• Laman Utama
  • Tentang Kami
  • Panduan kami

    Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

    Merancang Belanjawan

    Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

    Simpanan & Pelaburan

    Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

    Menguruskan Hutang

    Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

    Membeli Kenderaan

    Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

    Membeli Rumah

    Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

    Insurans

    Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

    Persaraan

    All Guides Icon

    Semua Panduan

  • Panduan kami
    • Merancang Belanjawan
    • Simpanan & Pelaburan
    • Membeli Rumah
    • Membeli Kenderaan
    • Menguruskan Hutang
    • Insurans
    • Persaraan
  • Kalkulator
  • Blog
  • Ambil Kuiz
    • English
    • Bahasa Malaysia
    Ada pertanyaan?
    hello@multiply.org.my
    DaftarLog masuk
    MultiplyMultiply
    • Laman Utama
    • Tentang Kami
    • Panduan kami

      Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

      Merancang Belanjawan

      Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

      Simpanan & Pelaburan

      Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

      Menguruskan Hutang

      Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

      Membeli Kenderaan

      Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

      Membeli Rumah

      Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

      Insurans

      Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

      Persaraan

      All Guides Icon

      Semua Panduan

    • Panduan kami
      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Membeli Rumah
      • Membeli Kenderaan
      • Menguruskan Hutang
      • Insurans
      • Persaraan
    • Kalkulator
    • Blog
    • Ambil Kuiz

      Menguruskan Hutang

      Bagaimana Saya Menyelamatkan Diri Daripada Menjadi Muflis - Bahagian 3

      • Dihasil oleh Multiply
      • Kategori Menguruskan Hutang, Blog
      • Tarikh Jun 8, 2021
      How I Avoided Bankruptcy - Part 3 1 - Multiply - Tackling Debt, Blog

      Satu kisah benar tentang bagaimana seorang lelaki muda yang berasal dari Sarawak telah berhijrah ke Kuala Lumpur untuk membina kehidupan yang lebih baik, tetapi telah terjerumus dalam kancah hutang dan sedang mencari jalan keluar. Bahagian terakhir daripada siri 3 bahagian. 

      Dalam bahagian pertama dan kedua siri ini, kita telah dapat mengenali Aliff, seorang pemuda yang telah meninggalkan Miri untuk berkhidmat sebagai seorang Polis Bantuan di KL. Aliff telah mengambil terlalu banyak pinjaman dan terpaksa mengambil beberapa langkah yang rumit untuk membina kembali kehidupannya.

      Jika kisah Aliff ada persamaan dengan apa yang anda sedang lalui, atau jika anda ingin mengelak daripada terjerumus dalam situasi yang sama, bacalah Bahagian 1 untuk mengetahui bagaimana Aliff telah menghadapi cabaran menguruskan hutangnya atau klik di sini untuk membaca Bahagian 2 tentang perjalanannya melangsaikan hutangnya. 

      Dalam bahagian terakhir siri ini, kita akan mengenal pasti 3 langkah yang boleh diambil jika anda menghadapi kesukaran menguruskan hutang anda. 

      Langkah 1 – Fahami situasi anda

      Mengapa ia penting:Untuk menangani hutang anda, mula-mula anda perlu tahu berapa jumlah hutang anda. 

      Bagaimana untuk mulakan: Anda boleh dapatkan maklumat tentang jumlah hutang anda dan siapa pemiutang anda dengan melihat laporan kredit anda. Laporan kredit boleh dianggap seperti kad laporan tentang sejauh mana anda dapat menguruskan kewangan anda dengan baik.

      You can get a free basic credit report from any Bank Negara Malaysia (BNM) branch, online ((CCRIS)atau daripada agensi penarafan kredit seperti CTOS. 

      Laporan kredit asas akan mengandungi maklumat peribadi anda dan menyatakan jumlah hutang anda dengan pemiutang. Ia juga akan menunjukkan butiran tentang apa-apa kes mahkamah yang sedang berlangsung serta status kebankrapan anda.  

      Jika anda mahukan laporan kredit yang terperinci, anda boleh membelinya daripada CTOS. detailed credit report will tell you how much you owe your lenders, legal cases, bankruptcy proceedings, your banking payment history sourced from CCRIS Bank Negara Malaysia and your credit score. So a detailed report will give you a clear picture of your situation which would make it easier to decide where to start to tackle your debt. 

      Anda patut semak laporan kredit anda secara berkala untuk memastikan keadaan kewangan anda adalah baik. Anda boleh juga membuat langganan secara bulanan atau tahunan dengan syarikat seperti CTOS untuk menerima notifikasi jika ada bayaran balik yang tertunggak setiap bulan, dan juga untuk mendapatkan laporan kredit yang terperinci setiap 3 bulan. Secara umum, anda dinasihatkan untuk menyemak laporan kredit anda sekurang-kurangnya sekali setiap 6 bulan.

      Langkah 2 – Dapatkan bantuan untuk melangsaikan hutang anda 

      Mengapa ia penting:Menguruskan hutang boleh menjadi satu proses yang mengelirukan, dan anda mungkin tak pasti tentang apa yang perlu dilakukan. Berbincang dengan pihak berkuasa yang berkaitan dapat membantu anda membuat keputusan yang betul dalam menangani masalah hutang anda. 

      Kita mungkin sering cuba mengelak daripada pemiutang kerana bimbang akan tindakan yang boleh diambil ke atas kita. Tetapi sebenarnya para pemiutang akan bekerjasama dengan kita untuk merundingkan pembayaran balik kerana sudah tentu mereka mahu hutang mereka dibayar balik. 

      Bagaimana untuk mulakan: Setelah anda mengetahui jumlah yang anda berhutang kepada para pemiutang, langkah seterusnya ialah mengadakan perbincangan dengan mereka. 

      Bagi pinjaman bank

      Anda boleh berhubung terus dengan pihak bank atau dengan AKPK untuk berbincang tentang pelan pembayaran balik mengikut kemampuan anda. AKPK ialah agensi kerajaan yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia untuk membantu rakyat Malaysia menyelesaikan masalah kewangan yang berkaitan dengan hutang. 

      i) Jika anda mempunyai satu pinjaman bank

      Sebagai langkah pertama, selalunya AKPK akan memberi bimbingan tentang bagaimana anda boleh berurusan dengan pihak bank untuk merundingkan satu pelan pembayaran balik. Jika persetujuan tidak dapat dicapai antara anda dan bank anda, AKPK akan turut serta dalam rundingan untuk membantu anda. 

      ii) Jika anda mempunyai lebih daripada satu pinjaman bank 

      Anda boleh sertai Program Pengurusan Hutang AKPK. Di bawah program ini, AKPK akan membantu merundingkan pembayaran balik kesemua hutang-hutang anda menjadi satu jumlah yang anda mampu bayar setiap bulan.

      Disebabkan oleh kemelut ekonomi yang melanda akibat wabak Covid-19, kini pihak bank menawarkan lebih banyak pilihan kepada para penghutang untuk melakukan pembayaran balik hutang mereka. Klik di sini untuk mengetahui jenis-jenis bantuan pembayaran balik pinjaman yang boleh anda dapatkan. 

      Untuk pinjaman yang diambil daripada peminjam wang 

      Berbincanglah dengan peminjam wang anda secara terus untuk merundingkan pembayaran balik pinjaman anda. AKPK tidak dapat membantu dalam rundingan pinjaman yang diambil daripada peminjam wang kerana mereka tidak diberi kuasa untuk berbuat demikian.

      Seperti yang dapat dilihat dalam kes Aliff, peminjam wang juga selalunya bersikap terbuka untuk merundingkan pelan pembayaran balik kerana mereka lebih rela mendapat kembali sebahagian daripada wang yang telah dipinjamkan kepada anda daripada langsung tidak mendapat apa-apa bayaran balik. 

      Jangan lupa, peminjam wang hanya boleh mengenakan kadar faedah maksimum sebanyak 18% setahun. Jadi, jika peminjam wang anda telah mengenakan kadar faedah yang lebih tinggi atau anda percaya anda tidak dilayan dengan adil,anda boleh failkan aduan kepada Bahagian Kawalan Kredit Komuniti di bawah KPKT dengan menghantar e-mel kepada bkkk@kpkt.gov.my atau dengan menghubungi talian 03-8000 8000. KPKT ialah kementerian yang mengawal selia peminjam wang dan pemajak gadai. 

      Jika anda telah mengambil pinjaman daripada peminjam wang haram, anda perlu dapatkan bantuan polis kerana peminjam wang haram tidak dikawal selia oleh mana-mana agensi kerajaan. 

      Langkah 3 – Patuhilah pelan pembayaran balik anda

      Mengapa ia penting: Membayar balik hutang anda merupakan langkah pertama ke arah kehidupan bebas hutang. Apabila anda tahu yang anda telah mengambil langkah-langkah untuk melangsaikan hutang-hutang anda, tekanan dan kerisauan berkenaan dengan situasi kewangan anda juga akan berkurangan. Jadi, amat penting untuk anda mematuhi pelan pembayaran balik anda untuk memastikan bahawa hutang-hutang anda akan dapat dilangsaikan. Selepas itu, bolehlah anda mengalihkan tumpuan ke arah matlamat kewangan anda yang lain!

      Bagaimana untuk mulakan: Satu cara yang bagus ialah dengan merangka satu belanjawan bulananApabila jumlah pembayaran balik anda sudah dipersetujui, rancang perbelanjaan anda agar anda tidak culas membayar balik hutang-hutang tersebut sebelum berbelanja untuk perkara-perkara lain. Anda mungkin perlu mengorbankan beberapa kehendak sehinggalah segala hutang pinjaman anda telah dilangsaikan. Jika anda perlukan bantuan untuk merangka belanjawan, bacalah panduan kami dan gunalah kalkulator belanjawan bulanan kami.

      Kisah Aliff mengingatkan kita tentang betapa mudahnya untuk hutang-piutang menjadi rumit untuk diuruskan dan kesan buruk akibat tidak mengendahkan hutang-hutang tersebut. Daripada maklumat yang dia perolehi daripada Multiply, Aliff sedar bahawa dia perlukan bantuan untuk menguruskan hutangnya dan sudah tahu bagaimana untuk mendapatkannya. Sekarang Aliff tahu apa yang boleh dia lakukan untuk memperbaiki situasi kewangannya. Harapnya dia akan membuat keputusan kewangan yang lebih bijak pada masa hadapan. Jika anda pernah melalui perjalanan yang sama atau mempunyai kisah anda sendiri untuk dikongsikan, hubungi kami di hello@multiply.org.my.

      Kongsikannya:


      Admin bar avatar
      Multiply
      The Multiply Admin

      Sebelumnya

      Apa Bantuan Yang Anda Boleh Dapat daripada Program Pemerkasa Plus yang diberikan oleh Kerajaan?
      Jun 8, 2021

      Seterusnya

      Bilakah Masa Yang Sesuai untuk Menggunakan Kad Debit atau Kad Kredit Supaya Wang Anda Dimanfaatkan Sepenuhnya?
      Jun 16, 2021

      Anda Mungkin Berminat

      where-can-i-get-help-if-i-am-struggling-financially
      Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan jika saya menghadapi cabaran kewangan?
      13 Februari, 2023
      Recover-after-pandemicENG
      4 Cara Untuk Memulihkan Kedudukan Kewangan Anda Selepas Pandemik
      8 Februari, 2022
      Flood Relief_Image 1
      Terkesan akibat banjir baru-baru ini? Ini panduan lengkap tentang bantuan dan pelepasan yang bermanfaat untuk anda
      21 Januari, 2022

      Cari

      Artikel Terkini

      Ready for Malaysia's Budget 2023? 3 - Multiply - Planning & Budgeting
      Anda dah sedia untuk Bajet 2023?
      22Feb2023
      Where can I get help if I'm struggling financially? 5 - Multiply - Blog, Planning & Budgeting, Saving & Investing
      Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan jika saya menghadapi cabaran kewangan?
      13Feb2023
      Want to grow your savings? 7 - Multiply - Planning & Budgeting
      Nak kembangkan simpanan anda?
      01Dis2022

      KATEGORI PANDUAN

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
        • ETF
        • Unit Amanah
        • Saham
        • Asas Pelaburan
        • Deposit Tetap
        • Simpanan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan
      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan

      Peringkat hidup

      • Pelajar
      • Keluarga
      • Pekerja Dewasa
      • Pesara

      Panduan terkini

      5 Perkara untuk Diselidik Sebelum Melabur dalam Saham sesebuah Syarikat

      5 Perkara untuk Diselidik Sebelum Melabur dalam Saham sesebuah Syarikat

      Free
      What you need to know about ‘Buy Now, Pay Later’ plans

      Apa yang anda perlu tahu tentang pelan 'Beli Sekarang, Bayar Kemudian'

      Free
      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang E-Wallet?

      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang E-Wallet?

      Free

      Jangan ketinggalan, sertai senarai mel kami!

      newsletter-subscribe-multiply

      logo-multiply-learn-investing-for-free

      hello@multiply.org.my

      Maklumat

      • Laman Utama
      • Blog
      • Tentang Kami
      • Hubungi

      Kategori

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan

      Kategori

      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan
      • Semua Panduan

      Instagram Feed

      Ready to simplify your finances and achieve financ Ready to simplify your finances and achieve financial independence? 🔥💰 Swipe to learn more about the FIRE concept as part of our Multiply Simplifies series. Discover how you can retire early and live the life you want by following these simple steps.#FIRE #retirement #multiplysimplifies #financialfreedom #financialindependence #financemadesimple #financialliteracy #financialeducation #multiplymalaysia #malaysia
      EPF savings will always be enough for my retiremen EPF savings will always be enough for my retirement - do you think this is a fact or a myth? 🤔Check out our reel to find out the answer, and the recommended retirement savings amount you should have! 🏦#mythbusters #mythbusting #mythbustingmonday #retirement #retirementplanning #retirementsavings #retire #epf #kwsp #personalfinance #malaysia #financialliteracy
      Money talk made simple! 🤑 Introducing Multiply Money talk made simple! 🤑 Introducing Multiply Simplifies - your one-stop destination for all things finance! 💰💸 From budgeting to savings, we've got you covered. Today its about EPF, also known as KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja).Follow us for weekly bite-sized explanations that make financial concepts & elements easy to understand. #multiplysimplifies #financemadesimple #moneytalk #financialliteracy #financialeducation #kewangan #financemalaysia #epf #kwsp #personalfinance #multiplymalaysia #malaysia
      Anda rasa simpanan persaraan penting atau tak untu Anda rasa simpanan persaraan penting atau tak untuk suri rumah? 🤔 Tonton reel ini, biar kami jelaskan, dan beritahu pendapat anda di ruangan komen di bawah!👇#mythbustingmonday #multiplymalaysia #celikkewangan #pendidikankewangan #surirumah #wanitaperlutahu #duit #kewangan #wanita #isayang #kwsp

      Multiply by Creador Foundation.

      • Privasi
      • Terma
      • Peta laman

      Facebook Google

      Log masuk dengan akaun laman anda

      5 × 4 =

      Lupa kata laluan anda?

      Belum jadi ahli? Daftar sekarang

      Daftar akaun baru

      18 + 15 =

      Anda seorang ahli? Log masuk sekarang

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Apa gaya perbelanjaan anda?

      Menguruskan perbelanjaan boleh jadi sesuatu yang rumit. Cuba beritahu kami bagaimana anda membelanjakan wang dan kami boleh bantu anda mencari jalan bagaimana untuk berbelanja dengan lebih baik!

      1. Bagaimana anda memperoleh pendapatan?
      2. Bagaimana pengurusan kewangan anda sebelum COVID-19 melanda?
      3. Bagaimana COVID-19 telah memberi kesan kepada perbelanjaan anda secara keseluruhannya?
      4. Bagaimana perintah kawalan pergerakan (PKP/PKPB) telah memberi kesan kepada penggunaan kad kredit anda?
      5. Jika anda menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN), bagaimana anda menggunakannya?
      6. Jika anda mengambil wang daripada akaun KWSP anda dalam tempoh PKP/PKPB (di bawah i-Lestari), bagaimana anda menggunakannya?
      7. Moratorium pinjaman berguna untuk saya kerana:
      8. Musim percutian sudah dekat. Apa perancangan anda untuk aktiviti beli-belah hujung tahun?
      9. Anda sudah rancang belanjawan anda untuk tahun 2021?
      10. Bagaimana anda membuat persediaan kewangan untuk tahun 2021?
      11. Bagaimana anda rasa anda akan menguruskan wang anda pada tahun 2021?
      12. Apa yang anda perlukan untuk mempertingkatkan kewangan anda pada tahun 2021?
      13. Untuk tahun 2021, matlamat kewangan utama saya ialah untuk:
      14. Untuk tahun 2021, aspek kewangan yang paling membimbangkan saya ialah:
      15. Untuk tahun 2021, aspek kewangan peribadi yang mana yang anda ingin pelajari dengan lebih lanjut?
      clock.png

      Time is Up!

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Ambil kuiz kami!



      Apakah personaliti kewangan Anda?

      Terbaru


      Apa gaya perbelanjaan anda?

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Apakah personaliti Kewangan Anda?

      Cuba lihat sama ada anda seorang Boss Duit, Kadet Kewangan atau Budak Baru Belajar dengan mengambil kuiz ini!

      1. Dah nak dekat hujung bulan ni, dalam fikiran anda...
      2. Kalau anda saja-saja nak pergi membeli-belah, adakah anda….
      3. Kereta anda mengalami kemalangan dan anda perlu keluarkan wang sebanyak RM1,000 untuk membaikinya. Anda…
      4. Anda terima penyata kad kredit anda dan anda…
      5. Selepas berbulan-bulan menyimpan (memang betul, sikit -sikit, lama-lama jadi bukit), banyak juga wang yang terkumpul dalam akaun bank anda. Anda kemudiannya
      6. Anda membeli sebuah kereta baru (ya bayangkan saja - Toyota, Proton, atau BMW). Anda mengambil
      7. Anda seorang pelabur. Yang mana anda akan lakukan…
      clock.png

      Time is Up!