• Laman Utama
  • Tentang Kami
  • Panduan kami

    Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

    Merancang Belanjawan

    Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

    Simpanan & Pelaburan

    Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

    Menguruskan Hutang

    Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

    Membeli Kenderaan

    Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

    Membeli Rumah

    Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

    Insurans

    Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

    Persaraan

    All Guides Icon

    Semua Panduan

  • Panduan kami
    • Merancang Belanjawan
    • Simpanan & Pelaburan
    • Membeli Rumah
    • Membeli Kenderaan
    • Menguruskan Hutang
    • Insurans
    • Persaraan
  • Kalkulator
  • Blog
  • Ambil Kuiz
    • English
    • Bahasa Malaysia
    Ada pertanyaan?
    hello@multiply.org.my
    DaftarLog masuk
    MultiplyMultiply
    • Laman Utama
    • Tentang Kami
    • Panduan kami

      Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

      Merancang Belanjawan

      Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

      Simpanan & Pelaburan

      Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

      Menguruskan Hutang

      Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

      Membeli Kenderaan

      Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

      Membeli Rumah

      Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

      Insurans

      Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

      Persaraan

      All Guides Icon

      Semua Panduan

    • Panduan kami
      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Membeli Rumah
      • Membeli Kenderaan
      • Menguruskan Hutang
      • Insurans
      • Persaraan
    • Kalkulator
    • Blog
    • Ambil Kuiz

      Simpanan & Pelaburan

      Patut ke Anda Mencarum Lebih Wang ke dalam KWSP?

      • Dihasil oleh Multiply
      • Kategori Simpanan & Pelaburan
      • Tarikh Januari 13, 2021
      Should You Contribute More to EPF? 1 - Multiply - Saving & Investing

      Setelah Azlan menamatkan pengajiannya baru-baru ini, dia memulakan pekerjaan sebagai seorang eksekutif di sebuah syarikat swasta. Azlan dah lihat bagaimana ibu-bapanya yang sudah bersara kini terpaksa berjimat-cermat apabila berbelanja, kerana dulu mereka tak mencarum banyak wang ke dalam akaun KWSP. Sekarang, mereka terpaksa bergantung kepada wang simpanan untuk menyara kehidupan. Mereka tak mampu nak kekalkan kualiti kehidupan yang sama seperti sewaktu mereka ada gaji bulanan yang tetap dulu - Azlan agak ralat dengan keadaan ini memandangkan ibu-bapanya telah bekerja keras selama bertahun-tahun. Dia risau kalau dia pun terpaksa melalui keadaan yang sama apabila dia bersara nanti.

      Untuk membolehkan Azlan menyimpan lebih banyak wang untuk tujuan persaraan, rakan sekerjanya mencadangkan supaya dia mencarum pada kadar yang lebih tinggi daripada 9% gajinya ke dalam akaun Patut ke anda letak simpanan anda dalam KWSP?. Patut ke Azlan buat begitu?

      Kini, anda diwajibkan mencarum 9% daripada gaji anda, sementara majikan anda perlu mencarum 13% atau 12%, bergantung kepada sama ada gaji anda melebihi paras RM5,000 sebulan.
      [Bagi membantu rakyat Malaysia memiliki lebih wang dalam tangan ketika menghadapi krisis Covid-19, kadar caruman wajib KWSP telah dikurangkan daripada 11% kepada 9%. Untuk mengekalkan kadar caruman pada 11%, anda perlu isi Borang KWSP 17A (Khas 2021) dan serahkannya kepada majikan anda. Selepas itu, kalau anda mahu, anda boleh naikkan lagi kadar caruman KWSP anda menjadi lebih tinggi].

      Berapa banyak wang yang anda perlukan untuk bersara dengan selesa?
      Sebagai anggaran kasar, kalau anda mahu wang simpanan persaraan anda bertahan selama 20 tahun selepas anda bersara, seelok-eloknya wang simpanan KWSP anda (apabila dibahagikan secara bulanan untuk tempoh 20 tahun) patut mencapai 60% daripada gaji bulanan anda yang terakhir, supaya anda boleh kekalkan gaya hidup yang sama selepas bersara. Untuk mengira berapa banyak wang yang anda perlukan, gunakan kalkulator ini. Ataupun, anda boleh semak akaun KWSP anda secara dalam talian untuk melihat sama ada jumlah simpanan anda setakat ini mengikut jadual sasaran. Kalau sudah ketinggalan, mungkin anda patut tambahkan jumlah caruman anda. 

      Ingat, lebih awal anda mula menyimpan untuk persaraan, lebih mudah untuk anda mencapai jumlah sasaran anda. Bacalah Panduan kami Merancang persaraan anda untuk mendalami topik ini dengan lebih lanjut. 

      Berapa banyak wang yang boleh anda carumkan ke dalam KWSP setiap bulan?
      Untuk caruman yang wajib (daripada gaji hasil pekerjaan anda), anda boleh mencarum sehingga 100% daripada gaji anda (selepas potongan lain) ke dalam akaun KWSP. Tapi, kalau anda tak ada punca pendapatan lain, mencarum 100% tentu susah untuk dilakukan. Sebaliknya, anda boleh pilih untuk tambahkan kadar caruman KWSP anda melebihi peratusan wajib 9%, mengikut kemampuan anda.

      Selain daripada caruman wajib, anda juga boleh membuat caruman tambahan ke dalam akaun KWSP anda sehingga RM60,000 setahun.  

      Jadi, patut ke anda tambah caruman KWSP anda?
      Kalau anda sedar yang anda sudah terkebelakang dalam mencapai sasaran simpanan persaraan anda, eloklah anda ambil langkah segera untuk tingkatkan jumlah simpanan anda sebanyak yang mungkin.

      Tapi pastikan:

      1.   Anda boleh tampung semua keperluan anda dan kekalkan gaya hidup yang anda mahu dengan baki gaji anda setelah menolak caruman KWSP.
      2.   Anda tak bercadang untuk membuat pelaburan lain yang mungkin boleh memberi pulangan yang lebih baik (dan kemungkinan besar risiko yang lebih tinggi juga).

      Kelebihan mencarum dalam KWSP:

      • Risiko lebih rendah, pulangan lebih tinggi
        Risiko kehilangan wang yang disimpan dalam KWSP memang rendah, dan pulangan sebanyak 2.5% setahun adalah dijamin. Untuk tempoh 10 tahun yang lepas, KWSP telah berjaya memberi pulangan purata sebanyak 6% setahun.
      • Pelepasan cukai sehingga RM4,000
        Contohnya, jika pendapatan anda sebanyak RM3,200 sebulan, pada kadar caruman sekarang iaitu 11%, anda akan mencarum sebanyak RM4,224 setahun ke dalam akaun KWSP anda.
        Tanpa mengambil kira potongan yang lain, anda akan membayar cukai sebanyak RM305 untuk tahun tersebut.
        Jika anda meningkatkan kadar caruman KWSP anda kepada 15%, anda akan mencarum sebanyak RM5,760 ke dalam akaun KWSP anda dan hanya perlu membayar cukai sebanyak RM259. Dengan cara ini, anda dapat menyimpan lebih wang untuk persaraan anda dan cukai yang perlu dibayar pun kurang!

      Kekurangan mencarum dalam KWSP:

      • Anda tak boleh keluarkan simpanan anda tanpa sebab yang kukuh sehingga anda mencapai umur sekurang-kurangnya 50 tahun
        Kalau anda perlukan wang untuk apa-apa tujuan yang tak disenaraikan oleh KWSP, anda tak dibenarkan mengeluarkan wang daripada akaun simpanan KWSP anda.

      Ini mungkin nampak seperti satu kekurangan, tapi sebenarnya ia boleh jadi satu hikmah kerana ia mencegah anda daripada mengeluarkan wang simpanan anda melainkan jika betul-betul perlu.

      Kalau anda mengambil keputusan untuk meningkatkan kadar caruman KWSP anda, anda hanya perlu mengisi borang KWSP 17A (AHL) atau klik di sini.

      Untuk mengatahui lebih tentang simpanan dan pelaburan baca artikel berikut:
      Pelaburan 101

      Unit Amanah

      Patut ke anda buka akaun deposit tetap?

      Tag:Simpanan & Pelaburan

      Kongsikannya:


      Admin bar avatar
      Multiply
      The Multiply Admin

      Sebelumnya

      Belajar Melabur Dalam Pasaran Saham Dengan Selamat
      Januari 13, 2021

      Seterusnya

      Apa itu Kadar Dasar Semalaman (OPR)?
      Januari 20, 2021

      Anda Mungkin Berminat

      where-can-i-get-help-if-i-am-struggling-financially
      Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan jika saya menghadapi cabaran kewangan?
      13 Februari, 2023
      125811587_l (2)
      Panduan Pemula untuk Kripto di Malaysia
      24 Ogos, 2022
      inflasi
      Bagaimana Anda Boleh Respon Kepada Inflasi?
      21 Julai, 2022

      Cari

      Artikel Terkini

      Ready for Malaysia's Budget 2023? 3 - Multiply - Planning & Budgeting
      Anda dah sedia untuk Bajet 2023?
      22Feb2023
      Where can I get help if I'm struggling financially? 5 - Multiply - Blog, Planning & Budgeting, Saving & Investing
      Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan jika saya menghadapi cabaran kewangan?
      13Feb2023
      Want to grow your savings? 7 - Multiply - Planning & Budgeting
      Nak kembangkan simpanan anda?
      01Dis2022

      KATEGORI PANDUAN

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
        • ETF
        • Unit Amanah
        • Saham
        • Asas Pelaburan
        • Deposit Tetap
        • Simpanan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan
      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan

      Peringkat hidup

      • Pelajar
      • Keluarga
      • Pekerja Dewasa
      • Pesara

      Panduan terkini

      5 Perkara untuk Diselidik Sebelum Melabur dalam Saham sesebuah Syarikat

      5 Perkara untuk Diselidik Sebelum Melabur dalam Saham sesebuah Syarikat

      Free
      What you need to know about ‘Buy Now, Pay Later’ plans

      Apa yang anda perlu tahu tentang pelan 'Beli Sekarang, Bayar Kemudian'

      Free
      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang E-Wallet?

      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang E-Wallet?

      Free

      Jangan ketinggalan, sertai senarai mel kami!

      newsletter-subscribe-multiply

      logo-multiply-learn-investing-for-free

      hello@multiply.org.my

      Maklumat

      • Laman Utama
      • Blog
      • Tentang Kami
      • Hubungi

      Kategori

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan

      Kategori

      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan
      • Semua Panduan

      Instagram Feed

      Ready to simplify your finances and achieve financ Ready to simplify your finances and achieve financial independence? 🔥💰 Swipe to learn more about the FIRE concept as part of our Multiply Simplifies series. Discover how you can retire early and live the life you want by following these simple steps.#FIRE #retirement #multiplysimplifies #financialfreedom #financialindependence #financemadesimple #financialliteracy #financialeducation #multiplymalaysia #malaysia
      EPF savings will always be enough for my retiremen EPF savings will always be enough for my retirement - do you think this is a fact or a myth? 🤔Check out our reel to find out the answer, and the recommended retirement savings amount you should have! 🏦#mythbusters #mythbusting #mythbustingmonday #retirement #retirementplanning #retirementsavings #retire #epf #kwsp #personalfinance #malaysia #financialliteracy
      Money talk made simple! 🤑 Introducing Multiply Money talk made simple! 🤑 Introducing Multiply Simplifies - your one-stop destination for all things finance! 💰💸 From budgeting to savings, we've got you covered. Today its about EPF, also known as KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja).Follow us for weekly bite-sized explanations that make financial concepts & elements easy to understand. #multiplysimplifies #financemadesimple #moneytalk #financialliteracy #financialeducation #kewangan #financemalaysia #epf #kwsp #personalfinance #multiplymalaysia #malaysia
      Anda rasa simpanan persaraan penting atau tak untu Anda rasa simpanan persaraan penting atau tak untuk suri rumah? 🤔 Tonton reel ini, biar kami jelaskan, dan beritahu pendapat anda di ruangan komen di bawah!👇#mythbustingmonday #multiplymalaysia #celikkewangan #pendidikankewangan #surirumah #wanitaperlutahu #duit #kewangan #wanita #isayang #kwsp

      Multiply by Creador Foundation.

      • Privasi
      • Terma
      • Peta laman

      Facebook Google

      Log masuk dengan akaun laman anda

      17 − fourteen =

      Lupa kata laluan anda?

      Belum jadi ahli? Daftar sekarang

      Daftar akaun baru

      11 − 7 =

      Anda seorang ahli? Log masuk sekarang

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Apa gaya perbelanjaan anda?

      Menguruskan perbelanjaan boleh jadi sesuatu yang rumit. Cuba beritahu kami bagaimana anda membelanjakan wang dan kami boleh bantu anda mencari jalan bagaimana untuk berbelanja dengan lebih baik!

      1. Bagaimana anda memperoleh pendapatan?
      2. Bagaimana pengurusan kewangan anda sebelum COVID-19 melanda?
      3. Bagaimana COVID-19 telah memberi kesan kepada perbelanjaan anda secara keseluruhannya?
      4. Bagaimana perintah kawalan pergerakan (PKP/PKPB) telah memberi kesan kepada penggunaan kad kredit anda?
      5. Jika anda menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN), bagaimana anda menggunakannya?
      6. Jika anda mengambil wang daripada akaun KWSP anda dalam tempoh PKP/PKPB (di bawah i-Lestari), bagaimana anda menggunakannya?
      7. Moratorium pinjaman berguna untuk saya kerana:
      8. Musim percutian sudah dekat. Apa perancangan anda untuk aktiviti beli-belah hujung tahun?
      9. Anda sudah rancang belanjawan anda untuk tahun 2021?
      10. Bagaimana anda membuat persediaan kewangan untuk tahun 2021?
      11. Bagaimana anda rasa anda akan menguruskan wang anda pada tahun 2021?
      12. Apa yang anda perlukan untuk mempertingkatkan kewangan anda pada tahun 2021?
      13. Untuk tahun 2021, matlamat kewangan utama saya ialah untuk:
      14. Untuk tahun 2021, aspek kewangan yang paling membimbangkan saya ialah:
      15. Untuk tahun 2021, aspek kewangan peribadi yang mana yang anda ingin pelajari dengan lebih lanjut?
      clock.png

      Time is Up!

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Ambil kuiz kami!



      Apakah personaliti kewangan Anda?

      Terbaru


      Apa gaya perbelanjaan anda?

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Apakah personaliti Kewangan Anda?

      Cuba lihat sama ada anda seorang Boss Duit, Kadet Kewangan atau Budak Baru Belajar dengan mengambil kuiz ini!

      1. Dah nak dekat hujung bulan ni, dalam fikiran anda...
      2. Kalau anda saja-saja nak pergi membeli-belah, adakah anda….
      3. Kereta anda mengalami kemalangan dan anda perlu keluarkan wang sebanyak RM1,000 untuk membaikinya. Anda…
      4. Anda terima penyata kad kredit anda dan anda…
      5. Selepas berbulan-bulan menyimpan (memang betul, sikit -sikit, lama-lama jadi bukit), banyak juga wang yang terkumpul dalam akaun bank anda. Anda kemudiannya
      6. Anda membeli sebuah kereta baru (ya bayangkan saja - Toyota, Proton, atau BMW). Anda mengambil
      7. Anda seorang pelabur. Yang mana anda akan lakukan…
      clock.png

      Time is Up!