Memilih Pelan Caruman Sukarela KWSP yang Betul untuk Diri Anda
KWSP membantu rakyat Malaysia menyimpan wang untuk persaraan mereka. Jika anda bekerja untuk sebuah syarikat, 11% * daripada gaji bulanan anda akan disimpan secara automatik dalam KWSP, dan majikan anda turut menyumbang sebanyak 13% (jika anda berpendapatan RM5,000 dan kurang) atau 12% (jika pendapatan anda melebihi RM5,000). Simpanan ini dipanggil caruman wajib.
Jika anda tidak bekerja untuk mana-mana syarikat dan anda tiada punca pendapatan tetap, anda tidak perlu membuat caruman wajib kepada KWSP. Tetapi memandangkan anda masih perlu mempersiapkan diri untuk persaraan, KWSP menyediakan beberapa pilihan untuk anda membuat caruman sukarelaMari kita lihat pelan-pelan caruman sukarela tersebut bagi membantu anda membuat keputusan tentang pelan mana yang terbaik untuk anda.
Skim | i-Saraan | Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP | Caruman Pilihan Sendiri |
Bagaimanakah ia berfungsi? | Skim ini adalah untuk mereka yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap. Anda boleh mencarum sebarang jumlah sehingga RM60,000 setahun, pada bila-bila masa. Memandangkan ini skim paling baru yang telah diperkenalkan selepas skim Kasih Suri Keluarga Malaysia (lihat lajur sebelah), jika anda pernah mendaftar untuk Insentif Suri anda mesti membatalkannya sebelum membuat permohonan menyertai skim i-Saraan. | Skim ini adalah untuk suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) pada 30 November 2021.
Anda mesti mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun dan anda boleh membuat caruman pada bila-bila masa. |
Jika anda bekerja sendiri, seorang pemilik perniagaan, ejen komisen atau rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara (yang tidak perlu mencarum kepada KWSP), anda boleh mencarum sebarang jumlah sehingga RM60,000 setahun. Anda boleh mencarum pada bila-bila masa.
*Nota: Caruman pilihan sendiri juga tersedia bagi pekerja yang membuat caruman wajib dan ingin menyimpan lebih wang untuk tujuan persaraan. |
Faedah |
|
|
|
Siapa yang boleh memohon? |
|
|
|
Bila anda patut memohon? | Anda boleh memohon pada bila-bila masa. Kerajaan akan membayar anda insentif tahunan istimewa sebanyak 15% dengan maksimum RM250 sehingga tahun 2022, maka buatlah permohonan sebelum tahun tersebut. | Anda boleh memohon pada bila-bila masa. | Anda boleh memohon pada bila-bila masa. |
Cara mendaftar |
|
|
|
Cara membuat pembayaran |
|
|
|
* Kadar caruman minimum yang baharu ialah 9% bermula dari Januari 2021 sehingga Disember 2021, sebagai satu langkah jangka pendek dalam Belanjawan 2021.
Jadi, skim manakah yang patut anda pilih?
Pertama, semak syarat-syarat setiap skim untuk mengenal pasti pelan mana yang boleh anda sertai. Jika anda layak mencarum dalam lebih daripada satu skim, bandingkan caruman minimum yang anda perlu buat dengan mengambil kira faedah dan insentif kerajaan yang anda akan dapat untuk membantu anda menentukan pelan yang terbaik untuk diri anda.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perancangan persaraan, anda boleh membaca panduan merancang persaraan anda dan menyimpan wang dengan KWSP.. Anda juga boleh menggunakan kalkulator persaraan atau tonton video yang kami sediakan!
Untuk mencapai matlamat kewangan anda, anda mungkin berminat membaca panduan-panduan berikut:
Panduan perancangan dan belanjawan
Mengapa penting untuk melangsaikan pinjaman anda
Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada Mei 2021 dan terakhir dikemaskini pada 22 Ogos 2022 untuk info terkini.