• Laman Utama
  • Tentang Kami
  • Panduan kami

    Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

    Merancang Belanjawan

    Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

    Simpanan & Pelaburan

    Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

    Menguruskan Hutang

    Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

    Membeli Kenderaan

    Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

    Membeli Rumah

    Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

    Insurans

    Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

    Persaraan

    All Guides Icon

    Semua Panduan

  • Panduan kami
    • Merancang Belanjawan
    • Simpanan & Pelaburan
    • Membeli Rumah
    • Membeli Kenderaan
    • Menguruskan Hutang
    • Insurans
    • Persaraan
  • Kalkulator
  • Blog
  • Ambil Kuiz
    • English
    • Bahasa Malaysia
    Ada pertanyaan?
    [email protected]
    DaftarLog masuk
    MultiplyMultiply
    • Laman Utama
    • Tentang Kami
    • Panduan kami

      Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

      Merancang Belanjawan

      Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

      Simpanan & Pelaburan

      Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

      Menguruskan Hutang

      Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

      Membeli Kenderaan

      Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

      Membeli Rumah

      Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

      Insurans

      Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

      Persaraan

      All Guides Icon

      Semua Panduan

    • Panduan kami
      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Membeli Rumah
      • Membeli Kenderaan
      • Menguruskan Hutang
      • Insurans
      • Persaraan
    • Kalkulator
    • Blog
    • Ambil Kuiz

      Blog

      Patut Ke Anda Membuat Pengeluaran KWSP Di Bawah Skim i-Sinar?

      • Dihasil oleh Multiply
      • Kategori Blog, Merancang Belanjawan, Persaraan
      • Tarikh Mac 10, 2021
      Should You Sign Up for EPF’s i-Sinar? 1 - Multiply - Blog, Planning & Budgeting, Retirement

      Kerajaan baru mengumumkan bahawa semua ahli KWSP boleh mengeluarkan wang simpanan mereka daripada Akaun 1 di bawah skim i-Sinar. Sebelum ini, terdapat beberapa syarat yang mesti dipenuhi, contohnya kehilangan pekerjaan atau pemotongan gaji, sebelum permohonan pengeluaran akan diluluskan di bawah i-Sinar.

      Namun bermula dari 8 Mac 2021, semua permohonan untuk i-Sinar akan diluluskan asalkan anda memenuhi 3 kriteria berikut:

      1. Ahli KWSP
      2. Berumur kurang daripada 55 tahun
      3. Mempunyai baki simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun 1 KWSP.

      Berapa banyak wang yang boleh anda keluarkan di bawah i-Sinar KWSP?

      Terdapat dua had pengeluaran di bawah i-Sinar: 

      Baki akaun 1 RM100,000 atau kurang  Lebih daripada RM100,000
      Berapa banyak wang yang anda boleh keluarkan? Sehingga RM10,000, tetapi anda perlu tinggalkan sekurang-kurangnya RM100 dalam akaun anda Sehingga 10% daripada simpanan anda atau RM60,000, yang mana lebih rendah
      Bagaimana anda akan terima wang tersebut?
      • Dipindahkan ke dalam akaun anda secara ansuran selama enam bulan
      • Sehingga RM5,000 untuk ansuran pertama
      • Dipindahkan ke dalam akaun anda secara ansuran selama enam bulan
      • Sehingga RM10,000 untuk ansuran pertama

      Patut ke anda keluarkan simpanan KWSP anda di bawah i-Sinar?

      Dalam menghadapi pandemik, ramai orang hilang pendapatan dan perlu mengeluarkan wang simpanan mereka untuk menampung kos sara hidup seperti membayar sewa, bil utiliti dan barangan dapur. Jika ini terjadi kepada anda, pengeluaran wang simpanan KWSP ternyata dapat membantu, terutamanya jika simpanan kecemasan anda sudah tinggal sedikit. 

      Tapi, jika anda tidak mengalami kehilangan pekerjaan atau pemotongan gaji, masih mampu menanggung kos kehidupan atau masih boleh memotong perbelanjaan tertentu, pengeluaran wang simpanan KWSP mungkin bukan satu idea yang baik. Simpanan KWSP sepatutnya digunakan untuk menampung kehidupan anda selepas anda bersara.

      Pengeluaran wang KWSP sebelum persaraan akan mengurangkan jumlah wang persaraan anda. Anda sepatutnya terus menyimpan sebanyak mana wang yang boleh, selama mana yang boleh, untuk memastikan keadaan kewangan anda berada di tahap yang selesa apabila tiba masa untuk bersara. 

      Patut ke anda mengeluarkan wang simpanan KWSP untuk membuat pelaburan?

      Dalam kalangan kita, mungkin ada yang sedang mempertimbangkan pengeluaran wang KWSP untuk membuat pelaburan tertentu, dengan harapan akan dapat menikmati pulangan yang lebih tinggi. Baru-baru ini, KWSP telah mengumumkan dividen pada kadar 5.2% untuk tahun 2020. Ia turut memberi jaminan dividen minimum sebanyak 2.5% setahun. Bagi tahun 2011-2020, KWSP membayar dividen purata pada kadar 6.1%. 

      Kebanyakan pelaburan lain yang selamat, seperti simpanan tetap dan ASB, memberi pulangan dalam lingkungan 1.8%-4.25%. Pelaburan lain seperti saham memang boleh memberi pulangan yang lebih tinggi, tetapi ingat, pelaburan saham adalah berisiko. Jadi, ada kemungkinan lebih besar anda akan kehilangan wang anda. Oleh itu, anda perlu fikir masak-masak sama ada anda mahu ambil risiko kehilangan wang, sedangkan anda boleh menikmati pulangan yang baik daripada pelaburan yang selamat seperti KWSP. 

      Mengeluarkan wang simpanan KWSP di bawah i-Sinar memang boleh jadi satu rahmat kalau anda memang memerlukan wang untuk meneruskan kehidupan, tetapi jika ia tak digunakan dengan berhati-hati, ia boleh membawa lebih keburukan daripada kebaikan.

      Sentiasalah beringat, simpanan KWSP anda adalah untuk tujuan persaraan, jadi jika anda tidak betul-betul memerlukannya, jangan sentuh simpanan ini sehingga anda bersara. Dan jika anda perlu membuat pengeluaran KWSP, pastikan anda hanya keluarkan jumlah wang yang diperlukan sahaja, dan gunakanlah wang tersebut dengan bertanggungjawab!

      Untuk maklumat lanjut tentang i-Sinar, layari https://isinar.kwsp.gov.my/. 

      Pautan berkaitan: 

      Merancang persaraan anda

      Patut ke anda letak simpanan anda dalam KWSP?

      Menukar Kadar Caruman KWSP Anda: Apa Kesannya Terhadap Anda?

      Tag:Merancang Belanjawan, Persaraan

      Kongsikannya:


      Admin bar avatar
      Multiply
      The Multiply Admin

      Sebelumnya

      Bolehkah Anda Dapatkan Pinjaman Kereta Untuk Membeli Perodua Ativa?
      Mac 10, 2021

      Seterusnya

      Apa Yang Patut Anda Tahu Tentang Pengeluaran KWSP Anda
      Mac 17, 2021

      Anda Mungkin Berminat

      EN Thumbnail
      5 Tip Untuk Dapatkan Kenaikan Gaji
      23 Mei, 2022
      muslim people praying before having their food
      4 Cara Elakkan Berbelanja Berlebihan Semasa Ramadan dan Hari Raya Ini
      15 April, 2022
      atm-g6591ce1c4_1920
      1 Bulan Sahaja untuk Membuat Pengeluaran daripada KWSP, Patutkah Saya Bertindak?
      5 April, 2022

      Cari

      Artikel Terkini

      Should I Get A Motorcycle 3 - Multiply - Buying a Vehicle
      Patutkah Saya Beli Sebuah Motosikal
      02Jun2022
      5 Tips to Increase Your Salary 5 - Multiply - Planning & Budgeting
      5 Tip Untuk Dapatkan Kenaikan Gaji
      23Mei2022
      4 Ways to Avoid Overspending This Ramadan and Hari Raya 7 - Multiply - Planning & Budgeting
      4 Cara Elakkan Berbelanja Berlebihan Semasa Ramadan dan Hari Raya Ini
      15Apr2022

      KATEGORI PANDUAN

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
        • ETF
        • Unit Amanah
        • Saham
        • Asas Pelaburan
        • Deposit Tetap
        • Simpanan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan
      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan

      Peringkat hidup

      • Pelajar
      • Keluarga
      • Pekerja Dewasa
      • Pesara

      Panduan terkini

      5 Perkara untuk Diselidik Sebelum Melabur dalam Saham sesebuah Syarikat

      5 Perkara untuk Diselidik Sebelum Melabur dalam Saham sesebuah Syarikat

      Free
      What you need to know about ‘Buy Now, Pay Later’ plans

      Apa yang anda perlu tahu tentang pelan 'Beli Sekarang, Bayar Kemudian'

      Free
      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang E-Wallet?

      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang E-Wallet?

      Free

      Jangan ketinggalan, sertai senarai mel kami!

      newsletter-subscribe-multiply

      logo-multiply-learn-investing-for-free

      [email protected]

      Maklumat

      • Laman Utama
      • Blog
      • Tentang Kami
      • Hubungi

      Kategori

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan

      Kategori

      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan
      • Semua Panduan

      Instagram Feed

      Want to own a credit card? Here's what you should Want to own a credit card? Here's what you should consider before becoming a credit card user. To learn more check out the link in our bio.
      Faster, easier, cheaper. But you will have to fact Faster, easier, cheaper. But you will have to factor in key aspects of your situation before deciding on a motorcycle.Find out what they are in our latest infographic! Click the link in our bio to check it out.
      Need a salary raise? Here are some helpful tips to Need a salary raise? Here are some helpful tips to help achieve that. Click the link on our bio to read more. #financialplanning #multiply #inflation #salary #ineedaraise
      Salam Aidilfitri from all of us at Multiply! Wis Salam Aidilfitri from all of us at Multiply! Wishing you a warm and blessed celebration with your loved ones.

      Multiply by Creador Foundation.

      • Privasi
      • Terma
      • Peta laman

      Facebook Google

      Log masuk dengan akaun laman anda

      3 − one =

      Lupa kata laluan anda?

      Belum jadi ahli? Daftar sekarang

      Daftar akaun baru

      twenty − nine =

      Anda seorang ahli? Log masuk sekarang

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Apa gaya perbelanjaan anda?

      Menguruskan perbelanjaan boleh jadi sesuatu yang rumit. Cuba beritahu kami bagaimana anda membelanjakan wang dan kami boleh bantu anda mencari jalan bagaimana untuk berbelanja dengan lebih baik!

      1. Bagaimana anda memperoleh pendapatan?
      2. Bagaimana pengurusan kewangan anda sebelum COVID-19 melanda?
      3. Bagaimana COVID-19 telah memberi kesan kepada perbelanjaan anda secara keseluruhannya?
      4. Bagaimana perintah kawalan pergerakan (PKP/PKPB) telah memberi kesan kepada penggunaan kad kredit anda?
      5. Jika anda menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN), bagaimana anda menggunakannya?
      6. Jika anda mengambil wang daripada akaun KWSP anda dalam tempoh PKP/PKPB (di bawah i-Lestari), bagaimana anda menggunakannya?
      7. Moratorium pinjaman berguna untuk saya kerana:
      8. Musim percutian sudah dekat. Apa perancangan anda untuk aktiviti beli-belah hujung tahun?
      9. Anda sudah rancang belanjawan anda untuk tahun 2021?
      10. Bagaimana anda membuat persediaan kewangan untuk tahun 2021?
      11. Bagaimana anda rasa anda akan menguruskan wang anda pada tahun 2021?
      12. Apa yang anda perlukan untuk mempertingkatkan kewangan anda pada tahun 2021?
      13. Untuk tahun 2021, matlamat kewangan utama saya ialah untuk:
      14. Untuk tahun 2021, aspek kewangan yang paling membimbangkan saya ialah:
      15. Untuk tahun 2021, aspek kewangan peribadi yang mana yang anda ingin pelajari dengan lebih lanjut?
      clock.png

      Time is Up!

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Ambil kuiz kami!



      Apakah personaliti kewangan Anda?

      Terbaru


      Apa gaya perbelanjaan anda?

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Apakah personaliti Kewangan Anda?

      Cuba lihat sama ada anda seorang Boss Duit, Kadet Kewangan atau Budak Baru Belajar dengan mengambil kuiz ini!

      1. Dah nak dekat hujung bulan ni, dalam fikiran anda...
      2. Kalau anda saja-saja nak pergi membeli-belah, adakah anda….
      3. Kereta anda mengalami kemalangan dan anda perlu keluarkan wang sebanyak RM1,000 untuk membaikinya. Anda…
      4. Anda terima penyata kad kredit anda dan anda…
      5. Selepas berbulan-bulan menyimpan (memang betul, sikit -sikit, lama-lama jadi bukit), banyak juga wang yang terkumpul dalam akaun bank anda. Anda kemudiannya
      6. Anda membeli sebuah kereta baru (ya bayangkan saja - Toyota, Proton, atau BMW). Anda mengambil
      7. Anda seorang pelabur. Yang mana anda akan lakukan…
      clock.png

      Time is Up!