• Laman Utama
  • Tentang Kami
  • Panduan kami

    Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

    Merancang Belanjawan

    Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

    Simpanan & Pelaburan

    Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

    Menguruskan Hutang

    Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

    Membeli Kenderaan

    Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

    Membeli Rumah

    Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

    Insurans

    Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

    Persaraan

    All Guides Icon

    Semua Panduan

  • Panduan kami
    • Merancang Belanjawan
    • Simpanan & Pelaburan
    • Membeli Rumah
    • Membeli Kenderaan
    • Menguruskan Hutang
    • Insurans
    • Persaraan
  • Kalkulator
  • Blog
  • Ambil Kuiz
    • English
    • Bahasa Malaysia
    Ada pertanyaan?
    hello@multiply.org.my
    DaftarLog masuk
    MultiplyMultiply
    • Laman Utama
    • Tentang Kami
    • Panduan kami

      Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

      Merancang Belanjawan

      Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

      Simpanan & Pelaburan

      Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

      Menguruskan Hutang

      Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

      Membeli Kenderaan

      Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

      Membeli Rumah

      Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

      Insurans

      Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

      Persaraan

      All Guides Icon

      Semua Panduan

    • Panduan kami
      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Membeli Rumah
      • Membeli Kenderaan
      • Menguruskan Hutang
      • Insurans
      • Persaraan
    • Kalkulator
    • Blog
    • Ambil Kuiz

      Persaraan

      1 Bulan Sahaja untuk Membuat Pengeluaran daripada KWSP, Patutkah Saya Bertindak?

      • Dihasil oleh Multiply
      • Kategori Persaraan
      • Tarikh April 5, 2022
      I have one month to Withdraw from EPF, Should I? 1 - Multiply - Retirement

      KWSP baru mengumumkan bahawa ahli akan dibenarkan memohon untuk pengeluaran khas RM10,000 pada bulan April 2022 dengan tujuan untuk membantu masyarakat menghadapi cabaran akibat pandemik yang melanda. Dalam tempoh dua tahun yang lalu, pencarum juga telah diberi kebenaran untuk membuat pengeluaran melalui skim i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra. Situasi ini telah menyebabkan kebimbangan yang semakin ketara tentang kemungkinan bahawa ramai rakyat Malaysia tidak akan mempunyai wang simpanan yang mencukupi untuk persaraan mereka kelak.

      Tahukah Anda?1

      I have one month to Withdraw from EPF, Should I? 3 - Multiply - Retirement

      KWSP mengisytiharkan pulangan dividen 2021 pada kadar 6.10% untuk simpanan konvensional dan 5.65% untuk simpanan shariah – nampaknya sekarang ialah masa yang baik untuk menyimpan wang dalam KWSP. Namun, memandangkan permohonan pengeluaran terbaru ini hanya untuk sebulan, anda mungkin berasa tertekan untuk membuat pengeluaran.

      Memang benar kita mempunyai wang simpanan KWSP sebagai sumber kewangan apabila menghadapi kecemasan, tetapi anda mesti berfikir dengan teliti sebelum bertindak. Jika anda kurang pasti, berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk membantu anda membuat keputusan:

      Faktor-faktor yang Perlu Dipertimbangkan Apabila Membuat Pengeluaran

      1. Adakah anda membuat pengeluaran atas dasar “mahu” atau “perlu”?
      • Anda mesti ada sebab yang jelas untuk membuat pengeluaran. Jika anda membuat keputusan yang anda memang perlu melakukannya, tetapkan had pengeluaran anda.
      • Membuat pengeluaran dengan kerap dan menyimpang daripada tujuan penubuhan dana persaraan akan menyebabkan anda mengalami kerugian dari segi kesan pengkompaunan faedah yang dapat dijana.
      • Gunakan wang KWSP untuk keperluan penting sahaja, seperti membaiki rumah serta membeli bekalan makanan dan ubatan. Perkara seperti membeli sebuah kereta baru bukanlah perkara yang penting.

       

      1. Apakah rancangan anda untuk menggantikan jumlah wang yang telah dikeluarkan?

      KWSP telah menyatakan bahawa ahli-ahli perlu menggantikan semula semua amaun yang dikeluarkan di bawah Pengeluaran Khas, dengan tambahan 20%.Ini mungkin mandat yang sukar, jadi anda perlu:

      • Cuba teliti sama ada anda boleh membuat belanjawan yang dapat mengisi semula akaun KWSP anda secara ansuran, selepas pengeluaran
      • Fikirkan cara untuk menjimatkan wang tunai untuk jangka pendek, seperti memasak sendiri di rumah dan mengurangkan aktiviti membeli-belah dalam talian
      • Tambah pendapatan anda dengan membuat kerja-kerja sampingan atau tingkatkan kemahiran anda supaya anda boleh menaikkan potensi untuk menjana pendapatan. Anda juga boleh mempertimbangkan untuk meminta kenaikan gaji pada masa yang sesuai.

       

      1. Sudahkah anda meneroka alternatif lain?
      • Untuk perbelanjaan jangka pendek yang jumlahnya lebih kecil, cuba pertimbangkan kemudahan pinjaman kredit sebagai alternatif, jika anda mampu menguruskan pembayaran balik.
      • Ambil masa yang anda perlukan untuk membaca dan memahami sepenuhnya terma dan syarat pinjaman jangka pendek ini. Elakkan kadar faedah yang tinggi atau berurusan dengan lintah darat.
      • Jika anda menghadapi masalah pembayaran balik pinjaman, anda boleh bercakap dengan bank anda tentang perundingan bantuan pembayaran balik jangka pendek.
      • Untuk membantu anda menguruskan kewangan/hutang anda, anda sentiasa boleh menghubungi Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) untuk mendapatkan nasihat percuma.

       

      Mengapakah sikap berdisiplin itu penting dalam mengendalikan simpanan KWSP kita?

      Tahukah Anda?2

      I have one month to Withdraw from EPF, Should I? 5 - Multiply - Retirement

      Berapa banyak wang yang saya perlukan untuk persaraan? Bagaimanakah saya boleh mencapai jumlah simpanan itu?

      Kalkulator Persaraan

      Sikap berdisiplin dengan simpanan KWSP akan membantu melindungi masa hadapan anda. Kita perlu ingat bahawa simpanan jangka panjang memerlukan komitmen jangka panjang, jadi penting untuk kita kekalkan simpanan KWSP kita kerana:

       

      1. Ia merupakan pelaburan yang selamat dan terjamin

      Dengan KWSP, simpanan anda dapat dikembangkan dengan jaminan pulangan sekurang-kurangnya 2.5%. Ini menjadikan dana KWSP satu instrumen pelaburan yang ideal, terutamanya memandangkan anda perlu lebih berhati-hati dengan pengambilan risiko apabila anda semakin berusia. Tetapi kadar 2.5% itu bukanlah had pulangan yang diterima, malah KWSP telah memberi pulangan pada kadar antara 5-7% dalam tempoh 10 tahun yang lepas3.

       

      1. KWSP membantu anda menyimpan awal, dalam jumlah yang lebih kecil

      Jika anda menyimpan untuk persaraan sejak dari awal, jumlah simpanan yang kecil masih boleh mengumpul wang dan mengembang dalam jangka panjang, kerana kesan pengkompaunan faedah. Simpanan bulanan anda tidak perlu begitu agresif pada kemudian hari apabila usia sudah semakin lanjut.

      Ini juga bermaksud yang anda masih ada aliran tunai untuk perbelanjaan lain dalam jangka pendek-sederhana, seperti membeli rumah atau membina keluarga.

       

      1. Ia menyediakan anda untuk persaraan pada tahap yang lebih baik

      Statistik menunjukkan bahawa separuh daripada ahli KWSP berumur 50 hingga 54 tahun mempunyai maksimum RM39,585 dalam simpanan KWSP4. Jumlah ini merupakan RM200,000 kurang daripada simpanan asas yang disyorkan oleh KWSP, iaitu RM240,000 (menjelang umur 55 tahun). Apabila mengambil kira kos sara hidup yang semakin meningkat, jangka hayat rakyat Malaysia yang semakin panjang dan juga kadar inflasi, situasi ini cukup membimbangkan. Pengeluaran wang daripada simpanan KWSP anda akan melebarkan lagi jurang tersebut, kesannya anda akan perlu bekerja lebih keras pada umur yang lebih tua.

       

      Kesimpulan

      Memang betul, wang simpanan yang ada dalam akaun KWSP anda mungkin nampak macam satu sumber yang boleh diharapkan ketika anda sedang bergelut dengan masalah kewangan, tetapi anda sebenarnya akan mengorbankan manfaat yang boleh dinikmati dari segi keperluan kewangan jangka panjang. Pengambilan wang daripada akaun simpanan KWSP sepatutnya menjadi ikhtiar anda yang terakhir:

      • Tanya diri sendiri sama ada anda benar-benar mempunyai keperluan yang mendesak.
      • Pertimbangkan pilihan alternatif untuk menyelesaikan masalah kewangan anda
      • Jika anda sudah pun membuat pengeluaran wang KWSP, cuba fikirkan cara untuk menggantikan semula wang tersebut

      Amalkan tabiat yang dapat melindungi kesihatan kewangan anda supaya anda akan dapat merasai kebebasan kewangan ketika meniti usia emas kelak, seperti yang anda berhak nikmati.

      Ingat, apabila kita bercakap tentang KWSP, simpan sebanyak wang yang mungkin selama mana yang anda boleh!


      1 https://www.kwsp.gov.my/en/web/guest/w/epf-committed-to-help-members-rebuild-savings-and-secure-retirement-future

      2 https://www.kwsp.gov.my/en/web/guest/w/epf-sets-new-target-of-rm240-000-for-basic-savings

      3 https://www.kwsp.gov.my/dividend

      4 https://www.theedgemarkets.com/article/state-nation-putting-oldage-security-within-reach-malaysians-without-public-pension-rm1-mil

       

      Kongsikannya:


      Admin bar avatar
      Multiply
      The Multiply Admin

      Sebelumnya

      EPF 6.1% Returns - What Does it Mean
      April 5, 2022

      Seterusnya

      4 Cara Elakkan Berbelanja Berlebihan Semasa Ramadan dan Hari Raya Ini
      April 15, 2022

      Anda Mungkin Berminat

      2 Initiatives Every Housewife and Married Woman Shouldn’t Ignore
      31 Mac, 2023

      Did you know? The government has introduced two key initiatives aimed specifically at supporting women. This is in addition to the RM64 billion in cash subsidies, aid and incentives under the recently revised Budget 2023 to ease the cost of …

      Featured Image
      Persiapan untuk Persaraan - 4 perkara yang perlu anda elakkan kalau nak bersara dengan selesa
      24 Mac, 2023
      Retirement Savings Blog Header (1)
      Mampukah Anda Untuk Bersara?
      18 Oktober, 2022

      Cari

      Artikel Terkini

      2 Initiatives Every Housewife and Married Woman Shouldn’t Ignore
      31Mac2023
      Preparing for Retirement: Do's and Don'ts 27 - Multiply - Retirement
      Persiapan untuk Persaraan - 4 perkara yang perlu anda elakkan kalau nak bersara dengan selesa
      24Mac2023
      Ready for Malaysia's Budget 2023? 29 - Multiply - Planning & Budgeting
      Anda dah sedia untuk Bajet 2023?
      22Feb2023

      KATEGORI PANDUAN

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
        • ETF
        • Unit Amanah
        • Saham
        • Asas Pelaburan
        • Deposit Tetap
        • Simpanan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan
      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan

      Peringkat hidup

      • Pelajar
      • Keluarga
      • Pekerja Dewasa
      • Pesara

      Panduan terkini

      5 Perkara untuk Diselidik Sebelum Melabur dalam Saham sesebuah Syarikat

      5 Perkara untuk Diselidik Sebelum Melabur dalam Saham sesebuah Syarikat

      Free
      What you need to know about ‘Buy Now, Pay Later’ plans

      Apa yang anda perlu tahu tentang pelan 'Beli Sekarang, Bayar Kemudian'

      Free
      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang E-Wallet?

      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang E-Wallet?

      Free

      Jangan ketinggalan, sertai senarai mel kami!

      newsletter-subscribe-multiply

      logo-multiply-learn-investing-for-free

      hello@multiply.org.my

      Maklumat

      • Laman Utama
      • Blog
      • Tentang Kami
      • Hubungi

      Kategori

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan

      Kategori

      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan
      • Semua Panduan

      Instagram Feed

      It's income tax filing season! So, in this week's It's income tax filing season! So, in this week's series of Multiply Simplifies, let's talk about income tax. 😊#incometax #taxseason #taxfiling #malaysiataxfiling #lhdn #tax101 #financialliteracy #financialeducation #personalfinance #multiplymalaysia #malaysia
      Long-term financial security is important to help Long-term financial security is important to help you feel in control of your future. Here are two initiatives every housewife and woman shouldn’t ignore! To learn more about SKSSR & i-Sayang, click on the link in our bio. #socialprotection #retirement #retirementplanning #financialsecurity #women #womenfinance #multiplymalaysia #malaysia #financialliteracy #financialeducation
      Looking for an alternative saving option for your Looking for an alternative saving option for your retirement plan? Private Retirement Schemes (PRS) might just be the answer you're looking for! Learn more about PRS through this week's episode of Multiply Simplifies! 😊 #retirement #retirementsavings #retirementgoals #retire #savings #financialplanning #financialliteracy #financialeducation #personalfinance #multiplymalaysia #malaysia
      Adakah anda percaya bahawa bila anda bersara nanti Adakah anda percaya bahawa bila anda bersara nanti, anda akan bebas daripada tekanan dan kerisauan? Fakta sebenar adalah sebaliknya! Jangan biarkan mitos mengganggu persediaan anda untuk masa depan yang selesa. 👴👵🏝️Layarilah laman web kami untuk ketahui lebih lanjut dan kira jumlah simpanan yang perlu anda mulakan sekarang! #simpananpersaraan #simpanan #persaraan #bersara #perancangankewangan #matlamatpersaraan #pendidikankewangan #kewanganperibadi #multiplymalaysia

      Multiply by Creador Foundation.

      • Privasi
      • Terma
      • Peta laman

      Facebook Google

      Log masuk dengan akaun laman anda

      20 − 4 =

      Lupa kata laluan anda?

      Belum jadi ahli? Daftar sekarang

      Daftar akaun baru

      3 + 12 =

      Anda seorang ahli? Log masuk sekarang

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Apa gaya perbelanjaan anda?

      Menguruskan perbelanjaan boleh jadi sesuatu yang rumit. Cuba beritahu kami bagaimana anda membelanjakan wang dan kami boleh bantu anda mencari jalan bagaimana untuk berbelanja dengan lebih baik!

      1. Bagaimana anda memperoleh pendapatan?
      2. Bagaimana pengurusan kewangan anda sebelum COVID-19 melanda?
      3. Bagaimana COVID-19 telah memberi kesan kepada perbelanjaan anda secara keseluruhannya?
      4. Bagaimana perintah kawalan pergerakan (PKP/PKPB) telah memberi kesan kepada penggunaan kad kredit anda?
      5. Jika anda menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN), bagaimana anda menggunakannya?
      6. Jika anda mengambil wang daripada akaun KWSP anda dalam tempoh PKP/PKPB (di bawah i-Lestari), bagaimana anda menggunakannya?
      7. Moratorium pinjaman berguna untuk saya kerana:
      8. Musim percutian sudah dekat. Apa perancangan anda untuk aktiviti beli-belah hujung tahun?
      9. Anda sudah rancang belanjawan anda untuk tahun 2021?
      10. Bagaimana anda membuat persediaan kewangan untuk tahun 2021?
      11. Bagaimana anda rasa anda akan menguruskan wang anda pada tahun 2021?
      12. Apa yang anda perlukan untuk mempertingkatkan kewangan anda pada tahun 2021?
      13. Untuk tahun 2021, matlamat kewangan utama saya ialah untuk:
      14. Untuk tahun 2021, aspek kewangan yang paling membimbangkan saya ialah:
      15. Untuk tahun 2021, aspek kewangan peribadi yang mana yang anda ingin pelajari dengan lebih lanjut?
      clock.png

      Time is Up!

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Ambil kuiz kami!



      Apakah personaliti kewangan Anda?

      Terbaru


      Apa gaya perbelanjaan anda?

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Apakah personaliti Kewangan Anda?

      Cuba lihat sama ada anda seorang Boss Duit, Kadet Kewangan atau Budak Baru Belajar dengan mengambil kuiz ini!

      1. Dah nak dekat hujung bulan ni, dalam fikiran anda...
      2. Kalau anda saja-saja nak pergi membeli-belah, adakah anda….
      3. Kereta anda mengalami kemalangan dan anda perlu keluarkan wang sebanyak RM1,000 untuk membaikinya. Anda…
      4. Anda terima penyata kad kredit anda dan anda…
      5. Selepas berbulan-bulan menyimpan (memang betul, sikit -sikit, lama-lama jadi bukit), banyak juga wang yang terkumpul dalam akaun bank anda. Anda kemudiannya
      6. Anda membeli sebuah kereta baru (ya bayangkan saja - Toyota, Proton, atau BMW). Anda mengambil
      7. Anda seorang pelabur. Yang mana anda akan lakukan…
      clock.png

      Time is Up!