• Laman Utama
  • Tentang Kami
  • Panduan kami

    Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

    Merancang Belanjawan

    Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

    Simpanan & Pelaburan

    Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

    Menguruskan Hutang

    Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

    Membeli Kenderaan

    Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

    Membeli Rumah

    Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

    Insurans

    Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

    Persaraan

    All Guides Icon

    Semua Panduan

  • Panduan kami
    • Merancang Belanjawan
    • Simpanan & Pelaburan
    • Membeli Rumah
    • Membeli Kenderaan
    • Menguruskan Hutang
    • Insurans
    • Persaraan
  • Kalkulator
  • Blog
  • Ambil Kuiz
    • English
    • Bahasa Malaysia
    Ada pertanyaan?
    hello@multiply.org.my
    DaftarLog masuk
    MultiplyMultiply
    • Laman Utama
    • Tentang Kami
    • Panduan kami

      Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

      Merancang Belanjawan

      Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

      Simpanan & Pelaburan

      Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

      Menguruskan Hutang

      Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

      Membeli Kenderaan

      Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

      Membeli Rumah

      Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

      Insurans

      Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

      Persaraan

      All Guides Icon

      Semua Panduan

    • Panduan kami
      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Membeli Rumah
      • Membeli Kenderaan
      • Menguruskan Hutang
      • Insurans
      • Persaraan
    • Kalkulator
    • Blog
    • Ambil Kuiz

      Insurans

      Pekerja Gig dan Ingin Dapatkan Perlindungan Perubatan? Sertai plan SESSS!

      • Dihasil oleh Multiply
      • Kategori Insurans
      • Tarikh Jun 30, 2020
      Gig Worker Looking for Medical & Financial Protection? Sign up for SESSS! 1 - Multiply - Insurance

      Krisis Covid-19 memang memberi kita pengajaran yang berguna – sediakan payung sebelum hujan! Ramai orang, terutamanya pekerja gig, yang terjejas pendapatan akibat Perintah Kawalan Pekerjaan (PKP). Kalau kena berdepan pulak dengan perkara tak diduga seperti jatuh sakit, perlukan rawatan kecemasan dan sebagainya, memang lagi hebatlah cabarannya. Tak macam pekerja-pekerja syarikat yang mendapat faedah insurans perubatan, kalau anda bekerja sendiri, anda mungkin tak ada rancangan sandaran bila terpaksa menanggung kos macam ni. 

      Tapi, anda tau tak, kalau anda seorang pekerja gig, anda boleh mendaftar Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (Self-Employment Social Security Scheme, SESSS) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO) untuk melayakkan diri anda menerima faedah perlindungan kalau anda jatuh sakit, cedera, atau mengalami kecacatan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan?

      Apa sebenarnya skim insurans tersebut? 

      Kalau anda bekerja untuk seorang majikan, undang-undang mewajibkan anda dan majikan anda mencarum ke dalam dana Perkeso supaya anda boleh terima faedah penyakit, kecederaan atau kecacatan jika sesuatu yang buruk berlaku kepada anda semasa anda sedang bekerja. 

      Sebelum Jun 2017, pekerja yang bekerja sendiri tak layak terima perlindungan macam ni. Sekarang, dengan adanya skim SESSS, pekerja dalam sektor-sektor berikut pun layak mendapat perlindungan:

      1. Pemandu teksi, pemandu e-hailing dan pemandu bas
      2. Pengangkutan barangan dan makanan
      3. Perniagaan online
      4. Pertanian
      5. Teknologi Maklumat (IT)
      6. Penternakan
      7. Pemprosesan Data
      8. Perhutanan
      9. Ejen
      10. Perikanan
      11. Perkhidmatan profesional
      12. Makanan
      13. Perkhidmatan sokongan
      14. Pembuatan 
      15. Kesenian
      16. Pembinaan
      17. Perkhidmatan isi rumah
      18. Penjaja
      19. Penjagaan perawatan dan pemulihan kesihatan
      20. Premis Penginapan

      Macam mana nak dapatkan perlindungan ni?

      Untuk dapatkan perlindungan SESSS, anda kena buat caruman dengan Perkeso, lebih kurang macam membayar premium insurans jugalah. Berapa banyak kita kena mencarum tu bergantung kepada paras pendapatan bulanan kita. Perkeso ada membahagikan paras pendapatan bulanan kepada beberapa kategori bayaran caruman, seperti berikut: 

      Pendapatan Bulanan (RM) Bayaran Caruman Bulanan (RM) Bayaran Caruman Tahunan (RM)
      1,050 13.10 157.20
      1,550 19.40 232.80
      2,950 36.90 442.80
      3,950 49.40 592.80

      Anda boleh pilih pelan caruman anda mengikut kategori yang ditentukan oleh Perkeso berdasarkan jumlah pendapatan bulanan anda. Anda boleh pilih untuk membayar caruman secara bulanan ataupun secara tahunan. 

      Apa faedah yang anda boleh dapat? 

      Berikut faedah yang boleh didapati daripada skim tersebut: 

      Faedah perubatan
      • Rawatan perubatan percuma di panel klinik Perkeso atau klinik/hospital kerajaan;

      Atau

      • Tuntutan kos perubatan.
      Faedah hilang upaya sementara
      • Bayaran pampasan RM30-RM105.33 sehari bergantung kepada pelan caruman anda dengan SESSS, untuk pengambilan cuti sakit bersijil, sekurang-kurangnya selama empat hari, termasuk hari anda mengalami kemalangan. Anda kena tunjukkan sijil cuti sakit sebagai bukti. 
      Faedah hilang upaya kekal
      • Bayaran sebanyak 90% daripada pendapatan bulanan berdasarkan pelan yang anda pilih, dan juga berdasarkan umur anda.
      • Bergantung kepada jumlah yang anda layak dapat, Perkeso akan buat keputusan sama ada anda akan diberi bayaran penuh sekaligus (lump sum) atau anda akan terima bayaran sekaligus (lump sum) diikuti dengan bayaran bulanan. Bayaran bulanan ini akan terus diterima sehingga jumlah penuh yang anda layak terima telah dibayar.   
      Elaun layanan sentiasa – Kalau anda mengalamai kecacatan sepenuhnya yang kekal disebabkan oleh kecederaan yang dialami semasa sedang menjalankan aktiviti pekerjaan, dan memerlukan pekerja perubatan yang bertauliah utuk menjaga anda sepanjang masa
      • RM500 sebulan sepanjang tempoh anda memerlukan penjagaan tersebut.
      Faedah orang tanggungan – Kalau anda meninggal dunia disebabkan oleh kecederaan semasa bekerja
      • Bayaran bulanan pada kadar 90% daripada pendapatan bulanan anda kepada pasangan anda dan anak anda yang berumur kurang daripada 21 tahun; 

      Atau kalau anda tak ada pasangan atau anak: 

      • Ibu-bapa atau adik-beradik berumur kurang daripada 21 tahun atau datuk nenek anda.
      • Pasangan, ibu-bapa dan datuk nenek anda akan menerima bayaran bulanan itu sepanjang hayat mereka.
      • Anak-anak anda akan menerima faedah sehingga mereka mencapai umur 21 tahun atau berkahwin (mana yang lebih awal). Kalau anak anda sedang belajar di kolej atau universiti, mereka akan dapat faedah tersebut sehingga mereka menerima ijazah pertama atau berkahwin (mana yang lebih awal). 
      Faedah pengurusan pengebumian
      • RM2,000 atau jumlah sebenar yang dibelanjakan untuk pengebumian anda (mana yang lebih rendah) jika anda meninggal dunia semasa bekerja. 
      Kemudahan pemulihan jasmani atau vokasional
      • Pemulihan jasmani percuma termasuk fisioterapi, terapi kerja, pembedahan pembentukan semula, bekalan barangan prostetik, ortotik dan perkakas lain, bekalan item ortopedik seperti kerusi roda, topang ketiak, bantuan pendengaran, cermin mata, kasut khas dan lain-lain.
      • Pemulihan vokasional percuma seperti kursus jahitan, membaiki radio dan lain-lain.
      Faedah pendidikan
      • Pinjaman pendidikan untuk anak-anak anda kalau anda mengalami cacat kekal atau meninggal dunia disebabkan oleh kecederaan yang berlaku semasa anda bekerja.

      Macam mana nak mendaftar? 

      Semua warganegara atau pemastautin tetap yang bekerja sendiri boleh mendaftar tanpa ada had umur. 

      1. Daftar akaun anda di https://matrix.perkeso.gov.my/ atau di mana-mana pejabat Perkeso yang berdekatan.
      2. Daftar untuk dapatkan perlindungan berdasarkan sektor pekerjaan anda. 
        • Anda perlukan kad pengenalan anda dan dokumen lain yang berkaitan, mengikut jenis sektor pekerjaan anda.
        • Kalau anda bekerja dalam lebih daripada satu sektor, anda boleh mendaftar untuk mencarum dan mendapatkan perlindungan bagi setiap sektor pekerjaan anda.
          • Contohnya, kalau anda seorang pemandu e-hailing dan anda juga mengusahakan perniagaan menjual perabot online, ini dikira sebagai dua sektor yang berbeza, jadi anda boleh mendaftar di bawah kedua-dua sektor secara berasingan. Tapi, kalau anda tercedera semasa sedang bekerja sebagai pemandu e-hailing, anda cuma boleh buat tuntutan untuk faedah perlindungan e-hailing anda saja.
          • Namun katakan pada esok harinya, anda cedera semasa sedang mengangkat perabot untuk perniagaan online anda, anda masih boleh buat tuntutan untuk faedah perlindungan perniagaan online anda itu.
        • SESSS juga turut melindungi pekerja bebas (freelancer), jadi walaupun anda tak ada syarikat sendiri dan bekerja sebagai seorang individu, anda tetap boleh mendaftar dengan menggunakan kad pengenalan anda dan apa-apa dokumen yang membuktikan anda melakukan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan sebagai pekerja bebas. Contoh dokumen yang anda boleh gunakan ialah kontrak yang ditandatangani dengan pelanggan anda atau borang pesanan daripada pelanggan anda. 
      3. Pilih caruman bulanan atau tahunan anda berdasarkan tahap pendapatan anda seperti yang ditentukan oleh Perkeso.
      4. Bayar caruman bulanan atau tahunan anda secara tunai di pejabat Perkeso atau kalau nak bayar secara online pun boleh.

      Macam mana nak buat tuntutan?

      Anda boleh buat tuntutan dengan menghantar borang dan dokumen yang berkaitan seperti kad pengenalan anda, sijil cuti sakit asal dan laporan polis ke pejabat Perkeso yang berdekatan. 

      Untuk maklumat lanjut tentang SESSS, klik di sini.

      Berbeza dengan kebanyakan rakyat Malaysia yang bergantung kepada majikan mereka untuk menikmati perlindungan perubatan, golongan yang bekerja sendiri perlu bergantung kepada diri sendiri. Jadi, kalau anda bekerja sendiri dan tengah mencari pelan perlindungan perubatan dan kewangan yang mampu milik, jangan lepaskan peluang mendaftar untuk menyertai SESSS. 

      Jangan lupa, ada banyak lagi maklumat berguna yang anda boleh dapati di laman web kami tentang macam-macam topik, contohnya Merancang Belanjawan, Simpanan & Pelaburan, Insurans dan Persaraan yang boleh bantu anda memahami dan menguruskan kewangan anda!

      Tag:Insurans

      Kongsikannya:


      Admin bar avatar
      Multiply
      The Multiply Admin

      Sebelumnya

      Alamak! Kawan Baik Saya Cuba Nak Jual Insurans Pada Saya!
      Jun 30, 2020

      Seterusnya

      4 Cara Untuk Berjimat-Cermat Dalam Tempoh PKPP
      Julai 8, 2020

      Anda Mungkin Berminat

      car-g170fb26f6_1920 (1)
      Patut Ke Anda Ambil Insurans Banjir untuk Kereta Anda?
      13 Januari, 2022
      3-insurance-plans-you-need-to-get-now-to-protect-your-older-self
      3 Pelan Insurans Yang Anda Perlu Dapatkan Sekarang Untuk Lindungi Diri Anda Pada Hari Tua
      19 November, 2021
      Insurans Perubatan
      Inilah sebabnya anda perlukan insurans perubatan dan insurans Covid-19 anda sendiri
      8 September, 2021

      Cari

      Artikel Terkini

      2 Initiatives Every Housewife and Married Woman Shouldn’t Ignore
      31Mac2023
      Preparing for Retirement: Do's and Don'ts 3 - Multiply - Retirement
      Persiapan untuk Persaraan - 4 perkara yang perlu anda elakkan kalau nak bersara dengan selesa
      24Mac2023
      Ready for Malaysia's Budget 2023? 5 - Multiply - Planning & Budgeting
      Anda dah sedia untuk Bajet 2023?
      22Feb2023

      KATEGORI PANDUAN

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
        • ETF
        • Unit Amanah
        • Saham
        • Asas Pelaburan
        • Deposit Tetap
        • Simpanan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan
      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan

      Peringkat hidup

      • Pelajar
      • Keluarga
      • Pekerja Dewasa
      • Pesara

      Panduan terkini

      5 Perkara untuk Diselidik Sebelum Melabur dalam Saham sesebuah Syarikat

      5 Perkara untuk Diselidik Sebelum Melabur dalam Saham sesebuah Syarikat

      Free
      What you need to know about ‘Buy Now, Pay Later’ plans

      Apa yang anda perlu tahu tentang pelan 'Beli Sekarang, Bayar Kemudian'

      Free
      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang E-Wallet?

      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang E-Wallet?

      Free

      Jangan ketinggalan, sertai senarai mel kami!

      newsletter-subscribe-multiply

      logo-multiply-learn-investing-for-free

      hello@multiply.org.my

      Maklumat

      • Laman Utama
      • Blog
      • Tentang Kami
      • Hubungi

      Kategori

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan

      Kategori

      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan
      • Semua Panduan

      Instagram Feed

      It's income tax filing season! So, in this week's It's income tax filing season! So, in this week's series of Multiply Simplifies, let's talk about income tax. 😊#incometax #taxseason #taxfiling #malaysiataxfiling #lhdn #tax101 #financialliteracy #financialeducation #personalfinance #multiplymalaysia #malaysia
      Long-term financial security is important to help Long-term financial security is important to help you feel in control of your future. Here are two initiatives every housewife and woman shouldn’t ignore! To learn more about SKSSR & i-Sayang, click on the link in our bio. #socialprotection #retirement #retirementplanning #financialsecurity #women #womenfinance #multiplymalaysia #malaysia #financialliteracy #financialeducation
      Looking for an alternative saving option for your Looking for an alternative saving option for your retirement plan? Private Retirement Schemes (PRS) might just be the answer you're looking for! Learn more about PRS through this week's episode of Multiply Simplifies! 😊 #retirement #retirementsavings #retirementgoals #retire #savings #financialplanning #financialliteracy #financialeducation #personalfinance #multiplymalaysia #malaysia
      Adakah anda percaya bahawa bila anda bersara nanti Adakah anda percaya bahawa bila anda bersara nanti, anda akan bebas daripada tekanan dan kerisauan? Fakta sebenar adalah sebaliknya! Jangan biarkan mitos mengganggu persediaan anda untuk masa depan yang selesa. 👴👵🏝️Layarilah laman web kami untuk ketahui lebih lanjut dan kira jumlah simpanan yang perlu anda mulakan sekarang! #simpananpersaraan #simpanan #persaraan #bersara #perancangankewangan #matlamatpersaraan #pendidikankewangan #kewanganperibadi #multiplymalaysia

      Multiply by Creador Foundation.

      • Privasi
      • Terma
      • Peta laman

      Facebook Google

      Log masuk dengan akaun laman anda

      5 × three =

      Lupa kata laluan anda?

      Belum jadi ahli? Daftar sekarang

      Daftar akaun baru

      4 × 1 =

      Anda seorang ahli? Log masuk sekarang

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Apa gaya perbelanjaan anda?

      Menguruskan perbelanjaan boleh jadi sesuatu yang rumit. Cuba beritahu kami bagaimana anda membelanjakan wang dan kami boleh bantu anda mencari jalan bagaimana untuk berbelanja dengan lebih baik!

      1. Bagaimana anda memperoleh pendapatan?
      2. Bagaimana pengurusan kewangan anda sebelum COVID-19 melanda?
      3. Bagaimana COVID-19 telah memberi kesan kepada perbelanjaan anda secara keseluruhannya?
      4. Bagaimana perintah kawalan pergerakan (PKP/PKPB) telah memberi kesan kepada penggunaan kad kredit anda?
      5. Jika anda menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN), bagaimana anda menggunakannya?
      6. Jika anda mengambil wang daripada akaun KWSP anda dalam tempoh PKP/PKPB (di bawah i-Lestari), bagaimana anda menggunakannya?
      7. Moratorium pinjaman berguna untuk saya kerana:
      8. Musim percutian sudah dekat. Apa perancangan anda untuk aktiviti beli-belah hujung tahun?
      9. Anda sudah rancang belanjawan anda untuk tahun 2021?
      10. Bagaimana anda membuat persediaan kewangan untuk tahun 2021?
      11. Bagaimana anda rasa anda akan menguruskan wang anda pada tahun 2021?
      12. Apa yang anda perlukan untuk mempertingkatkan kewangan anda pada tahun 2021?
      13. Untuk tahun 2021, matlamat kewangan utama saya ialah untuk:
      14. Untuk tahun 2021, aspek kewangan yang paling membimbangkan saya ialah:
      15. Untuk tahun 2021, aspek kewangan peribadi yang mana yang anda ingin pelajari dengan lebih lanjut?
      clock.png

      Time is Up!

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Ambil kuiz kami!



      Apakah personaliti kewangan Anda?

      Terbaru


      Apa gaya perbelanjaan anda?

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Apakah personaliti Kewangan Anda?

      Cuba lihat sama ada anda seorang Boss Duit, Kadet Kewangan atau Budak Baru Belajar dengan mengambil kuiz ini!

      1. Dah nak dekat hujung bulan ni, dalam fikiran anda...
      2. Kalau anda saja-saja nak pergi membeli-belah, adakah anda….
      3. Kereta anda mengalami kemalangan dan anda perlu keluarkan wang sebanyak RM1,000 untuk membaikinya. Anda…
      4. Anda terima penyata kad kredit anda dan anda…
      5. Selepas berbulan-bulan menyimpan (memang betul, sikit -sikit, lama-lama jadi bukit), banyak juga wang yang terkumpul dalam akaun bank anda. Anda kemudiannya
      6. Anda membeli sebuah kereta baru (ya bayangkan saja - Toyota, Proton, atau BMW). Anda mengambil
      7. Anda seorang pelabur. Yang mana anda akan lakukan…
      clock.png

      Time is Up!