• Laman Utama
  • Tentang Kami
  • Panduan kami

    Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

    Merancang Belanjawan

    Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

    Simpanan & Pelaburan

    Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

    Menguruskan Hutang

    Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

    Membeli Kenderaan

    Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

    Membeli Rumah

    Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

    Insurans

    Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

    Persaraan

    All Guides Icon

    Semua Panduan

  • Panduan kami
    • Merancang Belanjawan
    • Simpanan & Pelaburan
    • Membeli Rumah
    • Membeli Kenderaan
    • Menguruskan Hutang
    • Insurans
    • Persaraan
  • Kalkulator
  • Blog
  • Ambil Kuiz
    • English
    • Bahasa Malaysia
    Ada pertanyaan?
    hello@multiply.org.my
    DaftarLog masuk
    MultiplyMultiply
    • Laman Utama
    • Tentang Kami
    • Panduan kami

      Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

      Merancang Belanjawan

      Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

      Simpanan & Pelaburan

      Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

      Menguruskan Hutang

      Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

      Membeli Kenderaan

      Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

      Membeli Rumah

      Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

      Insurans

      Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

      Persaraan

      All Guides Icon

      Semua Panduan

    • Panduan kami
      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Membeli Rumah
      • Membeli Kenderaan
      • Menguruskan Hutang
      • Insurans
      • Persaraan
    • Kalkulator
    • Blog
    • Ambil Kuiz

      Gaya Hidup

      4 Cara Anda Masih Boleh Bergembira Menyambut Hari Raya Dalam Norma Baharu

      • Dihasil oleh Multiply
      • Kategori Gaya Hidup, Merancang Belanjawan, Blog
      • Tarikh Mei 10, 2021
      4 Ways You Can Still Enjoy Hari Raya In The New Normal 1 - Multiply - Lifestyle, Planning & Budgeting, Blog

      Nampaknya sekarang seluruh negara Malaysia dikenakan PKP sekali lagi, jadi anda mungkin terpaksa batalkan kebanyakan daripada rancangan Hari Raya anda. Namun, masih ada cara untuk anda bergembira menyambut Hari Raya, walaupun terpaksa kekal duduk di rumah.

      1. Semak sama ada bayaran Bantuan Prihatin Rakyat anda sudah masuk

      Pada bulan Januari 2021, kerajaan telah mengumumkan bahawa rakyat Malaysia yang layak boleh memohon untuk menerima bantuan tunai di bawah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Penerima akan menerima bayaran dalam dua fasa. 

      Pemohon yang telah menerima bayaran fasa pertama BPR dalam bulan Februari dijangka akan menerima bayaran fasa kedua bermula dari 7 Mei sehingga 12 Mei 2021.

      Anda boleh semak status permohonan anda mulai dari 7 Mei. 

      Jika permohonan anda telah diluluskan, ini bantuan yang anda boleh dapat:

      Siapa yang layak? Isi rumah dengan pendapatan kurang daripada RM2,500 Isi rumah dengan pendapatan antara RM2,501 - RM4,000 Isi rumah dengan pendapatan antara RM4,001 - RM5,000 Bujang dengan pendapatan kurang daripada BM2,500
      Pembayaran untuk Fasa 1 (Februari 2021) Dengan 0 - 1 anak: 

      RM300

      Dengan 2 atau lebih anak: 

      RM300

      Dengan 0 - 1 anak: 

      RM300

      Dengan 2 atau lebih anak: 

      RM300

      Dengan 0 - 1 anak (termasuk mereka yang berumur 60 tahun ke atas):

      RM300

      Dengan 2 atau lebih anak:

      RM300

      RM150
      Pembayaran untuk Fasa 2 jika anda telah menerima bayaran untuk Fasa 1 (Mei 2021) Dengan 0 - 1 anak: 

      RM400

      Dengan 2 atau lebih anak: 

      RM400

      Dengan 0 - 1 anak: 

      RM300

      Dengan 2 atau lebih anak: 

      RM300

      Dengan 0 - 1 anak (termasuk mereka yang berumur 60 tahun ke atas):

      RM100

      Dengan 2 atau lebih anak:

      RM250

      RM200
      Pembayaran untuk Fasa 2 jika anda tidak menerima bayaran untuk Fasa 1 (Mei 2021) Dengan 0 - 1 anak: 

      RM400

      Dengan 2 atau lebih anak: 

      RM400

      Dengan 0 - 1 anak: 

      RM300

      Dengan 2 atau lebih anak: 

      RM300

      Dengan 0 - 1 anak (termasuk mereka yang berumur 60 tahun ke atas):

      RM100

      Dengan 2 atau lebih anak:

      RM250

      RM350

      Jika permohonan anda ditolak, anda boleh membuat rayuan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bermula dari 15 Mei sehingga 30 Jun 2021.

       

      2. Hantar e-duit raya

      Anda nak beri duit raya kepada sanak-saudara tapi tak boleh nak ziarah mereka? Anda bolehlah hantar e-duit raya kepada mereka jika bank atau e-wallet anda ada menawarkan perkhidmatan ini. 

      Contoh bank yang menawarkan perkhidmatan e-duit raya termasuk Maybank, RHB, Hong Leong dan CIMB. Sementara itu, e-wallet yang menawarkan perkhidmatan e-duit raya termasuk Boost, Grab, Touch N Go dan Shopee Pay. 

      Tak pernah hantar e-duit raya sebelum ini? Ini caranya:

      • Bergantung kepada jenis bank/e-wallet anda, anda boleh hantar e-duit raya melalui perbankan dalam talian atau aplikasi mudah alih dengan menggunakan nombor telefon penerima. 
      • Kongsi nombor telefon penerima dan jumlah wang yang anda mahu hantar kepada mereka.
      • Penerima akan menerima satu kod nombor melalui SMS. Bank/e-wallet yang anda gunakan akan memberi arahan kepada mereka untuk klik pada satu pautan atau log masuk ke dalam sebuah aplikasi.
      • Untuk menerima duit raya tersebut, penerima hendaklah pergi ke pautan atau aplikasi tersebut. Mereka perlu memasukkan kod nombor yang mereka terima untuk mengesahkan identiti mereka.
      • Bank/e-wallet anda akan menghantar duit raya tersebut kepada mereka.

      Bagaimana kalau anda tidak ada aplikasi atau akaun bank atas talian untuk menghantar e-duit raya? Ada bank tertentu yang menawarkan e-duit raya percuma kalau anda memuat turun aplikasi mereka, atau jika anda mencadangkan aplikasi tersebut kepada kawan-kawan anda, atau jika anda membuka akaun bersama mereka untuk anak anda. 

      Jadi, tinjau-tinjaulah kalau ada promosi yang bagus! Kalau boleh dapat e-duit raya tambahan, anda boleh menjimatkan wang dan juga membawa keriangan kepada rakan-rakan dan keluarga anda.

      Perhatikan had transaksi maksimum untuk menghantar e-duit raya setiap hari. Periksa jika ada had tertentu, maklumat ini dapat membantu anda merancang belanjawan anda dari segi pemberian e-duit raya.

       

      3. Bayar zakat secara dalam talian

      Kalau anda membayar zakat, anda boleh buat bayaran dalam talian melalui cara-cara berikut:

      • Melalui portal dalam talian MyEG atau aplikasi mudah alih
        • Bagi mereka yang tinggal di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Negeri Sembilan, Kedah, Sarawak dan Sabah
        • Anda boleh bayar melalui perbankan dalam talian atau kad kredit
      • Laman web atau aplikasi mudah alih lembaga zakat negeri bagi negeri anda
        • Anda boleh bayar melalui perbankan dalam talian, JomPAY atau e-wallet terpilih
      • Perbankan dalam talian dan aplikasi mudah alih menerusi bank anda

       

      4. Mohon untuk dapatkan rebat internet daripada penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) anda

      Adakah anda penerima BPR dalam golongan B40? Anda boleh dapatkan rebat untuk pelan data anda di bawah program kerajaan Jaringan Prihatin yang telah diumumkan pada 5 Mei.

      Sekiranya anda layak, anda boleh pilih salah satu daripada dua pilihan di bawah:

      • Satu pakej peranti dengan rebat sehingga RM300
      • Satu pakej pelan data bulanan dengan rebat sehingga RM180 sebulan selama 12 bulan

      Anda boleh mendaftar untuk program Jaringan Prihatin dengan penyedia telco anda bermula dari 5 Mei sehingga 31 Julai 2021. 

      Tetapi, tawaran mungkin diberi untuk pelan tertentu sahaja. Rebat yang anda boleh dapatkan juga bergantung kepada penyedia telco anda. Jadi, tanya penyedia telco anda tentang cara anda boleh tuntut rebat tersebut. 

      Akibat pandemik COVID-19, cara kita meraikan perayaan kini terpaksa berubah, tapi kami harap tip yang kami kongsikan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dan orang-orang yang anda sayangi untuk tetap bergembira di bulan Syawal. Kami di Multiply ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada anda dan seperti biasa, jaga diri betul-betul ya! 

      Dah bersedia untuk menyambut musim Raya?

      Kalau anda perlu membuat belanjawan untuk musim perayaan ini, baca panduan kami tentang merancang belanjawan. 

      Kalau anda perlu gunakan e-wallet, baca panduan kami tentang e-wallet.

      Nak tahu apa bantuan kerajaan yang anda boleh dapatkan pada tahun 2021?  Kami rumuskan untuk anda di sini.

      Kalau anda layak menerima bantuan kewangan Pemerkasa, ia akan diberikan tak lama lagi.  Baca tentang apa yang anda boleh dapat..

      Kongsikannya:


      Admin bar avatar
      Multiply
      The Multiply Admin

      Sebelumnya

      5 tip kewangan peribadi untuk pekerja sendiri
      Mei 10, 2021

      Seterusnya

      Memilih Pelan Caruman Sukarela KWSP yang Betul untuk Diri Anda
      Mei 19, 2021

      Anda Mungkin Berminat

      ENG Budget Visuals 1
      Anda dah sedia untuk Bajet 2023?
      22 Februari, 2023
      where-can-i-get-help-if-i-am-struggling-financially
      Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan jika saya menghadapi cabaran kewangan?
      13 Februari, 2023
      Carousel – Budgeting 1-01
      Nak kembangkan simpanan anda?
      1 Disember, 2022

      Cari

      Artikel Terkini

      Ready for Malaysia's Budget 2023? 3 - Multiply - Planning & Budgeting
      Anda dah sedia untuk Bajet 2023?
      22Feb2023
      Where can I get help if I'm struggling financially? 5 - Multiply - Blog, Planning & Budgeting, Saving & Investing
      Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan jika saya menghadapi cabaran kewangan?
      13Feb2023
      Want to grow your savings? 7 - Multiply - Planning & Budgeting
      Nak kembangkan simpanan anda?
      01Dis2022

      KATEGORI PANDUAN

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
        • ETF
        • Unit Amanah
        • Saham
        • Asas Pelaburan
        • Deposit Tetap
        • Simpanan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan
      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan

      Peringkat hidup

      • Pelajar
      • Keluarga
      • Pekerja Dewasa
      • Pesara

      Panduan terkini

      5 Perkara untuk Diselidik Sebelum Melabur dalam Saham sesebuah Syarikat

      5 Perkara untuk Diselidik Sebelum Melabur dalam Saham sesebuah Syarikat

      Free
      What you need to know about ‘Buy Now, Pay Later’ plans

      Apa yang anda perlu tahu tentang pelan 'Beli Sekarang, Bayar Kemudian'

      Free
      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang E-Wallet?

      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang E-Wallet?

      Free

      Jangan ketinggalan, sertai senarai mel kami!

      newsletter-subscribe-multiply

      logo-multiply-learn-investing-for-free

      hello@multiply.org.my

      Maklumat

      • Laman Utama
      • Blog
      • Tentang Kami
      • Hubungi

      Kategori

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan

      Kategori

      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan
      • Semua Panduan

      Instagram Feed

      Ready to simplify your finances and achieve financ Ready to simplify your finances and achieve financial independence? 🔥💰 Swipe to learn more about the FIRE concept as part of our Multiply Simplifies series. Discover how you can retire early and live the life you want by following these simple steps.#FIRE #retirement #multiplysimplifies #financialfreedom #financialindependence #financemadesimple #financialliteracy #financialeducation #multiplymalaysia #malaysia
      EPF savings will always be enough for my retiremen EPF savings will always be enough for my retirement - do you think this is a fact or a myth? 🤔Check out our reel to find out the answer, and the recommended retirement savings amount you should have! 🏦#mythbusters #mythbusting #mythbustingmonday #retirement #retirementplanning #retirementsavings #retire #epf #kwsp #personalfinance #malaysia #financialliteracy
      Money talk made simple! 🤑 Introducing Multiply Money talk made simple! 🤑 Introducing Multiply Simplifies - your one-stop destination for all things finance! 💰💸 From budgeting to savings, we've got you covered. Today its about EPF, also known as KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja).Follow us for weekly bite-sized explanations that make financial concepts & elements easy to understand. #multiplysimplifies #financemadesimple #moneytalk #financialliteracy #financialeducation #kewangan #financemalaysia #epf #kwsp #personalfinance #multiplymalaysia #malaysia
      Anda rasa simpanan persaraan penting atau tak untu Anda rasa simpanan persaraan penting atau tak untuk suri rumah? 🤔 Tonton reel ini, biar kami jelaskan, dan beritahu pendapat anda di ruangan komen di bawah!👇#mythbustingmonday #multiplymalaysia #celikkewangan #pendidikankewangan #surirumah #wanitaperlutahu #duit #kewangan #wanita #isayang #kwsp

      Multiply by Creador Foundation.

      • Privasi
      • Terma
      • Peta laman

      Facebook Google

      Log masuk dengan akaun laman anda

      2 + one =

      Lupa kata laluan anda?

      Belum jadi ahli? Daftar sekarang

      Daftar akaun baru

      4 × 2 =

      Anda seorang ahli? Log masuk sekarang

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Apa gaya perbelanjaan anda?

      Menguruskan perbelanjaan boleh jadi sesuatu yang rumit. Cuba beritahu kami bagaimana anda membelanjakan wang dan kami boleh bantu anda mencari jalan bagaimana untuk berbelanja dengan lebih baik!

      1. Bagaimana anda memperoleh pendapatan?
      2. Bagaimana pengurusan kewangan anda sebelum COVID-19 melanda?
      3. Bagaimana COVID-19 telah memberi kesan kepada perbelanjaan anda secara keseluruhannya?
      4. Bagaimana perintah kawalan pergerakan (PKP/PKPB) telah memberi kesan kepada penggunaan kad kredit anda?
      5. Jika anda menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN), bagaimana anda menggunakannya?
      6. Jika anda mengambil wang daripada akaun KWSP anda dalam tempoh PKP/PKPB (di bawah i-Lestari), bagaimana anda menggunakannya?
      7. Moratorium pinjaman berguna untuk saya kerana:
      8. Musim percutian sudah dekat. Apa perancangan anda untuk aktiviti beli-belah hujung tahun?
      9. Anda sudah rancang belanjawan anda untuk tahun 2021?
      10. Bagaimana anda membuat persediaan kewangan untuk tahun 2021?
      11. Bagaimana anda rasa anda akan menguruskan wang anda pada tahun 2021?
      12. Apa yang anda perlukan untuk mempertingkatkan kewangan anda pada tahun 2021?
      13. Untuk tahun 2021, matlamat kewangan utama saya ialah untuk:
      14. Untuk tahun 2021, aspek kewangan yang paling membimbangkan saya ialah:
      15. Untuk tahun 2021, aspek kewangan peribadi yang mana yang anda ingin pelajari dengan lebih lanjut?
      clock.png

      Time is Up!

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Ambil kuiz kami!



      Apakah personaliti kewangan Anda?

      Terbaru


      Apa gaya perbelanjaan anda?

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Apakah personaliti Kewangan Anda?

      Cuba lihat sama ada anda seorang Boss Duit, Kadet Kewangan atau Budak Baru Belajar dengan mengambil kuiz ini!

      1. Dah nak dekat hujung bulan ni, dalam fikiran anda...
      2. Kalau anda saja-saja nak pergi membeli-belah, adakah anda….
      3. Kereta anda mengalami kemalangan dan anda perlu keluarkan wang sebanyak RM1,000 untuk membaikinya. Anda…
      4. Anda terima penyata kad kredit anda dan anda…
      5. Selepas berbulan-bulan menyimpan (memang betul, sikit -sikit, lama-lama jadi bukit), banyak juga wang yang terkumpul dalam akaun bank anda. Anda kemudiannya
      6. Anda membeli sebuah kereta baru (ya bayangkan saja - Toyota, Proton, atau BMW). Anda mengambil
      7. Anda seorang pelabur. Yang mana anda akan lakukan…
      clock.png

      Time is Up!