Apa Bantuan Yang Anda Boleh Dapat daripada Program Pemerkasa Plus yang diberikan oleh Kerajaan?
Dengan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau 'total lockdown' dilaksanakan ke atas seluruh Malaysia dari 1-14 Jun 2021, kerajaan telah mengumumkan satu lagi pusingan bantuan untuk membantu rakyat Malaysia yang mungkin menghadapi masalah kewangan. Berikut adalah bantuan yang boleh dimanfaatkan oleh individu dan isi rumah di bawah Program Pemerkasa Plus:
1) Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
Apa yang anda boleh dapat? | Siapa yang boleh mendapatkannya? | Bila akan anda dapatkannya? |
RM500 | Isi rumah berpendapatan di bawah RM2,500 | Bermula dari akhir Jun 2021 |
RM300 | Isi rumah berpendapatan antara RM2,501-RM5,000 | |
RM100 | Individu bujang |
Kerajaan belum mengumumkan bagaimana wang tunai akan diberikan, tetapi pembayaran BPR sebelum ini telah dilakukan terus ke dalam akaun bank penerima atau melalui pembayaran tunai di cawangan BSN bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut tentang BPR di sini.
2) Moratorium pinjaman
Apa yang anda boleh dapat? | Siapa yang boleh mendapatkannya? | Bila akan anda dapatkannya? |
Pilihan: Automatik secara automatik selama 3 bulan ATAU Pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50% selama 6 bulan |
Golongan B40 dan rakyat yang telah hilang pekerjaan | Dilaksanakan segera |
Moratorium pinjaman sehingga 12 bulan dan melanjutkan tempoh pinjaman sehingga 36 bulan di bawah Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi | Pengusaha bas dan teksi | Dilaksanakan segera |
Untuk bincang tentang moratorium pinjaman ini, anda boleh hubungi pemberi pinjaman anda.
3) Bantuan khas tunai ‘one-off’
Apa yang anda boleh dapat? | Siapa yang boleh mendapatkannya? | Bila akan anda dapatkannya? |
RM500 | Pemandu pelancong, teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing. | Julai 2021 |
Pemandu-pemandu boleh menghubungi Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk maklumat lanjut.
4) Fasiliti mikrokredi
Apa yang anda boleh dapat? | Siapa yang boleh mendapatkannya? | Bilakah ia tersedia? |
Fasiliti mikrokredit dengan kadar pembiayaan dari 3% daripada BSN, Tekun, MARA, SME Corp dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) | Peniaga kecil, penjaja jalanan dan perusahaan mikro | Sepanjang tahun ini |
Kerajaan juga telah umumkan lanjutan program-program berikut yang dilancarkan pada tahun lepas:
- Pengecualian duti setem Kempen Pemilikan Rumah atau HOC (Home Ownership Campaign) sehingga 31 Disember 2021 dari 31 Mei 2021 sebelum ini
- Pengecualian cukai jualan ke atas Kereta Pemasangan Tempatan (Completely Knocked Down - CKD) dan Kereta Import Sepenuhnya (Completely Built Up - CBU) sehingga 31 Disember 2021 dari 30 Jun 2021 sebelum ini
Satu lagi inisiatif yang diumumkan sebelum ini, iaitu pemberian kredit e-tunai sebanyak RM150 untuk belia berumur antara 18-20 tahun, juga telah dibuka untuk pendaftaran mulai 1 Jun 2021. Penerima yang layak boleh menuntut kredit e-tunai ini daripada BigPay, ShopeePay, Boost dan Touch ‘n Go.
Untuk maklumat penuh tentang program Pemerkasa Plus, anda boleh membaca teks ucapan Perdana Menteri di sini. Kami juga akan mengemaskini blog ini apabila kami mendapat maklumat lanjut tentang program bantuan terbaharu ini, jadi jangan lupa untuk terus lawati laman web kami!
Kalau anda menghadapi kesukaran dalam menguruskan kewangan pada masa yang tidak menentu ini, cubalah kalkulator belanjawan bulanan kami atau baca panduan merancang belanjawan untuk membantu anda.
You can also tonton video kami tentang moratorium pinjaman untuk menolong anda tentukan sama ada anda patut memohon untuk dapatkannya.