• Laman Utama
  • Tentang Kami
  • Panduan kami

    Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

    Merancang Belanjawan

    Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

    Simpanan & Pelaburan

    Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

    Menguruskan Hutang

    Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

    Membeli Kenderaan

    Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

    Membeli Rumah

    Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

    Insurans

    Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

    Persaraan

    All Guides Icon

    Semua Panduan

  • Panduan kami
    • Merancang Belanjawan
    • Simpanan & Pelaburan
    • Membeli Rumah
    • Membeli Kenderaan
    • Menguruskan Hutang
    • Insurans
    • Persaraan
  • Kalkulator
  • Blog
  • Ambil Kuiz
    • English
    • Bahasa Malaysia
    Ada pertanyaan?
    [email protected]
    DaftarLog masuk
    MultiplyMultiply
    • Laman Utama
    • Tentang Kami
    • Panduan kami

      Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

      Merancang Belanjawan

      Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

      Simpanan & Pelaburan

      Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

      Menguruskan Hutang

      Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

      Membeli Kenderaan

      Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

      Membeli Rumah

      Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

      Insurans

      Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

      Persaraan

      All Guides Icon

      Semua Panduan

    • Panduan kami
      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Membeli Rumah
      • Membeli Kenderaan
      • Menguruskan Hutang
      • Insurans
      • Persaraan
    • Kalkulator
    • Blog
    • Ambil Kuiz

      Merancang Belanjawan

      Patut ke Anda Dapatkan E-Wallet?

      • Dihasil oleh Multiply
      • Kategori Merancang Belanjawan
      • Tarikh Julai 22, 2020
      Should You Get an E-Wallet? 1 - Multiply - Planning & Budgeting

      Perasan tak, sekarang ni kat mana-mana je kita akan nampak perkataan ‘e-wallet’. Dalam keadaan sekarang ni kita memang nak cuba mengelak daripada menyentuh barang, termasuk wang kertas dan duit syiling, untuk mengurangkan risiko jangkitan Covid-19. Ramai warga Malaysia dah mula gunakan e-wallet sejak awal tahun ni susulan pemberian insentif sebanyak RM30 daripada kerajaan dalam bentuk wang e-wallet, sebagai satu usaha untuk menggalakkan rakyat membuat pembayaran dengan cara yang baru ni. 

      Tapi, masih ada dalam kalangan kita yang tak berapa pasti sama ada kita patut menggunakan e-wallet, mungkin sebab tak tahu cara ia berfungsi atau tak nampak apa manfaatnya. Jadi, patut ke anda dapatkan e-wallet?

       Apa sebenarnya e-wallet?

      E-wallet ialah satu aplikasi mudah alih yang menyimpan wang digital untuk digunakan apabila anda ingin membuat pembayaran. Semakin banyak kedai seperti restoran, pasar raya, kedai baju malah kedai runcit pun dah mula menerima pembayaran melalui e-wallet.
      Ada bank yang menawarkan kemudahan e-wallet dengan menggunakan kod QR yang dipautkan kepada akaun bank anda. Namun, selalunya bank tak menawarkan banyak manfaat atau diskaun seperti yang ditawarkan oleh penyedia e-wallet bukan bank. 

      Ada ke manfaat menggunakan e-wallet?

      Tanpa sentuhan: Dalam keadaan kita perlu berjaga-jaga untuk mengelakkan daripada jangkitan Covid-19, satu manfaat besar penggunaan e-wallet ialah kita tak perlu bersentuhan apabila membuat bayaran! 

      Keselamatan: Membuat pembayaran dengan menggunakan e-wallet juga lebih selamat kerana anda tak perlu bawa wang tunai yang banyak. Lagi satu, kalau anda kehilangan telefon bimbit anda, wang dalam e-wallet anda kekal selamat asalkan anda dah letak kata laluan yang kukuh untuk setiap e-wallet yang anda guna. Selain daripada kata laluan, ada juga telefon bimbit yang membolehkan anda melindungi e-wallet anda dengan penggunaan cap jari atau teknologi pengecaman wajah. 

      Menjejak Perbelanjaan: Tak seperti wang tunai ataupun kad kredit yang memberi penyata dalam bentuk kertas yang susah direkodkan, dengan e-wallet anda boleh menjejak semua transaksi anda dengan mudah. Ini akan membantu anda rancang belanjawan anda dan juga mengikutinya!

      Ganjaran dan pulangan wang tunai (cashback): Anda boleh mendapat manfaat seperti pulangan tunai atau mata ganjaran. Senaraikan tempat-tempat yang anda kerap kunjungi, kemudian cuba tengok e-wallet yang mana memberi tawaran terbaik untuk tempat-tempat tersebut, Pilih e-wallet yang paling sesuai untuk dimuat turun. Dengan cara ini, anda boleh memaksimumkan manfaat yang dinikmati daripada setiap e-wallet. 

      Pulangan tunai daripada kerajaan: Kerajaan memberi insentif e-wallet sebanyak RM50 dengan pulangan tunai. Insentif ini untuk semua warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun. Anda hanya boleh menebus wang ini dengan cara memuat turun aplikasi MySejahtera terlebih dahulu. Untuk maklumat lanjut, klik di sini. 

      Apa kekurangan menggunakan e-wallet?

      Bergantung kepada telefon anda dan sambungan internet anda: Pertama, anda kena pastikan yang telefon anda ada bateri yang cukup dan sambungan internet yang baik. Kalau tak, pembayaran mungkin tak dapat dibuat melalui e-wallet. Kan susah kalau tiba-tiba telefon anda habis bateri pulak semasa anda tengah beratur untuk membuat bayaran di kaunter pasar raya! 

      Fi pemprosesan: Walaupun memuat turun e-wallet adalah percuma, ada kedai-kedai tertentu yang mengenakan fi pemprosesan apabila anda membuat bayaran dengan menggunakan e-wallet. 

      Hati-hati agar tidak terlebih berbelanja: Ada orang berpendapat bahawa penggunaan e-wallet yang sangat mudah boleh menggalakkan kita menjadi boros dalam perbelanjaan. Jadi, sentiasa berhati-hati dan berbelanjalah dengan berhemah! 

      Isu keselamatan: Mungkin ada sesetengah daripada anda yang risau tentang keselamatan data. Setakat yang kami tahu, semua penyedia e-wallet tak dibenarkan menggunakan data peribadi pengguna kerana ia dilindungi oleh Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA). Namun, anda mungkin akan dijadikan sasaran iklan. 

      Bagaimanakah ia berfungsi?

      1. Cari e-wallet yang memenuhi keperluan anda dan muat turun ke dalam telefon anda – pengeluar e-wallet yang terdiri daripada bank dan 47 pengeluar e-wallet bukan bank yang telah dilesenkan oleh Bank Negara untuk membekalkan perkhidmatan e-wallet. Untuk mengelak daripada menjadi mangsa penipuan, pastikan e-wallet yang anda ingin gunakan dibekalkan oleh penyedia yang termasuk dalam senarai.
      2. Masukkan wang dalam e-wallet anda – Untuk memasukkan wang dalam e-wallet anda, anda perlu memindahkan wang secara dalam talian daripada akaun bank, kad debit atau kad kredit anda. Jangan lupa menjaga keselamatan e-wallet anda dengan meletakkan kata laluan.
      3. Kemudian anda boleh imbas kod QR untuk membuat pembayaran – Bila anda berada di kedai, anda hanya perlu imbas kod QR code di kaunter, periksa dan pastikan jumlahnya betul, dan kemudian tekan butang untuk mengesahkan pembayaran.

      Penggunaan e-wallet memang mudah dan menyenangkan, namun pertimbangkanlah dulu semua perkara di atas sebelum memilih e-wallet yang anda nak guna. Tak kisahlah anda nak guna e-wallet atau wang tunai biasa, sentiasalah bawa sedikit wang bersama anda untuk digunakan kalau-kalau berlaku sebarang kecemasan! 

      Tag:Merancang Belanjawan

      Kongsikannya:


      Admin bar avatar
      Multiply
      The Multiply Admin

      Sebelumnya

      Bank Negara Potong Kadar OPR – Apa Kesannya?
      Julai 22, 2020

      Seterusnya

      Pengenalan kepada Mikroinsurans/Mikrotakaful
      Julai 30, 2020

      Anda Mungkin Berminat

      inflasi
      Bagaimana Anda Boleh Respon Kepada Inflasi?
      21 Julai, 2022
      EN Thumbnail
      5 Tip Untuk Dapatkan Kenaikan Gaji
      23 Mei, 2022
      muslim people praying before having their food
      4 Cara Elakkan Berbelanja Berlebihan Semasa Ramadan dan Hari Raya Ini
      15 April, 2022

      Cari

      Artikel Terkini

      How Do You Respond to Inflation? 3 - Multiply - Planning & Budgeting, Saving & Investing
      Bagaimana Anda Boleh Respon Kepada Inflasi?
      21Jul2022
      Should I Get A Motorcycle 5 - Multiply - Buying a Vehicle
      Patutkah Saya Beli Sebuah Motosikal
      02Jun2022
      5 Tips to Increase Your Salary 7 - Multiply - Planning & Budgeting
      5 Tip Untuk Dapatkan Kenaikan Gaji
      23Mei2022

      KATEGORI PANDUAN

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
        • ETF
        • Unit Amanah
        • Saham
        • Asas Pelaburan
        • Deposit Tetap
        • Simpanan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan
      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan

      Peringkat hidup

      • Pelajar
      • Keluarga
      • Pekerja Dewasa
      • Pesara

      Panduan terkini

      5 Perkara untuk Diselidik Sebelum Melabur dalam Saham sesebuah Syarikat

      5 Perkara untuk Diselidik Sebelum Melabur dalam Saham sesebuah Syarikat

      Free
      What you need to know about ‘Buy Now, Pay Later’ plans

      Apa yang anda perlu tahu tentang pelan 'Beli Sekarang, Bayar Kemudian'

      Free
      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang E-Wallet?

      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang E-Wallet?

      Free

      Jangan ketinggalan, sertai senarai mel kami!

      newsletter-subscribe-multiply

      logo-multiply-learn-investing-for-free

      [email protected]

      Maklumat

      • Laman Utama
      • Blog
      • Tentang Kami
      • Hubungi

      Kategori

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan

      Kategori

      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan
      • Semua Panduan

      Instagram Feed

      We are looking for people who are eager to make im We are looking for people who are eager to make impact in the nonprofit space. Join our team of dynamic individuals as we have new and exciting projects for Multiply.If you are passionate about uplifting and empowering communities, click the link on bio to find out more about the role.#hiring #multiply #creadorfoundation #malaysia #socialimpact
      We’re looking for people who are eager to create We’re looking for people who are eager to create movements in the social impact space. Join our team of dynamic individuals as we have new and exciting projects for Multiply and more.So if you are passionate about uplifting and empowering communities, click the link on the bio to find out more about the role.#hiring #multiply #creadorfoundation #malaysia #socialimpact
      Want to own a credit card? Here's what you should Want to own a credit card? Here's what you should consider before becoming a credit card user. To learn more check out the link in our bio.
      Faster, easier, cheaper. But you will have to fact Faster, easier, cheaper. But you will have to factor in key aspects of your situation before deciding on a motorcycle.Find out what they are in our latest infographic! Click the link in our bio to check it out.

      Multiply by Creador Foundation.

      • Privasi
      • Terma
      • Peta laman

      Facebook Google

      Log masuk dengan akaun laman anda

      seventeen + eleven =

      Lupa kata laluan anda?

      Belum jadi ahli? Daftar sekarang

      Daftar akaun baru

      15 − 4 =

      Anda seorang ahli? Log masuk sekarang

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Apa gaya perbelanjaan anda?

      Menguruskan perbelanjaan boleh jadi sesuatu yang rumit. Cuba beritahu kami bagaimana anda membelanjakan wang dan kami boleh bantu anda mencari jalan bagaimana untuk berbelanja dengan lebih baik!

      1. Bagaimana anda memperoleh pendapatan?
      2. Bagaimana pengurusan kewangan anda sebelum COVID-19 melanda?
      3. Bagaimana COVID-19 telah memberi kesan kepada perbelanjaan anda secara keseluruhannya?
      4. Bagaimana perintah kawalan pergerakan (PKP/PKPB) telah memberi kesan kepada penggunaan kad kredit anda?
      5. Jika anda menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN), bagaimana anda menggunakannya?
      6. Jika anda mengambil wang daripada akaun KWSP anda dalam tempoh PKP/PKPB (di bawah i-Lestari), bagaimana anda menggunakannya?
      7. Moratorium pinjaman berguna untuk saya kerana:
      8. Musim percutian sudah dekat. Apa perancangan anda untuk aktiviti beli-belah hujung tahun?
      9. Anda sudah rancang belanjawan anda untuk tahun 2021?
      10. Bagaimana anda membuat persediaan kewangan untuk tahun 2021?
      11. Bagaimana anda rasa anda akan menguruskan wang anda pada tahun 2021?
      12. Apa yang anda perlukan untuk mempertingkatkan kewangan anda pada tahun 2021?
      13. Untuk tahun 2021, matlamat kewangan utama saya ialah untuk:
      14. Untuk tahun 2021, aspek kewangan yang paling membimbangkan saya ialah:
      15. Untuk tahun 2021, aspek kewangan peribadi yang mana yang anda ingin pelajari dengan lebih lanjut?
      clock.png

      Time is Up!

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Ambil kuiz kami!



      Apakah personaliti kewangan Anda?

      Terbaru


      Apa gaya perbelanjaan anda?

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Apakah personaliti Kewangan Anda?

      Cuba lihat sama ada anda seorang Boss Duit, Kadet Kewangan atau Budak Baru Belajar dengan mengambil kuiz ini!

      1. Dah nak dekat hujung bulan ni, dalam fikiran anda...
      2. Kalau anda saja-saja nak pergi membeli-belah, adakah anda….
      3. Kereta anda mengalami kemalangan dan anda perlu keluarkan wang sebanyak RM1,000 untuk membaikinya. Anda…
      4. Anda terima penyata kad kredit anda dan anda…
      5. Selepas berbulan-bulan menyimpan (memang betul, sikit -sikit, lama-lama jadi bukit), banyak juga wang yang terkumpul dalam akaun bank anda. Anda kemudiannya
      6. Anda membeli sebuah kereta baru (ya bayangkan saja - Toyota, Proton, atau BMW). Anda mengambil
      7. Anda seorang pelabur. Yang mana anda akan lakukan…
      clock.png

      Time is Up!