bekerja di belakang tabir untuk memastikan pelaburan anda kekal berada dalam lingkungan paras risiko yang anda pilih. 

      Ini bermaksud penasihat robo mungkin bagus digunakan untuk tujuan pelaburan jangka panjang tapi ia tak sesuai digunakan untuk dagangan saham sehari-hari. 

      Apakah kelebihan dan kekurangan menggunakan penasihat robo?

      Kelebihan

      • Pelaburan minimum yang rendah
        Sesetengah penasihat robo tak ada jumlah minimum untuk anda mula membuat pelaburan, tapi ada yang menetapkan jumlah minimum sekurang-kurangnya RM100.
      • Fi yang rendah
        Selalunya fi penasihat robo lebih rendah berbanding unit amanah dan ETF.
        Fi pengurusan: Fi pengurusan dikenakan setiap tahun. Kadar fi bermula pada 1% tapi boleh jadi serendah 0.2% bergantung kepada saiz pelaburan anda. Secara am, lagi besar pelaburan anda, lagi kecil peratusan yang dikenakan untuk fi pengurusan.
        Fi lain: Kebanyakan syarikat tak mengenakan fi komisyen, fi penarikbalikan atau fi penukaran portfolio, tapi sila semak terma dan syarat untuk pastikan sama ada penasihat robo anda ada mengenakan jenis-jenis fi yang lain!
      • Penglibatan Terhad
        Anda tak perlu terlibat secara aktif dalam pelaburan anda. Jadi kalau anda tak banyak masa, pelaburan pasif dengan menggunakan penasihat robo mungkin bagus untuk anda.
      • Pelaburan anda dipelbagaikan
        Wang anda akan dilaburkan dalam pelbagai jenis produk pelaburan (ETF, dana unit amanah) dengan kadar risiko yang berbeza-beza. Ini bagus kerana pelaburan anda dipelbagaikan. Semua portfolio penasihat robo terdiri daripada jenis pelaburan yang berbeza-beza. Ini bermakna risiko pelaburan anda secara keseluruhan juga dikurangkan.

      Kekurangan

      • Kurang maklumat tentang prestasi lampau
        Memandangkan penasihat robo masih baru, tak banyak maklumat yang ada tentang prestasi lampaunya. Jadi anda tak tahu sejauh mana prestasinya konsisten dalam jangka masa panjang.
      • Penglibatan Terhad
        Anda tak dapat buat keputusan pelaburan secara terus, contohnya memilih ETF yang sesuai untuk laburkan duit anda. Sebaliknya, penasihat robo yang akan membuat keputusan pelaburan seperti ini untuk anda berdasarkan tahap risiko anda (iaitu berapa banyak risiko yang anda sanggup ambil) dan algoritmanya.

      Macam mana nak pilih penasihat robo?

      1. Pastikan penasihat robo itu mempunyai lesen
        Di Malaysia, syarikat yang menyediakan perkhidmatan ini perlu ada lesen pengurusan dana yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti. Anda boleh semak di sini (Pastikan anda sentiasa gunakan nama perniagaan berdaftar untuk membuat semakan. Selalunya ia boleh dijumpai di bahagian bawah laman web mereka). Sekarang ini, terdapat 5 penasihat robo yang berdaftar di Malaysia, iaitu StashAway, MYTHEO, Wahed Invest, Raiz dan Best Invest.
      1. Bandingkan fi yang perlu dibayar
        Sebelum anda mula melabur, bandingkan fi penasihat robo yang berbeza-beza. Ingat, bayaran fi boleh mengurangkan keuntungan anda dengan ketara.
      1. Semak prestasi lampau
        Memandangkan penasihat robo masih baru, maklumat tentang prestasi lampau mereka terhad. Namun, anda masih patut semak rekod prestasi mereka untuk menilai prestasi mereka sejak dilancarkan.
      1. Ketahui tahap ketahanan risiko anda
        Ketahui tahap ketahanan risiko anda tahap risiko yang sesuai dengan ketahanan risiko anda.

      Ingat, setiap jenis pelaburan memang ada risikonya yang tersendiri. Jadi, pastikan anda pelbagaikan pelaburan anda dan jangan letakkan semuanya di satu tempat saja!

      Tag:Simpanan & Pelaburan

      Kongsikannya:


      Admin bar avatar
      Multiply
      The Multiply Admin

      Sebelumnya

      6 Tip Merancang Belanjawan untuk Tahun Baharu
      Disember 16, 2020

      Seterusnya

      Pelan Insurans Mikro Apa Yang Anda Boleh Ambil?
      Disember 28, 2020

      Anda Mungkin Berminat

      inflasi
      Bagaimana Anda Boleh Respon Kepada Inflasi?
      21 Julai, 2022
      Flood Relief_Image 1
      Terkesan akibat banjir baru-baru ini? Ini panduan lengkap tentang bantuan dan pelepasan yang bermanfaat untuk anda
      21 Januari, 2022
      clock-gd58aa1151_1920
      Mulakan Usaha Menyimpan Wang dengan Cabaran 52 Minggu
      5 Januari, 2022

      Cari

      Artikel Terkini

      How Do You Respond to Inflation? 3 - Multiply - Planning & Budgeting, Saving & Investing
      Bagaimana Anda Boleh Respon Kepada Inflasi?
      21Jul2022
      Should I Get A Motorcycle 5 - Multiply - Buying a Vehicle
      Patutkah Saya Beli Sebuah Motosikal
      02Jun2022
      5 Tips to Increase Your Salary 7 - Multiply - Planning & Budgeting
      5 Tip Untuk Dapatkan Kenaikan Gaji
      23Mei2022

      KATEGORI PANDUAN

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
        • ETF
        • Unit Amanah
        • Saham
        • Asas Pelaburan
        • Deposit Tetap
        • Simpanan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan
      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan

      Peringkat hidup

      • Pelajar
      • Keluarga
      • Pekerja Dewasa
      • Pesara

      Panduan terkini

      5 Perkara untuk Diselidik Sebelum Melabur dalam Saham sesebuah Syarikat

      5 Perkara untuk Diselidik Sebelum Melabur dalam Saham sesebuah Syarikat

      Free
      What you need to know about ‘Buy Now, Pay Later’ plans

      Apa yang anda perlu tahu tentang pelan 'Beli Sekarang, Bayar Kemudian'

      Free
      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang E-Wallet?

      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang E-Wallet?

      Free

      Jangan ketinggalan, sertai senarai mel kami!

      newsletter-subscribe-multiply

      logo-multiply-learn-investing-for-free

      hel[email protected]

      Maklumat

      • Laman Utama
      • Blog
      • Tentang Kami
      • Hubungi

      Kategori

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan

      Kategori

      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan
      • Semua Panduan

      Instagram Feed

      We are looking for people who are eager to make im We are looking for people who are eager to make impact in the nonprofit space. Join our team of dynamic individuals as we have new and exciting projects for Multiply.If you are passionate about uplifting and empowering communities, click the link on bio to find out more about the role.#hiring #multiply #creadorfoundation #malaysia #socialimpact
      We’re looking for people who are eager to create We’re looking for people who are eager to create movements in the social impact space. Join our team of dynamic individuals as we have new and exciting projects for Multiply and more.So if you are passionate about uplifting and empowering communities, click the link on the bio to find out more about the role.#hiring #multiply #creadorfoundation #malaysia #socialimpact
      Want to own a credit card? Here's what you should Want to own a credit card? Here's what you should consider before becoming a credit card user. To learn more check out the link in our bio.
      Faster, easier, cheaper. But you will have to fact Faster, easier, cheaper. But you will have to factor in key aspects of your situation before deciding on a motorcycle.Find out what they are in our latest infographic! Click the link in our bio to check it out.

      Multiply by Creador Foundation.

      • Privasi
      • Terma
      • Peta laman

      Facebook Google

      Log masuk dengan akaun laman anda

      4 × five =

      Lupa kata laluan anda?

      Belum jadi ahli? Daftar sekarang

      Daftar akaun baru

      eighteen + 14 =

      Anda seorang ahli? Log masuk sekarang

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Apa gaya perbelanjaan anda?

      Menguruskan perbelanjaan boleh jadi sesuatu yang rumit. Cuba beritahu kami bagaimana anda membelanjakan wang dan kami boleh bantu anda mencari jalan bagaimana untuk berbelanja dengan lebih baik!

      1. Bagaimana anda memperoleh pendapatan?
      2. Bagaimana pengurusan kewangan anda sebelum COVID-19 melanda?
      3. Bagaimana COVID-19 telah memberi kesan kepada perbelanjaan anda secara keseluruhannya?
      4. Bagaimana perintah kawalan pergerakan (PKP/PKPB) telah memberi kesan kepada penggunaan kad kredit anda?
      5. Jika anda menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN), bagaimana anda menggunakannya?
      6. Jika anda mengambil wang daripada akaun KWSP anda dalam tempoh PKP/PKPB (di bawah i-Lestari), bagaimana anda menggunakannya?
      7. Moratorium pinjaman berguna untuk saya kerana:
      8. Musim percutian sudah dekat. Apa perancangan anda untuk aktiviti beli-belah hujung tahun?
      9. Anda sudah rancang belanjawan anda untuk tahun 2021?
      10. Bagaimana anda membuat persediaan kewangan untuk tahun 2021?
      11. Bagaimana anda rasa anda akan menguruskan wang anda pada tahun 2021?
      12. Apa yang anda perlukan untuk mempertingkatkan kewangan anda pada tahun 2021?
      13. Untuk tahun 2021, matlamat kewangan utama saya ialah untuk:
      14. Untuk tahun 2021, aspek kewangan yang paling membimbangkan saya ialah:
      15. Untuk tahun 2021, aspek kewangan peribadi yang mana yang anda ingin pelajari dengan lebih lanjut?
      clock.png

      Time is Up!

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Ambil kuiz kami!



      Apakah personaliti kewangan Anda?

      Terbaru


      Apa gaya perbelanjaan anda?

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Apakah personaliti Kewangan Anda?

      Cuba lihat sama ada anda seorang Boss Duit, Kadet Kewangan atau Budak Baru Belajar dengan mengambil kuiz ini!

      1. Dah nak dekat hujung bulan ni, dalam fikiran anda...
      2. Kalau anda saja-saja nak pergi membeli-belah, adakah anda….
      3. Kereta anda mengalami kemalangan dan anda perlu keluarkan wang sebanyak RM1,000 untuk membaikinya. Anda…
      4. Anda terima penyata kad kredit anda dan anda…
      5. Selepas berbulan-bulan menyimpan (memang betul, sikit -sikit, lama-lama jadi bukit), banyak juga wang yang terkumpul dalam akaun bank anda. Anda kemudiannya
      6. Anda membeli sebuah kereta baru (ya bayangkan saja - Toyota, Proton, atau BMW). Anda mengambil
      7. Anda seorang pelabur. Yang mana anda akan lakukan…
      clock.png

      Time is Up!