Lipat gandakan simpanan anda!
Tonton video berikut untuk mengetahui lebih lanjut tentang simpanan tetap.
Anda ingin mendapat hasil yang lebih daripada simpanan anda? Simpanan tetap mungkin sesuai untuk anda.
Simpanan tetap membolehkan anda menyimpan wang di dalam bank untuk satu tempoh yang tetap dan menikmati pulangan yang tetap juga. Ia menawarkan pulangan yang lebih tinggi berbanding akaun simpanan biasa. Oleh sebab kadar pulangannya tetap (tidak berubah-ubah) maka ia adalah satu pelaburan yang lebih selamat berbanding pelaburan lain seperti saham.
Jadi, simpanan tetap ialah cara yang bagus untuk mencapai matlamat simpanan anda dalam jangka masa pendek ataupun sederhana, contohnya jika anda mahu menambah dana kecemasan anda atau mengumpul wang pendahuluan untuk membeli sebuah rumah.