• Laman Utama
  • Tentang Kami
  • Panduan kami

    Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

    Merancang Belanjawan

    Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

    Simpanan & Pelaburan

    Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

    Menguruskan Hutang

    Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

    Membeli Kenderaan

    Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

    Membeli Rumah

    Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

    Insurans

    Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

    Persaraan

    All Guides Icon

    Semua Panduan

  • Panduan kami
    • Merancang Belanjawan
    • Simpanan & Pelaburan
    • Membeli Rumah
    • Membeli Kenderaan
    • Menguruskan Hutang
    • Insurans
    • Persaraan
  • Kalkulator
  • Blog
  • Ambil Kuiz
    • English
    • Bahasa Malaysia
    Ada pertanyaan?
    hello@multiply.org.my
    DaftarLog masuk
    MultiplyMultiply
    • Laman Utama
    • Tentang Kami
    • Panduan kami

      Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

      Merancang Belanjawan

      Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

      Simpanan & Pelaburan

      Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

      Menguruskan Hutang

      Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

      Membeli Kenderaan

      Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

      Membeli Rumah

      Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

      Insurans

      Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

      Persaraan

      All Guides Icon

      Semua Panduan

    • Panduan kami
      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Membeli Rumah
      • Membeli Kenderaan
      • Menguruskan Hutang
      • Insurans
      • Persaraan
    • Kalkulator
    • Blog
    • Ambil Kuiz

      Blog

      Bagaimana Saya Menyelamatkan Diri Daripada Menjadi Muflis - Bahagian 2

      • Dihasil oleh Multiply
      • Kategori Blog, Menguruskan Hutang
      • Tarikh Mei 31, 2021
      How I Avoided Bankruptcy - Part 2 1 - Multiply - Blog, Tackling Debt

      Satu kisah benar tentang bagaimana seorang lelaki muda yang berasal dari Sarawak telah berhijrah ke Kuala Lumpur untuk membina kehidupan yang lebih baik, tetapi telah terjerumus dalam kancah hutang dan sedang mencari jalan keluar. Bahagian 2 daripada siri 3 bahagian. 

      Dalam Bahagian 1 siri ini, Aliff(bukan nama sebenar) menceritakan kisahnya yang berhijrah dari Bintulu ke Kuala Lumpur untuk bekerja sebagai Polis Bantuan. Dia menghadapi masalah menguruskan kewangannya dan telah mengambil jumlah pinjaman yang melebihi kemampuannya. Oleh sebab dia bekerja dengan kerajaan, dia sering ditawarkan pinjaman, bukan sahaja pinjaman koperasi yang kecil tetapi juga pinjaman bank yang besar jumlahnya. Semua permohonan pinjaman Aliff telah diluluskan tanpa banyak masalah. Namun selepas bekerja di Kuala Lumpur untuk beberapa tahun, Aliff terpaksa pulang ke Bintulu untuk menjaga ibunya yang sakit. Akhirnya dia terpaksa berhenti kerja, tetapi dengan hutang bank sebanyak RM134,000, dia tersepit dalam situasi kewangan yang buruk. Dia juga sentiasa hidup dalam ketakutan dan menghadapi tekanan gara-gara banyak hutang yang tidak terbayar.  

      Jika kisah Aliff ada persamaan dengan apa yang anda sedang lalui, atau jika anda ingin mengelak daripada terjerumus dalam situasi yang sama, teruskan membaca untuk melihat bagaimana Aliff melangsaikan hutangnya, atau anda boleh baca Bahagian 1 sepenuhnya di sini. 

      Bahagian 2 – Cuba bertahan tanpa pekerjaan 

      Selepas meletakkan jawatan untuk pulang ke Bintulu dan menjaga ibu saya, saya cuma ada beberapa ribu ringgit yang berbaki daripada pinjaman sebanyak RM134,000 yang saya ambil. Itu sahaja wang yang saya ada untuk menyara kehidupan. Kebanyakan daripada wang pinjaman itu telah saya gunakan untuk membayar bil perubatan ibu saya dan melangsaikan beberapa hutang saya yang lain. 

      Dalam masa beberapa bulan, wang yang tinggal itu sudah habis digunakan. Oleh sebab saya menjaga ibu sepanjang hari, saya cuma dapat mengambil upah membuat kerja-kerja rencam di kawasan perumahan saya untuk menjana sedikit pendapatan. 

      Yang paling merisaukan, saya tidak dapat membayar balik pinjaman saya sejak saya berhenti kerja. Jadi saya bukan sahaja mengganggur dan kini berpendapatan kecil, saya juga ada banyak hutang yang saya tidak mampu bayar. 

      Akhirnya ibu saya meninggal dunia 3 tahun selepas saya pulang ke Bintulu. Saya mengambil keputusan untuk berhijrah semula ke Kuala Lumpur dan cuba membina kembali hidup saya. Ketika itu saya mendapat tahu yang keadaan kewangan saya sudah betul-betul parah. 

      Adakah saya diisytiharkan muflis? 

      Setelah kembali semula ke Kuala Lumpur, saya rasa cuak yang mungkin saya sudah disenaraihitamkan setelah berhenti membayar balik pinjaman. Saya dapati akaun bank saya sudah dibekukan. Ada kawan yang telah meminjamkan wang kepada saya dengan mendepositkan wang tersebut ke dalam akaun bank saya. Tetapi bila saya cuba nak keluarkan wang tersebut, saya tidak dapat berbuat begitu. 

      Ketika itu barulah saya sedar bahawa masalah saya sudah menjadi lebih berat daripada yang disangka. Saya tertanya-tanya mungkin saya telah pun diisytiharkan muflis. Tetapi saya terlalu takut untuk menyemak dengan bank. 

      Walaupun saya ada terfikir untuk mendapatkan semula pekerjaan saya sebagai Polis Bantuan, saya tidak jadi berbuat begitu gara-gara situasi kewangan saya. Saya takut kalau-kalau pihak berkuasa akan dapat mengesan saya dan saya tidak tahu apa yang akan mereka lakukan pada saya. 

      Akhirnya saya mendapat tawaran kerja dengan sebuah syarikat keselamatan. Saya meminta mereka membayar gaji saya dengan wang tunai supaya saya tidak perlu berurusan dengan bank. Walaupun begitu, gaji saya cuma RM1,900 sebulan, cukup-cukup saja untuk menampung keperluan keluarga saya, jadi saya terus mengelak daripada melangsaikan hutang saya.

      Mendapat tahu tentang jumlah hutang

      Saya meneruskan pekerjaan sebagai pengawal keselamatan selama lebih daripada 10 tahun. Pada suatu hari, bos saya telah meminta maklumat bank akaun saya. Syarikat majikan ingin memasukkan sedikit wang saguhati ke dalam akaun bank semua pekerja. Saya memaklumkan yang saya tidak ada akaun bank disebabkan oleh masalah hutang saya. 

      Bos saya ada beritahu, memandangkan sudah bertahun-tahun masa berlalu, hutang saya tentu sudah bertambah berkali-kali ganda akibat faedah dan caj bayaran lewat yang dikenakan. Saya betul-betul panik. Saya ingatkan saya mungkin akan menjadi muflis, tapi saya tak sedar yang jumlah hutang saya akan terus bertambah dan bertambah! 

      Mendapatkan bantuan tentang masalah hutang

      Bos saya menasihatkan saya untuk mendapatkan laporan kredit saya secara dalam talian dengan mendaftar dengan CTOS, iaitu agensi pelaporan kredit, untuk mengetahui berapa sebenarnya jumlah hutang saya dan mencari jalan untuk melangsaikannya. 

      Menerusi CTOS, saya terperanjat apabila mendapat tahu bahawa saya ada 5 pinjaman atas nama saya dan jumlah hutang saya sudah mencecah RM271,000. Dalam tempoh 13 tahun sejak saya membuat pinjaman, hutang saya sudah bertambah lebih daripada 140 kali ganda gaji bulanan saya! Walaupun saya belum lagi diisytiharkan muflis, salah sebuah bank yang telah meminjamkan wang kepada saya sudah pun memulakan proses kebankrapan terhadap saya. 

      Atas nasihat CTOS, langkah terbaik ialah untuk berbincang dengan setiap bank dan mencari jalan penyelesaian tentang hutang saya. Menurut CTOS, mungkin ada program pembayaran balik yang akan membuka jalan untuk saya menyelesaikan hutang dan menghentikan proses kebankrapan itu.

      Sekarang, bank yang telah meminjamkan saya RM134,000 sebelum ini telah menjual pinjaman itu kepada agensi pengutipan hutang. Selalunya apabila sesebuah bank tidak menerima bayaran balik untuk tempoh masa yang panjang, mereka akan menjual pinjaman tertentu kepada agensi pengutipan wang. Dengan cara ini, bank mendapat balik sebahagian daripada wang yang telah dipinjamkan, dan pengutip hutang pula akan mendapat wang apabila peminjam akhirnya cuba menyelesaikan hutang itu. Jadi, memandangkan pinjaman saya telah dijual, saya tidak boleh berurusan dengan pihak bank lagi dan terpaksa berbincang secara terus dengan pengutip hutang. 

      Pada masa ia dijual, nilai pinjaman saya sudah meningkat kepada RM221,000 berbanding nilai asal RM134,000. Dalam perjumpaan saya yang pertama dengan pengutip hutang, mereka menawarkan diskaun atas jumlah hutang saya, jadi hutang saya menyusut menjadi RM78,000. Tetapi memandangkan saya masih tidak dapat bayar balik wang sebanyak itu, saya terus cuba berunding dengan mereka. 

      Akhirnya, kami bersetuju untuk menyelesaikan hutang itu pada nilai RM37,000. Sebelum ini, pengutip hutang itu telah menawarkan pelan bayaran bulanan sebanyak RM250 untuk jumlah pinjaman sebanyak RM50,000. Tapi, mujurlah saya mencapai persetujuan untuk membayar hutang tersebut secara sekali bayar (one-off) dan sebab itulah pengutip hutang bersetuju untuk menerima jumlah pembayaran yang lebih rendah. 

      Tapi itu bukan penamat masalah hutang saya. 

      Saya ada mengambil 3 lagi pinjaman lain dengan 3 syarikat peminjam yang berbeza. Wang pinjaman tersebut telah saya gunakan untuk motosikal saya, membeli barang elektronik dan juga perabot. Baki yang tinggal untuk ketiga-tiga pinjaman ini agak kecil, jadi apabila saya berurusan secara terus dengan syarikat-syarikat tersebut, mereka bersetuju untuk mengurangkan sedikit jumlah faedah yang saya perlu bayar. Jadi, saya dapat langsaikan hutang-hutang tersebut sepenuhnya. 

      Atas nasihat CTOS, saya memohon bantuan AKPK untuk satu lagi pinjaman peribadi berjumlah RM8,000 yang telah saya ambil daripada satu bank yang lain. Jumlah pinjaman tersebut telah bertambah menjadi RM15,000. AKPK menasihatkan saya untuk menyertai program pengurusan hutang mereka dan menstrukturkan semula pinjaman saya supaya saya mampu membuat bayaran balik bulanan dalam jumlah yang lebih kecil. Saya masih menunggu keputusan bank sama ada mereka bersetuju untuk mengurangkan jumlah pinjaman tersebut.

      Selain itu, saya juga ada membuat pinjaman sebanyak RM1,600 daripada peminjam wang berlesen dan pinjaman itu telah berganda menjadi RM19,839 termasuk faedah. Tapi memandangkan AKPK hanya menguruskan pinjaman bank, saya perlu berurusan dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), yang menyelia hal-ehwal berkaitan dengan peminjam wang berlesen, termasuk membantu saya merundingkan semula pinjaman saya dengan peminjam wang berlesan yang berkenaan. Kami meneruskan perbincangan dengan peminjam wang berlesen itu dan akhirnya persetujuan dicapai untuk saya membayar RM9,900 untuk melangsaikan hutang tersebut.

      Gambaran Keseluruhan Semua Pinjaman Saya

      How I Avoided Bankruptcy - Part 2 3 - Multiply - Blog, Tackling Debt

      Sudah 10 tahun lamanya saya hidup dalam kebimbangan, takut dijejak peminjam wang, dan selalu berasa tertekan memikirkan hutang yang tak mampu saya bayar. Akibatnya saya tak dapat mengambil pinjaman untuk membeli rumah malah langsung tidak memiliki akaun bank. Saya turut risau tentang kos pendidikan anak-anak kerana saya tahu saya tak akan dapat ambil pinjaman untuk tujuan itu. Tapi sekarang saya sudah langsaikan hutang-hutang tertentu dan saya ada rancangan untuk membayar balik hutang-hutang saya yang lain. Saya rasa jauh lebih lega sekarang. Saya dah dapat buka akaun bank, ini sangat memudahkan kerana kini saya boleh membuat transaksi pembayaran secara dalam talian. Akhirnya kini saya boleh teruskan kehidupan saya dengan lebih tenang. 

      Tip Daripada Multiply: Ada warga Malaysia yang mungkin menghadapi kesulitan menguruskan hutang seperti Aliff. Kami berharap kisah Aliff akan dapat membantu anda faham apa yang anda patut buat untuk menguruskan hutang dan mengelakkan diri daripada berada dalam situasi yang sama. Kalau anda sudah terperangkap dalam situasi kewangan yang sukar, ingatlah bahawa sentiasa ada jalan keluar, asalkan anda bersedia untuk berjumpa dan berbincang dengan peminjam wang anda atau mendapatkan bantuan daripada agensi berkaitan.

      Berikut 5 pengajaran daripada pengalaman Aliff yang boleh membantu anda menguruskan hutang anda:

      • Pastikan jumlah keseluruhan bayaran balik hutang anda tidak melebihi 40% daripada gaji anda.

      Kalau jumlah keseluruhan bayaran balik hutang anda tidak melebihi 60% daripada gaji anda, selalunya bank akan meluluskan pinjaman anda. Tapi jangan lupa, kalau 60% daripada gaji anda sudah dihabiskan untuk membayar hutang, tak banyak wang yang tinggal untuk menampung kos kehidupan anda. Jadi cubalah pastikan yang bayaran balik untuk hutang anda tidak sampai 40% daripada gaji bulanan anda.

      Ingat, jika anda ada hutang yang tidak dibayar, faedah yang dikenakan akan menyebabkan hutang anda terus bertambah dengan peredaran masa. Ini dikenali sebagai pengkompaunan. Setelah masa yang panjang berlalu, jumlah hutang anda akan jadi berganda-ganda jumlah asal yang anda pinjam. Jadi, jika anda tidak menguruskan pinjaman anda dengan betul, akhirnya anda terpaksa membayar jumlah yang jauh lebih tinggi daripada yang sepatutnya. 

      • Kalau anda sudah tidak dapat uruskan pinjaman anda sendiri, dapatkan pertolongan! 

      Kalau anda berada dalam kesulitan, jangan sekali-kali buat tak tahu tentang pinjaman anda! Dan ingat, jika anda memerlukan pertolongan untuk lebih daripada satu pinjaman, anda mungkin perlu hubungi agensi yang berbeza-beza. Jika anda perlukan bantuan tentang pinjaman bank, hubungi AKPKJika anda ada mengambil pinjaman daripada peminjam wang berlesan, anda boleh cuba dapatkan bantuan daripada KPKT atau cuba berunding secara terus dengan peminjam wang berlesen tersebut. 

      • Semak laporan kredit anda sekurang-kurangnya setahun sekali

      Sekiranya anda mahu semak semua pinjaman anda dan dapatkan pengesahan bahawa anda tidak culas membuat pembayaran, anda boleh dapatkan laporan kredit anda. Laporan kredit anda akan mengandungi maklumat seperti skor kredit anda, sejarah pembayaran anda, kemudahan pinjaman dan kredit yang anda ada, sama ada anda ada mengeluarkan cek tendang, sama ada anda ada kes undang-undang, berapa jumlah yang anda berhutang untuk setiap jenis pinjaman, serta apa-apa bayaran yang sudah terlepas. 

      Anda boleh dapatkan laporan kredit anda daripada agensi pelaporan kredit seperti CTOSIa dapat membantu anda menilai sama ada anda mampu menguruskan hutang anda dengan baik atau anda patut mendapatkan bantuan.

      • Fahami bagaimana kebankrapan berlaku

      Jika pemiutang sudah memulakan proses kebankrapan terhadap anda, mereka akan menghantar notis kebankrapan bertulis kepada alamat terkini anda berdasarkan rekod yang mereka ada. Kalau mereka tidak dapat menghubungi anda, mereka mungkin akan menyiarkan notis kebankrapan dalam bahagian iklan (‘classifieds’) suratkhabar. Jika anda tidak lagi tinggal di alamat terakhir yang ada dalam rekod dan tidak akan menerima surat yang dihantar ke situ, dan melainkan jika anda membaca suratkhabar setiap hari, anda boleh diisytiharkan muflis tanpa anda sedar! Satu cara yang baik untuk mengelakkan ini terjadi ialah dengan memastikan bahawa alamat anda dikemaskinikan dan dimaklumkan kepada semua pemiutang anda apabila anda berpindah. Dan ingat, walaupun proses kebankrapan sudah bermula, asalkan anda menghubungi pemiutang dan cuba berunding untuk melangsaikan hutang anda, anda masih berpeluang untuk menghentikan proses kebankrapan tersebut. 

      • Cuba rundingkan bayaran balik anda

      Apabila sampai masa anda bersedia untuk menyelesaikan hutang anda, jumlah yang anda berhutang mungkin sudah bertambah dengan banyak berbanding jumlah pinjaman anda yang asal. Jangan putus asa walaupun anda tak mampu nak bayar balik jumlah yang diminta oleh pihak peminjam. Asalkan anda dapat menunjukkan kepada pemiutang anda bahawa anda serius untuk melangsaikan hutang anda, meskipun masalah ini sudah lama berlarutan, anda boleh terus berunding dengan mereka untuk cuba mendapatkan pelan pembayaran balik yang terbaik – seperti yang dilakukan oleh Aliff. 

      Tunggu Bahagian 3 siri ini yang akan datang pada 7 Jun 2021 – kita singkap kembali pengalaman Aliff dan kenal pasti apa pengajaran yang kita dapat tentang cara-cara menangani masalah hutang. 

      Kongsikannya:


      Admin bar avatar
      Multiply
      The Multiply Admin

      Sebelumnya

      How I Avoided Bankruptcy - Part 1
      Mei 31, 2021

      Seterusnya

      Apa Bantuan Yang Anda Boleh Dapat daripada Program Pemerkasa Plus yang diberikan oleh Kerajaan?
      Jun 2, 2021

      Anda Mungkin Berminat

      where-can-i-get-help-if-i-am-struggling-financially
      Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan jika saya menghadapi cabaran kewangan?
      13 Februari, 2023
      Recover-after-pandemicENG
      4 Cara Untuk Memulihkan Kedudukan Kewangan Anda Selepas Pandemik
      8 Februari, 2022
      Flood Relief_Image 1
      Terkesan akibat banjir baru-baru ini? Ini panduan lengkap tentang bantuan dan pelepasan yang bermanfaat untuk anda
      21 Januari, 2022

      Cari

      Artikel Terkini

      Ready for Malaysia's Budget 2023? 5 - Multiply - Planning & Budgeting
      Anda dah sedia untuk Bajet 2023?
      22Feb2023
      Where can I get help if I'm struggling financially? 7 - Multiply - Blog, Planning & Budgeting, Saving & Investing
      Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan jika saya menghadapi cabaran kewangan?
      13Feb2023
      Want to grow your savings? 9 - Multiply - Planning & Budgeting
      Nak kembangkan simpanan anda?
      01Dis2022

      KATEGORI PANDUAN

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
        • ETF
        • Unit Amanah
        • Saham
        • Asas Pelaburan
        • Deposit Tetap
        • Simpanan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan
      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan

      Peringkat hidup

      • Pelajar
      • Keluarga
      • Pekerja Dewasa
      • Pesara

      Panduan terkini

      5 Perkara untuk Diselidik Sebelum Melabur dalam Saham sesebuah Syarikat

      5 Perkara untuk Diselidik Sebelum Melabur dalam Saham sesebuah Syarikat

      Free
      What you need to know about ‘Buy Now, Pay Later’ plans

      Apa yang anda perlu tahu tentang pelan 'Beli Sekarang, Bayar Kemudian'

      Free
      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang E-Wallet?

      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang E-Wallet?

      Free

      Jangan ketinggalan, sertai senarai mel kami!

      newsletter-subscribe-multiply

      logo-multiply-learn-investing-for-free

      hello@multiply.org.my

      Maklumat

      • Laman Utama
      • Blog
      • Tentang Kami
      • Hubungi

      Kategori

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan

      Kategori

      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan
      • Semua Panduan

      Instagram Feed

      Ready to simplify your finances and achieve financ Ready to simplify your finances and achieve financial independence? 🔥💰 Swipe to learn more about the FIRE concept as part of our Multiply Simplifies series. Discover how you can retire early and live the life you want by following these simple steps.#FIRE #retirement #multiplysimplifies #financialfreedom #financialindependence #financemadesimple #financialliteracy #financialeducation #multiplymalaysia #malaysia
      EPF savings will always be enough for my retiremen EPF savings will always be enough for my retirement - do you think this is a fact or a myth? 🤔Check out our reel to find out the answer, and the recommended retirement savings amount you should have! 🏦#mythbusters #mythbusting #mythbustingmonday #retirement #retirementplanning #retirementsavings #retire #epf #kwsp #personalfinance #malaysia #financialliteracy
      Money talk made simple! 🤑 Introducing Multiply Money talk made simple! 🤑 Introducing Multiply Simplifies - your one-stop destination for all things finance! 💰💸 From budgeting to savings, we've got you covered. Today its about EPF, also known as KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja).Follow us for weekly bite-sized explanations that make financial concepts & elements easy to understand. #multiplysimplifies #financemadesimple #moneytalk #financialliteracy #financialeducation #kewangan #financemalaysia #epf #kwsp #personalfinance #multiplymalaysia #malaysia
      Anda rasa simpanan persaraan penting atau tak untu Anda rasa simpanan persaraan penting atau tak untuk suri rumah? 🤔 Tonton reel ini, biar kami jelaskan, dan beritahu pendapat anda di ruangan komen di bawah!👇#mythbustingmonday #multiplymalaysia #celikkewangan #pendidikankewangan #surirumah #wanitaperlutahu #duit #kewangan #wanita #isayang #kwsp

      Multiply by Creador Foundation.

      • Privasi
      • Terma
      • Peta laman

      Facebook Google

      Log masuk dengan akaun laman anda

      5 − three =

      Lupa kata laluan anda?

      Belum jadi ahli? Daftar sekarang

      Daftar akaun baru

      five × two =

      Anda seorang ahli? Log masuk sekarang

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Apa gaya perbelanjaan anda?

      Menguruskan perbelanjaan boleh jadi sesuatu yang rumit. Cuba beritahu kami bagaimana anda membelanjakan wang dan kami boleh bantu anda mencari jalan bagaimana untuk berbelanja dengan lebih baik!

      1. Bagaimana anda memperoleh pendapatan?
      2. Bagaimana pengurusan kewangan anda sebelum COVID-19 melanda?
      3. Bagaimana COVID-19 telah memberi kesan kepada perbelanjaan anda secara keseluruhannya?
      4. Bagaimana perintah kawalan pergerakan (PKP/PKPB) telah memberi kesan kepada penggunaan kad kredit anda?
      5. Jika anda menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN), bagaimana anda menggunakannya?
      6. Jika anda mengambil wang daripada akaun KWSP anda dalam tempoh PKP/PKPB (di bawah i-Lestari), bagaimana anda menggunakannya?
      7. Moratorium pinjaman berguna untuk saya kerana:
      8. Musim percutian sudah dekat. Apa perancangan anda untuk aktiviti beli-belah hujung tahun?
      9. Anda sudah rancang belanjawan anda untuk tahun 2021?
      10. Bagaimana anda membuat persediaan kewangan untuk tahun 2021?
      11. Bagaimana anda rasa anda akan menguruskan wang anda pada tahun 2021?
      12. Apa yang anda perlukan untuk mempertingkatkan kewangan anda pada tahun 2021?
      13. Untuk tahun 2021, matlamat kewangan utama saya ialah untuk:
      14. Untuk tahun 2021, aspek kewangan yang paling membimbangkan saya ialah:
      15. Untuk tahun 2021, aspek kewangan peribadi yang mana yang anda ingin pelajari dengan lebih lanjut?
      clock.png

      Time is Up!

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Ambil kuiz kami!



      Apakah personaliti kewangan Anda?

      Terbaru


      Apa gaya perbelanjaan anda?

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Apakah personaliti Kewangan Anda?

      Cuba lihat sama ada anda seorang Boss Duit, Kadet Kewangan atau Budak Baru Belajar dengan mengambil kuiz ini!

      1. Dah nak dekat hujung bulan ni, dalam fikiran anda...
      2. Kalau anda saja-saja nak pergi membeli-belah, adakah anda….
      3. Kereta anda mengalami kemalangan dan anda perlu keluarkan wang sebanyak RM1,000 untuk membaikinya. Anda…
      4. Anda terima penyata kad kredit anda dan anda…
      5. Selepas berbulan-bulan menyimpan (memang betul, sikit -sikit, lama-lama jadi bukit), banyak juga wang yang terkumpul dalam akaun bank anda. Anda kemudiannya
      6. Anda membeli sebuah kereta baru (ya bayangkan saja - Toyota, Proton, atau BMW). Anda mengambil
      7. Anda seorang pelabur. Yang mana anda akan lakukan…
      clock.png

      Time is Up!