Gaji cukup-cukup makan setiap bulan? Ini tips untuk tingkatkan pengurusan kewangan anda.
Apakah maksud hidup cukup-cukup makan dengan gaji bulanan?
Jika kehidupan anda hanyalah cukup-cukup makan dengan gaji bulanan, ini bererti anda telah membelanjakan semua duit pendapatan setiap bulan untuk membayar sewa, bil dan perbelanjaan makanan. Anda tidak mempunyai lebihan untuk disimpan terhadap perkara yang tidak dirancang.
Bagaimana nak kenali perangai seumpama ini?
-
- Tabiat rancangan kewangan: Simpanan tidak penting kerana anda dapat duit dari bekerja, bukan melalui simpanan.
- Tabiat pengurusan kewangan: Nikmati hidup sekarang dan tidak pedulikan masa depan.
- Tabiat Perbelanjaan: Beli barang yang memberikan kepuasan serta merta, makanan mewah, pakaian berjenama, gajet baharu, kereta baharu dan percutian.
- Perancangan Masa Depan: Tidak penting dan tidak dipertimbangkan.
Langkah untuk bebaskan hidup hanya dengan gaji bulanan yang cukup-cukup makan
Kira setiap perbelanjaan anda. Contohnya, makanan, kenderaan, hiburan dan buat pelan bajet dengan menggunakan bajet Multiply.
💡 Artikel berkaitan: Merancang Belanjawan
2. Kurangkan pembayaran hutang dengan cara Kaedah bola salji hutang, ataupun “debt snowball”, - cara untuk bayar hutang lebih pantas dengan mengutamakan pinjaman paling kecil dengan pembayaran ekstra diutamakan.
3. Abaikan perbelanjaan yang tidak perlu dan sentiasa beringat dan fikirkan setiap keputusan pembelian anda.
4. Cari peluang baharu untuk dapatkan pendapatan ekstra dengan masa terluang. Anda juga boleh belajar skil baharu, memberikan servis upah secara freelance (seperti rekaan grafik atau terjemahan bahasa), atau kerja sambilan (seperti rider atau dropship).
5. Mula berjimat sekarang dengan sebanyak mungkin bagi setiap bulan.
💡 Artikel berkaitan: Cara untuk menetapkan Sasaran Simpanan
Akhir sekali, kesabaran adalah kunci dan sangat penting dalam usaha anda untuk mencapai sasaran. Ia pastinya akan mengambil masa dan usaha. Kejayaan tidak dapat dicapai dengan segera. Teruskan usaha dan komitmen dalam proses ini.