• Laman Utama
  • Tentang Kami
  • Panduan kami

    Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

    Merancang Belanjawan

    Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

    Simpanan & Pelaburan

    Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

    Menguruskan Hutang

    Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

    Membeli Kenderaan

    Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

    Membeli Rumah

    Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

    Insurans

    Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

    Persaraan

    All Guides Icon

    Semua Panduan

  • Panduan kami
    • Merancang Belanjawan
    • Simpanan & Pelaburan
    • Membeli Rumah
    • Membeli Kenderaan
    • Menguruskan Hutang
    • Insurans
    • Persaraan
  • Kalkulator
  • Blog
  • Ambil Kuiz
    • English
    • Bahasa Malaysia
    Ada pertanyaan?
    hello@multiply.org.my
    DaftarLog masuk
    MultiplyMultiply
    • Laman Utama
    • Tentang Kami
    • Panduan kami

      Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

      Merancang Belanjawan

      Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

      Simpanan & Pelaburan

      Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

      Menguruskan Hutang

      Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

      Membeli Kenderaan

      Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

      Membeli Rumah

      Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

      Insurans

      Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

      Persaraan

      All Guides Icon

      Semua Panduan

    • Panduan kami
      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Membeli Rumah
      • Membeli Kenderaan
      • Menguruskan Hutang
      • Insurans
      • Persaraan
    • Kalkulator
    • Blog
    • Ambil Kuiz

      Insurans

      Hilang Pekerjaan? Tuntut Insurans Pekerjaan!

      • Dihasil oleh Multiply
      • Kategori Insurans
      • Tarikh Jun 3, 2020
      Lost Your Job? Claim for Employment Insurance! 1 - Multiply - Insurance

      Kalau anda hilang pekerjaan akibat krisis Covid-19, anda boleh buat tuntutan di bawah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) untuk membantu anda bangkit semula – tapi pastikan anda buat permohonan dalam tempoh 60 hari selepas anda hilang pekerjaan. 

      Semua pekerja di sektor swasta yang mempunyai gaji sekurang-kurangnya RM30 sebulan telah didaftarkan secara automatik dan mencarum dengan SIPyang diuruskan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). 

      Manfaat utama SIP ialah elaun pencarian pekerjaan, iaitu elaun bulanan yang anda boleh terima untuk tempoh sehingga enam bulan (dengan andaian anda masih belum mendapat pekerjaan baru dalam tempoh enam bulan tersebut). Setiap bulan, elaun tersebut akan dibayar dalam jumlah peratusan tertentu daripada gaji anda yang terakhirJumlah elaun tersebut bermula daripada 80% gaji anda untuk bulan pertama, dan semakin berkurangan bagi bulan-bulan berikutnya. 

      Kalau gaji anda sebanyak RM2,500 sewaktu anda hilang pekerjaan, cuba lihat berapa jumlah elaun yang anda boleh dapat: 

      Bulan Paratusan gaji Elaun yang diterima
      Pertama 80% RM2,000
      Kedua 50% RM1,250
      Ketiga 40% RM1,000
      Keempat 40% RM1,000
      Kelima 30% RM750
      Keenam 30% RM750

      Menurut Perkeso, permohonan yang diterima akan diproses dalam tempoh tujuh hari dan pembayaran bagi permohonon yang diluluskan akan dibuat dalam tempoh tujuh hari lagi. 

      Harus diketahui bahawa gaji maksimum untuk penerimaan elaun ialah RM4,000, iaitu gaji maksimum untuk caruman SIP. Jika gaji anda dahulu lebih daripada RM4,000 sebulan, anda tetap telah mencarum dengan SIP dan masih layak mendapat manfaat SIP, tapi caruman dan manfaat yang diterima adalah berdasarkan had gaji RM4,000. 

      Anda boleh layari laman web Perkeso untuk melihat pengiraan jumlah manfaat dan caruman. 

      Siapa yang dilindungi di bawah SIP? Situasi apa yang dilindungi di bawah SIP? 
      1. Warganegara Malaysia atau pemastautin tetap
      2. Berumur 18-60 tahun (kecuali mereka yang berumur 57 tahun ke atas yang tak pernah mencarum dengan SIP sebelum mencapai umur tersebut – pekerja-pekerja ini tidak dilindungi di bawah SIP)
      3. Bekerja dalam sektor swasta (kecuali mereka yang bekerja dengan badan berkanun, pihak berkuasa tempatan, perkhidmatan awam dan negeri, sebagai pekerja domestik dan mereka yang bekerja sendiri)
      4. Bekerja di bawah Kontrak Perkhidmatan
      1. Hilang pekerjaan akibat pengurangan tenaga kerja (retrenchment)/kelebihpadaan kerja (redundancy) yang normal
      2. VSS/MSS (Skim Pemisahan Sukarela /Persetujuan Bersama)
      3. Penutupan syarikat, termasuk akibat muflis atau bencana semulajadi
      4. erletakan jawatan kerana syarikat telah melanggar kontrak perkhidmatan, mengalami gangguan atau ugutan seksual yang berlaku di tempat kerja atau diarah untuk melakukan kerja-kerja berbahaya yang tak termasuk dalam skop pekerjaan

      Sebab-sebab berikut tak termasuk dalam perlindungan SIP: 

      1. Pemberhentian kerja kerana salah laku pekerja
      2. Perletakan jawatan secara sukarela
      3. Persaraan
      4. Tamat tempoh kontrak berjangkamasa tetap (termasuk penamatan kontrak tanpa syarat yang dipersetujui oleh majikan dan pekerja, atau projek yang dinyatakan di dalam kontrak telah siap sepenuhnya)

       

      Apa lagi yang boleh didapati di bawah SIP?

      Selain daripada elaun pencarian pekerjaan, SIP juga boleh memberi anda:

      • Elaun pendapatan berkurangan: Jumlah bayaran sekali bayar ini dikira sebagai peratusan tertentu daripada gaji bulanan anda
      • Fi Latihan: Sehingga RM4,000 untuk latihan vokasional bagi tempoh sehingga 6 bulan
      • Elaun Latihan: Bayaran bulanan sehingga RM20 untuk setiap hari menjalani latihan bagi tempoh sehingga 6 bulan
      • Elaun Pengambilan Kerja Semula Awal: Satu bayaran sekali bayar untuk penerima elaun pencarian pekerjaan yang telah berjaya mendapatkan pekerjaan sewaktu masih menerima elaun mereka. Penerima masih boleh mendapat 25% daripada elaun pencarian pekerjaan yang sepatutnya mereka terima

      Di bawah SIP, Perkeso turut menyediakan: 

      • Program penempatan pengambilan kerja semula
      • Kaunseling kerjaya

      Macam mana nak buat tuntutan di bawah SIP?

      Anda boleh pergi ke mana-mana pejabat Perkeso atau log masuk ke dalam portal SIP. Anda perlu sediakan: 

      • Satu salinan kad pengenalan anda
      • Bukti Kehilangan Pekerjaan, contohnya surat pemberhentian kerja
      • Satu salinan maklumat akaun bank anda
      • Slip gaji untuk enam bulan yang terkini

      Anda juga perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

      • Membuat permohonan dalam tempoh 60 hari selepas anda hilang pekerjaan
      • Syarat caruman Perkeso – Ini berbeza-beza, jadi anda digalakkan membuat semakan dengan mereka 
      • Kehilangan pekerjaan terjadi atas sebab-sebab yang dilindungi di bawah SIP

      Manfaat tambahan

      Selain daripada SIP, Perkeso kini turut menyediakan manfaat lain dalam usaha menangani situasi akibat Covid-19. Manfaat ini termasuk Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) yang memberikan bantuan wang sejumlah RM600 kepada pihak majikan bagi setiap pekerja mereka yang terpaksa diberi cuti tanpa gaji. Manfaat ini boleh didapati setiap bulan untuk tempoh sehingga enam bulan. Wang manfaat ini akan dibayar kepada majikan yang kemudiannya perlu menyerahkannya kepada pekerja yang terjejas. Oleh itu, pihak majikan yang perlu memohon untuk program ini. Maklumat lanjut tentang ERP boleh didapati di sini.

      Perkeso turut menyediakan SIP Plus 600, iaitu pembayaran sementara sebanyak RM600 sebulan, untuk tempoh sehingga tiga bulan. Manfaat ini disediakan untuk pekerja yang telah hilang pekerjaan dan berdaftar dengan SIP tetapi tidak memenuhi syarat-syarat tertentu. Pekerja boleh membuat permohonan di sini.

      Kita memang sedang menempuh satu fasa yang mencabar, jadi kalau anda dah kehilangan pekerjaan dan belum menerima manfaat ini, anda patut semak bantuan apa yang boleh anda dapat daripada Perkeso. Anda boleh hantar e-mel kepada mereka di alamat perkeso@perkeso.gov.myMengambil kira perintah kawalan pergerakan, Perkeso turut menyediakan senarai nombor telefon wakil khidmat pelanggan mereka yang boleh anda hubungi.

       

      Tag:Insurans

      Kongsikannya:


      Admin bar avatar
      Multiply
      The Multiply Admin

      Sebelumnya

      5 Tip Penjimatan Wang Semasa COVID-19
      Jun 3, 2020

      Seterusnya

      Pajak Gadai: Apa Patut Anda Tahu?
      Jun 5, 2020

      Anda Mungkin Berminat

      car-g170fb26f6_1920 (1)
      Patut Ke Anda Ambil Insurans Banjir untuk Kereta Anda?
      13 Januari, 2022
      3-insurance-plans-you-need-to-get-now-to-protect-your-older-self
      3 Pelan Insurans Yang Anda Perlu Dapatkan Sekarang Untuk Lindungi Diri Anda Pada Hari Tua
      19 November, 2021
      Insurans Perubatan
      Inilah sebabnya anda perlukan insurans perubatan dan insurans Covid-19 anda sendiri
      8 September, 2021

      Cari

      Artikel Terkini

      Ready for Malaysia's Budget 2023? 3 - Multiply - Planning & Budgeting
      Anda dah sedia untuk Bajet 2023?
      22Feb2023
      Where can I get help if I'm struggling financially? 5 - Multiply - Blog, Planning & Budgeting, Saving & Investing
      Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan jika saya menghadapi cabaran kewangan?
      13Feb2023
      Want to grow your savings? 7 - Multiply - Planning & Budgeting
      Nak kembangkan simpanan anda?
      01Dis2022

      KATEGORI PANDUAN

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
        • ETF
        • Unit Amanah
        • Saham
        • Asas Pelaburan
        • Deposit Tetap
        • Simpanan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan
      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan

      Peringkat hidup

      • Pelajar
      • Keluarga
      • Pekerja Dewasa
      • Pesara

      Panduan terkini

      5 Perkara untuk Diselidik Sebelum Melabur dalam Saham sesebuah Syarikat

      5 Perkara untuk Diselidik Sebelum Melabur dalam Saham sesebuah Syarikat

      Free
      What you need to know about ‘Buy Now, Pay Later’ plans

      Apa yang anda perlu tahu tentang pelan 'Beli Sekarang, Bayar Kemudian'

      Free
      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang E-Wallet?

      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang E-Wallet?

      Free

      Jangan ketinggalan, sertai senarai mel kami!

      newsletter-subscribe-multiply

      logo-multiply-learn-investing-for-free

      hello@multiply.org.my

      Maklumat

      • Laman Utama
      • Blog
      • Tentang Kami
      • Hubungi

      Kategori

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan

      Kategori

      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan
      • Semua Panduan

      Instagram Feed

      Ready to simplify your finances and achieve financ Ready to simplify your finances and achieve financial independence? 🔥💰 Swipe to learn more about the FIRE concept as part of our Multiply Simplifies series. Discover how you can retire early and live the life you want by following these simple steps.#FIRE #retirement #multiplysimplifies #financialfreedom #financialindependence #financemadesimple #financialliteracy #financialeducation #multiplymalaysia #malaysia
      EPF savings will always be enough for my retiremen EPF savings will always be enough for my retirement - do you think this is a fact or a myth? 🤔Check out our reel to find out the answer, and the recommended retirement savings amount you should have! 🏦#mythbusters #mythbusting #mythbustingmonday #retirement #retirementplanning #retirementsavings #retire #epf #kwsp #personalfinance #malaysia #financialliteracy
      Money talk made simple! 🤑 Introducing Multiply Money talk made simple! 🤑 Introducing Multiply Simplifies - your one-stop destination for all things finance! 💰💸 From budgeting to savings, we've got you covered. Today its about EPF, also known as KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja).Follow us for weekly bite-sized explanations that make financial concepts & elements easy to understand. #multiplysimplifies #financemadesimple #moneytalk #financialliteracy #financialeducation #kewangan #financemalaysia #epf #kwsp #personalfinance #multiplymalaysia #malaysia
      Anda rasa simpanan persaraan penting atau tak untu Anda rasa simpanan persaraan penting atau tak untuk suri rumah? 🤔 Tonton reel ini, biar kami jelaskan, dan beritahu pendapat anda di ruangan komen di bawah!👇#mythbustingmonday #multiplymalaysia #celikkewangan #pendidikankewangan #surirumah #wanitaperlutahu #duit #kewangan #wanita #isayang #kwsp

      Multiply by Creador Foundation.

      • Privasi
      • Terma
      • Peta laman

      Facebook Google

      Log masuk dengan akaun laman anda

      5 − 1 =

      Lupa kata laluan anda?

      Belum jadi ahli? Daftar sekarang

      Daftar akaun baru

      5 × 3 =

      Anda seorang ahli? Log masuk sekarang

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Apa gaya perbelanjaan anda?

      Menguruskan perbelanjaan boleh jadi sesuatu yang rumit. Cuba beritahu kami bagaimana anda membelanjakan wang dan kami boleh bantu anda mencari jalan bagaimana untuk berbelanja dengan lebih baik!

      1. Bagaimana anda memperoleh pendapatan?
      2. Bagaimana pengurusan kewangan anda sebelum COVID-19 melanda?
      3. Bagaimana COVID-19 telah memberi kesan kepada perbelanjaan anda secara keseluruhannya?
      4. Bagaimana perintah kawalan pergerakan (PKP/PKPB) telah memberi kesan kepada penggunaan kad kredit anda?
      5. Jika anda menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN), bagaimana anda menggunakannya?
      6. Jika anda mengambil wang daripada akaun KWSP anda dalam tempoh PKP/PKPB (di bawah i-Lestari), bagaimana anda menggunakannya?
      7. Moratorium pinjaman berguna untuk saya kerana:
      8. Musim percutian sudah dekat. Apa perancangan anda untuk aktiviti beli-belah hujung tahun?
      9. Anda sudah rancang belanjawan anda untuk tahun 2021?
      10. Bagaimana anda membuat persediaan kewangan untuk tahun 2021?
      11. Bagaimana anda rasa anda akan menguruskan wang anda pada tahun 2021?
      12. Apa yang anda perlukan untuk mempertingkatkan kewangan anda pada tahun 2021?
      13. Untuk tahun 2021, matlamat kewangan utama saya ialah untuk:
      14. Untuk tahun 2021, aspek kewangan yang paling membimbangkan saya ialah:
      15. Untuk tahun 2021, aspek kewangan peribadi yang mana yang anda ingin pelajari dengan lebih lanjut?
      clock.png

      Time is Up!

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Ambil kuiz kami!



      Apakah personaliti kewangan Anda?

      Terbaru


      Apa gaya perbelanjaan anda?

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Apakah personaliti Kewangan Anda?

      Cuba lihat sama ada anda seorang Boss Duit, Kadet Kewangan atau Budak Baru Belajar dengan mengambil kuiz ini!

      1. Dah nak dekat hujung bulan ni, dalam fikiran anda...
      2. Kalau anda saja-saja nak pergi membeli-belah, adakah anda….
      3. Kereta anda mengalami kemalangan dan anda perlu keluarkan wang sebanyak RM1,000 untuk membaikinya. Anda…
      4. Anda terima penyata kad kredit anda dan anda…
      5. Selepas berbulan-bulan menyimpan (memang betul, sikit -sikit, lama-lama jadi bukit), banyak juga wang yang terkumpul dalam akaun bank anda. Anda kemudiannya
      6. Anda membeli sebuah kereta baru (ya bayangkan saja - Toyota, Proton, atau BMW). Anda mengambil
      7. Anda seorang pelabur. Yang mana anda akan lakukan…
      clock.png

      Time is Up!