• Laman Utama
  • Tentang Kami
  • Panduan kami

    Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

    Merancang Belanjawan

    Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

    Simpanan & Pelaburan

    Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

    Menguruskan Hutang

    Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

    Membeli Kenderaan

    Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

    Membeli Rumah

    Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

    Insurans

    Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

    Persaraan

    All Guides Icon

    Semua Panduan

  • Panduan kami
    • Merancang Belanjawan
    • Simpanan & Pelaburan
    • Membeli Rumah
    • Membeli Kenderaan
    • Menguruskan Hutang
    • Insurans
    • Persaraan
  • Kalkulator
  • Blog
  • Ambil Kuiz
    • English
    • Bahasa Malaysia
    Ada pertanyaan?
    hello@multiply.org.my
    DaftarLog masuk
    MultiplyMultiply
    • Laman Utama
    • Tentang Kami
    • Panduan kami

      Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

      Merancang Belanjawan

      Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

      Simpanan & Pelaburan

      Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

      Menguruskan Hutang

      Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

      Membeli Kenderaan

      Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

      Membeli Rumah

      Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

      Insurans

      Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

      Persaraan

      All Guides Icon

      Semua Panduan

    • Panduan kami
      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Membeli Rumah
      • Membeli Kenderaan
      • Menguruskan Hutang
      • Insurans
      • Persaraan
    • Kalkulator
    • Blog
    • Ambil Kuiz

      Gaya Hidup

      Lapan Tip Membeli-belah Secara Online

      • Dihasil oleh Multiply
      • Kategori Gaya Hidup
      • Tarikh November 13, 2020
      Eight Tips for Shopping Online 1 - Multiply - Lifestyle

      Sejak tercetusnya pandemik Covid-19, kita terhalang daripada keluar rumah dengan bebas seperti dulu. Jadi, untuk mendapatkan barang yang diperlukan, ramai yang memilih untuk membuat pembelian secara online. Tapi pernah tak anda buat pesanan dalam talian dan kemudian mendapati bahawa produk yang dibeli tak seperti yang diharapkan? Ok, mari kita baca lapan tips tentang pembelian barang secara online untuk mengelakkan anda mengalami kekecewaan sebagai pembeli!

      1. Baca semua spesifikasi: Penjual dalam talian selalunya memberi butiran terperinci tentang barangan yang mereka jual. Satu perkara penting yang anda perlu pastikan ialah saiz produk – Anda mesti tak mahu belikan anak anda set permainan dapur yang anda sangka bersaiz besar seperti dapur sebenar, tapi sebenarnya apa yang anda dapat ialah satu set mini yang kenit saja! Mungkin ada dalam kalangan kita yang terbuai dengan harga rendah sesuatu barangan sehingga terlupa membaca maklumat yang diberikan oleh penjual, tau-tau saja dah klik ‘beli sekarang’. Pastikan anda ambil masa untuk membaca setiap butiran maklumat yang diberikan tentang sesuatu produk supaya anda tahu dan sedar apa yang anda beli.  
      2. Cuba hubungi penjual: Kalau anda tak jumpa maklumat produk yang anda cari, cuba hubungi penjual yang berkenaan untuk bertanyakan butiran lanjut. Berhubung secara terus dengan penjual ialah satu cara yang baik untuk menguji sepantas mana penjual itu akan menjawab pertanyaan anda. Dengan cara ini, anda boleh elakkan membeli barang daripada penjual yang lambat mengeposkan barang anda atau lebih teruk lagi, yang tidak akan bekerjasama dengan anda kalau anda perlu pulangkan barang yang dibeli atau dapatkan wang balik – ini membawa kita kepada poin yang seterusnya. 
      3. Cari penjual yang boleh dipercayai: Oleh sebab kita tak boleh nampak atau periksa barang yang dibeli, ada kemungkinan kita akan membeli barang yang salah atau yang tak berfungsi dengan betul. Walaupun ini mungkin disebabkan oleh kesalahan yang tak disengajakan, ada juga penjual tak bertanggungjawab di luar sana yang cuba menipu pembeli dengan tidak menyerahkan barangan yang sepatutnya setelah bayaran dibuat.
        Nasib baik juga, sesetengah platform dalam talian ada mengamalkan tempoh menunggu. Dalam tempoh ini, wang anda akan dipegang sehingga anda mengesahkan yang anda dah terima pesanan anda seperti yang dijangkakan. Selepas pengesahan diterima, barulah wang yang anda bayar akan dipindahkan kepada penjual. Tapi bukan semua platform ada prosedur begini, jadi anda harus selidik tentang penjual dan produk sebelum melakukan pembelian. Lihat poin 4 di bawah untuk ketahui macam mana nak kenal pasti penjual yang menjual produk yang berkualiti dan boleh dipercayai!
      4. Lihat rating dan ulasan: Membaca ulasan produk ialah satu cara yang sangat baik untuk melihat sama ada produk yang anda ingin beli akan memenuhi kehendak atau keperluan anda. Tinjau rating yang mereka dapat and baca ulasan supaya anda tak buang duit membeli barang yang salah atau rendah kualitinya. Ulasan juga akan memberi maklum balas tentang penjual dan gambar-gambar produk, jadi anda patut kaji semua ini dalam usaha mengenal pasti penjual yang boleh dipercayai. Rating penjual selalunya boleh juga dilihat dalam halaman jualan mereka.
        Selain itu, kita patut jauhi penjual atau produk yang tidak dikenali, sebab kita takkan tahu apa yang kita akan dapat (dan anda mesti tak nak jadi orang pertama untuk sedar yang anda dah beli barang dengan penjual yang tak boleh dipercayai!).
      5. Selidik tentang polisi pemulangan: Kebanyakan platform dalam talian ada polisi pemulangan barang/pengembalian wang yang membolehkan anda memulangkan produk dan mendapat balik wang anda dengan mudah, asalkan memenuhi syarat tertentu. Jadi, pastikan anda baca semua terma dan syarat tentang pemulangan barang dan pengembalian wang! Namun, proses pemulangan barang/pengembalian wang yang diamalkan oleh penjual online yang lain mungkin kurang jelas. Kalau anda tak pasti, hubungi penjual dan dapatkan penjelasan tentang polisi pemulangan barang/pengembalian wang mereka sebelum anda membuat pesanan. Kalau anda rasa anda tak boleh nak percaya dengan penjual tersebut, jangan teruskan pembelian dengan mereka!
      6. Gunakan kod diskaun: Kod diskaun ialah satu cara yang bagus untuk menjimatkan wang. Kalau anda menggunakan platform dalam talian atau aplikasi membeli-belah, selalunya anda akan diberi kod diskaun sebagai ganjaran untuk pesanan yang telah dibuat, atau sebagai sebahagian daripada promosi jualan yang diadakan. Jangan lupa gunakan kod diskaun anda semasa nak checkout nanti! 
      7. Buat penyelidikan: Selain daripada membaca ulasan tentang penjual, buat perbandingan dengan penjual online yang lain untuk pastikan anda mendapat harga yang terbaik untuk barangan yang anda nak beli. Buat penyelidikan sendiri tentang sesuatu produk dengan meninjau apa lagi yang diperkatakan tentang produk tersebut oleh penjual yang lain dan di laman web yang lain. 
      8. Jangan terlebih belanja: Membeli-belah secara online memang satu cara pembelian yang pantas berbanding membeli-belah secara fizikal. Oleh itu, anda mungkin terbawa-bawa memasukkan macam-macam barang ke dalam kart membeli-belah anda. Tambahan pula, platform membeli-belah selalunya menawarkan pelbagai tawaran dan promosi yang menggoda anda untuk berbelanja lebih. Jadi, pastikan anda tetapkan had belanjawan untuk dipatuhi supaya anda tak berbelanja lebih daripada kemampuan. Baca panduan kami tentang perancangan dan belanjawan untuk fahami topik ini dengan lebih lanjut. 

      Kami tahu, membeli-belah secara online ni memang mudah dan cepat, malah anda boleh nikmati lebih penjimatan berbanding dengan membeli barangan di kedai biasa. Tapi, oleh sebab prosesnya cepat dan harga pun rendah, ini boleh menyebabkan anda leka dan akibatnya wang anda mungkin tidak dibelanjakan dengan baik. Jadi, pastikan anda ikut panduan yang kami kongsi supaya anda dapat berbelanja dengan bijak apabila membuat pembelian secara online! Bacalah juga kiriman blog kami yang lain tentang pengurusan wang semasa pandemik untuk membantu anda mengawal kewangan anda dengan berkesan. 

      Kalau anda menghadapi masalah dengan penjual online seperti ditipu dan sebagainya, anda boleh membuat aduan di sini: 

      Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional
      03-7876 9000
      myaduan@nccc.org.my

      Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
      1-800-886-800
      https://e-aduan.kpdnhep.gov.my/

      Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia
      03-7877 9000
      http://www.fomca.org.my/v1/

      Kongsikannya:


      Admin bar avatar
      Multiply
      The Multiply Admin

      Sebelumnya

      Apa Manfaat yang Anda Boleh Dapat daripada Belanjawan 2021?
      November 13, 2020

      Seterusnya

      4 Perkara yang Anda Perlu Tahu Sebelum Melabur dalam Emas
      November 18, 2020

      Anda Mungkin Berminat

      resized-image-Promo (4)
      4 Cara Anda Masih Boleh Bergembira Menyambut Hari Raya Dalam Norma Baharu
      10 Mei, 2021
      Shopping
      5 Tip untuk Merancang Aktiviti Beli-Belah Hujung Tahun Anda
      2 Disember, 2020
      Moving-out-scaled
      6 Tip Berpindah Ke Kediaman Sendiri
      4 November, 2020

      Cari

      Artikel Terkini

      Ready for Malaysia's Budget 2023? 3 - Multiply - Planning & Budgeting
      Anda dah sedia untuk Bajet 2023?
      22Feb2023
      Where can I get help if I'm struggling financially? 5 - Multiply - Blog, Planning & Budgeting, Saving & Investing
      Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan jika saya menghadapi cabaran kewangan?
      13Feb2023
      Want to grow your savings? 7 - Multiply - Planning & Budgeting
      Nak kembangkan simpanan anda?
      01Dis2022

      KATEGORI PANDUAN

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
        • ETF
        • Unit Amanah
        • Saham
        • Asas Pelaburan
        • Deposit Tetap
        • Simpanan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan
      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan

      Peringkat hidup

      • Pelajar
      • Keluarga
      • Pekerja Dewasa
      • Pesara

      Panduan terkini

      5 Perkara untuk Diselidik Sebelum Melabur dalam Saham sesebuah Syarikat

      5 Perkara untuk Diselidik Sebelum Melabur dalam Saham sesebuah Syarikat

      Free
      What you need to know about ‘Buy Now, Pay Later’ plans

      Apa yang anda perlu tahu tentang pelan 'Beli Sekarang, Bayar Kemudian'

      Free
      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang E-Wallet?

      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang E-Wallet?

      Free

      Jangan ketinggalan, sertai senarai mel kami!

      newsletter-subscribe-multiply

      logo-multiply-learn-investing-for-free

      hello@multiply.org.my

      Maklumat

      • Laman Utama
      • Blog
      • Tentang Kami
      • Hubungi

      Kategori

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan

      Kategori

      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan
      • Semua Panduan

      Instagram Feed

      Ready to simplify your finances and achieve financ Ready to simplify your finances and achieve financial independence? 🔥💰 Swipe to learn more about the FIRE concept as part of our Multiply Simplifies series. Discover how you can retire early and live the life you want by following these simple steps.#FIRE #retirement #multiplysimplifies #financialfreedom #financialindependence #financemadesimple #financialliteracy #financialeducation #multiplymalaysia #malaysia
      EPF savings will always be enough for my retiremen EPF savings will always be enough for my retirement - do you think this is a fact or a myth? 🤔Check out our reel to find out the answer, and the recommended retirement savings amount you should have! 🏦#mythbusters #mythbusting #mythbustingmonday #retirement #retirementplanning #retirementsavings #retire #epf #kwsp #personalfinance #malaysia #financialliteracy
      Money talk made simple! 🤑 Introducing Multiply Money talk made simple! 🤑 Introducing Multiply Simplifies - your one-stop destination for all things finance! 💰💸 From budgeting to savings, we've got you covered. Today its about EPF, also known as KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja).Follow us for weekly bite-sized explanations that make financial concepts & elements easy to understand. #multiplysimplifies #financemadesimple #moneytalk #financialliteracy #financialeducation #kewangan #financemalaysia #epf #kwsp #personalfinance #multiplymalaysia #malaysia
      Anda rasa simpanan persaraan penting atau tak untu Anda rasa simpanan persaraan penting atau tak untuk suri rumah? 🤔 Tonton reel ini, biar kami jelaskan, dan beritahu pendapat anda di ruangan komen di bawah!👇#mythbustingmonday #multiplymalaysia #celikkewangan #pendidikankewangan #surirumah #wanitaperlutahu #duit #kewangan #wanita #isayang #kwsp

      Multiply by Creador Foundation.

      • Privasi
      • Terma
      • Peta laman

      Facebook Google

      Log masuk dengan akaun laman anda

      six + 4 =

      Lupa kata laluan anda?

      Belum jadi ahli? Daftar sekarang

      Daftar akaun baru

      nineteen − fourteen =

      Anda seorang ahli? Log masuk sekarang

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Apa gaya perbelanjaan anda?

      Menguruskan perbelanjaan boleh jadi sesuatu yang rumit. Cuba beritahu kami bagaimana anda membelanjakan wang dan kami boleh bantu anda mencari jalan bagaimana untuk berbelanja dengan lebih baik!

      1. Bagaimana anda memperoleh pendapatan?
      2. Bagaimana pengurusan kewangan anda sebelum COVID-19 melanda?
      3. Bagaimana COVID-19 telah memberi kesan kepada perbelanjaan anda secara keseluruhannya?
      4. Bagaimana perintah kawalan pergerakan (PKP/PKPB) telah memberi kesan kepada penggunaan kad kredit anda?
      5. Jika anda menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN), bagaimana anda menggunakannya?
      6. Jika anda mengambil wang daripada akaun KWSP anda dalam tempoh PKP/PKPB (di bawah i-Lestari), bagaimana anda menggunakannya?
      7. Moratorium pinjaman berguna untuk saya kerana:
      8. Musim percutian sudah dekat. Apa perancangan anda untuk aktiviti beli-belah hujung tahun?
      9. Anda sudah rancang belanjawan anda untuk tahun 2021?
      10. Bagaimana anda membuat persediaan kewangan untuk tahun 2021?
      11. Bagaimana anda rasa anda akan menguruskan wang anda pada tahun 2021?
      12. Apa yang anda perlukan untuk mempertingkatkan kewangan anda pada tahun 2021?
      13. Untuk tahun 2021, matlamat kewangan utama saya ialah untuk:
      14. Untuk tahun 2021, aspek kewangan yang paling membimbangkan saya ialah:
      15. Untuk tahun 2021, aspek kewangan peribadi yang mana yang anda ingin pelajari dengan lebih lanjut?
      clock.png

      Time is Up!

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Ambil kuiz kami!



      Apakah personaliti kewangan Anda?

      Terbaru


      Apa gaya perbelanjaan anda?

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Apakah personaliti Kewangan Anda?

      Cuba lihat sama ada anda seorang Boss Duit, Kadet Kewangan atau Budak Baru Belajar dengan mengambil kuiz ini!

      1. Dah nak dekat hujung bulan ni, dalam fikiran anda...
      2. Kalau anda saja-saja nak pergi membeli-belah, adakah anda….
      3. Kereta anda mengalami kemalangan dan anda perlu keluarkan wang sebanyak RM1,000 untuk membaikinya. Anda…
      4. Anda terima penyata kad kredit anda dan anda…
      5. Selepas berbulan-bulan menyimpan (memang betul, sikit -sikit, lama-lama jadi bukit), banyak juga wang yang terkumpul dalam akaun bank anda. Anda kemudiannya
      6. Anda membeli sebuah kereta baru (ya bayangkan saja - Toyota, Proton, atau BMW). Anda mengambil
      7. Anda seorang pelabur. Yang mana anda akan lakukan…
      clock.png

      Time is Up!