• Laman Utama
  • Tentang Kami
  • Panduan kami

    Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

    Merancang Belanjawan

    Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

    Simpanan & Pelaburan

    Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

    Menguruskan Hutang

    Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

    Membeli Kenderaan

    Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

    Membeli Rumah

    Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

    Insurans

    Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

    Persaraan

    All Guides Icon

    Semua Panduan

  • Panduan kami
    • Merancang Belanjawan
    • Simpanan & Pelaburan
    • Membeli Rumah
    • Membeli Kenderaan
    • Menguruskan Hutang
    • Insurans
    • Persaraan
  • Kalkulator
  • Blog
  • Ambil Kuiz
    • English
    • Bahasa Malaysia
    Ada pertanyaan?
    hello@multiply.org.my
    DaftarLog masuk
    MultiplyMultiply
    • Laman Utama
    • Tentang Kami
    • Panduan kami

      Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

      Merancang Belanjawan

      Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

      Simpanan & Pelaburan

      Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

      Menguruskan Hutang

      Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

      Membeli Kenderaan

      Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

      Membeli Rumah

      Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

      Insurans

      Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

      Persaraan

      All Guides Icon

      Semua Panduan

    • Panduan kami
      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Membeli Rumah
      • Membeli Kenderaan
      • Menguruskan Hutang
      • Insurans
      • Persaraan
    • Kalkulator
    • Blog
    • Ambil Kuiz

      Persaraan

      Berapa Banyak Wang Yang Anda Perlukan Untuk Persaraan – Dan Bagaimana Cara Untuk Mencapai Jumlah Simpanan Itu?

      • Dihasil oleh Multiply
      • Kategori Persaraan
      • Tarikh Julai 30, 2021
      How Much Do I Need for Retirement - And How Do I Save Up For It? 1 - Multiply - Retirement

      Kita semua mengimpikan kehidupan yang selesa selepas kita bersara. Tetapi langkah awal perlu diambil untuk merancang persaraan supaya anda akan mempunyai cukup wang untuk menyara kehidupan anda setelah anda tidak lagi bekerja. 

      Jika anda bekerja untuk majikan, sebahagian daripada gaji anda akan dipotong untuk tujuan simpanan persaraan dengan KWSP di bawah skim simpanan persaraan mandatori. Jika anda bekerja sendiri, anda masih boleh mencarum secara sukarela dengan KWSP. 

      Untuk membantu anda merancang persaraan, kami telah mengumpul maklumat tentang jumlah wang yang akan anda perlukan untuk tujuan persaraan, dan langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk mencapai sasaran simpanan persaraan itu! 

      Berapa banyak wang yang akan diperlukan selepas bersara?

      Menurut KWSP, anda perlu ada simpanan sekurang-kurangnya RM240,000 apabila mencecah usia 55 tahun untuk menampung keperluan asas anda, seperti makanan dan perbelanjaan harian. Dengan jumlah wang sebanyak RM240,000, anda akan ada wang sebanyak RM1,000 sebulan untuk digunakan setelah anda bersara.

      Jumlah simpanan yang disarankan ini berdasarkan jumlah pencen minimum RM1,000 untuk pekerja sektor awam, dengan andaian bahawa anda akan bersara pada usia 55 tahun dan akan hidup sehingga umur 75 tahun, iaitu jangka hayat purata bagi rakyat Malaysia. 

      Tetapi memandangkan jumlah simpanan yang disarankan itu adalah untuk perbelanjaan keperluan asas, RM1,000 mungkin tidak cukup untuk anda hidup dengan selesa selepas bersara.

      Untuk menikmati kehidupan yang selesa selepas bersara, sejumlah wang juga perlu dibelanjakan untuk tujuan perubatan, perbelanjaan keluarga dan hiburan. 

      Oleh itu, Bank Negara Malaysia menyarankan bahawa anda memerlukan jumlah wang seperti berikut setiap bulan, bergantung kepada situasi anda: 

      • RM2,700 untuk dewasa bujang
      • RM4,500 untuk pasangan tanpa anak
      • RM6,500 untuk pasangan dengan dua anak

      Berdasarkan saranan Bank Negara, kami telah membuat anggaran bahawa anda memerlukan wang simpanan sekurang-kurangnya RM578,000 (dengan andaian bahawa anda seorang pesara bujang) apabila usia anda mencapai 55 tahun untuk menampung perbelanjaan bulanan sebanyak RM2,700. (Dengan andaian pulangan sebanyak 5% setahun daripada KWSP dan kadar inflasi sebanyak 2%). 

      Tapi ingat, jumlah wang yang anda perlukan untuk persaraan anda sebenarnya bergantung kepada gaya hidup dan keperluan anda sendiri. 

      Untuk mengetahui jumlah sebenar yang akan anda perlukan, anda boleh buat senarai perbelanjaan bulanan yang perlu ditampung apabila anda bersara nanti dan campurkan semuanya. Senarai itu boleh merangkumi perbelanjaan isi rumah, penjagaan kesihatan, hutang sedia ada dan perbelanjaan untuk tanggungan anda seperti pasangan atau anak anda. 

      Untuk melihat bagaimana prestasi simpanan persaraan anda, jadual di bawah menunjukkan jumlah simpanan minimum yang anda patut ada pada usia anda sekarang. 

      Usia Simpanan Asas (BM)
      30 53,000
      31 62,000
      32 71,000
      33 82,000
      34 93,000
      35 105,000
      36 118,000
      37 132,000
      38 146,000
      39 162,000
      40 179,000
      41 196,000
      42 215,000
      43 235,000
      44 256,000
      45 278,000
      46 301,000
      47 325,000
      48 351,000
      49 378,000
      50 406,000
      51 436,000
      52 466,000
      53 499,000
      54 533,000
      55 578,000

      Anda juga boleh guna kalkulator simpanan persaraan untuk membantu anda mengira berapa banyak wang yang anda patut simpan untuk persaraan anda. 

      Apa yang boleh anda lakukan untuk menyimpan wang yang cukup untuk persaraan? 

      Setelah anda mempunyai idea tentang berapa banyak wang yang diperlukan untuk persaraan, anda boleh ikuti 4 langkah di bawah untuk membantu anda mencapai sasaran simpanan persaraan anda! 

      • Lihat bagaimana prestasi anda setakat ini dalam mencapai sasaran simpanan persaraan

      Walaupun ramai daripada kita yang membuat simpanan persaraan melalui KWSP, jumlah simpanan dalam akaun KWSP kita mungkin masih tidak mencukupi disebabkan oleh pengeluaran awal sebahagian daripada wang tersebut, serta paras pendapatan dan caruman yang tidak tetap (untuk pekerja yang bekerja sendiri). 

      Jadi, bandingkan antara jumlah simpanan persaraan yang anda ada sekarang dengan jumlah yang anda perlukan apabila anda berusia 55 tahun, dan lihat sama ada paras simpanan anda berada di tahap yang sepatutnya atau anda perlu menyimpan lebih banyak wang.

      Anda boleh gunakan jadual simpanan minimum mengikut usia anda ini. Anda juga boleh guna kalkulator simpanan persaraan untuk membantu anda mengira berapa banyak wang yang anda patut simpan untuk persaraan anda. 

      • Rancang belanjawan anda

      Jika anda tidak menyimpan wang sebanyak yang sepatutnya, mungkin anda perlu rancang belanjawan anda untuk melihat sama ada terdapat cara untuk anda meningkatkan jumlah simpanan anda.

      Cuba teliti perbelanjaan anda. Pecahkan wang anda ke dalam dua kategori, perbelanjaan untuk perkara yang anda perlukan dan perbelanjaan untuk perkara yang anda mahu. Anda patut dahulukan apa yang anda perlu dan potong perbelanjaan untuk apa yang tidak perlu.

      Anda boleh guna kalkulator belanjawan bulanan untuk membantu anda merancang belanjawan anda.

      • Pertimbangkan untuk melabur wang simpanan persaraan anda 

      Jika anda ada lebihan wang simpanan, dan anda sudah pun ada tabung simpanan untuk tujuan kecemasan, anda boleh pertimbangkan untuk meningkatkan jumlah wang simpanan anda melalui pelaburan.

      Dengan peredaran masa, simpanan anda akan hilang nilainya disebabkan oleh inflasi. Jadi, pelaburan boleh membantu anda mempercepatkan pertumbuhan simpanan anda. 

      Kaedah untuk anda melaburkan wang persaraan anda bergantung kepada usia anda.

      Jika anda sudah hampir mencapai usia persaraan, anda patut laburkan wang anda dalam pelaburan yang kurang berisiko untuk meminimumkan kemungkinan anda hilang wang simpanan persaraan anda. Anda boleh membuat lebih banyak pelaburan dalam KWSP, atau unit amanah. 

      Jika anda masih ada banyak masa sebelum mencapai usia persaraan, dan jika anda tiada hutang besar, anda mungkin boleh membuat pelaburan yang lebih berisiko, seperti pelaburan saham. Oleh sebab anda masih muda, anda mempunyai lebih masa untuk menebus kerugian yang mungkin dialami. 

      Tapi pastikan anda membuat kajian dulu sebelum anda membuat keputusan tentang jenis pelaburan yang ingin dibuat dan pastikan anda masukkan wang anda ke dalam instrumen pelaburan yang berbeza-beza untuk mengurangkan risiko kerugian.

      • JANGAN sentuh simpanan persaraan anda!

      KWSP membenarkan anda mengeluarkan sebahagian daripada wang simpanan anda dalam Akaun 2 untuk membeli rumah, membayar perbelanjaan perubatan atau membiayai pendidikan anak-anak anda.

      Tapi ingat, melainkan jika betul-betul perlu, jangan keluarkan wang persaraan anda itu. Ini bukan sahaja akan mengurangkan wang yang terkumpul untuk persaraan, tetapi anda juga akan kehilangan pendapatan dividen yang boleh diperolehi daripada KWSP! 

      Anda mungkin ada mendengar tentang skim pengeluaran wang KWSP yang telah diperkenalkan oleh kerajaan baru-baru ini. Tujuan kerajaan membenarkan pengeluaran ini dibuat ialah untuk membantu anda sekiranya pendapatan anda terjejas akibat pandemik yang berterusan. 

      Tapi anda perlu ingat satu perkara, tujuan simpanan KWSP anda ialah untuk kegunaan anda selepas anda bersara. Jika anda mengeluarkan wang simpanan anda sekarang, ini bermaksud wang dalam tabung persaraan anda sudah berkurang dan anda juga akan kehilangan peluang menikmati faedah pengkompaunan yang boleh dikumpul untuk tahun-tahun akan datang. 

       Jadi, jika anda betul-betul tidak mampu menyara kehidupan seharian dan anda tidak ada sumber kewangan lain yang boleh digunakan, anda mungkin perlu mengeluarkan simpanan KWSP anda. Tetapi jika tidak, JANGAN keluarkan wang simpanan KWSP anda.

      Anda boleh baca tentang skim pengeluaran wang KWSP yang terkini di sini. 

      Sekarang anda sudah tahu berapa banyak wang yang diperlukan untuk persaraan anda dan langkah yang patut diambil untuk mengumpul wang simpanan sebanyak itu, adakah anda sudah bersedia untuk mengembangkan simpanan persaraan anda?

      Anda boleh mulakan langkah dengan membaca panduan perancangan persaraan dan kalkulator simpanan persaraan kami.

      Pautan berkaitan:

      Jika anda berminat untuk tahu lebih lanjut tentang cara merancang persaraan anda, bacalah panduan perancangan persaraan dan kalkulator persaraan kami.

      Jika anda perlu bantuan untuk merangka belanjawan dan menyimpan wang, bacalah panduan perancangan belanjawan kami dan gunakan kalkulator belanjawan kami untuk membantu anda.

      Kongsikannya:


      Admin bar avatar
      Multiply
      The Multiply Admin

      Sebelumnya

      Bila anda patut beli rumah?
      Julai 30, 2021

      Seterusnya

      4 Perkara yang Anda Perlu Tahu Sebelum Melabur dalam Emas
      Ogos 4, 2021

      Anda Mungkin Berminat

      Retirement Savings Blog Header (1)
      Mampukah Anda Untuk Bersara?
      18 Oktober, 2022
      atm-g6591ce1c4_1920
      1 Bulan Sahaja untuk Membuat Pengeluaran daripada KWSP, Patutkah Saya Bertindak?
      5 April, 2022
      pexels-towfiqu-barbhuiya-9755376 (1)
      KWSP Pulangan 6.1% - Apa kesannya?
      11 Mac, 2022

      Cari

      Artikel Terkini

      Ready for Malaysia's Budget 2023? 3 - Multiply - Planning & Budgeting
      Anda dah sedia untuk Bajet 2023?
      22Feb2023
      Where can I get help if I'm struggling financially? 5 - Multiply - Blog, Planning & Budgeting, Saving & Investing
      Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan jika saya menghadapi cabaran kewangan?
      13Feb2023
      Want to grow your savings? 7 - Multiply - Planning & Budgeting
      Nak kembangkan simpanan anda?
      01Dis2022

      KATEGORI PANDUAN

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
        • ETF
        • Unit Amanah
        • Saham
        • Asas Pelaburan
        • Deposit Tetap
        • Simpanan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan
      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan

      Peringkat hidup

      • Pelajar
      • Keluarga
      • Pekerja Dewasa
      • Pesara

      Panduan terkini

      5 Perkara untuk Diselidik Sebelum Melabur dalam Saham sesebuah Syarikat

      5 Perkara untuk Diselidik Sebelum Melabur dalam Saham sesebuah Syarikat

      Free
      What you need to know about ‘Buy Now, Pay Later’ plans

      Apa yang anda perlu tahu tentang pelan 'Beli Sekarang, Bayar Kemudian'

      Free
      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang E-Wallet?

      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang E-Wallet?

      Free

      Jangan ketinggalan, sertai senarai mel kami!

      newsletter-subscribe-multiply

      logo-multiply-learn-investing-for-free

      hello@multiply.org.my

      Maklumat

      • Laman Utama
      • Blog
      • Tentang Kami
      • Hubungi

      Kategori

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan

      Kategori

      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan
      • Semua Panduan

      Instagram Feed

      Ready to simplify your finances and achieve financ Ready to simplify your finances and achieve financial independence? 🔥💰 Swipe to learn more about the FIRE concept as part of our Multiply Simplifies series. Discover how you can retire early and live the life you want by following these simple steps.#FIRE #retirement #multiplysimplifies #financialfreedom #financialindependence #financemadesimple #financialliteracy #financialeducation #multiplymalaysia #malaysia
      EPF savings will always be enough for my retiremen EPF savings will always be enough for my retirement - do you think this is a fact or a myth? 🤔Check out our reel to find out the answer, and the recommended retirement savings amount you should have! 🏦#mythbusters #mythbusting #mythbustingmonday #retirement #retirementplanning #retirementsavings #retire #epf #kwsp #personalfinance #malaysia #financialliteracy
      Money talk made simple! 🤑 Introducing Multiply Money talk made simple! 🤑 Introducing Multiply Simplifies - your one-stop destination for all things finance! 💰💸 From budgeting to savings, we've got you covered. Today its about EPF, also known as KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja).Follow us for weekly bite-sized explanations that make financial concepts & elements easy to understand. #multiplysimplifies #financemadesimple #moneytalk #financialliteracy #financialeducation #kewangan #financemalaysia #epf #kwsp #personalfinance #multiplymalaysia #malaysia
      Anda rasa simpanan persaraan penting atau tak untu Anda rasa simpanan persaraan penting atau tak untuk suri rumah? 🤔 Tonton reel ini, biar kami jelaskan, dan beritahu pendapat anda di ruangan komen di bawah!👇#mythbustingmonday #multiplymalaysia #celikkewangan #pendidikankewangan #surirumah #wanitaperlutahu #duit #kewangan #wanita #isayang #kwsp

      Multiply by Creador Foundation.

      • Privasi
      • Terma
      • Peta laman

      Facebook Google

      Log masuk dengan akaun laman anda

      one + 6 =

      Lupa kata laluan anda?

      Belum jadi ahli? Daftar sekarang

      Daftar akaun baru

      one + 3 =

      Anda seorang ahli? Log masuk sekarang

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Apa gaya perbelanjaan anda?

      Menguruskan perbelanjaan boleh jadi sesuatu yang rumit. Cuba beritahu kami bagaimana anda membelanjakan wang dan kami boleh bantu anda mencari jalan bagaimana untuk berbelanja dengan lebih baik!

      1. Bagaimana anda memperoleh pendapatan?
      2. Bagaimana pengurusan kewangan anda sebelum COVID-19 melanda?
      3. Bagaimana COVID-19 telah memberi kesan kepada perbelanjaan anda secara keseluruhannya?
      4. Bagaimana perintah kawalan pergerakan (PKP/PKPB) telah memberi kesan kepada penggunaan kad kredit anda?
      5. Jika anda menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN), bagaimana anda menggunakannya?
      6. Jika anda mengambil wang daripada akaun KWSP anda dalam tempoh PKP/PKPB (di bawah i-Lestari), bagaimana anda menggunakannya?
      7. Moratorium pinjaman berguna untuk saya kerana:
      8. Musim percutian sudah dekat. Apa perancangan anda untuk aktiviti beli-belah hujung tahun?
      9. Anda sudah rancang belanjawan anda untuk tahun 2021?
      10. Bagaimana anda membuat persediaan kewangan untuk tahun 2021?
      11. Bagaimana anda rasa anda akan menguruskan wang anda pada tahun 2021?
      12. Apa yang anda perlukan untuk mempertingkatkan kewangan anda pada tahun 2021?
      13. Untuk tahun 2021, matlamat kewangan utama saya ialah untuk:
      14. Untuk tahun 2021, aspek kewangan yang paling membimbangkan saya ialah:
      15. Untuk tahun 2021, aspek kewangan peribadi yang mana yang anda ingin pelajari dengan lebih lanjut?
      clock.png

      Time is Up!

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Ambil kuiz kami!



      Apakah personaliti kewangan Anda?

      Terbaru


      Apa gaya perbelanjaan anda?

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Apakah personaliti Kewangan Anda?

      Cuba lihat sama ada anda seorang Boss Duit, Kadet Kewangan atau Budak Baru Belajar dengan mengambil kuiz ini!

      1. Dah nak dekat hujung bulan ni, dalam fikiran anda...
      2. Kalau anda saja-saja nak pergi membeli-belah, adakah anda….
      3. Kereta anda mengalami kemalangan dan anda perlu keluarkan wang sebanyak RM1,000 untuk membaikinya. Anda…
      4. Anda terima penyata kad kredit anda dan anda…
      5. Selepas berbulan-bulan menyimpan (memang betul, sikit -sikit, lama-lama jadi bukit), banyak juga wang yang terkumpul dalam akaun bank anda. Anda kemudiannya
      6. Anda membeli sebuah kereta baru (ya bayangkan saja - Toyota, Proton, atau BMW). Anda mengambil
      7. Anda seorang pelabur. Yang mana anda akan lakukan…
      clock.png

      Time is Up!