• Laman Utama
  • Tentang Kami
  • Panduan kami

    Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

    Merancang Belanjawan

    Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

    Simpanan & Pelaburan

    Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

    Menguruskan Hutang

    Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

    Membeli Kenderaan

    Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

    Membeli Rumah

    Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

    Insurans

    Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

    Persaraan

    All Guides Icon

    Semua Panduan

  • Panduan kami
    • Merancang Belanjawan
    • Simpanan & Pelaburan
    • Membeli Rumah
    • Membeli Kenderaan
    • Menguruskan Hutang
    • Insurans
    • Persaraan
  • Kalkulator
  • Blog
  • Ambil Kuiz
    • English
    • Bahasa Malaysia
    Ada pertanyaan?
    hello@multiply.org.my
    DaftarLog masuk
    MultiplyMultiply
    • Laman Utama
    • Tentang Kami
    • Panduan kami

      Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

      Merancang Belanjawan

      Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

      Simpanan & Pelaburan

      Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

      Menguruskan Hutang

      Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

      Membeli Kenderaan

      Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

      Membeli Rumah

      Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

      Insurans

      Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

      Persaraan

      All Guides Icon

      Semua Panduan

    • Panduan kami
      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Membeli Rumah
      • Membeli Kenderaan
      • Menguruskan Hutang
      • Insurans
      • Persaraan
    • Kalkulator
    • Blog
    • Ambil Kuiz

      Persaraan

      Menukar Kadar Caruman KWSP Anda: Apa Kesannya Terhadap Anda?

      • Dihasil oleh Multiply
      • Kategori Persaraan
      • Tarikh Disember 4, 2020
      Changing Your EPF Contribution: How Does It Affect You? 1 - Multiply - Retirement

      Dalam Belanjawan 2021, Kerajaan telah mengumumkan bahawa bermula Januari 2021 sehingga Disember 2021, pekerja yang berumur kurang daripada 60 tahun mesti mencarum sebanyak 9% daripada gaji bulanan mereka ke dalam KWSP, dan bukan lagi 11% seperti sebelumnya.

      Pilihan untuk merendahkan kadar caruman KWSP daripada 11% kepada 9% ini bertujuan untuk membantu golongan pekerja menambah jumlah wang gaji yang dibawa pulang, terutamanya jika mereka mengalami potongan gaji akibat krisis Covid-19 yang melanda.

      Tapi sebenarnya pada awal tahun ini kerajaan telah mengumumkan bahawa golongan pekerja ada pilihan untuk merendahkan kadar caruman mereka kepada 7%. Ini juga bertujuan untuk membantu mereka yang terkesan akibat krisis wabak Covid-19. Jadi, menjelang Januari 2021, mereka yang telah merendahkan kadar caruman KWSP mereka kepada 7% sebenarnya perlu menaikkannya semula – kepada 9%. Walaupun ini masih lebih rendah daripada kadar biasa 11%, kesannya tetap akan dirasakan. 

      Ahli-ahli KWSP yang mahu kekal mencarum sebanyak 11% daripada gaji mereka perlu mengisi Borang KWSP 17A (Khas 2021) yang boleh didapati di laman web KWSP. Mereka perlu menghantar borang tersebut kepada majikan mereka, dan seterusnya majikan mereka akan menghantarnya ke KWSP. Kadar caruman KWSP majikan kekal sama – jika anda berpendapatan RM5,000 atau kurang sebulan, majikan anda dikehendaki mencarum 13% daripada gaji anda ke dalam KWSP dan jika anda berpendapatan lebih daripada RM5,000, majikan anda dikehendaki mencarum sebanyak 12%. 

      Sama ada anda kini mencarum 7% dan perlu menaikkan caruman kepada 9%, atau jika anda masih mencarum 11% daripada gaji anda dalam KWSP dan sedang mempertimbangkan untuk mengurangkan kadarnya kepada 9%, mari kita lihat kesannya kepada anda. 

      1. Tunai yang lebih banyak atau berkurangan?
      Kalau anda mengalami pemotongan gaji
      Kalau anda mencarum 7% Kalau anda mencarum 11% Apa yang boleh anda buat?
      • Caruman anda akan dinaikkan secara automatik kepada 9%.
      • Wang gaji yang akan dibawa pulang menjadi kurang, oleh itu wang tunai yang anda ada juga akan berkurangan.
      • Yang bagusnya, anda menyimpan lebih banyak wang untuk persaraan anda.
      • Anda akan mengurangkan caruman anda kepada 9%.
      • Anda membawa pulang wang gaji yang lebih dan ini boleh digunakan untuk menampung bayaran balik pinjaman bank atau perbelanjaan yang lain.
      Anda perlu merombak belanjawan anda - bacalah panduan kami tentang perancangan dan belanjawan kami atau gunakan kalkulator kami untuk membantu anda. 

      Jika anda sedang menempuh kesukaran disebabkan oleh krisis yang melanda dan anda ada pinjaman yang perlu dibayar, cuba tanya bank anda sama ada anda layak menerima bantuan bayaran balik pinjaman.

       

      Kalau anda tidak mengalami pemotongan gaji
      Kalau anda mencarum 7% Kalau anda mencarum 11% Apa yang boleh anda buat?
      • Anda perlu naikkan kadar caruman anda kepada 9%. 
      • Wang gaji yang dibawa pulang akan berkurangan tapi anda dapat menyimpan lebih banyak wang untuk persaraan anda.
      • Anda akan mengurangkan caruman anda kepada 9%.
      • Anda membawa pulang lebih banyak wang gaji yang boleh digunakan untuk membayar pinjaman anda, melabur, menabung untuk kecemasan ataupun menampung apa-apa perubahan gaya hidup. 
      • Kalau anda tak perlukan wang tunai tambahan, anda mungkin boleh teruskan mencarum sebanyak 11%. Ini manfaatnya:
      • Lebih banyak wang yang anda simpan untuk persaraan anda sekarang, kedudukan kewangan anda akan lebih kukuh apabila tiba masa untuk anda bersara kelak.
      • KWSP ialah salah satu pilihan pelaburan yang paling selamat untuk simpanan persaraan anda.
      Lihat bahagian seterusnya tentang cara menambah simpanan persaraan anda.

       

        1. Simpanan persaraan akan bertambah atau berkurang?
          Katakan anda berpendapatan RM4,000 sebulan. Jadual di bawah menunjukkan berapa banyak anda boleh menyimpan dalam setahun, sekiranya anda mencarum kadar sebanyak 7%, 9% atau 11% daripada pendapatan anda ke dalam KWSP dicampur dengan 13% caruman majikan anda. Lebih tinggi kadar caruman bulanan anda, lebih banyak simpanan persaraan anda. Jadual di bawah menunjukkan jumlah yang anda boleh simpan dalam setahun, bergantug kepada kadar caruman KWSP anda. Anda boleh juga gunakan kalkulator persaraan kami untuk mengira jumlah yang anda perlukan untuk persaraan anda.

      Berapa banyak anda boleh menyimpan dalam setahun

      Caruman KWSP pekerja (bulanan) 7% (RM280) 9% (RM360) 11% (RM440)
      Caruman KWSP majikan (bulanan) 13% (RM520) 13% (RM520) 13% (RM520)
      Jumlah pendapatan dalam setahun (tolak dividen) RM57,600

      (RM280 x 12 + RM520 x 12)

      RM58,560

      (RM360 x 12 + RM520 x 12)

      RM59,520

      (RM440 x 12 + RM520 x 12)

       

      1. Dividen yang dapat dinikmati
        Simpanan KWSP anda memberi pulangan terjamin sebanyak 2.5% setiap tahun. Bermula dari 1999 sehingga 2019, KWSP telah membayar dividen pada kadar purata 5.61% setahun. Lebih banyak anda mencarum ke dalam KWSP, lebih banyak dividen yang anda akan dapat, kerana pembayaran dividen adalah berdasarkan jumlah simpanan keseluruhan anda.
        Jadi, kalau anda terpaksa menaikkan kadar caruman anda daripada 7% kepada 9%, anda bukan saja menambahkan jumlah simpanan persaraan anda, tetapi juga dividen anda.
        Tapi kalau anda mengurangkan caruman anda daripada 11% kepada 9%, simpanan persaraan anda dan dividen anda akan berkurang. Sebaliknya lebih banyak anda mencarum, lebih banyak dividen akan diperoleh. Jadi, kalau anda masih mampu, kekalkan caruman anda pada kadar 11% setiap tahun supaya anda boleh mendapat pulangan maksimum daripada simpanan KWSP anda.

       

      1. Pelepasan cukai
        Jadi, kalau caruman anda meningkat daripada 7% kepada 9%, anda boleh tuntut lebih banyak pelepasan cukai. Kalau anda mencarum 11% dan kemudian mengurangkan kadar itu kepada 9%, ini mungkin mengurangkan pelepasan cukai yang anda boleh tuntut, kesannya jumlah cukai yang anda perlu bayar mungkin akan bertambah. Tapi ingat, ini sebenarnya bergantung kepada situasi semasa anda, memandangkan pelepasan cukai yang dituntut tidak boleh melebihi RM4,000.Anda boleh tuntut pelepasan cukai sehingga RM4,000 jika anda mencarum dalam KWSP. Jadi, lebih banyak anda mencarum, lebih banyak jumlah yang boleh dipotong daripada pendapatan bercukai anda sehingga takat maksimum RM4,000. Ini akan mengurangkan jumlah cukai yang anda perlu bayar. Jadi, kalau caruman anda meningkat daripada 7% kepada 9%, anda boleh tuntut lebih banyak pelepasan cukai. Kalau anda mencarum 11% dan kemudian mengurangkan kadar itu kepada 9%, ini mungkin mengurangkan pelepasan cukai yang anda boleh tuntut, kesannya jumlah cukai yang anda perlu bayar mungkin akan bertambah. Tapi ingat, ini sebenarnya bergantung kepada situasi semasa anda, memandangkan pelepasan cukai yang dituntut tidak boleh melebihi RM4,000.
        Rasa macam bijak tak?

        Mari kita lihat satu contoh. Siti ialah seorang eksekutif Sumber Manusia yang masih bujang. Dia berpendapatan sebanyak RM3,000 sebulan, iaitu RM36,000 setahun. Siti sedang memikirkan berapa banyak dia patut mencarum dalam KWSP untuk mendapat lebih banyak pelepasan cukai. Dia tidak layak mendapat pelepasan cukai yang lain. Jadual di bawah menunjukkan pendapatan cukai yang perlu dibayar oleh Siti kalau dia mencarum sebanyak 7%, 9% atau 11% dalam KWSP. Dia boleh menuntut rebat cukai sebanyak RM500 untuk bayaran zakat tetapi dia tiada potongan cukai atau rebat lain yang boleh dituntut.
        *Nota: Manfaat cukai sebenar bergantung kepada situasi dan pendapatan setiap individu.
        Jumlah cukai pendapatan yang perlu Siti bayar

        Peratusan caruman dalam KWSP 7% 9% 11%
        Jumlah keseluruhan cukai kena bayar RM871.20 RM794.40 RM717.60

       

      Apa langkah seterusnya?

      Ini bergantung kepada sama ada anda perlu menaikkan caruman anda daripada 7% ke 9%, atau anda mahu merendahkan kadar caruman anda daripada 11% kepada 9%. 

      Seperti yang kami katakan sebelum ini, jika anda perlu menaikkan kadar caruman kepada 9%, wang gaji yang anda bawa pulang akan menjadi kurang. Bacalah panduan kami tentang perancangan dan belanjawan kami atau gunakan kalkulator belanjawan kami untuk membantu anda menguruskan situasi kewangan baru anda. Anda juga boleh baca tip menyimpan wang dan gunalah kalkulator simpanan untuk membantu anda mencapai matlamat anda.

      Sekiranya anda mampu, anda patut kekalkan caruman dalam KWSP pada kadar 11% kerana langkah ini dapat membantu anda lebih bersedia menghadapi hari-hari persaraan kelak. Anda juga akan mendapat dividen yang lebih dan mungkin juga boleh menikmati lebih banyak pelepasan cukai. 

      Untuk maklumat lanjut tentang caruman anda, sila rujuk laman web KWSP atau hubungi KWSP di 03-8922 6000 (Isnin – Jumaat 8.00 pagi - 5.00 petang).

      Untuk mempelajari lebih lanjut tentang perancangan kewangan bagi tujuan persaraan, bacalah panduan tentang perancangan persaraan dan menyimpan dalam KWSP untuk persaraan anda. 

       

      Tag:Persaraan

      Kongsikannya:


      Admin bar avatar
      Multiply
      The Multiply Admin

      Sebelumnya

      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Pengeluaran Akaun 1 KWSP
      Disember 4, 2020

      Seterusnya

      Mungkinkah ETF Pelaburan Yang Tepat Untuk Anda?
      Disember 7, 2020

      Anda Mungkin Berminat

      2 Initiatives Every Housewife and Married Woman Shouldn’t Ignore
      31 Mac, 2023

      Did you know? The government has introduced two key initiatives aimed specifically at supporting women. This is in addition to the RM64 billion in cash subsidies, aid and incentives under the recently revised Budget 2023 to ease the cost of …

      Featured Image
      Persiapan untuk Persaraan - 4 perkara yang perlu anda elakkan kalau nak bersara dengan selesa
      24 Mac, 2023
      Retirement Savings Blog Header (1)
      Mampukah Anda Untuk Bersara?
      18 Oktober, 2022

      Cari

      Artikel Terkini

      2 Initiatives Every Housewife and Married Woman Shouldn’t Ignore
      31Mac2023
      Preparing for Retirement: Do's and Don'ts 23 - Multiply - Retirement
      Persiapan untuk Persaraan - 4 perkara yang perlu anda elakkan kalau nak bersara dengan selesa
      24Mac2023
      Ready for Malaysia's Budget 2023? 25 - Multiply - Planning & Budgeting
      Anda dah sedia untuk Bajet 2023?
      22Feb2023

      KATEGORI PANDUAN

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
        • ETF
        • Unit Amanah
        • Saham
        • Asas Pelaburan
        • Deposit Tetap
        • Simpanan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan
      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan

      Peringkat hidup

      • Pelajar
      • Keluarga
      • Pekerja Dewasa
      • Pesara

      Panduan terkini

      5 Perkara untuk Diselidik Sebelum Melabur dalam Saham sesebuah Syarikat

      5 Perkara untuk Diselidik Sebelum Melabur dalam Saham sesebuah Syarikat

      Free
      What you need to know about ‘Buy Now, Pay Later’ plans

      Apa yang anda perlu tahu tentang pelan 'Beli Sekarang, Bayar Kemudian'

      Free
      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang E-Wallet?

      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang E-Wallet?

      Free

      Jangan ketinggalan, sertai senarai mel kami!

      newsletter-subscribe-multiply

      logo-multiply-learn-investing-for-free

      hello@multiply.org.my

      Maklumat

      • Laman Utama
      • Blog
      • Tentang Kami
      • Hubungi

      Kategori

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan

      Kategori

      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan
      • Semua Panduan

      Instagram Feed

      It's income tax filing season! So, in this week's It's income tax filing season! So, in this week's series of Multiply Simplifies, let's talk about income tax. 😊#incometax #taxseason #taxfiling #malaysiataxfiling #lhdn #tax101 #financialliteracy #financialeducation #personalfinance #multiplymalaysia #malaysia
      Long-term financial security is important to help Long-term financial security is important to help you feel in control of your future. Here are two initiatives every housewife and woman shouldn’t ignore! To learn more about SKSSR & i-Sayang, click on the link in our bio. #socialprotection #retirement #retirementplanning #financialsecurity #women #womenfinance #multiplymalaysia #malaysia #financialliteracy #financialeducation
      Looking for an alternative saving option for your Looking for an alternative saving option for your retirement plan? Private Retirement Schemes (PRS) might just be the answer you're looking for! Learn more about PRS through this week's episode of Multiply Simplifies! 😊 #retirement #retirementsavings #retirementgoals #retire #savings #financialplanning #financialliteracy #financialeducation #personalfinance #multiplymalaysia #malaysia
      Adakah anda percaya bahawa bila anda bersara nanti Adakah anda percaya bahawa bila anda bersara nanti, anda akan bebas daripada tekanan dan kerisauan? Fakta sebenar adalah sebaliknya! Jangan biarkan mitos mengganggu persediaan anda untuk masa depan yang selesa. 👴👵🏝️Layarilah laman web kami untuk ketahui lebih lanjut dan kira jumlah simpanan yang perlu anda mulakan sekarang! #simpananpersaraan #simpanan #persaraan #bersara #perancangankewangan #matlamatpersaraan #pendidikankewangan #kewanganperibadi #multiplymalaysia

      Multiply by Creador Foundation.

      • Privasi
      • Terma
      • Peta laman

      Facebook Google

      Log masuk dengan akaun laman anda

      8 + seven =

      Lupa kata laluan anda?

      Belum jadi ahli? Daftar sekarang

      Daftar akaun baru

      17 − six =

      Anda seorang ahli? Log masuk sekarang

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Apa gaya perbelanjaan anda?

      Menguruskan perbelanjaan boleh jadi sesuatu yang rumit. Cuba beritahu kami bagaimana anda membelanjakan wang dan kami boleh bantu anda mencari jalan bagaimana untuk berbelanja dengan lebih baik!

      1. Bagaimana anda memperoleh pendapatan?
      2. Bagaimana pengurusan kewangan anda sebelum COVID-19 melanda?
      3. Bagaimana COVID-19 telah memberi kesan kepada perbelanjaan anda secara keseluruhannya?
      4. Bagaimana perintah kawalan pergerakan (PKP/PKPB) telah memberi kesan kepada penggunaan kad kredit anda?
      5. Jika anda menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN), bagaimana anda menggunakannya?
      6. Jika anda mengambil wang daripada akaun KWSP anda dalam tempoh PKP/PKPB (di bawah i-Lestari), bagaimana anda menggunakannya?
      7. Moratorium pinjaman berguna untuk saya kerana:
      8. Musim percutian sudah dekat. Apa perancangan anda untuk aktiviti beli-belah hujung tahun?
      9. Anda sudah rancang belanjawan anda untuk tahun 2021?
      10. Bagaimana anda membuat persediaan kewangan untuk tahun 2021?
      11. Bagaimana anda rasa anda akan menguruskan wang anda pada tahun 2021?
      12. Apa yang anda perlukan untuk mempertingkatkan kewangan anda pada tahun 2021?
      13. Untuk tahun 2021, matlamat kewangan utama saya ialah untuk:
      14. Untuk tahun 2021, aspek kewangan yang paling membimbangkan saya ialah:
      15. Untuk tahun 2021, aspek kewangan peribadi yang mana yang anda ingin pelajari dengan lebih lanjut?
      clock.png

      Time is Up!

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Ambil kuiz kami!



      Apakah personaliti kewangan Anda?

      Terbaru


      Apa gaya perbelanjaan anda?

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Apakah personaliti Kewangan Anda?

      Cuba lihat sama ada anda seorang Boss Duit, Kadet Kewangan atau Budak Baru Belajar dengan mengambil kuiz ini!

      1. Dah nak dekat hujung bulan ni, dalam fikiran anda...
      2. Kalau anda saja-saja nak pergi membeli-belah, adakah anda….
      3. Kereta anda mengalami kemalangan dan anda perlu keluarkan wang sebanyak RM1,000 untuk membaikinya. Anda…
      4. Anda terima penyata kad kredit anda dan anda…
      5. Selepas berbulan-bulan menyimpan (memang betul, sikit -sikit, lama-lama jadi bukit), banyak juga wang yang terkumpul dalam akaun bank anda. Anda kemudiannya
      6. Anda membeli sebuah kereta baru (ya bayangkan saja - Toyota, Proton, atau BMW). Anda mengambil
      7. Anda seorang pelabur. Yang mana anda akan lakukan…
      clock.png

      Time is Up!