• Laman Utama
  • Tentang Kami
  • Panduan kami

    Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

    Merancang Belanjawan

    Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

    Simpanan & Pelaburan

    Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

    Menguruskan Hutang

    Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

    Membeli Kenderaan

    Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

    Membeli Rumah

    Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

    Insurans

    Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

    Persaraan

    All Guides Icon

    Semua Panduan

  • Panduan kami
    • Merancang Belanjawan
    • Simpanan & Pelaburan
    • Membeli Rumah
    • Membeli Kenderaan
    • Menguruskan Hutang
    • Insurans
    • Persaraan
  • Kalkulator
  • Blog
  • Ambil Kuiz
    • English
    • Bahasa Malaysia
    Ada pertanyaan?
    hello@multiply.org.my
    DaftarLog masuk
    MultiplyMultiply
    • Laman Utama
    • Tentang Kami
    • Panduan kami

      Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

      Merancang Belanjawan

      Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

      Simpanan & Pelaburan

      Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

      Menguruskan Hutang

      Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

      Membeli Kenderaan

      Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

      Membeli Rumah

      Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

      Insurans

      Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

      Persaraan

      All Guides Icon

      Semua Panduan

    • Panduan kami
      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Membeli Rumah
      • Membeli Kenderaan
      • Menguruskan Hutang
      • Insurans
      • Persaraan
    • Kalkulator
    • Blog
    • Ambil Kuiz

      Merancang Belanjawan

      Mengenalpasti Penipuan Semasa Musim Covid-19

      • Dihasil oleh Multiply
      • Kategori Merancang Belanjawan
      • Tarikh Jun 18, 2020
      Spotting a Scam during Covid-19 1 - Multiply - Planning & Budgeting

      Nampaknya, program bantuan Covid-19 menyebabkan sindiket penipuan di luar sana bekerja lebih masa. Pihak berkuasa dan kebanyakan bank kini kerap mengeluarkan peringatan kepada orang ramai tentang kewujudan aktiviti penipuan oleh scammer, termasuk percubaan mencuri bantuan kewangan masuk ke dalam akaun mereka. 

      Terdapat macam-macam jenis bentuk penipuan di luar sana. Antara penipuan yang banyak berlaku sekarang adalah seperti berikut:

      • Penipuan SMS Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

      LHDN telah mengeluarkan amaran tentang kiriman pesanan ringkas yang dihantar kepada orang ramai daripada nombor telefon peribadi yang memberitahu bahawa mereka layak memohon BPN dan seterusnya meminta butiran bank daripada mereka, kononnya untuk tujuan membuat pembayaran. LHDN, iaitu badan yang bertanggungjawab mengendalikan pembayaran BPN, telah memaklumkan bahawa mereka hanya menghantar pesanan ringkas daripada nombor 62000 atau 63833 dan mereka tak akan sekali-kali meminta butiran maklumat peribadi melalui kiriman pesanan ringkas.

      • Penipuan KSWP i-Lestari

      Anda kini dibenarkan membuat pengeluaran daripada Akaun 2 KWSP di bawah program i-Lestari. Tapi hati-hati! Laman web semakonline.com untuk membuat permohonan pengeluaran ialah satu laman web palsu. KWSP meminta ahli-ahlinya hanya merujuk kepada laman web rasmi mereka, https://www.kwsp.gov.my/, ataupun laman web khas mereka untuk program i-Lestari, iaitu https://ilestari.kwsp.gov.my/.

      • Penipuan penjualan topeng muka dan pensanitasi tangan

      Ramai scammer yang mengambil kesempatan atas kebimbangan orang ramai tentang Covid-19. Mereka berpura-pura menjual topeng muka dan pensanitasi tangan, tapi menghilangkan diri selepas mengambil wang anda tanpa menghantar barangan yang telah dibeli. Kami menasihatkan anda untuk tidak berurusan dengan penjual-penjual yang tidak dikenali seperti ini. Sebaliknya, belilah barangan tersebut di kedai-kedai fizikal ataupun kedai dalam talian yang diiktiraf dan dikenali ramai.

      • Pemancing data peribadi

      Sekarang kita memang menghabiskan lebih masa menghadap komputer apabila terpaksa bekerja dari rumah. Nampaknya ini menggalakkan kemunculan lebih banyak penipuan pemancing data, iaitu apabila ada individu yang menyamar menjadi wakil syarikat atau organisasi cuba untuk mendapatkan maklumat peribadi anda melalui panggilan telefon. Panggilan penipuan seperti ini biasanya panggilan automatik. Ingat, selalunya panggilan rasmi daripada bank ataupun pejabat kerajaan bukan panggilan automatik. Anda kena berwaspada terutamanya kalau diminta memberi maklumat kad kredit atau maklumat perbankan peribadi anda. Tamatkan panggilan dengan serta-merta dan hubungi bank anda untuk periksa tentang “panggilan rasmi” yang diterima.

      • Menggunakan topik coronavirus untuk menyebarkan virus komputer

      E-mel penipuan dihantar kononnya untuk memberi maklumat penting tentang Covid-19. Tajuk e-mel digunakan untuk mengumpan penerima supaya membuka e-mel tersebut dan seterusnya memuat turun fail berbahaya yang kelihatan kononnya seperti pautan yang berguna. Fail seperti ini selalunya boleh menyalin, memadamkan atau mengubah maklumat peribadi dalam komputer anda apabila ia dibuka atau dimuat turun. 

      Tip-tip untuk melindungi diri anda daripada menjadi mangsa penipuan

      1. Jangan percayakan orang yang kita tak kenal! Anda perlu berhati-hati apabila didekati oleh mana-mana individu atau 'syarikat’ yang menjual sesuatu yang anda tidak pesan. Lebih mencurigakan kalau mereka ada minta apa-apa wang pendahuluan.
      2. Jangan klik pautan dalam e-mel atau kiriman pesanan ringkas. Jangan hubungi apa-apa nombor telefon yang diberi dalam e-mel atau kiriman pesanan ringkas dan jangan klik apa-apa pautan yang diberi. Kalau anda tak pasti sama ada kiriman itu sahih, cari nombor telefon organisasi berkenaan daripada laman web rasmi mereka dan hubungi mereka untuk membuat pertanyaan.
      3. Periksa URL atau alamat e-mel. Tumpukan perhatian kepada alamat laman web atau alamat penuh e-mel yang diterima daripada penghantar. Walaupun “nama” penghantar mungkin tak mencurigakan, lebih susah untuk scammer bersembunyi di sebalik alamat e-mel. Contohnya, anda mungkin lihat Visa* tertera sebagai nama penghantar, tapi alamat e-melnya ialah Vip-Reward@aey5c.us, memang nampak macam tak boleh dipercayai langsung!
      4.  Jangan mudah panik dan memgambil tindakan terburu-buru. Anda mungkin sengaja ditakut-takutkan supaya bertindak dengan cepat sebelum sesuatu tawaran tamat tempohnya. Atau mungkin anda diberitahu yang wang simpanan anda tidak selamat dan perlu dipindahkan segera ke dalam akaun yang lain. Scammer sengaja membuat anda berasa panik supaya anda mudah terpedaya dengan penipuan mereka. Jadi, anda perlu kekal tenang dan jangan tersilap langkah dalam mengambil tindakan. 
      5. Kalau bunyinya macam bagus sangat, mesti ada yang tak kena. Kalau anda ditawarkan membeli barangan yang terlalu murah, diberi nasihat percuma atau dijanjikan akan mendapat wang tunai segera, kemungkinan besar itu satu penipuan. Hakikatnya, jarang sekali kita akan dapat sesuatu yang benar-benar percuma tanpa kita perlu memberikan sesuatu sebagai balasannya. Jadi jangan masuk dalam perangkap seperti ini!

      Kalau anda rasa anda mungkin dah jadi mangsa penipuan dan perlukan bantuan, segera berhubung dengan bank anda atau organisasi yang berkenaan seperti LHDN atau KWSP, dan seterusnya buat laporan polis. Anda juga mungkin perlu membuat laporan dengan Bank Negara. Sentiasa amalkan sikap berhati-hati dan semoga kita semua kekal selamat!

      Tag:Merancang Belanjawan

      Kongsikannya:


      Admin bar avatar
      Multiply
      The Multiply Admin

      Sebelumnya

      Adakah Anda Layak Terima Bantuan Daripada Pelan Pemulihan Ekonomi Kerajaan?
      Jun 18, 2020

      Seterusnya

      Alamak! Kawan Baik Saya Cuba Nak Jual Insurans Pada Saya!
      Jun 24, 2020

      Anda Mungkin Berminat

      Carousel – Budgeting 1-01
      Nak kembangkan simpanan anda?
      1 Disember, 2022
      inflasi
      Bagaimana Anda Boleh Respon Kepada Inflasi?
      21 Julai, 2022
      EN Thumbnail
      5 Tip Untuk Dapatkan Kenaikan Gaji
      23 Mei, 2022

      Cari

      Artikel Terkini

      Want to grow your savings? 3 - Multiply - Planning & Budgeting
      Nak kembangkan simpanan anda?
      01Dis2022
      Can You Afford to Retire? 5 - Multiply - Retirement
      Mampukah Anda Untuk Bersara?
      18Okt2022
      A Beginner’s Guide to Crypto in Malaysia 7 - Multiply - Saving & Investing
      Panduan Pemula untuk Kripto di Malaysia
      24Ogo2022

      KATEGORI PANDUAN

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
        • ETF
        • Unit Amanah
        • Saham
        • Asas Pelaburan
        • Deposit Tetap
        • Simpanan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan
      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan

      Peringkat hidup

      • Pelajar
      • Keluarga
      • Pekerja Dewasa
      • Pesara

      Panduan terkini

      5 Perkara untuk Diselidik Sebelum Melabur dalam Saham sesebuah Syarikat

      5 Perkara untuk Diselidik Sebelum Melabur dalam Saham sesebuah Syarikat

      Free
      What you need to know about ‘Buy Now, Pay Later’ plans

      Apa yang anda perlu tahu tentang pelan 'Beli Sekarang, Bayar Kemudian'

      Free
      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang E-Wallet?

      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang E-Wallet?

      Free

      Jangan ketinggalan, sertai senarai mel kami!

      newsletter-subscribe-multiply

      logo-multiply-learn-investing-for-free

      hello@multiply.org.my

      Maklumat

      • Laman Utama
      • Blog
      • Tentang Kami
      • Hubungi

      Kategori

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan

      Kategori

      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan
      • Semua Panduan

      Instagram Feed

      We are looking for people who are eager to make im We are looking for people who are eager to make impact in the nonprofit space. Join our team of dynamic individuals as we have new and exciting projects for Multiply.If you are passionate about uplifting and empowering communities, click the link on bio to find out more about the role.#hiring #multiply #creadorfoundation #malaysia #socialimpact
      We’re looking for people who are eager to create We’re looking for people who are eager to create movements in the social impact space. Join our team of dynamic individuals as we have new and exciting projects for Multiply and more.So if you are passionate about uplifting and empowering communities, click the link on the bio to find out more about the role.#hiring #multiply #creadorfoundation #malaysia #socialimpact
      Want to own a credit card? Here's what you should Want to own a credit card? Here's what you should consider before becoming a credit card user. To learn more check out the link in our bio.
      Faster, easier, cheaper. But you will have to fact Faster, easier, cheaper. But you will have to factor in key aspects of your situation before deciding on a motorcycle.Find out what they are in our latest infographic! Click the link in our bio to check it out.

      Multiply by Creador Foundation.

      • Privasi
      • Terma
      • Peta laman

      Facebook Google

      Log masuk dengan akaun laman anda

      sixteen − eleven =

      Lupa kata laluan anda?

      Belum jadi ahli? Daftar sekarang

      Daftar akaun baru

      17 − 9 =

      Anda seorang ahli? Log masuk sekarang

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Apa gaya perbelanjaan anda?

      Menguruskan perbelanjaan boleh jadi sesuatu yang rumit. Cuba beritahu kami bagaimana anda membelanjakan wang dan kami boleh bantu anda mencari jalan bagaimana untuk berbelanja dengan lebih baik!

      1. Bagaimana anda memperoleh pendapatan?
      2. Bagaimana pengurusan kewangan anda sebelum COVID-19 melanda?
      3. Bagaimana COVID-19 telah memberi kesan kepada perbelanjaan anda secara keseluruhannya?
      4. Bagaimana perintah kawalan pergerakan (PKP/PKPB) telah memberi kesan kepada penggunaan kad kredit anda?
      5. Jika anda menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN), bagaimana anda menggunakannya?
      6. Jika anda mengambil wang daripada akaun KWSP anda dalam tempoh PKP/PKPB (di bawah i-Lestari), bagaimana anda menggunakannya?
      7. Moratorium pinjaman berguna untuk saya kerana:
      8. Musim percutian sudah dekat. Apa perancangan anda untuk aktiviti beli-belah hujung tahun?
      9. Anda sudah rancang belanjawan anda untuk tahun 2021?
      10. Bagaimana anda membuat persediaan kewangan untuk tahun 2021?
      11. Bagaimana anda rasa anda akan menguruskan wang anda pada tahun 2021?
      12. Apa yang anda perlukan untuk mempertingkatkan kewangan anda pada tahun 2021?
      13. Untuk tahun 2021, matlamat kewangan utama saya ialah untuk:
      14. Untuk tahun 2021, aspek kewangan yang paling membimbangkan saya ialah:
      15. Untuk tahun 2021, aspek kewangan peribadi yang mana yang anda ingin pelajari dengan lebih lanjut?
      clock.png

      Time is Up!

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Ambil kuiz kami!



      Apakah personaliti kewangan Anda?

      Terbaru


      Apa gaya perbelanjaan anda?

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Apakah personaliti Kewangan Anda?

      Cuba lihat sama ada anda seorang Boss Duit, Kadet Kewangan atau Budak Baru Belajar dengan mengambil kuiz ini!

      1. Dah nak dekat hujung bulan ni, dalam fikiran anda...
      2. Kalau anda saja-saja nak pergi membeli-belah, adakah anda….
      3. Kereta anda mengalami kemalangan dan anda perlu keluarkan wang sebanyak RM1,000 untuk membaikinya. Anda…
      4. Anda terima penyata kad kredit anda dan anda…
      5. Selepas berbulan-bulan menyimpan (memang betul, sikit -sikit, lama-lama jadi bukit), banyak juga wang yang terkumpul dalam akaun bank anda. Anda kemudiannya
      6. Anda membeli sebuah kereta baru (ya bayangkan saja - Toyota, Proton, atau BMW). Anda mengambil
      7. Anda seorang pelabur. Yang mana anda akan lakukan…
      clock.png

      Time is Up!