• Laman Utama
  • Tentang Kami
  • Panduan kami

    Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

    Merancang Belanjawan

    Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

    Simpanan & Pelaburan

    Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

    Menguruskan Hutang

    Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

    Membeli Kenderaan

    Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

    Membeli Rumah

    Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

    Insurans

    Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

    Persaraan

    All Guides Icon

    Semua Panduan

  • Panduan kami
    • Merancang Belanjawan
    • Simpanan & Pelaburan
    • Membeli Rumah
    • Membeli Kenderaan
    • Menguruskan Hutang
    • Insurans
    • Persaraan
  • Kalkulator
  • Blog
  • Ambil Kuiz
    • English
    • Bahasa Malaysia
    Ada pertanyaan?
    hello@multiply.org.my
    DaftarLog masuk
    MultiplyMultiply
    • Laman Utama
    • Tentang Kami
    • Panduan kami

      Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

      Merancang Belanjawan

      Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

      Simpanan & Pelaburan

      Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

      Menguruskan Hutang

      Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

      Membeli Kenderaan

      Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

      Membeli Rumah

      Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

      Insurans

      Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

      Persaraan

      All Guides Icon

      Semua Panduan

    • Panduan kami
      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Membeli Rumah
      • Membeli Kenderaan
      • Menguruskan Hutang
      • Insurans
      • Persaraan
    • Kalkulator
    • Blog
    • Ambil Kuiz

      Multiply Terangkan

      Mari Multiply Terangkan – Apakah KDNK?

      • Dihasil oleh Multiply
      • Kategori Multiply Terangkan
      • Tarikh Ogos 19, 2020
      Multiply Explains – What Is the GDP? 1 - Multiply - Multiply Explains

      Selepas krisis Covid-19 melanda, anda mungkin ada mendengar ramai orang bercakap tentang keadaan ekonomi negara kita, dan istilah ‘KDNK’ selalu disebut-sebut. Anda tahu tak apa itu KDNK?

      KDNK ialah istilah pendek bagi terma penuh ‘Keluaran Dalam Negeri Kasar’. Dalam Bahasa Inggeris, istilah ini ditulis sebagai ‘Gross Domestic Product (GDP)’. KDNK menghitung nilai semua barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah negara. Anda baru saja pergi potong rambut lepas berbulan-bulan tak pergi ke kedai rambut semasa musim PKP? Wang yang anda belanjakan untuk memotong rambut itu turut dihitung dalam KDNK Malaysia. Atau mungkin anda ada membeli sepasang kasut, telefon bimbit baru atau sekadar snek kegemaran anda dari kedai berdekatan? Itu pun turut diambil kira dalam KDNK Malaysia. Jadi, bila kita belanjakan wang untuk membeli sesuatu, itu dinamakan perbelanjaan pengguna dan turut termasuk dalam pengiraan KDNK.

      Apa lagi yang diambil kira? Perbelanjaan kerajaan, contohnya pembinaan jalan raya atau hospital oleh kerajaan, dan pelaburan yang dibuat oleh syarikat-syarikat seperti membina kilang dan mengeksport. Pengiraan perbelanjaan yang dibuat oleh semua pihak, juga dikenali sebagai permintaan,ialah cara yang paling asas untuk mengukur KDNK.

      Berapa besar ekonomi negara kita?
      KDNK ialah cara yang paling biasa digunakan untuk mengukur saiz ekonomi sesebuah negara.Pada tahun 2019, KDNK Malaysia mencecah US$364.70 bilion[1]. Manakala KDNK bagi seluruh dunia mencecah US$87.75 trilion.

      Oleh sebab KDNK mengukur perbelanjaan semua orang, pemahaman asas tentang istilah ini ialah semakin tinggi nilai KDNK, semakin makmur atau semakin besar ekonomi sesebuah negara.

      Jadi apa yang dimaksudkan dengan pertumbuhan KDNK?
      Anda mungkin pernah lihat tajuk utama akhbar seperti “KDNK Malaysia dijangka berkembang sebanyak 7% pada tahun 2021” atau “Ekonomi Malaysia merosot 3% pada tahun 2020”. Peratusan yang digunakan dipanggil kadar pertumbuhan KDNK dan ia menunjukkan perubahan pada KDNK dari satu sukuan ke sukuan seterusnya sukuan merujuk kepada tempoh pecahan tiga bulan selama empat kali dalam setahun, contohnya Januari-Mac 2020 = sukuan pertama 2020, April-Mei 2020 = sukuan kedua 2020) atau dari satu tahun ke tahun seterusnya.

      Oleh itu, jika KDNK Malaysia mencecah USD364.70 bilion pada tahun 2019, maka pertumbuhan sebanyak 7% bermakna KDNK telah bertambah sebanyak 7%. Sementara itu penyusutan sebanyak 3% bermakna KDNK telah berkurang sebanyak 3%.

      Satu contoh tajuk utama yang mungkin mengelirukan ialah “Pertumbuhan KDNK Malaysia dijangka menurun sebanyak 3%”. Maksudnya ekonomi negara berkembang atau merosot ni?

      Sebenarnya begini, kadar pertumbuhan KDNK yang positif menandakan bahawa ekonomi negara dalam keadaan yang sihat dan terus berkembang, sementara kadar pertumbuhan KDNK yang negatif atau menyusut memberi petanda bahawa ekonomi negara tidak berada dalam keadaan baik. KDNK yang negatif untuk dua sukuan berturut-turut (contohnya jika KDNK sebuah negara ialah -1% pada sukuan pertama 2020 dan -3% pada sukuan kedua 2020) bermaksud sesebuah negara itu sedang mengalami kemelesetan ekonomi.

      Tapi ingat, walaupun kadar KDNK yang positif atau berkembang selalunya bagus, perkembangan KDNK yang terlalu banyak dalam masa yang singkat boleh jadi tidak baik. Ia boleh menyebabkan inflasi, iaitu kenaikan harga barang yang terlalu cepat sehingga menyebabkan orang ramai tak mampu membeli. Memang lazimnya harga barang akan naik perlahan-lahan dengan peredaran masa, jadi sedikit inflasi itu perkara yang normal. Untuk mengekalkan keseimbangan pertumbuhan ekonomi, selalunya sesebuah negara itu akan cuba mengekalkan inflasi pada kadar 2%[2].

      KDNK dan kadar pertumbuhan KDNK adalah antara perkara yang diberi perhatian oleh kerajaan dalam membuat perancangan ekonomi. Jika kerajaan merasakan bahawa pertumbuhan KDNK tidak cukup memberangsangkan, ia mungkin akan membina lebih banyak sekolah atau memberi lebih banyak bantuan kepada masyarakat. (Anda boleh baca blog kami tentang Kadar Dasar Semalaman (OPR) untuk lebih memahami maksud kesihatan ekonomi). Jika pertumbuhan KDNK terlalu pantas, kerajaan mungkin akan memperlahankan pembinaan infrastruktur seperti jalan raya, sekolah dan hospital. Kadar pertumbuhan KDNK yang “bagus” bergantung kepada sesebuah negara itu sendiri – secara amnya, negara maju menyasarkan pertumbuhan KDNK pada sekitar 2%, sementara negara yang masih membangun ingin melihat pertumbuhan KDNK pada sekitar 3%[3].

      Jadi, sekarang anda tahu erti KDNK dan apa maksudnya bila orang ramai bercakap tentang pertumbuhan KDNK yang positif atau negatif!

      [1] https://data.worldbank.org/indicator/NY.GDP.MKTP.CD

      [2] https://www.global-rates.com/en/economic-indicators/inflation/inflation-information.aspx

      [3] https://www.investopedia.com/articles/investing/121213/gdp-and-its-importance.asp

      Kongsikannya:


      Admin bar avatar
      Multiply
      The Multiply Admin

      Sebelumnya

      Apakah Kebankrapan?
      Ogos 19, 2020

      Seterusnya

      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Moratorium Pinjaman
      Ogos 28, 2020

      Anda Mungkin Berminat

      OPR_Blog
      Apa itu Kadar Dasar Semalaman (OPR)?
      20 Januari, 2021
      socso_blog-1024×512
      Multiply Menjelaskan – Apa itu PERKESO?
      14 Oktober, 2020
      BNM-OPR-scaled
      Bank Negara Potong Kadar OPR – Apa Kesannya?
      14 Julai, 2020

      Cari

      Artikel Terkini

      2 Initiatives Every Housewife and Married Woman Shouldn’t Ignore
      31Mac2023
      Preparing for Retirement: Do's and Don'ts 3 - Multiply - Retirement
      Persiapan untuk Persaraan - 4 perkara yang perlu anda elakkan kalau nak bersara dengan selesa
      24Mac2023
      Ready for Malaysia's Budget 2023? 5 - Multiply - Planning & Budgeting
      Anda dah sedia untuk Bajet 2023?
      22Feb2023

      KATEGORI PANDUAN

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
        • ETF
        • Unit Amanah
        • Saham
        • Asas Pelaburan
        • Deposit Tetap
        • Simpanan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan
      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan

      Peringkat hidup

      • Pelajar
      • Keluarga
      • Pekerja Dewasa
      • Pesara

      Panduan terkini

      5 Perkara untuk Diselidik Sebelum Melabur dalam Saham sesebuah Syarikat

      5 Perkara untuk Diselidik Sebelum Melabur dalam Saham sesebuah Syarikat

      Free
      What you need to know about ‘Buy Now, Pay Later’ plans

      Apa yang anda perlu tahu tentang pelan 'Beli Sekarang, Bayar Kemudian'

      Free
      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang E-Wallet?

      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang E-Wallet?

      Free

      Jangan ketinggalan, sertai senarai mel kami!

      newsletter-subscribe-multiply

      logo-multiply-learn-investing-for-free

      hello@multiply.org.my

      Maklumat

      • Laman Utama
      • Blog
      • Tentang Kami
      • Hubungi

      Kategori

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan

      Kategori

      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan
      • Semua Panduan

      Instagram Feed

      It's income tax filing season! So, in this week's It's income tax filing season! So, in this week's series of Multiply Simplifies, let's talk about income tax. 😊#incometax #taxseason #taxfiling #malaysiataxfiling #lhdn #tax101 #financialliteracy #financialeducation #personalfinance #multiplymalaysia #malaysia
      Long-term financial security is important to help Long-term financial security is important to help you feel in control of your future. Here are two initiatives every housewife and woman shouldn’t ignore! To learn more about SKSSR & i-Sayang, click on the link in our bio. #socialprotection #retirement #retirementplanning #financialsecurity #women #womenfinance #multiplymalaysia #malaysia #financialliteracy #financialeducation
      Looking for an alternative saving option for your Looking for an alternative saving option for your retirement plan? Private Retirement Schemes (PRS) might just be the answer you're looking for! Learn more about PRS through this week's episode of Multiply Simplifies! 😊 #retirement #retirementsavings #retirementgoals #retire #savings #financialplanning #financialliteracy #financialeducation #personalfinance #multiplymalaysia #malaysia
      Adakah anda percaya bahawa bila anda bersara nanti Adakah anda percaya bahawa bila anda bersara nanti, anda akan bebas daripada tekanan dan kerisauan? Fakta sebenar adalah sebaliknya! Jangan biarkan mitos mengganggu persediaan anda untuk masa depan yang selesa. 👴👵🏝️Layarilah laman web kami untuk ketahui lebih lanjut dan kira jumlah simpanan yang perlu anda mulakan sekarang! #simpananpersaraan #simpanan #persaraan #bersara #perancangankewangan #matlamatpersaraan #pendidikankewangan #kewanganperibadi #multiplymalaysia

      Multiply by Creador Foundation.

      • Privasi
      • Terma
      • Peta laman

      Facebook Google

      Log masuk dengan akaun laman anda

      five × two =

      Lupa kata laluan anda?

      Belum jadi ahli? Daftar sekarang

      Daftar akaun baru

      three × 4 =

      Anda seorang ahli? Log masuk sekarang

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Apa gaya perbelanjaan anda?

      Menguruskan perbelanjaan boleh jadi sesuatu yang rumit. Cuba beritahu kami bagaimana anda membelanjakan wang dan kami boleh bantu anda mencari jalan bagaimana untuk berbelanja dengan lebih baik!

      1. Bagaimana anda memperoleh pendapatan?
      2. Bagaimana pengurusan kewangan anda sebelum COVID-19 melanda?
      3. Bagaimana COVID-19 telah memberi kesan kepada perbelanjaan anda secara keseluruhannya?
      4. Bagaimana perintah kawalan pergerakan (PKP/PKPB) telah memberi kesan kepada penggunaan kad kredit anda?
      5. Jika anda menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN), bagaimana anda menggunakannya?
      6. Jika anda mengambil wang daripada akaun KWSP anda dalam tempoh PKP/PKPB (di bawah i-Lestari), bagaimana anda menggunakannya?
      7. Moratorium pinjaman berguna untuk saya kerana:
      8. Musim percutian sudah dekat. Apa perancangan anda untuk aktiviti beli-belah hujung tahun?
      9. Anda sudah rancang belanjawan anda untuk tahun 2021?
      10. Bagaimana anda membuat persediaan kewangan untuk tahun 2021?
      11. Bagaimana anda rasa anda akan menguruskan wang anda pada tahun 2021?
      12. Apa yang anda perlukan untuk mempertingkatkan kewangan anda pada tahun 2021?
      13. Untuk tahun 2021, matlamat kewangan utama saya ialah untuk:
      14. Untuk tahun 2021, aspek kewangan yang paling membimbangkan saya ialah:
      15. Untuk tahun 2021, aspek kewangan peribadi yang mana yang anda ingin pelajari dengan lebih lanjut?
      clock.png

      Time is Up!

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Ambil kuiz kami!



      Apakah personaliti kewangan Anda?

      Terbaru


      Apa gaya perbelanjaan anda?

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Apakah personaliti Kewangan Anda?

      Cuba lihat sama ada anda seorang Boss Duit, Kadet Kewangan atau Budak Baru Belajar dengan mengambil kuiz ini!

      1. Dah nak dekat hujung bulan ni, dalam fikiran anda...
      2. Kalau anda saja-saja nak pergi membeli-belah, adakah anda….
      3. Kereta anda mengalami kemalangan dan anda perlu keluarkan wang sebanyak RM1,000 untuk membaikinya. Anda…
      4. Anda terima penyata kad kredit anda dan anda…
      5. Selepas berbulan-bulan menyimpan (memang betul, sikit -sikit, lama-lama jadi bukit), banyak juga wang yang terkumpul dalam akaun bank anda. Anda kemudiannya
      6. Anda membeli sebuah kereta baru (ya bayangkan saja - Toyota, Proton, atau BMW). Anda mengambil
      7. Anda seorang pelabur. Yang mana anda akan lakukan…
      clock.png

      Time is Up!