• Laman Utama
  • Tentang Kami
  • Panduan kami

    Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

    Merancang Belanjawan

    Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

    Simpanan & Pelaburan

    Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

    Menguruskan Hutang

    Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

    Membeli Kenderaan

    Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

    Membeli Rumah

    Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

    Insurans

    Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

    Persaraan

    All Guides Icon

    Semua Panduan

  • Panduan kami
    • Merancang Belanjawan
    • Simpanan & Pelaburan
    • Membeli Rumah
    • Membeli Kenderaan
    • Menguruskan Hutang
    • Insurans
    • Persaraan
  • Kalkulator
  • Blog
  • Ambil Kuiz
    • English
    • Bahasa Malaysia
    Ada pertanyaan?
    hello@multiply.org.my
    DaftarLog masuk
    MultiplyMultiply
    • Laman Utama
    • Tentang Kami
    • Panduan kami

      Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

      Merancang Belanjawan

      Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

      Simpanan & Pelaburan

      Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

      Menguruskan Hutang

      Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

      Membeli Kenderaan

      Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

      Membeli Rumah

      Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

      Insurans

      Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

      Persaraan

      All Guides Icon

      Semua Panduan

    • Panduan kami
      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Membeli Rumah
      • Membeli Kenderaan
      • Menguruskan Hutang
      • Insurans
      • Persaraan
    • Kalkulator
    • Blog
    • Ambil Kuiz

      Blog

      Inilah sebabnya anda perlukan insurans perubatan dan insurans Covid-19 anda sendiri

      • Dihasil oleh Multiply
      • Kategori Blog, Insurans
      • Tarikh September 8, 2021
      Here’s Why You Need Your Own Medical and Covid-19 Insurance 1 - Multiply - Blog, Insurance

      Dulu, bila sebut je pasal insurans, otak saya akan terus jadi tepu. Tak taulah kenapa. Ada ke orang lain yang macam tu juga? Saya rasa macam tak boleh nak hadam topik ni – saya muda lagi, saya ada kerja yang stabil dan majikan saya pun ada sediakan insurans perubatan. Lagipun, perkhidmatan kesihatan awam kan ada? Selalunya percuma je, kan?

      Tapi kecemasan dari aspek perubatan boleh berlaku tanpa diduga.  Sekarang saya sedar tentang kepentingan mengambil insurans perubatan peribadi saya sendiri. Ini penting walaupun kita dah ada insurans yang ditanggung oleh majikan kita, atau walaupun kita dah biasa dapatkan rawatan di klinik kesihatan kerajaan. Lagipun, dengan jumlah kes Covid-19 yang masih tinggi dan kemungkinan berlaku kesesakan di hospital kerajaan, ada baiknya kita kunjungi klinik atau hospital swasta jika memerlukan penjagaan perubatan dalam situasi pandemik sekarang. Kalau tidak, kita mungkin perlu bayar bil hospital yang tinggi! Saya dapat pengajaran ini melalui pengalaman pahit saya sendiri.

      Ceritanya begini. Beberapa minggu yang lepas, saya ada membuat pesanan penghantaran burger daripada gerai kesukaan saya– yalah, lepas seharian penat bekerja, nak juga layan selera makan burger daging yang enak. Tapi malang tak berbau, kenikmatan makan burger daging yang tebal dan lazat tu tak berbaloi kerana saya telah mendapat keracunan makanan yang teruk!

      Selama dua hari perut saya sakit dan saya asyik muntahkan apa yang saya makan. Ibu bapa saya  membawa saya ke hospital swasta yang terdekat  dan akhirnya saya telah dipasangkan drip dan dimasukkan ke hospital. (Kami ada dengar yang hospital kerajaan sesak dengan kes Covid-19, jadi kami tak nak ambil risiko pergi ke sana dan terpaksa beratur panjang). Aduhai, tak seronok langsung! Doktor ada jalankan pelbagai ujian untuk mengesahkan diagnosis saya.

      Menjelang hujung minggu, saya telah beransur pulih, tapi kos perubatan untuk rawatan yang diterima memang sangat tinggi. Alamak! Saya ingatkan bil hospital akan ditanggung sepenuhnya oleh majikan tapi rupanya majikan saya hanya menanggung kos perubatan saya sehingga jumlah tertentu saja setiap tahun. Jadi, baki bil yang tinggal terpaksalah saya bayar daripada poket sendiri.

      Waktu itulah saya sedar yang sudah tiba masanya untuk saya mengambil insurans perubatan.

      Jom fahamkan dulu, apakah insurans perubatan?

      Polisi insurans perubatan biasanya direka khas untuk menanggung kos rawatan perubatan kita, seperti bil hospital dan perkhidmatan kesihatan, kalau kita didiagnosis dengan penyakit tertentu atau perlu menerima rawatan jika berlaku kemalangan.

      Kenapa ia penting?

      Setelah kejadian keracunan makanan yang berlaku kat saya tu, saya sedar yang rawatan perubatan di hospital swasta memang mahal. Tak mustahil kita terpaksa menanggung hutang perubatan yang besar jumlahnya – ini confirm tak bagus untuk kesihatan! Lagi satu, walaupun sistem kesihatan awam dibiayai oleh kerajaan dan melibatkan kos yang lebih murah berbanding kesihatan swasta, ia bukanlah percuma sepenuhnya. Kita tetap kena buat bayaran deposit sebelum  menjalani prosedur tertentu di hospital kerajaan.

      Lagi satu yang saya nak pesan, kalau majikan anda ada memberikan manfaat insurans perubatan, semak polisi insurans tersebut untuk mengetahui terma-termanya, dan selidik juga tentang had perlindungan yang diberi oleh polisi insurans tersebut. Jangan lupa – polisi insurans tu akan melindungi anda hanya selagi anda menjadi pekerja majikan anda – kalau anda berhenti kerja, maka polisi tu pun hilang juga. Sementara anda belum dapat kerja baru, anda tak akan ada sebarang perlindungan kalau jatuh sakit atau terjadi apa-apa yang tak diingini, kecuali kalau anda ada mengambil insurans perubatan peribadi.

      Lebih baik dapatkan insurans perubatan sementara anda masih muda dan tak ada sebarang kondisi perubatan yang boleh menyebabkan kadar premium menjadi lebih tinggi. Selalunya kalau dah ada kerja sepenuh masa dan gaji bulanan, memang patutlah kita ambil insurans perubatan dan bayar premium bulanan ataupun tahunan, bergantung kepada pelan yang diambil.

      Ada banyak jenis insurans perubatan di luar sana, jadi kita boleh minta pendapat ejen insurans atau broker untuk memilih pelan yang terbaik.

      Nota penting: Perlindungan untuk Covid-19

      Kebanyakan polisi insurans perubatan dan kesihatan tidak memberi perlindungan untuk rawatan Covid-19. Walau bagaimanapun, beberapa syarikat insurans seperti Etiqa, Great Eastern dan AIA sudah mula menawarkan pelan perlindungan untuk rawatan Covid-19 kepada pelanggan mereka. Bergantung pada penyedia insurans anda, anda mungkin boleh menaik taraf pelan insurans anda yang sedia ada untuk turut memasukkan perlindungan untuk rawatan Covid-19 secara percuma. Cuba semak dengan penyedia insurans anda jika anda perlu memohon untuk perlindungan Covid-19 sebagai perlindungan tambahan, atau jika perlindungan itu sudah secara automatik termasuk dalam pelan insurans anda.

      Macam mana nak pilih insurans perubatan yang  paling sesuai untuk dibeli?

      1. Ketahui jenis insurans yang diperlukan – adakah anda mempunyai keluarga dan tanggungan? Atau anda masih bujang?
      2. Pilih pelan yang berada dalam lingkungan kemampuan anda.
      3. Setakat yang mampu, pilih pelan dengan had tahunan dan had sepanjang hayat yang paling tinggi.
      4. Lihat senarai hospital panel yang termasuk dalam senarai syarikat penyedia insurans anda – lagi senang nak proses tuntutan kalau anda dapatkan rawatan di hospital panel. Pastikan juga senarai hospital panel adalah komprehensif supaya anda ada banyak pilihan, termasuk pilihan hospital yang dekat dengan tempat tinggal anda.
      5. Baca dan fahamkan prosedur membuat tuntutan.
      6. Isi borang dengan betul dan tepat.
      7. Beli polisi insurans daripada ejen insurans atau broker yang berdaftar.

      Anda harus peka tentang perkara berikut apabila memilih polisi insurans perubatan:

      • Pengecualian – kondisi perubatan yang tak termasuk dalam perlindungan polisi anda.
      • Had tuntutan – jumlah maksimum yang boleh dituntut.
      • Pembaharuan polisi – terjamin atau tak tejamin, bergantung kepada sejarah perubatan anda dan jenis polisi yang diambil.

      Jadi, ingat – ada banyak risiko yang kita hadapi dalam hidup ini (termasuklah makan burger yang tak elok!) tapi jangan ambil risiko tentang keperluan perubatan anda! Kalau nak tahu lebih lanjut tentang insurans perubatan, bacalah panduan kami, dan anda juga boleh dapatkan maklumat lanjut dengan membaca tentang apa yang perlu dipertimbangkan apabila membeli insurans.

      Kongsikannya:


      Admin bar avatar
      Multiply
      The Multiply Admin

      Sebelumnya

      Video : Apakah saham dividen?
      September 8, 2021

      Seterusnya

      Video - Bagaimana Saya Menyelamatkan Diri Daripada Menjadi Muflis
      September 8, 2021

      Anda Mungkin Berminat

      car-g170fb26f6_1920 (1)
      Patut Ke Anda Ambil Insurans Banjir untuk Kereta Anda?
      13 Januari, 2022
      3-insurance-plans-you-need-to-get-now-to-protect-your-older-self
      3 Pelan Insurans Yang Anda Perlu Dapatkan Sekarang Untuk Lindungi Diri Anda Pada Hari Tua
      19 November, 2021
      CAR_1
      3 Perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli kereta
      24 September, 2021

      Cari

      Artikel Terkini

      Want to grow your savings? 3 - Multiply - Planning & Budgeting
      Nak kembangkan simpanan anda?
      01Dis2022
      Can You Afford to Retire? 5 - Multiply - Retirement
      Mampukah Anda Untuk Bersara?
      18Okt2022
      A Beginner’s Guide to Crypto in Malaysia 7 - Multiply - Saving & Investing
      Panduan Pemula untuk Kripto di Malaysia
      24Ogo2022

      KATEGORI PANDUAN

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
        • ETF
        • Unit Amanah
        • Saham
        • Asas Pelaburan
        • Deposit Tetap
        • Simpanan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan
      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan

      Peringkat hidup

      • Pelajar
      • Keluarga
      • Pekerja Dewasa
      • Pesara

      Panduan terkini

      5 Perkara untuk Diselidik Sebelum Melabur dalam Saham sesebuah Syarikat

      5 Perkara untuk Diselidik Sebelum Melabur dalam Saham sesebuah Syarikat

      Free
      What you need to know about ‘Buy Now, Pay Later’ plans

      Apa yang anda perlu tahu tentang pelan 'Beli Sekarang, Bayar Kemudian'

      Free
      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang E-Wallet?

      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang E-Wallet?

      Free

      Jangan ketinggalan, sertai senarai mel kami!

      newsletter-subscribe-multiply

      logo-multiply-learn-investing-for-free

      hello@multiply.org.my

      Maklumat

      • Laman Utama
      • Blog
      • Tentang Kami
      • Hubungi

      Kategori

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan

      Kategori

      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan
      • Semua Panduan

      Instagram Feed

      We are looking for people who are eager to make im We are looking for people who are eager to make impact in the nonprofit space. Join our team of dynamic individuals as we have new and exciting projects for Multiply.If you are passionate about uplifting and empowering communities, click the link on bio to find out more about the role.#hiring #multiply #creadorfoundation #malaysia #socialimpact
      We’re looking for people who are eager to create We’re looking for people who are eager to create movements in the social impact space. Join our team of dynamic individuals as we have new and exciting projects for Multiply and more.So if you are passionate about uplifting and empowering communities, click the link on the bio to find out more about the role.#hiring #multiply #creadorfoundation #malaysia #socialimpact
      Want to own a credit card? Here's what you should Want to own a credit card? Here's what you should consider before becoming a credit card user. To learn more check out the link in our bio.
      Faster, easier, cheaper. But you will have to fact Faster, easier, cheaper. But you will have to factor in key aspects of your situation before deciding on a motorcycle.Find out what they are in our latest infographic! Click the link in our bio to check it out.

      Multiply by Creador Foundation.

      • Privasi
      • Terma
      • Peta laman

      Facebook Google

      Log masuk dengan akaun laman anda

      18 − sixteen =

      Lupa kata laluan anda?

      Belum jadi ahli? Daftar sekarang

      Daftar akaun baru

      2 + thirteen =

      Anda seorang ahli? Log masuk sekarang

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Apa gaya perbelanjaan anda?

      Menguruskan perbelanjaan boleh jadi sesuatu yang rumit. Cuba beritahu kami bagaimana anda membelanjakan wang dan kami boleh bantu anda mencari jalan bagaimana untuk berbelanja dengan lebih baik!

      1. Bagaimana anda memperoleh pendapatan?
      2. Bagaimana pengurusan kewangan anda sebelum COVID-19 melanda?
      3. Bagaimana COVID-19 telah memberi kesan kepada perbelanjaan anda secara keseluruhannya?
      4. Bagaimana perintah kawalan pergerakan (PKP/PKPB) telah memberi kesan kepada penggunaan kad kredit anda?
      5. Jika anda menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN), bagaimana anda menggunakannya?
      6. Jika anda mengambil wang daripada akaun KWSP anda dalam tempoh PKP/PKPB (di bawah i-Lestari), bagaimana anda menggunakannya?
      7. Moratorium pinjaman berguna untuk saya kerana:
      8. Musim percutian sudah dekat. Apa perancangan anda untuk aktiviti beli-belah hujung tahun?
      9. Anda sudah rancang belanjawan anda untuk tahun 2021?
      10. Bagaimana anda membuat persediaan kewangan untuk tahun 2021?
      11. Bagaimana anda rasa anda akan menguruskan wang anda pada tahun 2021?
      12. Apa yang anda perlukan untuk mempertingkatkan kewangan anda pada tahun 2021?
      13. Untuk tahun 2021, matlamat kewangan utama saya ialah untuk:
      14. Untuk tahun 2021, aspek kewangan yang paling membimbangkan saya ialah:
      15. Untuk tahun 2021, aspek kewangan peribadi yang mana yang anda ingin pelajari dengan lebih lanjut?
      clock.png

      Time is Up!

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Ambil kuiz kami!



      Apakah personaliti kewangan Anda?

      Terbaru


      Apa gaya perbelanjaan anda?

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Apakah personaliti Kewangan Anda?

      Cuba lihat sama ada anda seorang Boss Duit, Kadet Kewangan atau Budak Baru Belajar dengan mengambil kuiz ini!

      1. Dah nak dekat hujung bulan ni, dalam fikiran anda...
      2. Kalau anda saja-saja nak pergi membeli-belah, adakah anda….
      3. Kereta anda mengalami kemalangan dan anda perlu keluarkan wang sebanyak RM1,000 untuk membaikinya. Anda…
      4. Anda terima penyata kad kredit anda dan anda…
      5. Selepas berbulan-bulan menyimpan (memang betul, sikit -sikit, lama-lama jadi bukit), banyak juga wang yang terkumpul dalam akaun bank anda. Anda kemudiannya
      6. Anda membeli sebuah kereta baru (ya bayangkan saja - Toyota, Proton, atau BMW). Anda mengambil
      7. Anda seorang pelabur. Yang mana anda akan lakukan…
      clock.png

      Time is Up!