• Laman Utama
  • Tentang Kami
  • Panduan kami

    Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

    Merancang Belanjawan

    Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

    Simpanan & Pelaburan

    Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

    Menguruskan Hutang

    Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

    Membeli Kenderaan

    Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

    Membeli Rumah

    Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

    Insurans

    Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

    Persaraan

    All Guides Icon

    Semua Panduan

  • Panduan kami
    • Merancang Belanjawan
    • Simpanan & Pelaburan
    • Membeli Rumah
    • Membeli Kenderaan
    • Menguruskan Hutang
    • Insurans
    • Persaraan
  • Kalkulator
  • Blog
  • Ambil Kuiz
    • English
    • Bahasa Malaysia
    Ada pertanyaan?
    [email protected]
    DaftarLog masuk
    MultiplyMultiply
    • Laman Utama
    • Tentang Kami
    • Panduan kami

      Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

      Merancang Belanjawan

      Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

      Simpanan & Pelaburan

      Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

      Menguruskan Hutang

      Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

      Membeli Kenderaan

      Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

      Membeli Rumah

      Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

      Insurans

      Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

      Persaraan

      All Guides Icon

      Semua Panduan

    • Panduan kami
      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Membeli Rumah
      • Membeli Kenderaan
      • Menguruskan Hutang
      • Insurans
      • Persaraan
    • Kalkulator
    • Blog
    • Ambil Kuiz

      Multiply Terangkan

      Multiply Menjelaskan – Apa itu PERKESO?

      • Dihasil oleh Multiply
      • Kategori Multiply Terangkan
      • Tarikh Oktober 14, 2020
      Multiply Explains – What is SOCSO? 1 - Multiply - Multiply Explains

      Kalau anda bekerja untuk sebuah syarikat, anda tentu ada nampak caruman PERKESO yang tertera pada slip gaji anda setiap bulan. Semua pekerja berbayar yang mempunyai kontrak dengan majikan mereka, termasuk pekerja sementara dan pekerja sambilan, mesti mencarum dengan PERKESO.

      Anda mungkin tahu PERKESO ialah sejenis skim insurans, tapi tahukah anda bagaimana ia berfungsi dan faedah apa yang anda boleh dapat daripadanya?

      PERKESO (ataupun nama penuhnya Pertubuhan Keselamatan Sosial) menguruskan program perlindungan kewangan untuk golongan pekerja. Potongan gaji bulanan anda untuk PERKESO dibuat bagi tujuan mencarum dalam Insurans Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan.

      SOCSO juga turut menyediakan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri untuk pekerja yang bekerja sendiri serta Skim Insurans Pekerjaan untuk memberi pampasan kepada pekerja yang kehilangan pekerjaan atas sebab-sebab tertentu.

      Skim Bencana Pekerjaan
      Skim Bencana Pekerjaan memberikan faedah perubatan dan kewangan kepada pekerja jika mereka terlibat dalam kemalangan atau mengalami penyakit yang berpunca daripada pekerjaan mereka. Perlindungan di bawah skim ini meliputi:

      1. Kemalangan industri, contohnya jika anda bekerja di sebuah kilang atau tapak pembinaan
      2. Kemalangan semasa dalam perjalanan, iaitu perjalanan ke tempat kerja, daripada rumah anda ke tempat kerja anda, atau daripada tempat kerja anda ke tempat makan pada waktu rehat. Tapi ingat, anda hanya akan dilindungi semasa anda dalam perjalanan pergi ke tempat kerja atau dari tempat kerja. Anda tak dilindungi jika anda singgah di bank atau pejabat pos selepas makan tengah hari!
      3. Kemalangan semasa kecemasan di tempat kerja, contohnya jika anda membantu rakan sekerja anda meninggalkan bangunan pejabat apabila berlaku kebakaran.
      4. Penyakit berkaitan pekerjaan seperti kehilangan pendengaran akibat terlalu banyak terdedah kepada bunyi bising, dan penyakit lelah (asthma) akibat terlalu banyak menyedut habuk atau bahan kimia berbahaya di tempat kerja

      Skim Keilatan
      Skim Keilatan memberikan perlindungan sekiranya berlaku hilang upaya kekal yang menyebabkan anda tak dapat bekerja dan tak mampu menjana pendapatan sekurang-kurangnya 1/3 daripada jumlah pendapatan yang anda perolehi semasa anda sihat. Tidak seperti Skim Bencana Pekerjaan, Skim Keilatan tetap melindungi pekerja walaupun mereka hilang upaya atau meninggal dunia atas sebab-sebab yang tiada kaitan dengan pekerjaan mereka.

      Apa faedah yang boleh anda dapat daripada SOCSO?
      Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan memberikan bantuan perubatan dan kewangan jangka pendek dan jangka panjang, bergantung kepada tahap kesakitan atau bencana yang dialami. Orang tanggungan anda juga akan mendapat faedah jika anda meninggal dunia. 

      Faedah khusus di bawah setiap skim adalah seperti berikut: 

      Skim Bencana Pekerjaan Skim Keilatan
      1.       Faedah Hilang Upaya Sementara:

      • Rawatan perubatan percuma di klinik panel PERKESO atau klinik/hospital kerajaan sehingga anda sembuh sepenuhnya. Senarai klinik panel mereka boleh didapati di sini.
      • Penjagaan perubatan dan rawatan di wad kelas kedua di hospital kerajaan untuk kecederaan parah.
      • Rawatan pakar jika diperlukan.
      • Untuk rawatan di klinik yang bukan panel PERKESO, anda boleh membuat tuntutan bayaran balik daripada PERKESO untuk perbelanjaan perubatan anda.

      2.       Faedah Hilang Upaya Sementara:

      • Kalau anda diberi sekurang-kurangnya empat hari cuti sakit yang disahkan oleh doktor, PERKESO akan membayar antara RM30 dan RM105.33 sehari, bergantung kepada gaji anda.

      3.       Faedah Hilang Upaya Kekal:

      • Kalau anda mengalami hilang upaya kekal disebabkan oleh kemalangan di tempat kerja, anda boleh mendapat RM30 and RM118.50 sehari daripada PERKESO. Pastikan anda membuat tuntutan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh anda mula mengalami hilang upaya kekal!
      • Bergantung kepada jumlah bayaran, anda akan menerima sama ada bayaran penuh sekaligus, atau anda akan dapat sebahagian bayaran dan bakinya akan dibayar kepada anda secara bulanan sepanjang hayat.

      4.       Elaun Layanan Sentiasa:

      • Kalau anda mengalami hilang upaya kekal dan anda memerlukan seorang pekerja perubatan bertauliah untuk menjaga anda sepanjang masa, anda layak menerima elaun bulanan sebanyak RM500.

      5.       Pemulihan jasmani/vokasional:

      • Fisioterapi, terapi pekerjaan, pembedahan rekonstruktif, bekalan prostetik, ortotik dan peralatan lain, serta perkakas seperti kerusi roda, tongkat, bantuan pendengaran, cermin mata, kasut khas dan lain-lain.
      • Latihan dalam bidang elektrikal, jahitan, membaiki TV/radio, menaip dan lain-lain.

      6.       Faedah Orang Tanggungan

      • Kalau anda meninggal dunia disebabkan oleh bencana pekerjaan, tanggungan anda (suami/isteri dan anak, atau ibu-bapa dan adik-beradik anda jika anda tak berkahwin dan tak mempunyai anak, atau datuk/nenek anda jika ibu-bapa anda telah meninggal dunia) akan dibayar dalam jumlah antara RM30 dan RM118.50 sehari bergantung kepada gaji anda.

      7.       Faedah Pengurusan Jenazah:

      • Kalau anda meninggal dunia disebabkan oleh bencana pekerjaan atau semasa anda menerima faedah hilang upaya kekal, pihak yang menanggung kos pengurusan jenazah anda layak menerima wang sehingga RM2,000.

      8.       Faedah pendidikan:

      • Kalau anda meninggal dunia disebabkan oleh bencana pekerjaan atau semasa menerima faedah hilang upaya kekal, anak-anak anda boleh mendapat pinjaman pendidikan (Baca lebih lanjut di sini).

      Untuk maklumat lanjut tentang Skim Bencana Pekerjaan, klik di sini.

      1.       Pencen Ilat:

      • Kalau anda mengalami kesakitan atau hilang upaya yang teruk dan tidak dapat bekerja, anda belum mencapai umur 60 tahun dan telah mencarum dengan PERKESO untuk sekurang-kurangnya dua tahun, anda layak menerima pencen bulanan sekurang-kurangnya RM475, bergantung kepada jumlah gaji anda.

      2.       Bantuan Ilat:

      • Kalau anda mengalami kesakitan atau hilang upaya yang teruk dan tak dapat bekerja, tapi tak memenuhi syarat untuk mendapatkan pencen ilat, anda boleh terima jumlah bayaran yang sama dengan jumlah yang anda sepatutnya terima daripada pencen ilat. Perbezaannya ialah anda akan menerima bayaran penuh sekaligus, bukan pencen bulanan.

      3.       Elaun Layanan Sentiasa:

      • Kalau anda mengalami hilang upaya kekal dan anda memerlukan seorang pekerja perubatan bertauliah untuk menjaga anda sepanjang masa, anda layak menerima elaun bulanan sebanyak RM500.

      4.       Pencen Penakat:

      • Kalau anda meninggal dunia sebelum umur 60 tahun atau semasa anda menerima faedah pencen ilat, orang tanggungan anda layak menerima pencen bulanan berjumlah sekurang-kurangnya RM475.

      5.       Faedah Pengurusan Jenazah:

      • Kalau anda meninggal dunia disebabkan oleh bencana pekerjaan atau semasa anda menerima faedah kurang upaya kekal, pihak yang menanggung kos pengurusan jenazah anda layak menerima wang sehingga RM2,000.

      6.       Pemulihan jasmani/vokasional:

      • Fisioterapi, terapi pekerjaan, pembedahan rekonstruktif, bekalan prostetik, ortotik dan peralatan lain, serta perkakas seperti kerusi roda, tongkat, bantuan pendengaran, cermin mata, kasut khas dan lain-lain.
      • Latihan dalam bidang elektrikal, jahitan, membaiki TV/radio, menaip dan lain-lain.
      • Rawatan dialisis bagi kes kegagalan buah pinggang kronik.

      7.       Faedah pendidikan:

      • Kalau anda meninggal dunia semasa menerima pencen ilat, atau sebelum mencapai umur 60 tahun dan anda memenuhi syarat tertentu, anak-anak anda boleh mendapat pinjaman pendidikan (Baca lebih lanjut di sini).

      Untuk maklumat lanjut tentang Skim Keilatan, klik di sini.

      Bagaimana caruman SOCSO berfungsi?
      Sama seperti caruman KWSP, kedua-dua majikan dan pekerja mencarum bahagian tertentu kepada PERKESO setiap bulan. Kadar caruman PERKESO berdasarkan kategori berikut:

      • Kategori pertama: Caruman kepada Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan untuk para pekerja yang berumur kurang daripada 60 tahun. Caruman akan mengikut jadual yang ditetapkan oleh PERKESO. Jika anda belum mencapai umur 60 tahun, anda tergolong dalam kategori ini. Majikan anda perlu mencarum 1.75% daripada gaji bulanan anda dan anda pula perlu mencarum 0.5% daripada gaji bulanan anda berdasarkan jadual PERKESO. 
      • Kategori kedua: Pekerja yang sudah mencapai usia 60 tahun akan dilindungi di bawah Skim Bencana Pekerjaan sahaja. Jika anda berumur 55 tahun dan baru mula bekerja, anda tergolong dalam kategori ini, dan majikan anda harus menyumbang 1.25% daripada gaji bulanan anda berdasarkan jadual PERKESO.

      Walaupun PERKESO telah menetapkan peratusan caruman oleh anda dan majikan anda daripada gaji bulanan anda, jumlah caruman bulanan ini sebenarnya berdasarkan jadual gaji PERKESO. Dalam jadual ini, PERKESO telah membahagikan beberapa tahap gaji ke dalam julat tertentu. 

      Contohnya, jika anda tergolong dalam kategori pertama dan gaji anda antara RM1,001 dan RM1,100, PERKESO telah mengenal pasti bahawa majikan anda perlu mencarum sebanyak RM18.35 dan anda pula perlu mencarum sebanyak RM5.25. Jika gaji anda antara RM1,101 dan RM1,200, PERKESO telah menetapkan bahawa majikan anda perlu mencarum sebanyak RM20.15 dan anda perlu mencarum sebanyak RM5.75. 

      Anda boleh rujuk kepada jadual caruman PERKESO di sini.

      Anda juga patut tahu bahawa caruman PERKESO hanya dihitung sehingga gaji bulanan maksimum RM4,000. Kalau anda berpendapatan lebih daripada RM4,000, anda masih perlu mencarum dengan PERKESO dan masih akan dilindungi oleh PERKESO. Caruman anda hendaklah mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh PERKESO untuk kategori gaji melebihi RM4,000. 

      Jika anda mahu pelajari dengan lebih lanjut tentang caruman PERKESO, sila klik di sini.

      Bagaimana anda boleh buat tuntutan daripada PERKESO?
      Kalau anda perlu membuat tuntutan dengan PERKESO, anda boleh dapatkan borang yang anda perlukan di sini. PERKESO boleh dihubungi di 1300 22 800 atau [email protected] untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara membuat tuntutan.

      Sekarang anda dah tahu apa itu PERKESO, jadi lain kali bila anda tengok slip gaji anda, anda akan faham tujuan pemotongan gaji untuk caruman PERKESO. Oleh sebab perlindungan yang diberikan oleh PERKESO tak seluas polisi insurans biasa, bayaran bulanannya lebih murah berbanding insurans, tapi faedah yang boleh didapati daripadanya tentu amat berguna sekiranya anda memerlukan.

      Kongsikannya:


      Admin bar avatar
      Multiply
      The Multiply Admin

      Sebelumnya

      3 Tip Menabung untuk Membeli Komputer Permainan Canggih
      Oktober 14, 2020

      Seterusnya

      5 Tips Jaga Duit dalam ‘Lockdown’
      Oktober 21, 2020

      Anda Mungkin Berminat

      OPR_Blog
      Apa itu Kadar Dasar Semalaman (OPR)?
      20 Januari, 2021
      GDP-Msia-graph
      Mari Multiply Terangkan – Apakah KDNK?
      19 Ogos, 2020
      BNM-OPR-scaled
      Bank Negara Potong Kadar OPR – Apa Kesannya?
      14 Julai, 2020

      Cari

      Artikel Terkini

      How Do You Respond to Inflation? 3 - Multiply - Planning & Budgeting, Saving & Investing
      Bagaimana Anda Boleh Respon Kepada Inflasi?
      21Jul2022
      Should I Get A Motorcycle 5 - Multiply - Buying a Vehicle
      Patutkah Saya Beli Sebuah Motosikal
      02Jun2022
      5 Tips to Increase Your Salary 7 - Multiply - Planning & Budgeting
      5 Tip Untuk Dapatkan Kenaikan Gaji
      23Mei2022

      KATEGORI PANDUAN

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
        • ETF
        • Unit Amanah
        • Saham
        • Asas Pelaburan
        • Deposit Tetap
        • Simpanan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan
      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan

      Peringkat hidup

      • Pelajar
      • Keluarga
      • Pekerja Dewasa
      • Pesara

      Panduan terkini

      5 Perkara untuk Diselidik Sebelum Melabur dalam Saham sesebuah Syarikat

      5 Perkara untuk Diselidik Sebelum Melabur dalam Saham sesebuah Syarikat

      Free
      What you need to know about ‘Buy Now, Pay Later’ plans

      Apa yang anda perlu tahu tentang pelan 'Beli Sekarang, Bayar Kemudian'

      Free
      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang E-Wallet?

      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang E-Wallet?

      Free

      Jangan ketinggalan, sertai senarai mel kami!

      newsletter-subscribe-multiply

      logo-multiply-learn-investing-for-free

      [email protected]

      Maklumat

      • Laman Utama
      • Blog
      • Tentang Kami
      • Hubungi

      Kategori

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan

      Kategori

      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan
      • Semua Panduan

      Instagram Feed

      We are looking for people who are eager to make im We are looking for people who are eager to make impact in the nonprofit space. Join our team of dynamic individuals as we have new and exciting projects for Multiply.If you are passionate about uplifting and empowering communities, click the link on bio to find out more about the role.#hiring #multiply #creadorfoundation #malaysia #socialimpact
      We’re looking for people who are eager to create We’re looking for people who are eager to create movements in the social impact space. Join our team of dynamic individuals as we have new and exciting projects for Multiply and more.So if you are passionate about uplifting and empowering communities, click the link on the bio to find out more about the role.#hiring #multiply #creadorfoundation #malaysia #socialimpact
      Want to own a credit card? Here's what you should Want to own a credit card? Here's what you should consider before becoming a credit card user. To learn more check out the link in our bio.
      Faster, easier, cheaper. But you will have to fact Faster, easier, cheaper. But you will have to factor in key aspects of your situation before deciding on a motorcycle.Find out what they are in our latest infographic! Click the link in our bio to check it out.

      Multiply by Creador Foundation.

      • Privasi
      • Terma
      • Peta laman

      Facebook Google

      Log masuk dengan akaun laman anda

      five × five =

      Lupa kata laluan anda?

      Belum jadi ahli? Daftar sekarang

      Daftar akaun baru

      15 − eleven =

      Anda seorang ahli? Log masuk sekarang

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Apa gaya perbelanjaan anda?

      Menguruskan perbelanjaan boleh jadi sesuatu yang rumit. Cuba beritahu kami bagaimana anda membelanjakan wang dan kami boleh bantu anda mencari jalan bagaimana untuk berbelanja dengan lebih baik!

      1. Bagaimana anda memperoleh pendapatan?
      2. Bagaimana pengurusan kewangan anda sebelum COVID-19 melanda?
      3. Bagaimana COVID-19 telah memberi kesan kepada perbelanjaan anda secara keseluruhannya?
      4. Bagaimana perintah kawalan pergerakan (PKP/PKPB) telah memberi kesan kepada penggunaan kad kredit anda?
      5. Jika anda menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN), bagaimana anda menggunakannya?
      6. Jika anda mengambil wang daripada akaun KWSP anda dalam tempoh PKP/PKPB (di bawah i-Lestari), bagaimana anda menggunakannya?
      7. Moratorium pinjaman berguna untuk saya kerana:
      8. Musim percutian sudah dekat. Apa perancangan anda untuk aktiviti beli-belah hujung tahun?
      9. Anda sudah rancang belanjawan anda untuk tahun 2021?
      10. Bagaimana anda membuat persediaan kewangan untuk tahun 2021?
      11. Bagaimana anda rasa anda akan menguruskan wang anda pada tahun 2021?
      12. Apa yang anda perlukan untuk mempertingkatkan kewangan anda pada tahun 2021?
      13. Untuk tahun 2021, matlamat kewangan utama saya ialah untuk:
      14. Untuk tahun 2021, aspek kewangan yang paling membimbangkan saya ialah:
      15. Untuk tahun 2021, aspek kewangan peribadi yang mana yang anda ingin pelajari dengan lebih lanjut?
      clock.png

      Time is Up!

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Ambil kuiz kami!



      Apakah personaliti kewangan Anda?

      Terbaru


      Apa gaya perbelanjaan anda?

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Apakah personaliti Kewangan Anda?

      Cuba lihat sama ada anda seorang Boss Duit, Kadet Kewangan atau Budak Baru Belajar dengan mengambil kuiz ini!

      1. Dah nak dekat hujung bulan ni, dalam fikiran anda...
      2. Kalau anda saja-saja nak pergi membeli-belah, adakah anda….
      3. Kereta anda mengalami kemalangan dan anda perlu keluarkan wang sebanyak RM1,000 untuk membaikinya. Anda…
      4. Anda terima penyata kad kredit anda dan anda…
      5. Selepas berbulan-bulan menyimpan (memang betul, sikit -sikit, lama-lama jadi bukit), banyak juga wang yang terkumpul dalam akaun bank anda. Anda kemudiannya
      6. Anda membeli sebuah kereta baru (ya bayangkan saja - Toyota, Proton, atau BMW). Anda mengambil
      7. Anda seorang pelabur. Yang mana anda akan lakukan…
      clock.png

      Time is Up!