Tak biasa dengan perancangan kewangan? Apa perlu saya buat?
Perancangan kewangan adalah satu perjalanan mudah yang hanya memerlukan 4 langkah dan seharusnya tidak memberi tekanan kepada anda. Dengan membaca blog ini, ia adalah langkah pertama untuk memulakan perjalanan dalam mengawal perancangan kewangan anda.
Langkah 1: Adakah anda betul-betul faham tentang wang yang anda miliki? Jom periksa!
Untuk mulakan perjalanan anda dalam perancangan kewangan, mulakannya dengan memahami keadaan kewangan anda sendiri. Tanya pada diri sendiri, berapakah pendapatan anda pada setiap bulan dan rekod atau catat maklumat ini dalam nota atau excel sheet.
Untuk mendapatkan gambaran yang lebih luas mengenai tabiat belanja dan gaya hidup anda, kumpulkan setiap resit dan penyata bank bagi bulan-bulan berikutnya untuk jejak perbelanjaan dan ketahui cara unutk jadikan tingkatkan cara perbelanjaan anda. Gunakan kategori seperti “Pendapatan”, “Simpanan” dan “Perbelanjaan” untuk susun data anda.
Apakah maksud peraturan 50/30/20?
Apabila anda telah mengkategorikan perbelanjaan, gunakan peraturan 50/30/20 untuk memperuntukkan pendapatan anda kepada keperluan, kehendak, dan simpanan.Peraturan ini mencadangkan anda untuk meletakkan 50% untuk keperluan, 30% bagi kehendak dan 20% untuk simpanan. |
Apabila anda semakin mahir, anda juga boleh gunakan platform yang lebih canggih seperti yang terdapat di aplikasi mobil. Setelah mahir dengan selok-belok perbelanjaan, kini anda bolehlah menjadi perancang kewangan untuk diri sendiri.
Langkah 2: Saya dah faham tentang kewangan sendiri. Sekarang, saya perlukan sasaran.
Apabila anda telah lebih faham tentang kewangan sendiri, inilah masanya untuk menetapkan satu sasaran yang mampu dicapai oleh diri anda sendiri.
Tanya soalan pada diri sendiri seperti:
- Adakah saya hidup dalam kemampuan sendiri atau terlebih belanja?
- Adakah saya mempunyai bajet yang telah diset untuk bantu menguruskan kewangan?
- Apakah hutang terkini yang saya ada, dan berapakah amaun yang perlu dibayar?
- Berapakah simpanan yang realistik untuk saya simpan setiap bulan?
- Apa langkah yang saya perlu ambil untuk kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu dan jimat lebih banyak duit?
- Apakah sasaran kewangan yang ingin saya capai dalam masa singkat (dalam tahun depan) dan jangka masa panjang (beberapa tahun akan datang)
- Apakah sumber yang saya boleh pelajari tentang kewangan persendirian dan pengurusan wang?
- Bagaimana saya boleh dapatkan keuntungan dan gandakan simpanan?
Jadikan aspirasi kewangan anda kepada sasaran yang lebih kukuh dan kenal pasti langkah seterusnya. Antara cara yang berkesanuntuk menetapkan sasaran anda adalah dengan menggunakan rangka kerja ‘S.M.A.R.T’.
Apakah maksud rangka kerja ‘S.M.A.R.T’?
Rangka kerja ‘S.M.A.R.T’ bertujuan menetapkan sasaran spesifik (specific), boleh diukur (measurable), mampu dicapai (achievable), relevan (relevant) dan sesuai dengan masa (time bound). Rangka kerja ini membantu menjadikan sasaran anda lebih spesifik, mampu dicapai dan selaras dengan sasaran keseluruhan serta meningkatkan peluang untuk berjaya. |
Langkah 3: Bagaimana saya nak pastikan sasaran ini dapat dicapai? Buat satu pelan.
Apabila anda telah menetapkan sasaran kewangan anda menggunakan rangka kerja S.M.A.R.T, sekarang adalah masa untuk buat pelan. Proses ini akan melibatkan rangkaan belanjawan dan mencari langkah untuk mengurangkan perbelanjaan.
Untuk menyimpan dana kecemasan, buat pelan simpanan dan cari di mana lagi tempat yang mampu mengurangkan perbelanjaan.
Apakah maksud dana kecemasan?
Dana kecemasan bererti duit terkumpul yang menjadi simpanan anda sekiranya berlaku sebarang perbelanjaan yang tidak dijangka atau sebarang kecemasan seperti bil perubatan, membaiki kereta, membaiki rumah, kehilangan pendapatan secara tiba-tiba dan sebagainya. Dana kecemasan = Minimum 3 bulan |
Untuk mendapat keuntungan dari wang simpanan, anda boleh mempertimbangkan untuk melabur dalam dana berisiko rendah seperti Unit Amanah, Deposit Tetapdan sebagainya yang sejajar dengan jangkaan masa anda sama ada bagi jangka masa pendek (kurang dari 1 tahun) atau jangka masa medium (antara 2 - 5 tahun). Ianya adalah penting untuk lakukan kajian dan rujuk kepada penasihat kewangan sebelum membuat sebarang keputusan dalam pelaburan.
💡Related: Cara untuk menetapkan Sasaran Simpanan
💡Related: Pelaburan 101
Langkah 4: Kekal pada pelan anda dan saksikan ia berjaya.
Namun, ia tidaklah semudah seperti yang diucapkan. Sentiasa Ingat:
✅ Jejak progres anda: Sentiasa periksa dengan kerap supaya sasaran anda berada di landasan yang tepat.
✅ Kemaskini pelan anda: Sentiasa bersedia untuk mengubah pelan anda sekiranya sebarang kejadian yang tidak diingini terjadi.
✅ Jangan mengalah: Belajar daripada kesilapan atau kegagalan dan terus berusaha untuk mencapai sasaran anda.
Dengan mengambil semua langkah ini, anda kini sedang menuju ke arah mencapai kewangan yang lebih stabil dan bebas. Ingat, semua ini akan mengambil masa dan usaha, namun dengan dedikasi dan disiplin, anda boleh menjadikan aspirasi kewangan anda satu kenyataan.